Rabu, 31 Julai 2013

Pegang-pegang

    Haiwan yang haram dipegang dan dijadikan sebagai peliharaan adalah anjing dan babi serta keturunannya daripadanya. Kalau dah terpegang, wajib kena bersihkan dengan tujuh kali basuhan dengan salah satu basuhan bercampur air tanah. Kalau tak sucikan, berdosa sebab haiwan tu adalah najis berat.

   Manakala memegang tangan awek masa berpimping tangan di bazar Ramadhan adalah haram dan berdosa. Sayangnya dosa tu tak dapat dibersihkan dengan samak walaupun bercampur dengan air tanah gunung berapi. Nak bersihkan balik, kena bertaubat dan mohon ampun untuk bersihkan balik titik hitam dalam hati supaya tak lagi buat kesalahan tu.

   Persoalannya yang mana paling berdosa? Pegang tangan awek (semestinya bukan mahram) atau pegang anjing? Masalahnya kalau benda tu dah diharamkan, kenapa nak pegang lagi? Sebaiknya elak untuk elak diri dapat dosa dan fitnah. Walaupun kita ni bukan pelaku maksiat tapi buat perkara yang mencurigakan tiada guna juga.

   Jangan cuba untuk bermain api walaupun tiada niat untuk membakar sesuatu. Sebabnya orang ramai takkan tunggu orang tu bakar bangunan baru tangkap dan belasah. Sebelum bakar bangunan, baru main kejap dengan api, orang dah pergi marah dan ugut bukan-bukan.

   Semua orang tahu binatang haram tak boleh dijadikan binatang peliharaan kecuali jika ada kesulitan seperti masalah orang buta yang perlukan bantuan navigasi sepanjang masa. Hanya anjing yang diberi keistimewaan khusus sebagai anjing pemburuan. Tak pula aku dengar babi pemburuan.

Isnin, 29 Julai 2013

Ada motivasi dalam ibadat

                                    

   Ibadat tu sebagai salah satu motivasi kepada kita. Apabila kita rajin beribadat, kita secara tak langsung akan meningkatkan motivasi untuk berbuat baik. Kemungkinan untuk berbuat  jahat akan berkurang. Hari kita lebih segar untuk menambah amalan sunat dan berbuat dengan orang lain.

   Sebaliknya kita jadi malas beribadat, motivasi diri akan menurun. Kita rasa diri tak cukup baik lalu merangsang diri untuk meninggalkan perkara baik dan melakukan perkara buruk. Kita seolah-olah lebih senang nak menjadi “bad guy” hanya kerana percaya diri ini sungguh jahat sebab kurang melakukan amalan fardhu.

   Sebenarnya, perkara itu merupakan pengalaman dalam hidup aku. Contohnya kita bangun awal dan solat Subuh, secara automatiknya kita akan bersemangat nak solat sunat Dhuha dan solat fardhu lain pada awal waktu. Tapi seandainya aku bangun lewat dan tak sempat nak solat Subuh, aku dah jadi malas serta cuai dengan amalan ibadat lain. Apa kejadah nak solat sunat Dhuha kalau solat Subuh pun lewat?

   Sebaiknya jangan kita meninggalkan amalan utama dan terawal dulu. Kalau perkara pertama pun kita dah lalai dan terhegeh-hegeh, macam mana kita nak bersemangat berkobar-kobar untuk buat amalan ibadat lain. Contohnya dalam pasukan bola sepak, team B sudah ketinggalan 2-0 dalam pusingan pertama. Team B harus dapat paling kurang dua gol untuk membuat penyamaan. Di sini tekanan tinggi telah diberi kepada mereka lantas boleh menjejaskan semangat dan motivasi mereka.

   Contoh lagi, dalam subjek physic level asasi, ada tiga ujian dalam kelas sebelum masuk ke final exam. Dalam ujian pertama, Radzi hanya mendapat 45%. Jadi macam mana tanggapan dia untuk ujian kedua dan ketiga? Sudah tentu dia hanya berharap untuk lulus dan menetap target sebanyak 60%. Makan dia sudah kehilangan banyak markah untuk memperoleh kecemerlangan besar dalam final exam nanti. Maka, dia sudah hilang semangat untuk dapat A* (A Star) dan berharap hanya untuk lulus supaya tak kena repeat paper.

                     

   Jadi, adakah kita perlu berputus asa dan patah semangat jika motivasi sudah dilemahkan dengan pencapaian ujian pertama teruk, dibelasah 2-0 masa first half, atau terlewat untuk solat Subuh? Tidak, kita masih ada peluang. Selagi ada nyawa bernafas, selagi kudrat boleh mengerah, selagi itulah peluang masih ada. Cuma kita kena berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan lalu.

   Yang perlu kita sedar mula-mula adalah kesalahan atau kelemahan dalam diri kita. Tanya hati, kenapa aku jadi begini? Cari sebab dan punca kenapa aku bangun lewat, kenapa aku gagal skor dalam ujian? Apa yang aku terlupa? Kita kena ingat perkara pertama yang perlu dilakukan selepas terjatuh adalah bangkit kembali.

   Berterusan menangisi diri dan enggan bangun selepas jatuh adalah satu perkara kebodohan. Allah SWT bagi ujian kepada hambaNya setimpa atas kemampuan kita. Jadi, kita sebenarnya mampu mengharungi setiap ujian yang diberi kerana setimpa atas kemampuan kita. Apa lagi yang kita mahu kalau tak mahu melepasi ujian itu?

                      


   Jadi, jangan percaya pada bisikan jahat syaitan yang cuba meracuni. Mereka ingin melemahkan semangat kita dalam menjalani ujian. Kita perlukan kekentalan semangat dan berani menentang mereka untuk memperkukuhkan jiwa untuk sentiasa dalam jalan kebenaran. Kuatkan semangat bahawa jalan syaitan adalah jalan ke neraka dan jalan Allah SWT adalah jalan lurus ke syurga.

Jumaat, 26 Julai 2013

Ramadhan yang hilang di Malaysia


   Bulan Ramadhan masuk masuk malam ke 17 sekarang ni. Betul-betul pada hari Nuzul Al-Qur'an iaitu turunnya Al-Qur'an yang menjadi cahaya petunjuk bagi orang bertaqwa. Sepatutnya kehangatan Ramadhan dah hampir kemuncak. Maklumlah, raya dah dekat. Hahaha, tanya jer orang Malaysia. Sambut bulan Ramadhan sebab nak raya.

   Peliknya budaya orang kita di Malaysia bila tiba bulan Ramadhan. Asal masuk Ramadhan terus ingatan melayang pada hari raya. Sedangkan bulan Ramadhan sebagai madrasah atau sekolah melatih jiwa dan fizikal sebati dengan penghidupan amalan ibadat. Sebaliknya aktiviti yang kita tengah lakukan dan sibukkan sangat bertentangan dengan apa yang kita percaya dengan keberkatan bulan Ramadhan.

      

1. Bazar Ramadhan

   Bulan lain pasar malam adalah satu aktiviti biasa dan tak menimbulkan masalah banyak. Tapi bila masuk jer bulan Ramadhan, masalah terus bergolak. Isu perebutan tapak dan permainan taktik kotor orang dalaman dah jadi sebati dalam isu bazar. Sepatutnya tak perlu ada masalah macam ni sebab kita nak jual makanan kepada orang yang nak berbuka puasa.

   Lagi satu yang aku tak puas hati, orang yang berniaga di bazar. Makanan sedap dan murah tapi sayangnya tak tutup aurat dengan baik. Jangan ingat mereka yang tak mampu menutup aurat langsung tak menjejaskan makanan kita. Ada juga mereka tak solat Asar sebab buka gerai dari pukul 4.00 pm dah terpacak pasang khemah.

2. Iklan dan program Ramadhan di televisyen

   Satu-satunya iklan berunsur Ramadhan yang boleh dijumpai di media massa kita adalah promosi baju raya. Tak lupa juga pada rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan. Semuanya bersifat mencari keuntungan jualan sempena bulan Ramadhan.

   Apa salahnya ada penerbit cuba menghidupkan Ramadhan dengan iklan atau program bermanfaat. Contohnya mengajak masyarakat baca Al-Qur'an secara bertadarus, rajin beriktiqaf di masjid, bayar zakat, dan rajin bersedekah. Buat iklan pendek pun dah okey asalkan mesej sampai. Cerita-cerita masa Ramadhan selalunya bersikap simpati pada penonton dengan elemen kesedihan yang skeptikal. Bab cerita ni aku tak pandai sangat nak sumbang idea.



3. Pasaraya dan promosi

   Asal raya buat jualan mega. Jual baju raya ada diskaun sampai 70%. Padahal aku tengok harga dah semakin mahal. Aku khuatir baju tu dari stok lama atau baru. Aku tak kisah sangat asalkan masih berkualiti. Cuma kalau stok lama tu kena jual murah sikit.

4. Harga barang keperluan

   Harga ayam naik. Harga ikan naik. Harga rokok naik (nasib baik bukan keperluan aku). Kenapa nak jual mahal sangat masa bulan Ramadhan? Sepatutnya kita kena jadi lebih pemurah sebab nak dapat pahala yang berlipat kali ganda. Aku tengok semua ayam habis licin masa bulan puasa kalau banding dengan bulan lain-lain. Jangan jadi cekik darah dan pentingkan keuntungan. Bulan Ramadhan ni kita kena bersikap prihatin pada saudara tak bergaji tinggi yang kena tampung keluarga besar.

5. Jalan raya

   Memang bila raya, semua jenis jalan jadi sibuk. Kemalangan pun semakin meningkat risiko. Jadi korang yang ada kereta kena servis kereta elok-elok. Lagi satu jangan bawa laju sangat, nanti kena saman. Tak dapat den nak dapat duit raya nanti.

...............................

   Ada banyak benda lagi aku nak tulis, tapi rasa biar sampai nombor lima jerlah. Kalau aku rajin, aku sambung balik. Bimbang juga dalam masa aku kutuk orang lain, rupa-rupanya diri aku ni lebih teruk lagi.


Selasa, 23 Julai 2013

Blog yang sering berubah


  Aku terfikir, dah berapa kali templat blog ni bertukar? Sejak dari 2010 blog ni tak pernah ada design yang boleh bertahan lama. Bukan apa, aku memang suka perubahan, lebih-lebih lagi pada blog ni.

   Kesian kan pada orang yang semalam melawat dan lepas tu melawat balik, tengok-tengok blog ni dah bertukar nama dan bentuk. Mesti curious, betul ke ni blog abang EARKIX? Tengok posting nampak macam sama, tapi kenapa nama blog dah bertukar?

   Kalau korang tanya aku, aku ni memang suka bertukar. Kawan-kawan aku ni dah tahu yang aku peminat kamen rider. Apa yang perlu kita sebut masa nak lawan penjahat? Henshin!!!!

   Hahaha, kalau ikutkan hati, aku ni memang tak pernah puas dengan design blog ni. Sebab tu blog ni selalu bertukar wajah. Aku rasa nak kekalkan tapi bila muncul idea gila, rasa nak tukar templat blog. Padahal lebih hodoh daripada sebelum ni.

   Sekarang ni aku pilih templat biasa saja. Dah malas nak hias kaw-kaw. Cukup ringkas dan mudah. Aku cuma harap kali ni design blog ni boleh bertahan lama. Paling kurang pun sampai akhir tahun ni. Aku dah pasang niat baru nak tukar balik ke templat lain yang lebih advanced. La ni aku tengah berlatih imaginasi dan contengan serta lakaran kreatif.

   Apa? Aku memang kreatif apa?!!! Cuma bila bakat tu nak keluar, dia jadi terlalu abstrak sampai aku pening nak terjemahkan maksudnya.



                               

Isnin, 22 Julai 2013

Tengok ke depan dulu


   Waktu bulan Ramadhan ni baru penuh solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid atau surau. Kalau tengok bulan-bulan, tinggal tok imam dan bilal. Ada jemaah lain pun dah cukup kira banyak.

   Biasanya kalau solat berjemaah ni kena rapat-rapatkan saf. Jangan biarkan ada ruang kosong antara jemaah lain. Biar bahu berlaga bahu, kaki bertemu kaki. Tapi masih dalam keadaan selesa untuk semua jemaah. Kira sekadar cukup syarat rapatkan saf. Kan ada makmun mati sesak nafas.

   Kalau kat depan ada ruang kosong meskipun masa tengah solat, makmun kena mara ke depan dan penuhkan saf di sana. Banyak pahala bila kita ikut sunnah yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Lagi bagus kalau kita tahu mengapa disuruh solat berjemaah dan saf-saf tu kena dekatkan dan rapatkan.

   Aku Cuma nak cerita satu peristiwa. Ni bukan cerita betul pun. Aku saja cerita sebab nak cari mood pasal solat berjemaah.

                              

   Cerita ni mengisahkan Kamal yang jarang datang ke masjid. Kalau datang pun, masa solat Jumaat, minit-minit terakhir sebelum khatib habis berkhutbah. Kamal pun sama juga dengan orang Malaysia lain, jarang solat lima waktu tapi kalau bab solat sunat terawih, dari solat Maghrib dah tunggu dekat masjid. Bukan apa, masjid tempat dia ada sediakan nasi bukhari masa berbuka puasa.

   Datangnya malam pertama Ramadhan, Kamal bersungguh-sungguh datang ke masjid seawal pukul 7 petang. Kononnya nak tunjuk dia ni calon pilihan menantu terbaik. Maklumlah, dia tengah sibuk mengurat anak gadis salah seorang JKK masjid. Nak dikatakan ajaib pula, masa Kamal sampai di masjid, orang ramai dah penuh duduk dalam masjid. Tup tup bila tiba Ramadhan masjid dah ada penghuni secara ghaib.

   Tok bilal pun azan Maghrib. Kamal pun solat sunat Maghrib Qabliah sebab tengok orang sebelahnya pun bangun solat sunat. Lepas 10 minit, tok bilal iqamat menandakan dah bersedia nak solat fardhu Mahgrib berjemaah. Kamal berada dalam saf tengah, betul-betul bawah kipas dan udara aircond. Sejuk beb.

   Nak ditakdirkan masa tok iman tengah baca surah Fatihah rakaat pertama, molek molek ada dia nampak ada satu ruang kosong kat depan, cukup-cukup untuk dia isi tempat tu. Sebab nak tunjuk dia hebat dan ada ilmu banyak, tanpa ragu-ragu dia terus melangkah kaki ke depan. Maka dia berjaya penuhi tempat kosong tu.

   Masa tok imam rukuk, dia pun segera rukuk dengan cepat. Garrrrr!!!! Bergegar kepala dia masa tengah rukuk. Terjatuh dia masa nak rukuk. Dia hairan dan berasa sakit pada dahi. Macam berlanggar dengan tiang konkrit pula. Dia pandang ke depan dan tengok ada tiang masjid rupanya. Patut tak ada orang dekat ruang kosong.

    

   Toleh belakang, Kamal tengok ada banyak jemaah yang cuba tahan ketawa bila tengok aksi kelakar ni. Muka dia merah padam dan penuh malu. Dengan segera, dia terus berlari keluar dari masjid dan tak masuk balik. Mulai hari tu, dia tanda masjid tu sebagai kawasan kuning sebab malu bila teringat peristiwa tu. Dia lebih rela solat di masjid yang lebih jauh, asalkan tak ada jemaah lain yang gelak bila tengok muka dia.


   Penuhkan ruang kosong masa solat memang kena buat. Tapi tengok dulu kat depan ada tak halangan atau perkara lain yang menghalang kita solat di situ. Kalau tak, berlanggarlah kepala dengan tiang masjid. Sebelum mara ke depan, tengok dulu ke depan, boleh ke tak boleh.

Jumaat, 19 Julai 2013

Rindukan tazkirah


   dalam bulan Ramadhan ni, ada satu aktiviti yang banyak menyedarkan tentang hakikat dalam hidup. Antaranya adalah tazkirah. Biasanya pada hari lain, aku jarang sangat nak pergi dengar tazkirah. Paling kurang aku dengar khutbah jumaat setiap minggu. Tapi kurang berbaloi sebab ramai orang tidur dan tok imam tak bersemangat nak berkhutbah.

   Berlainan pula dalam tazkirah. Kita rasa semangat itu berkobar-kobar masa dengar tazkirah. Penceramah jadi lantang dan tak membosankan. Tajuk pula biasanya yang berlaku dalam hidup kita. Contohnya ada penceramah yang memberi takzirah sebelum solat terawih. Dia bidas masyarakat kita yang suka dahulukan ibadat adat berbanding syariat.

   Solat terawih adalah sunat tapi kita mampu buat sampai 20 rakaat. Solat fardhu lima waktu adalah wajib tapi kita tak mampu buat. Sedangkan solat sunat yang menjadi keutamaan dan ada hadis atau ayat al-qur-an yang memerintahkan adalah tahajud, dhuha, rawatib, witir dan lain-lain. Masalahnya kita tinggalkan solat sunat sebegini dan lakukan solat terawih atas alasan setahun hanya sekali.

   Rasanya cukup jerlah aku cerita pendek masa tazkirah ustaz itu. Cerita panjang kan takut jadi salah fakta pula. Maklumlah ingatan aku ni bukanlah tinggi sangat. Tapi memang best bila kita dengar tazkirah. Pasti akan ada satu point yang akan buat kita tersentap dan sedar atas kelemahan diri. Bila dah tahu diri dah ada di jalan salah, mesti kita kena cari balik jalan lurus. Tengok teguran dalam tazkirah pun boleh sedarkan diri kita.

   Kalau ikutkan tazkirah memang ada tiap-tiap hari dalam masjid. Cumanya aku ni bukannya kaki masjid. Syukur alhamdulillah dalam bulan Ramadhan tak pernah pun aku terlepas nak singgah ke masjid. Paling best bila ada ceramah sebelum tazkirah. Beza antara tazkirah sebelum Ramadhan dan semasa Ramadhan adalah bilagan jemaah. Kalau ramai rasa macam suasana ceramah tu hidup dan segar. Kalau jemaah sikit, rasa macam ceramah tu tak serius dan kurang feeling nak bersemangat.

   Aku ni bukan nak berjanji kosong, tapi aku harap lepas bulan Ramadhan aku masih rajin nak mendengar tazkirah. Nak masuk usrah aku ni jenis penakut dan pemalu tak bertempat. Jadi hanya tinggal ceramah sebagai medium untuk aku mendapatkan ilmu. Satu lagi, aku harap bilangan jemaah semasa ceramah selepas bulan Ramadhan masih lagi banyak dan bertambah. InsyaAllah. Ceramah adalah kekuatan kita untuk bersatu dalam memperkukuhkan perpaduan kita.

P/S: Pastikan penceramah anda di masjid tu ada tauliah. Sebenarnya ada tauliah atau tak bukan perkara penting pun. Yang penting ilmu yang disampaikan. Tauliah tu hanya kerenah sistem birokrasi.

Sabtu, 13 Julai 2013

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak


                                     

   Tak sangka kita dah memasuki fasa bulan kemuliaan untuk umat islam iaitu bulan Ramadhan. Baru minggu lepas aku daftar kolej, Rabu tu dah kena puasa dari terbit fajar sadi’ hingga terbenam matahari. Bulan Ramadhan semakin lama semakin menghampiri kita. Sayangnya apabila Ramadhan datang, perkara yang menggembirakan adalah bila nak raya, bukannya bersungguh mengejar keberkatan Ramadhan.

   Semalam aku ada dengar sedikit ceramah di masjid sebelum tarawih berlangsung. Ustaz tu membawakan topik yang jarang dibawa oleh ustaz lain. Adakah ibadat yang kita buat berlandaskan syariat atau sekadar menang adat? Faham tak maksudnya? Lain kata, kita buat amalan ketika Ramadhan hanya mengikut kebiasaan puasa-puasa lepas dan masih meninggalkan perkara yang wajib.

   Dalam bulan Ramadhan, orang kita lebih teruja untuk membuat perkara sunat daripada wajib. Sedangkan perkara wajib perlu didahulukan barulah diikuti perkara sunat. Ustaz tu ada bagi satu cerita. Seorang bos memanggil seorang pekerja untuk melaksanakan sepuluh jenis pekerjaan. Pekerja tu perlu membuat kerja itu secara berturutan yakni dari nombor satu hingga sepuluh.

                                         

   Petang tu bos tadi memanggil balik pekerja tu. Dia meminta senarai kerja yang telah dibuat oleh pekerjanya. Apabila melihat senarai itu, dia terkejut bila melihat pekerja tu membuat kerja nombor sepuluh. Maka dia memarahi pekerjanya kerana telah mendahulukan kerja nmbor sepuluh sedangkan dia menyuruhnya melakukan secara berturutan ikut nombor. Pekerja tu marah balik dengan memberi alasan kerja nombor sepuluh tu hanya sekali setahun dan perlu didahulukan keutamaannya.

   Jadi apa yang kita faham daripada cerita di atas? Katakan kerja nombor satu sampai lima adalah perkara wajib manakala nombor enam sampai sepuluh adalah perkara sunat. Kerja kelima terawal mewakili solat fardu lima waktu yang sangat digalakkan secara berjemaah. Nombor enam adalah solat sunat tahajjud, nombor tujuh solat sunat dhuha, nompor lapan, solat sunat rawatib, nombor sembilan adalah solat sunat witir dan kesepuluh solat sunat tawarih. Malangya kita suka mengerjakan keutamaan solat secara terbalik. Solat tarawih dikejar tapi solat fardu ditinggal pula.

   Ustaz tu ada memberi tahu orang kita sanggup menempuh beberapa perkara untuk mengerjakan solat sunat tawatih di masjid. Mereka sanggup mengharungi kesesakan jalan raya, kekenyangan perut selepas berbuka, kesibukan bekerja, dan macam-macam semata-mata nak solat sunat tarawih. Tapi kenapa mereka tak sanggup nak buat perkara sama ketika azan solat fardu berkumandang? Adakah alasan tarawih sekali setahun untuk kita meminggirkan solat fardu lain?

   Di bulan ramadhan, senang untuk mencari orang berpuasa dan solat tarawih tapi sangat jarang nak mencari orang yang solat fardu berjemaah di masjid. Ustaz tu ada bagitahu salah satu pencarian berharga dalam bulan Ramadhan adalah nikmat taqwa. Malangnya taqwa tu tak dapat diperoleh jika sekadar puasa dan solat sunat terawih jika kita tak tahu syarat asas untuk bertaqwa. Tiga syarat untuk mendapatkan ketaqwaan ketika Ramadhan adalah iman, kesihatan tubuh badan dan ilmu.

                     

   Iman tu memberi kepercayaan dan keyakinan untuk mencari kelebihan bulan Ramadhan, kesihatan tubuh badan memberi keupayaan untuk kita mengerjakan amal ibadat fardu dan sunat yang dilipat kali ganda pahalanya dan ilmu untuk memandu kita ke arah cahaya kebaikan berlandaskan syariar, bukannya adat.


   Jadi bila kita nak buat sesuatu amal ibadat, fikir balik kita buat sekadar ikut adat atau syariat? Aku bukannya nak suruh korang tak puasa atau tak pergi solat tarawih. Cuma puasa korang nampak tak berkualiti jika perkara asas dan wajib ditinggalkan sedangkan perkara bersifat sunat dikejar. Macam Nabi Raja Lawak kata, “Lu pikirlah sendiri!”.

Jumaat, 5 Julai 2013

Bertapa sebulan

                                        
                                               


   Dulu, ada seorang pendekar disuruh bertapa selama sebulan di atas gunung. Tujuannya untuk mengumpul kekuatan fizikal dan mental. Gurunya mengatakan jika kau berjaya mengharungi berpuasa selama sebulan, mengasingkan diri daripada kesibukan masyarakat, dan melawan godaan makhluk halus di situ, dia akan menjadi kebal.

                                                     


  Maka dia pun bertapa selama sebulan. Tak lama kemudian, dia berjaya menghabiskan tempoh ujian tersebut. Orang kampung bersorak dengan kejayaannya itu dan mengadakan kenduri. Malangnya kenduri tu dipenuhi maksiat. Pendekat tu pun lara dan leka dengan tonggokan ketum sehingga lupa ajaran masa dia bertapa di atas gunung.

   Kebal diharapkan, rupanya lembik. Apabila kampungnya diserang musuh secara tiba-tiba, pendekar tu tak dapat menyelamatkan kampungnya walaupun kebal. Ilmu kesaktiannya hilang dek lupa ketika bersuka ria. Kini segala penat lelah dia bertapa selama sebulan tak berbaloi malah dirinya semakin lemah.

   Dia menyesal kerana ikut menyertai dalam keramaian kenduri itu. Dia sepatutnya sedar ujian pertapaan itu bukan untuk menguatkannya kebal semata-mata tapi menguatkan dirinya daripada menjauhi maksiat dan dosa. Bila diri kita jauh daripada maksiat dan dosa, secara tak langsung, mental kita telah menjadi kebal.

   Persoalannya mengapa berpuasa di bulan Ramadhan tak mampu untuk memperkuatkan diri kita menjauhi amalan keji di bulan-bulan? Jika ada seseorang mengumpat ketika berpuasa, terus saja ada orang pintas dan cakap, ‘tak baik mengumpat, bulan Ramadhan.” Adakah ni bermakna bulan-bulan lain boleh mengumpat? Cetek sekali pemahaman kita terhadap Ramadhan.

   Seperti apa yang diceritakan tadi, pendekar itu menjadi kebal kerana menjauhi nafsu makan dan batin. Malah dia menjauhkan diri daripada kebisingan masyarakat untuk mendekatkan diri terhadap pencipta. Dia juga perlu melawan ujian gentir di sana seperti berdepan dengan binatang liar dan berbisa.

   Walaupun dia berjaya dalam bertapa namun dia gagal memanfaatkan kelebihan selepas bertapa. Akhirnya dia kecundang dalam majlis keraian yang penuh maksiat. Dirinya yang sudah kebal fizikal dan mental sepatutnya mampu menolak pelawaan majlis tu dan menyuruh mereka memberhentikan keraian tu.

   Secara tak langsung, bulan Ramadhan sebagai ujian atau penilai diri untuk memperkuatkan benteng keteguhan diri daripada segi fizikal dan mental. Kita berpuasa makan untuk mendapatkan kesihatan badan yang lebih baik. Kita juga berpuasa batin untuk tidak selalu menurut kehendak nafsu dan mampu bersabar dalam tempoh dugaan.


   Kalau orang yang menyambut hari jadi dibuat persiapan kek dan hadiah. Macam mana pula persiapan ketika Ramadhan? Tepuk dada, tanya iman. Rajin-rajin mengunjungi masjid ketika Ramadhan agar hati ni lembut nak menjejaki kaki ke masjid pada bulan-bulan lain pula.

Tips semasa temuduga

                                

   Jujurnya aku belum pernah lagi masuk temuduga belajar. A-Level ni pun tak habis lagi. rasanya aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan dekat INTEC sebab dapat markah teruk kali ni. Temuduga yang pernah aku masuk pun ketika memohon biasiswa.

   Aku rasa tak salah aku nak berkongsi juga tips temuduga untuk sesiapa yang berminat nak baca. Lagipun persiapan nak melangkah ke alam pekerjaan bermula dari zaman kolej lagi. bila aku tulis mengenai tips, aku boleh tahu apa patut aku buat supaya yakin di depan mata penemuduga.


   1.       Yang pertama, kita kena betul-betul ready bila nak minta kerja. Persiapan kena ada. Jangan terpinga-pinga masa interview. Keyakinan itu dipupuk daripada persediaan.

   2.       Kita kena sedar persaingan dalam bidang pekerjaan semakin kuat ditambahkan lagi peluang pekerjaan tak banyak. Market kita tak beberapa besar nak tampung jumlah pekerja ramai tapi yang hairannya, ramai pula orang asing datang bekerja dekat sini.

   3.       Dari zaman kolej lagi kita kena aktif. Bukan sahaja aktif main bola atau DOTA, kita kena melibatkan diri dalam pengurusan program. Pangkat atau jawatan dalam program tu tak penting. Kita boleh menjadi pengarah projek atau ahli jawatankuasa. Penglibatan kita dalam program tersebut banyak membantu dalam segi pengalaman.

   4.       Tak kisahlah program apa yang anda masuk. Segala program dan aktiviti yang pernah dimasuki penting untuk menjadi bekalan keyakinan semasa temuduga nanti. Majikan mahukan pekerja yang produktif dan sentiasa aktif.

   5.       Sijil dan CGPA hanyalah nilai di atas kertas. Kertas tak dapat bercakap apa yang kita sumbangkan. Jadi, majikan memang mahu kita menerangkan apa yang kita lakukan di kampus. Cerita tu janganlah suci sangat. Perasan jadi budak noob/nerd tapi orang tengok dah tahu dia budak poyo. Hahaha.

   6.       Berapa nilai pointer tu sangat penting. Tapi kalau dapat 4.00 pun, peluang nak dapat kerja tu masih samar-samar. CGPA tu hanya syarat nak masuk pintu bilik temuduga jer. Dalam bilik tu baru kita diuji sekali lagi mengenai sikap, pengalaman, kemahiran dan kesesuaian bidang. Jadi jangan ingat dapat pointer tinggi dah boleh terus dapat kerja. Pointer kita memang patut target tinggi untuk dijadikan ‘kunci’ ke bilik temuduga.

   7.       Pelajar bukan sahaja kena menela’ah pelajaran 24 jam. Kita kena juga aktif dalam kampus. Carilah apa sahaja aktiviti dalam kampus. Usrah, karnival jualan, sukan, program talk, fasilitator MDS dan macam-macam lagi. jawatan bukan soal ukuran tapi penglibatan yang mejadi asas utama.

   8.       Jangan setiap kali buat aktiviti join perkara yang sama. Dari dulu zaman sekarang jadi AJK pegang duit jer. Kita kena berani mencuba pelbagai jenis program. Kita variasikan pilihan program dari segi tujuan dan peringkat. Kalau ada peluang, cuba rebut jawatan lain pula. Dulu setiausaha, sekarang bendahari pula. Biasanya join peringkat universiti dah boleh pengalaman menyeronokkan. Tapi jika ada peluang, join pula program peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kita kena cakna setiap maklumat dalam kolej untuk sentiasa aktif dalam program tanpa mengabaikan akademik.


                                        

   9.       Jika anda join dalam program tu, agak-agak anda masih boleh ingat apa yang anda lakukan? Paling kurang strategi program atau tindakan rancangan. Payah nak ingat benda yang dah lama lepas. Jadi kita kena sediakan satu laporan untuk setiap program. Laporan tu paling bagus jika dikumpul dalam satu fail. Laporan ni mudah jer dibuat sendiri dan simple jer. Masukkan data seperti nama program, objektif program, gambar semasa program, pegang jawatan apa. Terangkan kepada penemuduga apa fungsi kita dalam program tu. Jadi tunggul kayu atau daya penggerak.

   10.   Kalau boleh jangan selalu cerita benda baik-baik atau manis sahaja kepada mereka. Takut mereka tak percaya. Bukannya mereka tak tahu yang budak-budak sanggup lakukan apa saja nak dapatkan kerja sampai menipu padahal dia paling malas. Selitkan sekali masalah semasa program. Masa ni kita ceritakan peranan diri menjadi hero untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.


Tips ni umum jer, sekadar bersifat sediakan payung sebelum hujan.