Jumaat, 30 Ogos 2013

Mana Jalur Gemilang?

                           

   Sebelum pilihan raya umum ke-13, aku melihat banyak bendera parti politik berkibaran di tepi jalan raya. Tak cukup di tepi jalan, mereka 'sangkut' di atas bukit, pacak di belakang kereta, pamer di kedai dan banyak lagi. Walaupun tarikh PRU13 masih lagi samar-samar, bendera sudah megah berkibar sejak dari tahun lepas lagi sampai ada yang sudah terkoyak ketika tarikh mengundi tiba.

   Gelombang biru, hijau, merah dan roket banyak menghiasi laman di jalanan kita. Tak cukup lagi kita buat flashmob untuk meningkatkan semangat orang ramai untuk menyokong parti pilihan masing-masing. Aku begitu gembira dan teruja melihatkan mereka semakin bijak menggunakan kuasa demokrasi dalam memilih kerajaan.

   Maka, dipendekkan cerita, PRU13 berlangsung. BN telah menang tipis dan hilang kuasa majoriti terhadap PR yang semakin meningkat dengan kekuatan tiga jentera besar dan berbisa, PAS, PKR dan DAP. Serentak dengan itu, bendera di tepi jalan perlahan-lahan lenyap untuk mengembalikan mood kepada asal untuk mengenepikan balik perasaan kepartian yang menebal.

   Sekarang, kita berada dalam bulan Ogos, iaitu bulan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sayangnya, sebaik saja masuk bulan Ogos, aku terlupa sekejap bulan ni adalah bulan kemerdekaan. Aku tak rasa puasa dan hari raya adalah penyebabnya. Malah di kolej pun aku tak terasa semangat nak sambut merdeka. Bila aku keluar jalan, aku lihat kurangnya semangat patriotisme dengan sikitnya bendera Malaysia yang berkibar. baru aku perasaan, setakat ni, aku tak pernah mana-mana kereta di Shah Alam ada pasang bendera Malaysia.



   Mungkin semangat patriotisme tak perlukan bendera sebagai bukti kesetiaan. Tapi apabila masuk bab politik, mereka sanggup memasang bendera politik masing-masing walaupun ada cemuhan dan amaran daripada orang tertentu. Tak pernah aku dengar orang pasang jalur gemilang kena tahan polis, kena buang kerja atau kena kutuk. Tapi trelar ada bendera parti politik kena tahan polis trafik tu ada.

   Beribu-ribu tanya ke manakah perginya bendera Jalur Gemilang? Kini, orang ramai dah hilang keterujaan nak sambut merdeka. Kedatangan filem Tanda Putera pun tak banyak membantu sebab ada timbulkan isu perkauman yang boleh melagakan antara kita semua.

   Sepatutnya hari merdeka lebih meriah berbanding PRU13 sebab kita semua berkongsi bendera yang sama. Gelombang biru, hijau, merah, kuning dan lain-lain dah tak ada. Mungkin kita tak suka berkongsi dengan orang yang tak sekepala dengan kita. Kita degil nak pertahankan apa yang kita rasa betul sedangkan kita lupa, tujuan ketika PRU13 adalah untuk menjaga apa yang kita perolehi sekarang.

   Berbanggalah dengan kemerdekaan sekarang walaupun atas nama rundingan. Tak seperti Indonesia yang memiliki pahlawan-pahlawan garang yang berani menghalau Belanda setelah mereka datang untuk menuntut balik Indonesia setelah ditinggal kosong oleh Jepun.

   Kalau masa berpolitik kita megah dengan semangat parti untuk meraih kuasa, kenapa kita tak boleh bersatu ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk mengekalkan kuasa yang ada?

Khamis, 29 Ogos 2013

Usrah di Intec

                                              

   Intec halang aktiviti dakwah? Tak, Intec tak halang pun. Malah dalam Intec ni ada persatuan dakwah yang sentiasa aktif dengan aktiviti usrah dan lain-lain yang berkenaan.

   Cuma ramai orang tak faham. Apabila tengok gambar tu, ramai ingat budak Intec tak boleh buat usrah atau aktiviti agama. Sebenarnya boleh saja budak Intec buat aktiviti keagamaan tanpa perlu melalui birokrasi yang menyusahkan.

   Mesej dalam gambar ni adalah untuk menyekat aktiviti penyebaran dakyah sesat kepada para pelajar. Sekarang ni ajaran Syiah semakin berleluasa sebab kurang tindakan tegas daripada pihak berwajib. Jadi lebih baik kita sekat mereka sebar idealogi sesat kepada para pelajar untuk elakkan akidah mereka terpesong.

   "Individu atau sesiapa" dalam gambar tu merujuk kepada orang luar. Budak-budak Intec memang tak perlukan kebenaran rasmi jika hanya sekadar bersifat dalam kumpulan usrah atau tidak melibatkan penglibatan pengurusan Intec. Orang luar mana-mana pun untuk buat sesuatu program dalam sesebuah universiti/kolej, perlu dapat kebenaran pihak atasan dulu. Mungkin mesej dalam gambar ni terlalu 'direct' menyebabkan orang lain rasa salah faham.

   Dalam Intec tetap ada aktiviti urusan keagamaan yang aktif, sama macam dengan kolej lain. Cuma yang bezanya, bergantung atas para pelajar sendiri, mereka berminat atau tidak, terpulang pada iman masing-masing. Rasanya elok kita selidik berita dulu takut nanti menjadi bahan fitnah.

Isnin, 26 Ogos 2013

Review filem Mortal Instruments : City of Bones




   Semalam aku baru saja tengok filem Mortal Instrument dekat Subang Parade. Harga tiket murah jer, RM9 sebab dapat diskaun pelajar. Lagipun filem 2D jer. Masa tayangan citer tu dalam pukul 8 pm. Geng aku mari situ dalam pukul 6 ptg sebab nak survey smartphone di kedai Direct D.

   Citer ni mengambil durasi hampir dua jam. Filem ni aku boleh beri rating 2.5/5 jer. Sebabnya jalan cerita tak beberapa kuat dan ada banyak lompong kelemahan. Kalau bab pasal graphic, tak payah nak kupas banyak sangat sebab filem keluaran Hollywood memang power dalam teknologi CGI (Computer generated image). Kiranya aku komen berdasarkan plot cerita jer.

   Berdasarkan komen daripada kawan aku, baru sedar filem ni banyak guna elemen dari filem lain seperti Total Recall (watak utama kena block ingatan), Harry Potter (watak utama dipaksa minum darah dalam piala manusia), Twilight (jalingan cinta antara Clary dengan Jace) dan banyak lagi jika anda banyak pengetahuan pasal filem Hollywood.

                                 

   Filem ini bermula bila Clary mula melukis simbol pelik sampaikan penuh simbol tu dalam biliknya dalam keadaan tak sedar. Malangnya lagi bila dia ternampak satu pembunuhan dalam sebuah kelab malam. Sayangnya hanya dia nampak pembunuhan tu. Memburukkan lagi emaknya, Jocelyn diserang oleh dua orang pengikut Valentine yang inginkan piala manusia daripadanya.

   Clary bertemu dengan shadowhunter, Jace, yang bertanggungjawab dalam peranan membunuh syaitan di dunia. Ingatan Clary telah disekat untuk mengingati apa-apa masa dia kecil. Jadi dia dibawa ke City of Bones, tempat pengebumian Shadowhunters, untuk memulihkan balik ingatannya. Sekatan terlalu kuat untuk dipecahkan sampaikan dia perlu untuk berjumpa Magnus Bane, orang bertanggungjawab meletakkan sekatan dalam ingatannya.



   Malangnya, kawan Clary iaitu Simon telah diculik oleh pontianak ketika berada di bar milik Bane. Clary, Jace, Alec dan Isabella pergi ke sarang pontianak untuk menyelamatkan Simon. Mereka hampir saja terbunuh kalau tidak ada pertolongan daripada sekumpulan serigala jadian. Ketika berada di Institut, kawasan kediaman shadowhunter, Clary telah teringat di mana emaknya menyembunyikan piala tu.

   Clary telah balik ke rumahnya untuk berjumpa jirannya iaitu seorang yang pandai meramal guna kad. Dia berjaya mengambil piala tu yang disembunyikan di dalam lukisan. Rupanya jirannya tu adalah syaitan dan merampas piala tu. Clary dan shadowhunter cuba melawan tetapi Alec cedera parah dan tak sedarkan diri. Piala tu berjaya didapati balik dengan bantuan Simon.

   Alec dibawa balik ke Institut untuk dirawat. Clary menyerahkan piala tu kepada Hodge, ketua shadowhunter di Institut. Malangnya Hodge telah membuat pakatan jahat dengan Valentine. Valentine datang ke Institut untuk menuntut piala. Konflik semakin memuncak bila Valentine memecahkan rahsia yang Jace dan Clary adalah anak-anaknya dan Jocelyn adalah isterinya.

   Skip segala aksi bertarung antara Jace dengan Valentine dan shadowhunter serta serigala jadian dengan syaitan dalam Institut, maka Valentine dikalahkan dengan tersekat dalam portal. Emak Clary dirawat di hospital dan Clary dengan Jace telah menerima hakikat yang mereka adalah adik-beradik.

   Sayang sungguh sayang sebab filem ni tidak huraikan kesan piala manusia tu dan macam mana piala tu boleh buat sampai Valentine menjadi jahat. Dalam cerita ni juga menunjukkan Simon ada kesan gigitan pontianak di tengkuk tapi dia teruskan hidup sebagai manusia biasa tanpa menunjukkan kesan dia dah jadi separuh pontianak kecuali kerabunan dia dah hilang.

   Filem ni juga cuba memberi pengaruh homoseksual bila Alec cemburu bila Jace lebih sukakan Clary. Malah Magnus Bane tertarik dengan Alec dan memuji kecantikan matanya. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang berbangkit lepas habis tengok cerita ni.



   Contohnya dia kata Clary ada kuasa terhebat. Dalam cerita hanya menunjukkan Clary hanya memberhentikan syaitan buat seketika dan gunakan kuasanya untuk membersih rumah lepas diserang. Aku dah malas nak tulis banyak. Lagipun aku dah lupa apa persoalan yang terjawab daripada filem tu.

   Nasihat aku, lebih baik tengok Elysium. Tapi takde masalah kalau korang nak tengok Mortal Instrument. Ni cuma persoalan aku yang banyak songeh. Jangan pula terlalu terpengaruh dengan aku. Kalau korang betul-betul minat genre macam ni, tengok jerlah.

P/S: Erm, apa fungsi INSTRUMENT dalam filem Mortal Instrument? Yang ada bila Jace bermain piano. Ingatkan shadowhunter berlawan guna senjata muzik cam Kamen Rider Hibiki. Yang lawaknya bila Jace kata seorang ahli musik lagenda dunia adalah seorang shadowhunter juga. Hampir semua orang dalam pawagam gelak sebab tak logik fakta tu. Satu lagi, apa fungsi City of Bones dalam filem tu? Dia hanya tunjuk tu sebagai perkuburan shadowhunter dalam satu scent.

   By the way, watak utama, Clary ada kening cantik macam Elfira loy kan. Ke Elfira Loy yang berlakon dalam filem? Hahaha.




Rabu, 21 Ogos 2013

Iktibar dari Mesir

   Jatuhnya Hosni Mubarak tanda runtuhnya kuasa sekular. Bangunnya Dr. Morsi sebagai sinar baru dalam negara Mesir dan Palestin khususnya. Namun cahaya matahari hilang juga tatkala senja menjelang. Dr. Morsi juga dijatuhkan sebagaimana Hosni Mubarak jatuh.

   Bezanya Hosni Mubarak adalah seorang diktator manakala Dr. Morsi seorang pemimpin yang cuba berjalan di atas garisan Islam. Jatuhnya mereka kerana kuasa rakyat memberontak menuntut perubahan yang lebih baik. Namun, kuasa demokrasi itu amat buruk jika pemegang kuasa itu merupakan seorang yang sering melanggar hukum Allah.

   Kuasa demokrasi tak dapat dikatakan adil atau saksama kerana rakyat adalah golongan yang mudah diperdayakan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlekat hati dengan dunia dan hanya mengikut hawa nafsu. Bagi mereka Islam bukan cara hidup yang diinginkan kerana tak mahu diikat dengan peraturan yang melawan hawa nafsu.

                                              

   Bagaimana jika majoriti rakyat adalah mereka yang datang daripada golongan tersebut? Maka, pemerintahan kuku besi akan bermaharajalela dan kuasa Islam akan direndah-rendahkan. Mereka tak kisah dengan nasib orang lain asalkan diri sendiri boleh hidup dengan selesa. Oleh sebab itulah langkah menaikkan syiar Islam melalui jalan demokrasi tak beberapa berkesan.

   Buktinya Dr. Morsi yang bangkit untuk berjuang menegakkan Islam terpaksa "turun" balik atas desakan tentera dan demokrasi rakyat. Seolah-olah ini memberi gambaran menguasai pentadbiran negara masih belum cukup untuk membuat apa-apa jika rakyat tak setuju. Opps, silap, bukannya rakyat tak setuju, tapi para kroni dan kapitalis yang tak setuju.

   Rakyat tak setuju bukannya ada kuasa untuk menghalang program yang diaturkan oleh kerajaan. Tapi kalau pihak kapitalis tak setuju, mereka ada kuasa wang dan pengaruh untuk mempengaruhi rakyat supaya mengganas serta menghenti apa-apa bantuan terhadap kerajaan.

   Rumusannya, untuk mengislamkan sesebuah negara, harus bermula daripada hati seseorang lagi. Kekuatan batang pokok kerana keteguhan akar umbinya. Kekuatan negara islam kerana rakyatnya adalah seorang yang taat dalam beragama. Seolah-olah para ulama dan penggerak jihad perlu memperlahankan keghairahan dalam mengejar kuasa dan kedudukan dalam kerajaan.


                    


   Sebaliknya mereka perlu memenangi hati setiap rakyat dengan memperhebatkan dakwah kepada mereka. Islamkan mereka semula kerana mereka sudah jauh daripada jalan benar. Kalau kita begitu bersemangat dalam aktiviti politik sehingga sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memenangi PRU, kenapa tidak dalam aktiviti dakwah yang sangat dituntut?

   Kita tidak akan ke mana-mana jika menganggap diri kita selalu betul, dan keras kepala nak terima nasihat orang lain.

Selasa, 20 Ogos 2013

Lepas raya

   Baru dua minggu aku tak jenguk sini. Bila tengok balik dekat sini, takde apa-apa perubahan ketara dalam blog ni. Haha, apalah sangat aku nak expect sangat. Mungkin sebab hari raya ni aku harap ada keajaiban. Tiba-tiba jer blog aku boleh jadi famous. Tapi tak mungkinlah sebab aku ni "underdog" sikit. Dari sekolah rendah lagi aku bersikap perasan low profile.

   Terus terang cakap raya tahun ni macam lebih teruk dari tahun lepas. Banyak ibadat aku tak buat. Malah persiapan macam esok tak raya. Malah kawasan kejiranan aku ni kurang semangat nak beraya ikut cara islam. Kita boleh cakap macam masa malam raya, akan ada kumpulan yang akan singgah ke rumah untuk mengajak orang bertakbir raya.

   Lagipun dengan usia semakin meningkat naik, baru timbul soal konflik dalam diri. Kira aku ni banyak tak puas hati dengan sekeliling walaupun perkara kecil. Sensitif sungguh menyebabkan aku mudah meradang dan marah. Tapi jangan bimbang, aku cepat cool down.

   Lepas ni aku nak kurangkan sikit aktiviti berblog. Bukan apa, aku tak tahu nak tulis apa tanpa respon daripada sesiapa. Paling kurang kita buat karangan akan ada cikgu komen. Kalau aku ada idea bernas atau apa-apa, nanti aku pos la.

   Dalam kehangatan bulan Syawal ni, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin.