Cuba teka? Bilakah Supermoon akan berlaku? Tak lain tak bukan pada hari ini iaitu 23 Jun 2013. Kalau takut kena tipu atau 'dikencing' bodoh saja, boleh anda jadi pungguk rindukan bulan pada malam ni. Lihat kat luar. Bulan semakin kecil atau membesar. Jangan lupa sekali nak tulis sajak mengenai bulan.
Kejadian Supermoon mengakibatkan kedudukan bulan lebih dekat dengan bumi berbanding hari biasa. Untuk pengetahuan semua, orbit bulan dalam mengelilingi bumi adalah berbentuk bujur, bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan bumi dan ada kalanya jauh daripada bumi. Apabila bulan berada dekat dengan bumi, hal ni mencetuskan fenomena Supermoon.
Jarak bulan yang dekat dengan bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dipanggil apogi. Apabila bulan pada kedudukan perigee, bulan akan nampak lebih besar dan bercahaya. Sebenarnya saiz bulan masih sama. Cuma yang berlaku adalah kesan pengaruh ilusi yang dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.
Fenomena ini tidak langusng membawa bencana kepada bumi. Ketika bulan berdekatan dengan bumi, berlaku interaksi graviti yang kuat di mana menjadi punca air pasang surut. Kesan tarikan graviti ini sangat kuat dan membimbangkan boleh menyebabkan paras air laut dijangka naik dan air pasang besar akan berlaku. Tapi, hal ini tak perlu ditakuti kerana ia tidak akan mencetuskan bencana.
Supermoon adalah satu fenomena biasa. Ia selalu terjadi. Cuma namanya jer nampak pelik yang menyebabkan kita terfikir ada Superman datang ketika ini. Hahaha. Jangan bazirkan masa. Malam ni pakat ramai-ramai tengok Supermoon. Duduk terperap dalam bilik memang tak nampak. Keluar dari rumah dan berkhemah la kat situ. Ingat berkhemah dekat luar rumah, bukannya di Padang Merbuk. Nanti kena saman.
(Sumber maklumat dan informasi diperolehi serta diolah daripada Wikipedia iaitu Fenomena Supermoon)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan