Husni: Eh, kau nak pergi
ke mana ni? Macam handsome je pakai smart-smart malam ni. Dating?
Izzu: Tak adalah. Aku nak
pergi makan kat luar. Ada match malam ni. Kau nak tengok tak?
Husni: Match apa? Kan Kelantan baru jer kalah dengan Pahang haritu.
Ada timbal balik ke?
Izzu: Aduh, bukan match tu.
Aku maksudkan match BPL. Kelab bola
sepak inggeris.
Husni: Oo, team macam
Arsenal, Bayern Munich, Real Madrid tu.
Izzu: Arsenal tu dah
betul dah. Tapi Bayern Munich kelab
Jerman. Real Madrid kelab Sepanyol.
Takkan kau tak tahu kot.
Anak jantan mesti tau benda adrenalin
macam ni.
Husni: Sorry, bro. aku tak layan sukan bola sepak ni. Tak kisahlah Malaysia punya ke atau
liga luar. Aku bukan orang sukan. Buat apa aku minat?
Izzu: Eh, kau ni! Aku ni pun bukan orang atlit. Masa sekolah
dulu pun tak pernah pun sekolah pilih aku jadi wakil pergi mana-mana acara
sukan. Jadi budak milo tu pernahlah
ada pengalaman. Pasal sukan ni tak
perlu nak aktif main baru sibuk nak ambil tahu pasal dunia sukan. Minat
yang penting bro.
Husni: Minat tak minat, dah
memang tabiat aku tak suka benda aktif camni.
Nak kejar bola, nak sepak bola lagi. cukuplah aku sekadar dengan buku-buku study ni.
Izzu: Tu silap kau. Jadi
peminat tak perlu sampai nak masuk
padang sekali dengan player bola
sepak tu. Tengoklah setakat mana kau
punya minat. Aku ni setakat tengok match, tengok highlight, follow twitter
team bola sepak, okaylah. Ada gak orang suka sampai sanggup pergi
stadium setiap kali ada match. Aku ni mampu beli jersi ni.
Husni: Oo, jersi HP ni team
bola sepak rupanya. Ingatkan kau jadi promoter
untuk HP pula. Sorry ar, aku ni memang tak pernah tengok lagi match bola secara live. Waktu kecik dulu
pun tengok bola sepak peringkat daerah.
Izzu: Tak sama bola sepak peringkat daerah dengan peringkat liga ni, apatah lagi dengan liga famous ni, BPL. Liga-liga macam ni
baru ada feel tengok bola. Semua player ada kemahiran professional dan
bakat masing-masing. Gaji sebulan diorang
beratus-ratus kali ganda dengan lecturer
kita. Kau jangan ingat sepak bola macam tolak awek ke tepi. Ni semangat
gila bola, main superb, memang perform tip top habis.
Husni: Camne kau boleh
semangat tengok bola? Yang aku tahu pasal bola ni main 90 minit, kejar bola dalam satu padang, lepas tu rampas dan passing sampai boleh gol. Yang mana feelnya?
Izzu: Susah aku nak
terangkan sebab kau pun jarang tengok match
bola. Bila kau tengok baru boleh rasa feel
gila bola. Macam kau main game dota
setakat tekan mouse, gerak mouse, tekan keyboard, dengar apa si elf cakap
tu. Mana feel seronok main dota tu?
Lepas main baru rasa seronok tak terhingga.
Husni: Itu game. Memang
kita 100% kawal player. Paling kurang aku aktif sikit masa main game. Gerak sikit-sikit. Ni tengok bola. Kau tengok jer pun. Duduk atas kerusi pastu sorak-sorak masa player favourite kau dapat bola. Aku
rasa tengok bola ni benda pasif, main
game baru jadi aktif.
Izzu: Lain bai. Kau
tengok bukan sekadar tengok. Kau tengok macam kau duduk dekat stadium. Secara
jelas kau nampak player through bola
dekat kawasan gawang. Saper kata kita
orang pasif? Yang orang tengok bola sambil ketuk-ketuk dram, bangun buat wave, sorak kuat-kuat sampai nak runtuh bangunan,
yang tu masif pasif lagi?
Husni: Erm, buang masa la
tengok bola. Sama jer kau tengok result dekat paper takpun dekat lawan web depa. Lagipun kita perlukan masa nak study kan. Tengok bola bukannya boleh buat team kau tiba-tiba jaring 6-1. Result
tetap sama sama ada kau tengok atau tak.
Izzu: Ni yang payah nak cakap dengan kau ni. Senang-senang kau ikutlah aku pergi
kedai tom yam depan sana. Baru kau tahu apa rasa feel gila bola lepas kau tengok Tottenham menang nanti.
Husni: Aku nak study wei.
Bukan nak berpoya-poya.
Izzu: Ni bukan buang masa
berpoya-poya. Kau tu pun hari-hari
asyik study, bila masa nak rehat pula. Mari la tengok bola, kita pupuk semangat
cintakan sukan. Semarakkan sukan dalam jiwa. Tengok bola baru boleh jadi
penyokong takpun ultras sejati.
Husni: Erm, aku nak
buat…….
Izzu: Tak payah nak bagi
alasan macam-macam. Kau ni memang dah tahap kronik sampai tak kenal mana team, mana liga, mana bola, mana feel gila bola. Aku sebagai kawan memang
rasa bertanggungjawab nak tanam feel
gila bola dalam jiwa kau yang berkarat pasal sukan. Tak ada tapi-tapi lagi. Meh naik motor sekali dengan aku.
Husni: Ok, aku pergi.
Janji wei lepas tengok match kau belanja aku sup ekor.
Izzu: Aik, elaun punya banyak ada hati nak suruh aku belanja. Kau tengok match dulu. Lepas tu kau nak makan apa makanlah. Tapi duit kau.
Husni: Ni yang aku tak
suka nak tengok bola sepak ni.