Dragon Ball adalah berdasarkan kisah lagenda dari China
iaitu His Yu Chi ( Shee Yo Ji) atau The Record of the Journey West (Catatan
Pengemberaan ke Barat). Kisah Dragon Ball memiliki pelbagai jenis karakter yang
menarik dengan pilihan nama yang aneh. Penciptanya iaitu Akira Toriyama memang
terkenal kerana banyak menghasilkan manga komedi dan Dragon Ball dihasilkan
dengan begitu baik. Tetapi tahukah anda terdapat rahsia di sebalik nama
karakter di dalamnya? Jadi kali ni saya akan membongkar rahsia tersebut.
1.
Goku – Nama sebenarnya adalah Kakarot yang
membawa maksud lobak (Carrot).
2.
Gohan – Nasi yang sesuai untuk sarapan, makan
tengahari dan makan malam yang mengandungi sayur.
3.
Goten – Disebut sebagai Goteyn, yang bermaksud
langit dan kayangan.
4.
Bulma – Seluar dalam labuh yang dipakai gadis
pada zaman 1880an.
5.
Dr. Briefs – Seluar dalam lelaki.
6.
Trunks – Seluar tinju lelaki.
7.
Bra- Pakaian dalam wanita.
8.
Chi Chi – Bahagian dada wanita.
9.
Teshinhan – Nasi goreng.
10.
Chiaotzu – Kuih pau.
11.
Krillin – Buah berangan dan Toriyama sindir
tentang kepalanya yang botak.
12.
Yamcha – Sejenis kuih kukus Cina.
13.
Master Roshi – Si kura-kura yang bijaksana.
14.
Pilaf – Hidangan nasi dari Turki yang digoreng
dengan mentega.
15.
Frieza – Peti ais.
16.
Brolly – Sayur brokoli.
17.
Vegeta – Dari perkataan Inggeris, Vegetable yang
bermaksud sayur.
2 ulasan:
teringat dulu masa sekolah rendah dragon ball siar kat TV2 kalau tak silap..layan je...wahaha:P
Dragon Ball ni ada bnyk sgt episod smpai aq mls nk layan citer ni smpai habis
Catat Ulasan