Sabtu, 17 Disember 2011

SPM dah berlalui membawa kenangan



ASSALAMUALAIKUM WBT



Hahahaa, sudah lama saya tidak menjengah ke laman blog ini. Rasanya sudah separuh bulan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah saya selesaikan. Memang saya sudah berjaya menduduki peperiksaan walaupun bukan dengan begitu baik. Ada sukanya, dan juga ada dukanya. Kini saya tidak lagi memegang status sebagai seorang pelajar tapi bakal menjadi seorang mahasiswa pula selepas ini. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, maka jadilah hasrat saya itu.




Peperiksaan SPM saya kira berlangsung tidak sampai sebulan (bagi penuntut aliran sains tulen dan tidak mengambil subjek EST) iaitu kira-kira dari 14 November hingga 30 November 2011. Jadi ini bermakna selama 17 hari saya dan kawan-kawan berjuang bermati-matian untuk melawan musuh yang terakhir dalam era persekolahan dan amat ketat. Tapi sayang seribu kali sayang, saya tidak lakukan dengan begitu baik, saya merasakan sudah terlambat dan tidak apa-apa jalan pun untuk kembali ke masa lepas. Saya rasa macam hendak beritahu sahaja kepada diri saya pada tahun lepas supaya,”Belajar rajin-rajin, jangan malas-malas, usaha betul-betul untuk SPM akan datang, kalau orang lain boleh, maka kamu pun boleh.” Tapi itu tidak akan menjadi kenyataan.




Tapi apa yang boleh saya lakukan ialah beritahu kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun depan supaya


JANGAN MALAS!! RAJIN-RAJINLAH!! SPM DAH NAK DEKAT TU!!




Saya mengambil sembilan subjek sahaja. Saya rasa subjek pembunuh bagi saya ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Memang bagi orang lain, mereka menganggap subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan sebagai subjek yang boleh membunuh. Tapi itu pandangan orang lainlah. Tapi saya anggap itulah subjek yang paling sukar kerana silibus subjek tersebut terlalu umum dan subjektif. Tiada yang tepat pun, hanya menyinggahi sahaja. Subjek bahasa menjadi sukar kerana melinatkan latihan yang berterusan, bukan pada hari peperiksaan sahaja. Oleh sebab itulah masih ada orang tidak pandai berbahasa inggeris biarpun memperoleh A+ dalam setiap peperiksaan. Ini kerana aspek penggunaan sebenar bahasa bukan di atas kertas tetapi melalui lidahnya. Jangan hairan kalau kita lihat seseorang itu gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi boleh hidup senang, mempunyah pengaruh besar, dan mampu mencorak perubahan iklim dunia. Jadi, janganlah kita bermain-main dengan bahasa kerana bahasa jiwa bangsa.


YANG KURIK KUNDI,
YANG MERAH SAGA,
YANG KERAS TAKAL;
YANG BAIK BUDI,
YANG INDAH BAHASA,
YANG PANTAS AKAL.


Rasanya sampai di sini sahaja saya bercakap mengenai perkara ini. Masa masih ada dan kita patut mempergunakan dengan selok-eloknya supaya masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja.
Sekian, wassalam.