Khamis, 30 Mei 2013

Kenapa pula tak mahu belajar bahasa Arab?




1.       Kita ada MBM dan MBI. Tak pernah pula saya dengar ada MBA. Jadi tak payah susah-susah nak belajar bahasa Arab.”

Bahasa Korea pun takde MBK tapi ada jer budak-budak belajar bersungguh-sungguh. Padahal tengok Running Man pakai sub Melayu.

2.       Saya tak suka masuk sekolah agama. Lecehlah dengan peraturan sana sini.”

Tak perlu masuk sekolah agama pun kalau nak belajar Arab. Carilah tusyen belajar bahasa ni. Sekolah agama banyak peraturan? Apa, sekolah lain takde peraturan ke? Aku rasa peraturan sekolah agama sama jer ikut peraturan sekolah dan peraturan asrama. Cuma dia tambah sikit hal yang bertepatan dengan syariat islam macam tudung labuh. Takde pula budak maut pakai pakaian tutup aurat. Memang hati tu jenis nak berhibur 24 jam.


3.       Bahasa Arab ni bukannya penentu baik buruknya amalan kita di dunia fana ini.”

Paling bagus kalau kita belajar Arab ni. Mudah sikit nak faham tentang soal agama. Nanti dengar ceramah ulama’ dalam Arab mudah faham. Mudah sikit ilmu mereka nak masuk. Kan dapat pahala tu.

4.       Saya pening sangat belajar bahasa Arab. Payah. Sebab tu saya keluar dari sekolah agama.”

Tiada yang mudah dalam belajar bahasa. Rasanya bahasa Mandarin lagi payah daripada bahasa Arab. Tapi takde pula yang nak komplen lebih-lebih. Diri tu memang malas. Ubah sikit perangai. Kalau dah rajin, baru nampak senang belajar bahasa ni.

5.       Saya tak nampak kepentingan belajar Arab dekat Malaysia.”

Demo (kamu) ni kena gi negara Arab baru reti baso (bahasa/sesuatu perkara) sikit.kalau nak tahu, negara Arab salah satu bahasa top ten yang paling popular dan banyak digunakan di atas muka bumi. Dalam carta top ten bahasa Arab dalam nombor empat. Malaysia kan banyak berurusan dengan UAE (United Arab Emeriah). Orang dari sana pun banyak datang ke sini. Masih tak nampak kepentingan bahasa Arab kat Malaysia.

6.       Bahasa Inggeris saya dah teruk sangat. Ni nak tambah pula bahasa Arab. Chooiii.”

Itu bukan alasan konkrit tak nak belajar bahasa Arab. Belajar dulu bahasa Inggeris sampai pandai. Lepas tu masuk pula tuisyen bahasa Arab. Rasanya tak beri tekanan sangat kalau belajar bahasa Arab sambil belajar bahasa Inggeris. Belajar yang asas dulu. Baru boleh masuk tahap dewa sastera pula.




7.       Saya tak beberapa suka dengan awek Arab la. Putih sangat.”

Lol, orang belajar bahasa bukan sebab nak pikat awek. Kalau gitu berapa orang sangat yang pandai belajar bahasa Melayu nanti. Oopps, silap cakap. Kan Jamal Abdillah dah cakap, ‘siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat?’. Percayalah, awek Arab adalah salah satu ‘produk’ kecantikan semula jadi yang paling menakjubkan di atas muka bumi ni.

8.       Saya tak pernah dengar pun lagu dari UAE yang sedap.”

Itu sebab radio Malaysia tak pernah pasang pun. Lagu apa yang tengah top dan paling banyak dimainkan di Malaysia? Lagu Melayu, Indonesia, Inggeris, dan Korea. insyaAllah kita akan jatuh hati dengan bahasa Arab jika radio Malaysia banyak putar lagu Arab pua. Ala, berlambak lagu Arab dalam youtube. Nak paling murah, layan jer radio nasyid macam IKIM fm. Sejuk hati dengan alunan zikrullah.

9.       Saya tak berasa pula nak pergi melancong atau belajar di negeri Arab.”

Budak ni ada tak cita-cita nak pergi umrah atau haji? Haji ni salah satu rukun islam dan wajib dikerjakan jika berkemampuan. Kena pergi tanah suci Mekah jika tak tak dapat buat haji. Kalau dah belajar bahasa Arab, mudah sikit urusan di sana. Jiwa pun tenang sebab dapat memahami dengan jelas setiap ceramah di sana.

10.   Masa depan apa dengan bahasa Arab??”

Setiap bahasa ada masa depan tersendiri. Cuma perkara itu bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk menentukannya. Tak ada guna pandai belajar bahasa Arab tapi tak nak guna langsung dalam kehidupan seharian. Kalau orang tu pandai dalam banyak bahasa, tapi pemalas dan bodoh sombong, hidup merana juga. Jadi masa depan ni kita yang perlu usaha banyak.

11.   Ustaz/ulama’ jer layak belajar bahasa Arab nak tafsir kitab. Kita orang biasa tak payah pandai-pandai nak belajar Arab pula.”

Apa guna jadi orang Islam jika malas nak mengaji kitab-kitab yang dikarang ulama’ hebat? Tak pernah pula ada suruhan hanya ustaz/ulama’ saja ada kebenaran belajar bahasa Arab. Jangan cipta banyak alasan kurang cerdik sebab malas nak maju. Banyak kitab hebat dikarang dalam bahasa Arab. Rugi tak boleh baca semata-mata tak faham. Lagipun kita boleh erat perpaduan antara umat islam sendiri. Satu lagi,kita boleh rapatkan diri dengan para ulama’.

12.   Ala, tak stylo la cakap Arab, tak glamour langsung.”

Tak glamour? Aku rasa ramai jer orang belajar bahasa Arab. Orang islam belajar bahasa Arab. Orang bukan islam sendiri pun dah pandai menguasai Bahasa Arab. Belajar bahasa Arab bukan hanya sekadar tuntutan keperluan dalam agama tetapi untuk memudahkan proses komunikasi dengan orang luar. Kalau tak nak kena tipu dengan sesuatu bangsa, kita kena belajar bahasa bangsa tersebut.

13.   Eh, saya tak pernah nampak pula kempen mari belajar bahasa Arab dekat TV3!

Ya, aku pun tak pernah nampak. Nasib baik dalam Utusan Malaysia ada satu sisipan khas belajar bahasa Arab. Eloklah kerajaan labur sedikit duit supaya orang kita ni ada kesedaran sikit nak belajar bahasa Arab. Ini tak, hiburan 24 jam. Dahlah berita tu banyak yang tak betul.

14.   Cikgu yang ajar bahasa Arab tu garang sangat. Masuk kelas sikit jer nak marah-marah.”

Cikgu garang tu bersebab. Dah kau malas buat kerja, cikgu mana tak panas hati. Kalau kau rajin dan dengar setiap suruhannya, cikgu tu dah jadi sejuk hati. Dia dah tak nak marah dah kat kau. Ini tak, dah lah malas, kurang cerdik, kutuk belakang dan tak ikut arahannya. Cikgu tu setiap kali tengok muka kau pasti akan meletup seakan letusan gunung berapi. Nasihat aku, berubahlah jadi baik demi keberkatan ilmu supaya sentiasa dirahmati.




15.   Keluarga saya cakap tak payah nak bersusah belajar bahasa Arab.”

Dah memang keluarga kau tak pandai belajar bahasa Arab. Keluarga kau suruh pergi sekolah rajin-rajin belajar, pandai-pandai pula kau pergi cari awek. Perkara ni pandai pula kau protes dengan mak bapak. Keluarga kau suruh tak payah belajar bahasa Arab sebab tak nak kau tertekan dengan bebanan yang sedia ada. Tapi jika kau memang cerdik, pandai urus masa, tak ada masalah nak cari masa tambahan belajar bahasa Arab. Keluarga kau mesti bangga sebab kau pandai dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Bukannya hanya sekadar tukar awek tiap setahun sekali.

16.   Apa? Tenang juga jiwa saya baca Al-Qur’an tanpa tengok makna pun!

Oh, jadi jiwa kau pun tenang saat baca ayat Al-Qur’an mengenai azab kubur dan neraka? Mereka yang memahami bahasa Al-Qur’an dan syurga ni akan berasa tenang dengan ayat-ayat mengenai nikmat dan ganjaran daripada Allah SWT. Tapi hati mereka akan bergeletar dan takut apabila mendengar ayat menceritakan perihal azab neraka dan balasan jahat buat yang menderhaka. Mereka akan menangis dan segera bertaubat. Kalau nak jiwa yang lagi bersih dan suci, cepat-cepatlah belajar bahasa Arab.

17.   Saya ni sibuk dengan kerja, takde masa nak belajar bahasa Arab.”


Masa yang paling terluang banyak adalah ketika remaja. Tapi waktu ni yang kita paling banyak bazirkan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Beruntunglah kepada orang yang pandai memanfaatkan masa ketika ini. ketika dah besar, kita sibuk dengan tuntutan masa dan keluarga. Kalau ada masa, belajarlah. Kita kena pandai urus masa dengan betul. Biarlah kita belajar bahasa Arab selama lima tahun atau 10 tahun, asalkan ada usaha ke arah itu. Kalau kita dah pandai menguasai bahasa Arab, kepuasan hati tu tak dapat digambarkan dengan hanya menjerit kegembiraan.

Selasa, 28 Mei 2013

Sebab-sebab gagal menguasai bahasa Inggeris






   Penekanan bahasa Inggeris sangat penting dalam bidang pendidikan agar para pelajarnya mampu berjuang dalam pelbagai sektor perkhidmatan. Kita semua sedar bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa antarabangsa dalam peringkat dunia. Jadi penguasaian bahasa asing ni sangat penting untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar.

   Tapi ada jer budak-budak yang dah belajar 11-12 bahasa Inggeris ni tapi masih tak fasih untuk bercakap dengan betul. Sebenarnya apa yang mereka belajar English di sekolah? Bermula dari zaman tadika, enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun pula sambung di sekolah menengah. Kenapa mereka masih tak pandai nak guna bahasa Inggeris. Hah, apa lagi yang mereka tahu. Kalau begitu, marilah kita tengok apa sebab mereka gagal apabila berdepan dengan bahasa Inggeris.

1.       Jarang mempraktiskan cakap bahasa Inggeris

  Jangan ingat bahasa ni macam subjek sains atau matematik. Kemungkinan pengaplikasian untuk subjek berstatus killer ni kadang kala susah untuk difahami dalam kehidupan kita. Jesteru subjek sebegini hanya bersifat teori pada peringkat sekolah dan hanya diaplikasikan dalam kertas soalan atau kerja makmal.

  Tapi lain pula dengan bahasa. Kita perlu menguasai bahasa daripada segi aspek teori (tatabahasa) dan praktikal (bercakap di hadapan orang ramai). Bahasa ni amat pelik juga kerana kita tidak perlu belajar teori semata-mata untuk pandai berbahasa. Tengok budak-budak sekarang. Tatabahasa bukan main tunggang-langgang tapi boleh nak cakap hanya sekadar nak suruh orang lain faham.

  Tengok budak yang pandai tulis karangan English yang sungguh puitis. Penuh dengan ayat-ayat bombastik dan susunannya yang professional. Tak semestinya mereka pandai cakap bahasa Inggeris. Nilah hasil produk sekolah yang hanya pandai hafal ayat-ayat ‘hafazan’ untuk guna dalam karangan. Lemahnya kerana tak praktis bahasa asing ni. Kalau kita dah mahir praktis bahasa ni tiap-tiap hari, kita dah tak perlu nak hafal ayat-ayat ‘hafazan’ typikal ni.


2.       Malas buat latihan

  Subjek bahasa pun ada latihan juga. Jangan ingat subjek sains dengan matematik jer ada buku bank soalan berlambak. Subjek bahasa pun ada soalan yang boleh buat budak-budak jadi pengsan gamaknya. Kalau nak praktis bahasa ni, kita kena panaskan minda dulu dengan latihan tatabahasa (grammar) dan soalan berbentuk KBKK.

  Belajar tatabahasa ni biar sampai pandai susun ayat dengan betul. Tak adalah sampai berterabur bercakap English tu. Mat Salleh dengar pun berasa lucu. Tak perlu nak melebih-lebih sampai pandai karang ayat macam Shakespeare. Tak ada pun orang nak cakap puitis macam dalam teater. Sekadar guna ayat ringkas tapi betul.

  Satu lagi, jangan lupa soalan KBKK. Biar kita tahu nak nilai situasi mana yang tepat untuk guna tatabahasa atau ayat tertentu. Lagipun menjawab soalan KBKK dapat melatih minda kita untuk berfikir dalam bahasa inggeris sampai mahir. Nanti senang tak payah nak tafsir payah-payah kalau nak cakap English. Yang penting, jawablah soalan KBKK dalam bahasa Inggeris.






3.       Tiada kawan pandai English

  Iyelah, semua kawan-kawan dalam kelompok orang Melayu. Takde sorang pun kawan-kawan berbangsa Inggeris. Lagipun semuanya sama jer, lemah dalam bahasa Inggeris. Dah semuanya lebih kurang sama, terang-terangan semangat nak belajar English dah menurun. Yang pandai tu hanya tinggal guru-guru English jer.

  Yang dapat A dalam bahasa Inggeris pun cakap lebih kurang sama jer dengan mereka yang dapat D/E. Harap-harap lepas ni kerajaan bukan saja dapat import guru asing untuk mengajar English tapi juga pelajar-pelajar asing agar mereka bolehlah dapat bergaul dengan mereka. Lepas ni boleh terus praktis cakap English dengan pelajar-pelajar asing tu.


4.       Tiada suasana kondusif dalam kelas

  Dalam kelas zaman sekarang ni, apa yang tiada? Projektor ada, komputer kelas ada, pendingin hawa, kelas tirai besi dan lain-lain. Tapi peralatan berbentuk fizikal kadang-kadang tak menyumbang peratusan yang banyak dalam peningkatan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris. Ni tak lain tak bukan kelas tu masih lagi beriklim bahasa pekat ibunda.

  Kalau kita nak kuasai bahasa Inggeris ni, biar suasana dalam kelas tu macam duduk dekat England. Tapi taklah sampai hias kelas dengan bendera England. Piala dunia lambat lagilah. Cukup hanya dengan bercakap Inggeris dalam kelas. Berbual dengan kawan dalam English, bertanya dengan teacher dalam English.

  Macam mana pelajar nak guna bahasa asing jika suasana dalam kelas masih dipengaruhi bahasa ibunda masing-masing. Kalau boleh, biar dalam waktu belajar English, kita paksa diri kita nak cakap English. Kalau tak, bila lagi nak guna? Dalam kelas bahasa Melayu? Tak usah nak buang tabiat, jangan malu nak cakap English sebab tak pandai. Kalau dah dua tiga minggu cakap English berterusan dalam kelas waktu English, insyaAllah rasa kekok tu dah ada.

  Tapi jangan pula masa kelas English mulut tu terus dikunci sampai tak nak cakap apa-apa langsung. Kalau macam tu sampai bila-bila kita tak boleh pandai nak kuasai English. Tak usah jadi penakut sebab takut kena ejek. Diri tu kena berani, baru hidup boleh maju.


5.       Tiada keyakinan diri

  Mereka ni dah ada asas bahasa. Tatabahasa/grammar dah cukup pandai. Kalau buat latihan, 10 minit pun dah siap. Tapi masalahnya mereka tak berani. Puncanya mereka tiada keyakinan diri. Mereka sedar, mereka bercakap English masih lagi berbaur pekat bahasa ibunda. Sekali cakap English, keluarlah slang bunyi negori, kelate, terangganu, atau sabah sarawak.

  Mereka bila nak cakap dah susun ayat cantik. Tapi ada juga orang tak faham bila cakap English dengan mereka sebab masalah slang pada bunyi. Masalah ni boleh dikuasai jika kita berterusan guna bahasa asing sampai hilang pengaruh slang tempatan dalam bunyi bahasa asing tu.

  Tanyalah macam mana guru-guru English boleh bercakap English tanpa ada bunyi slang tempatan. Memang bunyi betul-betul macam original Mat Salleh punya suara. Tapi takdelah sampai nak makan pizza tiap-tiap hari.


6.       Tiada cita-cita tinggi nak sambung belajar di luar negara

  Ramai pelajar menganggap belajar bahasa asing ni sebagai persiapan ke luar negara untuk sambung belajar. Tak semestinya kita hanya belajar English untuk pergi ke sana. Duduk kat Malaysia pun kena cakap bahasa English. Lebih-lebih lagi nak berurusan dengan orang luar.

  Kita kerja dalam sektor perkhidmatan awam ataupun swasta, keperluan penggunaan bahasa English sangat penting. Belajarlah kuasai bahasa ni. Nanti mudah nak bereskan segala kerja kita nanti. Tak nanti nak kerja di bahagian tersebut, belajar dalam negara pun perlukan kemahiran bahasa Inggeris. Nanti tak lepas peperiksaan MUET.





7.       Lebih terpengaruh dengan elemen KPOP daripada unsur DISNEY

  Ramai dah budak-budak terpengaruh dengan KPOP. Sampai ada kumpulan di Malaysia nak tiru gaya macam artis Korea Selatan tapi gagal. Nyanyi tak sedap, menari pun tak bertenaga. Bila dah terpengaruh sangat ni, mulalah berminat nak nyanyi lagu Korea. Lirik yang bunyi pelik-pelik boleh jadi ingatan dalam kepala.

  Hafal jer? Tak, mereka akan belajar bahasa Korea sekali. Siap berangan-angan nak pergi Seoul. Buat apa pun aku tak tahu. Walaupun belajar bahasa asing lain amat penting tapi amat bahaya bagi mereka.
  Iyelah, lidah dah fasih cakap Korea. Dah mananya pergi masa nak berlatih cakap English? Takdenya. Mereka kalau boleh nak sambung belajar dekat Seoul University. Pengaruh budak-budak Disney cam Hannah Montana dah kurang sejak mereka semua dah meningkat dewasa. Daripada kecil berlakon cerita ceria, bila dah besar, terus jadi filem orang dewasa.

  Sebab tu ramai budak dah beralih ke sempadan KPOP pula. Mungkin ni nampak cam negatif pada peringkat sekolah yang lebih menekankan bahasa Inggeris. Tapi kalau dah dewasa dan bekerja, mungkin menguasai bahasa Korea dah satu kelebihan istimewa. Yang penting, mereka tu dah pandai cakap English, laju dan fasih cam mereka nyanyi lagu Big Bang.


8.       Baru jer putus cinta dengan orang Mat Salleh

  Hah, yang ni alasan paling mengarut sekali. Putus cinta sikit, mulalah nak cari kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri tak mahu ingat pula. Takkan baru clash dengan awek Mat Salleh terus salahkan bahasa Inggeris. Nak trauma apa dengan bahasa ni? Takde pula aku dengar clash dengan awek Melayu terus tak nak cakap Melayu. Abaikan sebab ini.


9.       Masih bangga untuk guna bahasa ibunda

  Siapa yang tak bangga dengan bahasa sendiri? Kita jangan mudah lupa dengan asal usul sendiri. Tapi perkara itu tak adalah sampai menganggu tumpuan kita nak belajar bahasa lain. Jangan jumud dengan perkara sebegini. Inilah sikap bagai katak di bawah tempurung yang tak mahu berubah dan maju.orang yang dah pandai guna bahasa English adakah akan berterusan cakap English jer? Tak, dia guna bila perlu jer.


10.   Menganggap kejayaan itu tidak bergantung pada penguasaian bahasa Inggeris

  Kejayaan macam mana kamu terfikir tu? Kaya? Dapat jawatan tinggi? Ada jer orang jadi kaya tanpa pandai English. Kita kena ingat, setiap orang ada usaha tersendiri untuk belajar. Tak semestinya orang lain tak pandai English mereka boleh berjaya, kita jadikannya sebagai alasan untuk malas belajar English.

  Apa salahnya nak belajar English? Kata nak berjaya tanpa masih tak pandai nak berkomunikasi dengan orang luar. Kalau begitu taraf kejayaan kita hanya di tahap kampung. Luaskan fikiran kita dan bersedia untuk berjaya di peringkat antarabangsa pula. Jadikan bahasa Inggeris sebagai batu loncatan untuk berjaya di sana.


11.   Masalah budak ponteng kelas

  Cikgu dah kelas tusyen. Cikgu dah jemput penceramah luar. Masalahnya ramai pula pelajar ponteng. Kalau mereka ponteng kelas English, macam mana nak pandai? Kalau tak belajar, sampai bila-bila tak mahir langsung. Belajar bahasa ni bukan hanya sekadar dengar lagu atau tengok cerita. Kita kena belajar juga. Biar bahasa tu kita dah pandai dalam setiap gaya bahasanya.




12.   Masalah pelajar yang dikatakan bebal

  Bebal? Bodoh? Ada cikgu yang mengajar English berasa betul-betul tertekan dengan pelajar yang bangang abadi tahap Liverpool. Dah ajar 10 kali pun masih tak faham. Pelajar yang ni masuk dalam kategori payah nak faham. Mereka ambil masa, paling kurang berminggu-minggu.

  Daripada tunggu budak ini jadi mangsa buli cikgu, hantar budak ni ke rawatan istimewa. Kelas istimewa ke, kaunseling istimewa ke, tak kiralah apa-apa pun. Nanti apabila nasi dah jadi bubur, semuanya dah tak berguna. Sementara rebung masih lembut, cepat-cepatlah bentuk sebelum jadi buluh bebal!!


13.   Tak nak terpengaruh dengan unsur budaya kuning dari luar

  Budaya kuning? Ni mesti banyak terpengaruh dengan cerita mengarut.  Sejak bila bahasa boleh jadi benda jahat? Kita bukannya tengah belajar sihir-menyihir. Tengok orang lain. Tak pandai pun cakap English tapi perangai tetap buruk. Rambut punk, hidung cucuk, mata gothic tapi cakap pekat daerah. Satu perkataan pun tak reti English.


14.   Kurang buku/majalah menarik dalam English

  Kurang buku menarik? Tipu!!! Aku rasa buku inggeris lagi banyak daripada buku Melayu. Majalah Inggeris berlambak dekat kedai 7-11. Ada jer kedai buku jalanan jual majalah inggeris. Biasanya aku faham masalah budak-budak ni. Mereka nak majalah Manga dalam edisi English tapi sayangnya tiada. Hahaha.





15.   Memandang negatif pada orang pandai berbahasa Inggeris


“Jangan nak poyo sangat, boleh tak?” inilah soalan untuk budak-budak yang perasan poyo. Cakap sikit keluar slang English biar cakap Melayu pun. Ini masalah budak-budak perasan hot, tak ada sangkut paut dengan bahasa pun. Kalau ditakdirkan bahasa Zimbabwee menjadi bahasa antarabangsa, mungkin mereka buat poyo dalam bahasaa Zimbabwee pula.

Bila anda mula belajar jawi?

 




   Kekuatan sesuatu bangsa amat bergantung pada kepentingan bahasa. Seperti yang orang kata, bahasa itu menunjukkan jiwa bangsa. Lemah bahasa, lemah jua bangsa.

   Jadii, kuatnya Melayu kerana berpegang teguh pada bahasa Melayu. Tapi betulkah? Sedangkan asas untuk bahasa kita telah gagal sebenarnya sejak zaman sebelum merdeka lagi. apakah ia? Apa lagi kalau bukan tulisan jawi.



   Selama ini kita tertanya-tanya mengapa semakin berkurang orang Melayu dalam bidang yang menguntungkan. Sebaliknya mereka juara dalam bidang yang merugikan seperti rempit, jenayah, keciciran pelajaran dan lain-lain. Kita pula masih boleh bangga kerana beruntung menjadi bangsa dominan dalam Malaysia. Kalau setakat mengharapkan subsidi dan bantuan kerajaan tak payahlah nak bongkak sangat.

   Tak pernah terfikir ke sebab-sebab kita menjadi seteruk itu? Jatuhnya sesebuah bangsa itu kerana hilangnya pegangan terhadap asas bangsa itu sendiri. Dalam hal ini, jati diri orang Melayu telah mula terhakis sejak pinggirnya tulisan jawi dalam kehidupan.

   Kita lebih pandai menulis dalam rumi, iaitu salah satu peninggalan bangsa penjajah kepada kita. Kini, dah jarang orang Melayu mahir guna tulisan jawi atas alasan dah ketinggalan zaman. Benda-benda pra-sejarah kita biarkan berlalu, kononnya.

   Kita berasa kekok dan malu apabila nak guna tulisan jawi ketika menulis. Sedangkan orang Cina dan India masih lagi selesa menggunakan tulisan mereka sendiri. Adakah mereka mundur dan ketinggalan jauh? Tidak, mereka sudah menguasai dalam kebanyakkan bidang seperti ekonomi, perundangan, pelajaran dan lain-lain.




   Tanpa sedar, kita telah melupakan jati diri dalam darah daging. Sudah tiada rupa jawi dalam kehidupan kita. Melayunya kita hanya tinggal pada nama sahaja. Rupa? Haha, kita berpakaian ikut acuan Barat atau Timur? Saya bukan nak burukkan Barat tapi terkilan dengan mereka yang meninggalkan bangsa Timur.

   Mula-mula kita guna tulisan rumi. Kemudian kita dah hilang salah satu aspek dalam pembentukan bangsa. Jadi apa bezanya orang Melayu dengan orang Barat yang sama-sama guna tulisan rumi? Lama-lama kita ikut cara mereka dan beranggapan inilah cara hidup kita. Kalau perkara ini masih dipandang remeh, Melayu akan hilang di bumi Melayu sendiri.

   Sebenarnya, tak salah pun nak guna tulisan rumi. Orang Cina, India, Jepun dan Korea pun pandai menulis rumi tapi mereka masih ingat menulis dalam tulisan masing-masing. Majoritinya tahu cara nak guna tulisan bangsa sendiri. Kita? Hanya minoriti saja yang tahu walaupun kita bangsa yang majoriti dalam negara.

   Akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan sebagai lidah rasmi orang Melayu, mengguna tulisan rumi juga. Nasib baik ada satu sisipan khas dalam jawi tiap-tiap hari Isnin. Kita boleh lihat dalam akhbar Cina dalam tulisan Cina dan akhbar India dalam tulisannya.


   Belajarlah tulisan jawi sebelum ia luput. Carilah orang yang pandai jawi sebelum mereka berkubur. Usaha membawa tulisan jawi dalam papan tanda arah di sesetengah negeri hanya satu langkah kecil. Selagi Perdana Menteri kita orang Melayu, kembalikan jawi dalam sistem pendidikan secara rasmi dan diiktiraf. Bangsa lain tak perlu bimbanglah. Orang Melayu belajar jawi. Takkan orang Kadazan pula dipaksa menulis jawi pula. Tapi kalau nak masuk boleh saja bah.