Sudah lebih sebulan aku tidak ambil pusing tentang hal dalam blog ni. Sebenarnya hati ni sangat runsing tentang pelajaran, kemanakah daku akan menyambung pengajian ilmu?
Pengumuman keputusan SPM pada akhir 23hb Mac telah menyentap hati ni. Aku gagal untuk memperoleh keputusan cemerlang, walaupun aku tersenarai dalam golongan pasti cemerlang. Aku sangat sedih dengan keputusan 8A 1B. Subjek Bahasa Inggeris berjaya membuat aku pasrah, kenapa aku mesti kecundang dalam proses kehidupan terakhir di sekolah. Aku mahukan sesuatu pengakhiran baik dengan adanya keputusan yang cemerlang. Akhirnya aku kalah jua, bahasa asing juga berjaya mengalahkan. Namun aku sedar itu bukan alsan untuk membencinya, tetapi mengambil iktibar betapa aku tidak ihklas untuk mempelajarinya. 11 tahun, masa yang aku bazirkan untuk menguasai bahasa asing itu dengan baik. Jadi, aku harap langkahku di menara gading dapat mempertingkatkan kemampuanku mengusainya aku tidak ditipu dengan mudah.
Semalam aku telah membaca emel pada lewat petang. Aku telah ditawarkan ke kem pemilihan biasiswa Yayasan TM pada 29 April di Taiping, Perak. Betapa gembiranya hati ni kerana dapat melanjutkan pengajian secara percuma, namanya sudah biasiswa, mesti kena tanggung yuran dan elaun sara hidup. Tapi akhirnya aku telah mengambil keputusan drastik untuk menolak kem tersebut. Mak ayah aku melarang aku ke sana dengan alasan jauh dan tiada pengangkutan untuk hantar dan ambil. Kecewa betul masa tu. Sedih sungguh. Seolah-olah aku tiada kepercayaan untuk pergi sendiri, secara berdikari.
Namun, aku berfikir, tidak semestinya aku pergi, aku layak untuk mendapat biasiswa tersebut. Kem tu hanya pemilihan, bukan sudah tentu dapat. Lagipun aku belum sedia untuk mengekspressi diri ni ke arah maksima. Bak kata Kamen Rider W, "Maximum Drive!!"
Aku hanya seorang penakut yang tidak berani untuk menujukkan bakat dalam diri. Aku hanya aku yang tidak mengenali diri sendiri. Apa yang boleh aku lakukan hanya berdiam diri.
Harap aku dapat ke panggilan temuduga program khas JPA pada bulan depan. Aku harap boleh melakukan temuduga itu dengan baik, lebih cemerlang. Semoga idea mencurah-curah semasa aku disoal siasat. Hanya itulah biasiswa yang aku pohon. Kalau yang ni aku gagal juga, sia-sia aku masuk sekolah SBP, sia-sia aku dapat 8A.
Jangan biarkan diri kita terpaksa kerana terpaksa. Keikhlasan itu penting bagi menjamin kejayaan yang berterusan.
Amiin.