Khamis, 17 April 2014

Alumni dah

   Alhamdulillah sebab sekarang sudah menjadi alumni INTEC (padahal final exam tak ambil lagi). Pagi tadi ada majlis penyampaian sijil INTEC bagi program yang akan menamatkan pembelajaran di INTEC pada semester ini. Program ALUK10 (program aku), ADFP/ACTP (budak-budak Amerika), ALMC13 (program medic ke UK) dan ALEG (budak-budak Jerman).

   Seawal pagi lagi aku bangun dan bersiap dengan baju kemeja gelap berjalur. Kawan-kawan yang lain ada yang pakai baju melayu beserta songkok dan samping. Aku tak boleh nak pakai baju melayu sebab tak ada yang sepasang. Budak lelaki boleh pilih nak pakai baju kemeja atau baju melayu. Budak perempuan hanya baju kurung atau kebaya. Kebaya ke kurung, semua aku tengok macam pergi nak audition pemilihan pelakon dalam filem.

   Mula-mula aku rasa seronok sebab dah nak jadi alumni. Lepas tu bila sampai giliran untuk naik ke pentas masa ambil sijil, tiba-tiba aku rasa gementar. Badan terketar-ketar, sakit perut, dan berpeluh-peluh. Sampai ke tuan pengarah aku cuba senyum jer masa kena tangkap kamera bersama beliau dan sijil (palsu) di tangan. Melangkah turun jer dari pentas, rasa ketakutan aku dah hilang dan tak sabar-sabar nak keluar dewan awal (pelajar yang nak terima sijil ada 400 orang lebih, mahu lama kena tunggu!).

   Gambar alumni? Maaflah aku tak ada kamera atau smartphone dengan kamera power. Sekarang ni pun aku tengah cari pilihan gadget yang sesuai. Kalau ada kawan-kawan cuba bertangkap gambar, aku akan lari dari mereka. Aku suka tangkap gambar orang lain tapi tak suka orang tangkap gambar aku. Maklumlah muka tak macho.

Selasa, 15 April 2014

Masa terhad

    Selepas ni masa aku dengan blog adalah sangat terhad. Tiga minggu akan datang aku ada peperiksaan penting A-Level yang terakhir dan paling penting. Aku rasa lepas habis peperiksaan A-Level aku masih ada masalah untuk menguruskan blog ini. Sebenarnya laptop aku dah rosak. Setakat ni aku hanya guna laptop kawan dan komputer di perpustakaan INTEC.

   Dekat rumah aku tiada komputer. Hanya aku yang guna laptop untuk kegunaan 'kolej'. Macam mana laptop aku rosak, aku tak mahu cerita sebab sedih sangat. Rasanya kalau baiki mahu dekat RM1000. Skrin rosak (pecah) dan storan dalaman (internal hardisk) rosak. Dah dekat sebulan laptop aku rosak dan aku masih tak beritahu keluarga tentang masalah ni.

   Aku tak tahu bila masa pula aku akan ada laptop baru. Rasanya paling awal pun masa aku masuk degree nanti. Setakat ni aku tiada apa-apa gadget smartphone dan berasa sunggguh-sungguh menyesal sebab tak beli masa ada duit dulu. Masalahnya aku terlalu memilih dan akibatnya aku langsung tak buat apa-apa kehidupan. Lepas ni kalau ada masa, peluang dan (laptop), blog ni akan ter'udpate' dengan post baru.

Selasa, 8 April 2014

Menanti harapan mati

   Aku rasa permohonan aku ke Universiti Purdue dah kena tolak. Paling lewat tahu keputusan pun pada bulan April. Sekarang dah masuk 8hb April. Konklusinya harapan aku nak sambung belajar dekat USA hanya tinggal impian semata-mata. Pilihan aku sekarang hanya tinggal satu sahaja iaitu memohon UCAS.

   Sama ada pergi ke USA atau UK, aku tak kisah sangat. Aku lebih suka pergi ke USA sebab nak melancong satu negara Amerika yang luas gila. Niat aku pergi belajar di luar negara lebih kepada nak menikmati kehidupan di sana dan merasai serta merai perbezaan apa yang ada di Malaysia. Lagipun suasana pembelajaran di USA atau UK lebih ‘effisien‘ berbanding di di sini.


Aku rasa lagi bagus untuk dapat keputusan cemerlang dalam final A-Level nanti. Pada bulan Ogos nanti, kalau aku dapat 12 point ke atas, aku akan minta UCAS balik dan akan buat permohonan ke satu atau dua univeristi di USA. Rasanya pokai duit aku kalau minta banyak-banyak university di USA. Yuran aplikasi dah 75 dollar (±RM200).

Selasa, 1 April 2014

Permulaan



Salah satu perkara yang susah untuk diamalkan dalam hidup adalah permulaan kepada setiap aktiviti atau perkara. Macam mana kita nak mengekalkan sesuatu momentum jika perkara itu belum bermula lagi? Contohnya aku sebagai seorang pelajar, tak boleh terus belajar empat jam beterusan kalau sebelum ni aku memang seorang pemalas.


   Biasanya jadual hidup aku jarang ada masa untuk belajar. Pagi, petang atau malam, memang tiada masa istimewa digunakan untuk belajar. Kalau buka buku pun, sempat baca satu atau dua halaman buku jer. Lepas tu mula rasa mengantuk dan bosan. Otak yang sepatutnya aktif untuk mengumpul dan menganalisi data daripada buku tiba-tiba jadi aktif berimaginasi.

   Maknanya aku sekarang belajar hanya ketika musim exam saja. Kadang-kadang aku baca tak sampai sejam pun sebab terlalu banyak maklumat nak kena diproses dalam masa satu malam. Otak jadi tepu, bekalan oksigen tak sampai ke otak, akhir sekali layu di atas meja. Aku ada tengok kawan aku rilek jer study sampai berjam-jam masa malam exam.

   Mungkin sebab diorang dah biasa study dalam masa lama. Orang yang dah biasa dengan kelajuan tak ada masalah nak merempit di jalan sibuk. Sebab tu diorang boleh mengekalkan momentum untuk terus belajar dan menanam kefahaman secukup mungkin. Sekarang ni aku baru tengah menyusun balik jadual supaya paling kurang ada masa belajar dalam sehari. Setidaknya sejam dah cukup. Lepas tu baru boleh tambah masa jadi dua jam.

   Sebab tu aku kata permulaan untuk sesuatu perkara adalah payah. Kita kena biasakan diri dengan benda yang tak pernah dibuat sebelum ni untuk menyesuaikan diri dengan momentum baru. Alah bisa tegal biasa. Kita tak boleh buat sesuatu perkara sebab kita belum biasa dengan benda tu dan bukannya kita tiada kemampuan. Percayalah kita ada kemampuan untu jadi orang hebat.