Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Dah lama dah aku tidak update blog aku ni. Apa yang susah sangat pun, aku bukannya ada follower tetap yang nak baca blog aku tiap-tiap hari. lagipun blog ni tak ada idea, tak ada hala tuju untuk menjadi blog jenis apa. Politik? Aku tak berani nak tulis sebab tak ada ilmu sangat pasal ni. Kan aku tulis mengarut ikut cita rasa hati, masuk jail pula, biasiswa aku pun boleh kena tarik.
Buat cerita pasal artis? maaflah, aku tak minat nak follow pasal kehidupan pasal artis kat Malaysia atau kat mana-mana pelusuk dunia. Bagi aku, artis kat Malaysia kurang berkualiti dan mempunyai pendidikan rendah, serta juga mentaliti akal yang skeptikal. Buat album, bikin filem, masuk berita, terus jadi lupa diri.
Jadi setakat aku nak menulis apa yang aku rasa patut dan juga patut diukur mengikut nilai kerajinan. Pasal ni memang aku tak boleh nak lawan. Satu lagi masalah aku, laptop dah nazak teruk, dah tak boleh guna. Ni pun aku guna laptop kawan, tapi dia tak tahu pun. Hahahahahaha, jahat kan!
Aku rasa aku nak tulis pasal kehidupan kat IPT dan penghijrahan baru, tapi aku rasa tak selesa nak guna laptop orang lain. Jadi lain kali lah.
Bye........