Gurun-gurun Top di Dunia
Malaysia ialah sebuah negara beriklim khatulistiwa dan tidak mempunyai gurun. Namun begitu itu bukan sebab kita tidak boleh menghargai keadaan gurun di tempat lain yang lebih istimewa di seluruh dunia. Gurun itu merupakan sebuah tempat yang kering, panas dan berpasir tapi hati yang kering serta panas tidak boleh dianggap sebagai gurun. Grun-gurun yang berada di seluruh tempat mempunyai keadaan yang sungguh luar biasa dan mempunyai fenomena istimewa.
1.Gurun garam terbesar di dunia
GURUN SALAR DE UYUNI, BOLIVIA
Gurun Salar ini ialah salah satu ikon penting bagi peta pelancongan di negara Bolivia. Gurun ini merupakan gurun garam yang paling besar di dunia di mana kawasannya adalah sangat luas. Terletak di tengah-tengah Altiplano dan adalah sebuah gurun yang sangat rata dan membalikkan matahari dalam keadaan yang seolah-olah menampakkan kesan cermin di bahagian langit. Terdapat beberapa buah tasik di gurun ini yang mempunyai pelbagai warna yang pelik bergantung kepada deposit mineral yang ada di kawasan itu.
Lebih 40,000 tahun yang lalu, kawasan ini ialah sebahagian dari Tassik Minchin iaitu sebuah tasik pra-sejarah yang sangat besar. Apabila tasik itu telah mengering, hal ini telah meninggalkan dua buah tasik moden iaitu Tasik Poopo dan Tasik Uru Uru serta dua buah gurun garam yang paling utama iaitu Salar de Coipasa dan Salar de Uyuni yang lebih besar.
Dianggarkan gurun ini 25 kali ganda lebih besar daripada Bonneville Salt flat di Amerika Syarikat. Ia dianggarkan mempunyai sebaanyak 10 billion tan garam yang mana daripada jumlah itu hanya 25,000 akan diambil setiap tahun.
2.Gurun putih
GURUN FARAFRA, MESIR
Salah satu tarikan utama di Farafra ialah Gurun Putih yang turut dikenali sebagai Sahara el Beyda. Gurun Putih Mesir ini terletak 45 kilometer di utara Farafra. Gurun ini mempunyai warna krim keputihan dan mempunyai formasi-formasi kapur yang sangat besar yang telah terjadi hasil tindakan ribut pasir di kawasan tersebut.
3.Gurun yang mempunyai gajah
GURUN NAMIB, NAMIBIA
Gurun Namib teerletak di bahagian selatan Afrika yang kurang kontranya berbanding Gurun Sahara tetapi masih lagi mempesonakan dengan ciri-cirinya. Ia adalah sebahagian daripada Taman Negara Namib-Naukluft yang berjiran dengan negara Angola. Bukit pasir Sossuvlei ialah bukit-bukit pasir yang paling tinggi di dunia yang sesetengahnya mencapai ketinggian 300 meter dan jika kita bernasib baik, kita akan dapat bertemu dengan gajah-gajah yang merentasi gurun tersebut. Hal ini kerana di gurun ini sahaja di dunia terdapat gajah di kawasan gurun. Gurun yang direkodkan sebagai gurun yang paling tua di dunia ini mempunyai banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang hanya boleh ditemui di kawasan ini.
Malahan Gurun Namib ini sentiasa mengujakan para geologis namun hanya sedikit yang dapat difahami tentang keunikannya. Di luar kawasan tersebut, angin kuat dengan kabus serta aliran deras menyebabkan para pelayar kehilangan arah mereka sehinggakan di bahagian utaranya dikenali sebagai "skeleton coast" kerana banyaknya bangkai-bangkai kapal yang terkandas di situ.
4.Gurun dengan batuan hitam
GURUN HITAM, MESIR
Terletak 100 kilometer di bahagian timur laut Gurun Putih ialah Gurun Hitam iaitu sebuah kawasan yang mempunyai gunung-gunung berbentuk seperti batuan hitam yang kecil dengan sangat banyak. Batu-batu ini boleh didapati di sepanjang tanah berwarna oren-coklat itu jadi warnanya munngkin tidaklah sehitam sepertimana yang orang harapkan. Dengan mendaki salah satu puncak gunung ini, pemandangannya dari situ amatlah cantik tetapi Gurun Hitam ini tidak berpenghuni.
5.Gurun yang dipenuhi turunan salji
GURUN TAKLAMAKAN, ASIA TENGAH
Gurun Taklamakan ialah salah satu gurun berpasir yang paling besar di dunia iaitu berada pada kedudukan ke-15 dalam ukurannya bagi gurun-gurun yang bukan berpolar di dunia. Gurun ini merangkumi kawasan seluas 270,000 kilometer persegi di kawasan Basin Tarim. Ia adalah sepanjang 1,000 kilometer dan selebar 400 kilometer. Ia direntangi di bahagian utaranya hingga ke bahagian selatannya oleh dua buah cawangan Jalan Sutera kerana para pelawat atau pengembara akan mengelakkan melalui kawasan gurun ini. Pada tahun 2008, gurun terbesar di Chima ini mengalami turunan salji yang paling banyak dalam sejarah dan suhu juga mencapai angka terendah setelah kawasan tersebut menerima turunan salji selama 11 hari berturut-turut. Malahan sebelum ini turunan salji sangat-sangat jarang di kawasan gurun ini tetapi pada masa tersebut, hampir 337,000 kilometer persegi kawasan tersebut kesemuanya telah diliputi oleh salji.
6.Gurun dengan lagun
GURUN LENCOIS MARANHENSEN, BRAZIL
Walaupun kedengaran agak ganjil tapi bagi sebuah negara yang mampu menyimpan sehingga 30% air bersih dan terdapanya hutan hujan yang paling besar di dunia, masih terdpat gurun di negara Brazil ini. Letaknya ialah di Maranhao iaitu di bahagian pantai utara Brazil. Taman Negara Lencois Maranhensens ialah sebuah kawasan seluas 300 kilometer persegi yang hanya diliputi oleh bukit-bukit pasir berwarna putih serta lagun-lagun dalam berwarna biru menjadikan kawasan ini sebagai salah satu tempat yang paling unik dan istimewa di dunia. Bukit-bukit psir itu merentangi dalam negara tersebut sejauh 50 kilometer membentuk satu lanskap seolah-olah tilam putih jika dilihat dari bahagian atas.
Namun apa yang membezakan gurun ini dengan yang lain ialah kerana adanya lagun-lagun di gurun tersebut. Ini adalah kerana turunan hujan di kawasan bukit-bukit pasir itu telah membentuk kolam-kolam yang mengandungi air jernih. Walaupun kelihatan seperti gurun, namun kawasan ini menerima menerima turunan hujan sebanyak 1,600 milimeter setahun iaitu 300 kali ganda lebih banyak berbanding Gurun Sahara. Semasa musim kering, lagun-lagun itu akan terpeluwap dan menjadi kering sepenuhnya sebaliknya pada musim hujan, lagun-lagun itu akan menjadi habitat kepada banyak spesies ikan, kura-kura dan kepah. Apa yang menjadi misteri ialah apabila lagun-lagun ini dipenuhi air, banyak kehidupan yang kembali hadir, seolah-olah mereka tidak pernah pergi dari kawasan itu walaupun pada musim kering dan salah satu teori untuk menerangkan kadaan ini adalah telur-telur ikan dn ketam itu kekal hidup dalam pasir dan akan menetas apabila menerima kehadiran hujan.
7.Gurun berpasir perah
GURUN SIMPSON, AUSTRALIA
Australia menempatkan empat buah gurun yang besar di dunia iaitu Mad Max, Stuar's Stoney, Tanmai dan Great Victoria serta Simpson yang turut dikenali sebagai "the big red" kerana kehadiran bukit-bukit pasir dari pasir yang berwarna merah. Gurun ini ialah sebuah gurun yang mempunyai bukit-bukit pasir yang paling panjang kedudukannya di dunia. Bukit-bukit pasir yang mengunjur dari utara ke selatan ini adalah statik berkeadaan begitu kerana ia telah dilindungi oleh benda-benda hidup yang ada di situ. Ia terdiri daripada pelbagai saiz, dari tiga meter di bahagian baratnya hinggalah ke 30 meter di bahagian timurnya. Salah satu bukit pasirnya yang palin terkenal ialah Nappanerica ataupun juga dikenali sebagai Big Red iaitu setinggi 40 meter.
8.Gurun yang makmur
GURUN ATACAMA, CHILE
Gurun Atacama di Chile mengambil kawasan yang paling luas di negara Chile yang terletak di utara lapisan ke 29. Kawasan ini berada di pantai antara Airca dan Antofagasta dan pernah muncul dalam rekod Guinness sebagai kawasan paling kering di dunia. Namun, mengunjur di bahagian selatan di Tropic of Capricorn, gurun itu menjadi lebih 'mesra' dengan kehidupan dan benda hidup. Kabus di bahagian pantai iaitu "camanchachas" selalu ada di bahagian selatan Antofagasta dan memberikan kawasan tersebut kelembapan yang cukup untuk mempertahankan kehidupan di kawasan tersebut. Banyak tumbuhan yang mampu hidup di kawasan tersebut kerana adanya kabus "camanchachas" selain turut dibantu oleh simpanan air kerana apabila musim kering tiba, ia akan melambatkan beberapa fungsi sperti pembesaran untuk lebih mengutamakan kehidupan di gurun itu dan pembiakan semula.
9.Gurun paling besar di dunia
GURUN SAHARA, AFRIKA UTARA
Gurun Sahara adalah bersaiz 8.6 juta kilometer persegi dan adalah gurun yang paling besar di dunia yang merangkumi sebahagian besar kawasan Afrika Utara. Seramai kira-kira 4 juta manusia tinggal di kawasan ini. Panjangnya yang paling maksimum ialah 4,800 kilometer yang mengunjur dari barat ke timur dan sepanjang 1,200 kilometer pula dari bahagian utara ke selatan. Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Mauritania, barat Sahara, Algeria, Libya, Mesir, Sudan, Chad, Nigeria dan Mali serta turut menyentuh Maghribi dan juga Tunisia.