Sabtu, 21 September 2013

Rumah baru atau lama?

   Kalau diberi pilihan, anda nak rumah baru atau rumah lama yang dipusakai oleh keturunan kita? Tak kisahlah anda nak pilih rumah mana pun. Tiada yang salah atau tak betul.Cuma, anda kena fikir masak lagi. nak pilih rumah baru atau lama?

   Kalau pilih rumah lama, anda sudah jimat banyak duit di situ daripada menghabiskannya dengan urusan beli rumah. Anda dah dapat kemudahan tempat tinggal yang selesa. Cuma anda kena buat sedikit pengubahsuaian. Maklumlah, rumah lama kan ada banyak sikit ‘penyakit tuanya’. Renovate rumah tu dekat bahagian yang diperlukan seperti tambah bilik, baiki dapur, dan lain-lain.

   Kalau rumah baru, payah sikit pada permulaan. Mula-mula kena keluarkan modal banyak. Lepas tu kena tunggu lama sementara dokumen rumah siap. Lepas boleh kunci rumah, kena pindah barangan perabot pula. Rumah kosong tu kena isi dengan segala kelengkapan. Lepas tu baru timbul kepuasan dalam hati tengok rumah baru yang serba lengkap.

   Kita boleh tengok di sini rumah baru atau lama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Cuma anda kena pilih berdasarkan apa yang anda mahu, inginkan, fikirkan dan harapkan. Tengok kemampuan diri anda. Bolehkah aku membaiki rumah lama agar terus berdiri di atas tapak lama atau terus tinggal rumah baru dengan cabaran yang baharu?

Keputusan ada di milik anda.

…………………………………………………………………………………………..

   Aik, macam mana boleh timbul isu pilih rumah baru atau lama pula. Aku bukannya nak suruh korang beli rumah dalam keadaan harga rumah terlalu mahal. Cuma aku nak korang berfikir sejenak. Tengok kebolehan dalam diri masing-masing.

   Adakah aku mampu menyesuaikan diri dalam suasana lama sambil membawa perubahan baru tanpa merosakkan yang lama? Ataupun aku mampu dengan membawa arus baru dalam hidup dengan alternatif dan pilihan baru.

 Kalau rumah lama tak dapat dibaiki lagi, pindah saja ke rumah baru.

 Jika rumah baru masih tidak menjanjikan ketenangan yang diharapkan, punggah balik barang ke rumah lama.

 Jika dua-dua jenis rumah serba tak kena, lebih tidur bawah jambatan.


   Kalau korang berfikiran politik semasa baca artikel ni kan nampak lebih kreatif. Hahahahaha. Aku tak ada maksud mendalam atau cuba mengugat sesiapa pun. Cuba memberi pandangan daripada sudut ruang tempat tinggal. Mungkin dengan pandangan ini kita akan lebih faham dengan politik. Berfikir daripada ruang dalam, kita akan terperangkap dan bias. Jadi, kita kena berfikir di luar kotak untuk dapat gambaran yang lebih jelas.


Jumaat, 20 September 2013

Kawal Tekanan

   Hidup kita memang penuh dengan warna-warni. Ada kalanya datang warna kesuraman dan sedih menghiasi kanvas hati kita. Tatkala itu, tegangan hati bertambah terik. Ya, ketika itulah diri kita beralih daripada periang kepada orang yang penuh masalah.

   Tekanan dalam hidup tak dapat dielakkan. Orang kaya ada masalah. Orang miskin pun ada masalah juga. Mereka yang diberi amanah khalifah di bumi memang akan pikul banyak tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah ini. Tekanan buat tanggungjawab kita semakin berat padahal kita sudah cukup mampu membawa beban di atas bahu kita.

   Jangan stress kalau tekanan banyak. Biasanya orang yang tak mampu kawal tekanan akan pening kepala, rasa loya, marah mendidih-didih, dan dunia rasa gelap. Ini tanda-tanda kita dah putus asa dan berharap untuk lari daripada tanggungjawab ini.

   Relak, jangan cepat tertekan dengan stress. Kita boleh kawal stress dengan baik. Kebanyakkan orang yang berjaya kerana mampu mengawal stress dan tekanan daripada meledak. Pernah tengok Bill Gates atau Datuk Fadhilah Kamsah marah-marah di khayalak ramai? Tak sebab mereka orang berjaya dan tekanan itu adalah lumrah hidup.

   Kalau kita stress, yang pertama kita kena relak dulu. Baring-baring atas katil dulu. Mungkin boleh cuba tidur dulu biar hormon dalam badan kembali normal. Lepas tu fikir mengapa kita stress. Cuba tengok kawan-kawan sekeliling. Mereka pun ada stress juga. Orang lain pun ada stress juga, malah lebih besar daripada kita.

  Tak mampu nak selesaikan tekanan seorang diri? Kalau diri buntu otak pun jadi tumpul. Fikir lama nak selesaikan masalah pun tak guna juga sebab otak dah 'jammed' dengan bebanan masasalah. Jadi kita kena minta bantuan orang lain. Tanya pendapat sesiapa pun yang boleh kita percaya. Tapi jangan sampai mereka selesaikan masalah kita pula. Masalah sendiri patut diselesaikan oleh tuan empunya badanlah. Jangan pula buat orang lain stress dengan kita pula.

   Yang penting kita tahu hakikat tekanan dan stress adalah orang lain pun ada masalah juga. Cuma mereka nampak cool dan selamba sebab jiwa mereka tenang ketika menyelesaikan masalah. Kalau hati tak cukup kuat dengan dugaan hidup, mungkin kita perlu tambahkan lagi aktiviti kerohanian seperti solat fardhu dan sunat, berzikir, bermunajat, cakap perkara baik, baca al-qur'an dan lain-lain yang berkaitan dengan amalan ibadat.

   Amalan lain seperti berenang, bersenam, main 'game', tengok wayang pun boleh selagi tak melibatkan perkara haram. Yang penting, kita kuat dengan cabaran yang ada. Relak dan sabar dengan tekanan, baru kita boleh fikir dengan tenang cara nak selesaikan masalah.


JANGAN MARAH
JANGAN BENGANG
JANGAN TENSION
RILEK BRADER RILEK

Khamis, 19 September 2013

Ketakutan

   Dalam hati kita, tertanam satu sifat kelemahan yang boleh buat kita tunduk kepada kejahatan dan menentang kebaikan. Ketakutan, itulah sifat jiwa yang mudah terhasut dengan bisikan kejahatan dan leka dengan janji-janji manis.

   Kerana ketakutanlah kita masih berada dalam dunia kegelapan. Kita takut untuk menghadapi perubahan dunia, kita takut untuk menerima hakikat dan kita takut yang kita akan ketinggalan. Kita takut dengan perkara di luar pengetahuan kita. Seolah-olah kita memandang dunia luar sebagai gelap gelita.

                                

   Orang penakut ni boleh diibaratkan sebagai orang buta di tengah jalan yang terang benderang. Jalan terang-terangan kelihatan tanpa sebarang kegelapan. Tapi mereka takut untuk meneruskan perjalanan ke depan mahupun ke belakang. Mata mereka buta untuk melihat apa di depan dan di belakang. Jadi mereka mengambil keputusan untuk terus tetap di tengah jalan tanpa beranjak sedikit pun.

   Apabila ada orang ingin menolong mereka melintas jalan ke destinasi tertentu, mereka menolak dan ada kalanya, marah balik kepada orang tersebut. Mereka bimbang jika ditipu dan mengambil keputusan untuk tidak mempercayai sesiapapun. Akhirnya mereka akan kebuluran di tengah jalan ataupun ditimpa kemalangan oleh 'kenderaan' bersimpang-siur di atas jalan.

   Adakah sifat penakut adalah sifat tercela? Aku kurang mahir mengenai perkara ini, tapi jelasnya ini adalah sikap buruk dan sifat buruk akan membawa kecelakaan. Apabila ketakutan menguasai diri, kita ragu-ragu terhadap kepercayaan dan akidah kita. Kita mudah terpengaruh dengan bisikan jahat yang dasarnya mahu memusnahkan kita. Kita akan menjadi orang yang hanya pentingkan diri sendiri semata-mata mahu menghilangkan perasaan takut ni.

   Perasaan takut takkan hilang jika tiada keberanian dalam diri. Kita tak perlu nak cari keberanian itu ada di mana. Keberanian itu secara zahirnya sudah tertanam dalam diri kita. Kita hanya perlukan keluarkan keberanian dalam diri untuk melawan kejahatan di sekeliling kita. Dengan keberanian, kita tak perlu takut dengan kegelapan lagi.

 

Ahad, 15 September 2013

Semakin tinggi genius, semakin kurang masalah

   Betulkah semakin genius kepala kita, semakin kurang masalah yang ada? Sebenarnya orang genius dan kurang 'genius' ada masalah sama banyak. Cuma yang bezanya cara mereka menghadapi.

   Orang genius ni kebanyakkan yang aku tengok kurang ambil peduli tentang masalah sekeliling atau dalam diri mereka. Iyelah, mereka kan genius, boleh fikir sendiri macam mana nak selesaikannya. Mcam tu lah bila aku tengok kawan-kawan genius yang lain.

   Budak lain dah bergelabah bila tak siap kerja, kena jumpa dengan pensyarah dan masalah cinta. Budak genius tak perlu berfikir payah tentang masalah picisan ni. Semakin kita fikir, semakin susah nak selesaikan. Lebih baik cari tindakan segera daripada tidur tak lena sebab masalah.

   Kan seronok bila jadi budak genius. Masalah tetap ada, cumanya kita kurang stress dengan bebanan yang ada. Tak perlu nak fikir mendalam secara emosi dan kebimbangan melampau tentang perkara yang tak mungkin terjadi. Kalau betul-betul tak siap kerja, relaklah. Esok boleh tanya pensyarah atau pergi jumpa kawan. Bukannya buat alasan nak ponteng atau tipu pensyarah.

   Kalau ada orang pasang niat nak jadi genius, mungkin korang boleh mula langkah pertama dengan bertenang menghadapi masalah dan cari penyelesaian. Tak perlu kelam kabut atau jadi cacing kepanasan. Tuhan kan dah kata, setia ujian yang kita terima setimpa dengan kemampuan kita. Itu bermakna masalah itu kita boleh selesaikannya dengan mudah.

       

Selasa, 3 September 2013

20 sen

   Kenaikan harga minyak tak perlu lagi dibahas atau dibalas hujah. Debat atau tidak, kita tetap kena bayar mahal dan duit makin susut. Dalam keadaan dunia yang semakin globalisasi yang bertentangan dengan perkembangan duit dalam akaun, lebih baik kita cari alternatif lain.

   Naik basikal ke pejabat. Guna bas RapidKL atau berkongsi kenderaan dengan kawan. Apa boleh buat, bukannya kita mampu untuk mengawal harga-harga barang tertentu di pasaran. Kita memang nak semua barang murah, sesuai dengan gaji ciput. Hahaha, takpe, aku budak kolej tapi kesian juga tengok ayah aku kerja kuat.

   Mungkin kenaikan harga minyak 20 sen hanya satu nilai kecil. Tapi percayalah, kenaikan macam ni akan buat satu situasi kesan domino iaitu satu barang harga naik, barang lain akan ikut naik. Minyak ni sangat memberi pengaruh besar dalam industri pengangkutan khususnya. Jadi mana-mana barang yang terlibat dalam pengangkutan walaupun mengangkut barang makanan ke kantin sekolah, mungkin akan ada caj tambahan.

   Mungkin pada masa ini baru kita sedar betapa besar nilainya 20 sen.

Isnin, 2 September 2013

KL Gangster 2



   Ini kali pertama aku dengar movie keluar di internet dulu, lepas tu baru nak masuk pawagam. Agak-agak kalau perkara macam ni terjadi, ada orang tak nak pergi pawagam padahal dah tengok dalam laptop? Konfim Syamsul Yusuff akan rugi banyak sebab kurang orang datang ke pawagam walaupun cerita best.

   KL Gangster 2 ni lebih kepada prekuel filem yang pertama. Maksudnya filem kedua akan menceritakan kejadian sebelum filem pertama berbanding sekuel yang akan menyambung cerita pertama. Prekuel ke sekuel, asalkan filem tu pernah box-office, pasti akan ada peminat yang nak tengok kehebatan Malek dan Jai berlawan.

   Ada yang bersimpati dengan nasib Syamsul Yusuff akan sikap tak amanah orang dalam pengurusan filem ni sampai boleh bocor dalam internet. Tapi ada juga yang kurang bersimpati dengan nasibnya dengan alasannya filemnya adalah berorientasikan hiburan dan tiada nilai pengajaran malah cuba membawa pengaruh gangster dalam masyarakat.

   Erm, bila tiba soal Melayu, sibuk nak cari nilai atau pengajaran cerita. Kalau ada unsur negatif macam LGBT, rempit, bohsia, gangster, seram, memang kena kutuk sebab bawa pengaruh tak baik kepada masyarakat. Tapi kalau filem luar, segala nilai ditolak tepi. Janji cerita best dan gempak! Ni ke semangat sebenar nak sokong produk buatan tempatan?

   Masa filem tempatan baru naik nilah kena sabotaj. Yang untungnya, tauke cetak rompak di pasar malam dan di internet. Pembeli lebih baik beli DVD sebab gambar kualiti bagus dengan substitle yang okay. Haha, apa barang beli DVD, download masuk dalam fail computer la.

   Aku harap lepas ni pengarah muda kita tak berhenti buat filem. Mungkin lepas ni dia boleh lebih berhati-hati untuk elakkan perkara yang sama berulang. Pengarah lain pun kena alert juga agar tak menerima nasib malang yang sama. Kalau nak tarik penonton ke pawagam, cuba buat kajian yang lebih terperinci sikit. Takut kena kutuk macam filem Tanda Putera.