Aku tengok
kebanyakkan post dalam blog ni berbentuk ilmiah tapi tak sampai jadi bahan
rujukan akademik lagi. biasanya orang lain buat blog untuk luahkan perasaan,
jadikan sebagai diari atau untuk sebarkan pendapat mereka tentang kehidupan
seharian. Aku berpendapat blog ni lebih kepada pendapat peribadi atau senang
kata, catatan mindaku.
Kadang-kadang ada
juga aku buat post pasal diri aku tapi itu lebih kepada bentuk umum. Macam aku
pernah tulis sebelum ni. Aku ceritakan macam mana perasaan menghadapi
peperiksaan dan kelegaan lepas peperiksaan habis. Kalau aku dah tak ada idea
nak tulis tentang apa, aku selitkan peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Rasanya
setakat ni belum ada lagi sebarang post yang berbaur diari sulit dan peribadi
dalam blog ni.
Aku memang tak
minat nak berkongsi hidup aku dengan orang lain. Jika boleh, aku akan cuba
sembunyikan sedalam-dalamnya daripada sesiapa pun. Aku akan berasa berat hati
nak menulis post pasal diri aku walaupun mengenai pengalaman temuduga nak pohon
biasiswa JPA atau peristiwa ketika mengambil ujian IELTS. Namun yang itu lebih
berbentuk perkongsian bermanfaat. Kalau ada elemen hati atau perasaan, yang tu
memang aku akan jauhkan daripada dikongsi dalam blog ni.
Bukan semua post
dalam blog ni aku ambil copy dan paste. Kebanyakkan post dalam blog ni aku reka
sendiri. Ada juga aku ambil rujukan dalam majalah dan surat khabar untuk
dijadikan isu dalam post aku. Kalau aku copy paste pun, aku akan buat konklusi
aku sendiri seperti yang aku buat dalam post ‘Mengapa Mereka Bijak’. Kalau boleh,
aku nak jadi penulis yang original. Kalau aku tak boleh menulis, aku akan buat
huraian dan kesimpulan.
Aku sentiasa teruja
nak menulis. Idea kadang-kadang masuk tapi semuanya tentang perkara peribadi. Perasaan
keterujaan aku nak menulis semakin tumpul apabila aku tengok views blog ni
semakin berkurangan. Jumlah penonton dalam satu-satu post tak sampai 10 orang
pun. Post yang paling cemerlang dalam blog ni adalah ‘Asasi ini yang kupilih’
dan pengalaman ketika temuduga bersama JPA. Hem, post ni berdasarkan pengalaman
aku.
Aku akui, tak
banyak pengalaman menarik dalam hidup aku. Aku baru saja umur 19 tahun. Aku punya
tak ramai kawan. Pengalaman yang biasanya kawan sekelas aku cerita tu tak
banyak yang dapat aku alami sendiri. Teringin juga nak pergi ke tidur ke rumah
kawan. Tapi dua bulan lepas aku ada juga pernah tidur dalam rumah kawan sekelas
aku, dalam satu daerah yang sama. Itu pun sebab bas yang kami naiki tak berhenti
di tempat kawasan rumah aku seperti biasa.
Sedar-sedar aku dah
terlepas kawasan rumah aku. Mahu tak mahu, aku kena tidur dekat rumah dia. Esoknya
dia tolong hantar dekat rumah aku. Sekejap jer, dalam lebih kurang 30,40 minit
macam tu. Terima kasih kawan dan kereta Myvinya.
Aku memang nak
berkawan dengan orang lain lagi tapi aku sangat kekok dalam hubungan sosial. Kadang-kadang
aku rasa menyampah dan ‘takut’ apabila berada dalam kelompok orang ramai. Diri aku
bukan emosional tapi aku macam tak selesa dan kalau boleh nak lari jauh dari
komuniti masyarakat. Aku pernah juga terfikir, normalkah aku ni?
2 ulasan:
assalamualaikum amir :) blog yg kau buat ni banyak manfaat nye tau. banyak jugak input baru aku dapat bila baca blog kau ni . and keep.it up ! teruskan menulis :)
thanks Fatin.. hope i can be more productive in writing
Catat Ulasan