Sabtu, 1 Jun 2013

Mengapa, pelik sangat ke post aku selama ni?


   Aku tengok kebanyakkan post dalam blog ni berbentuk ilmiah tapi tak sampai jadi bahan rujukan akademik lagi. biasanya orang lain buat blog untuk luahkan perasaan, jadikan sebagai diari atau untuk sebarkan pendapat mereka tentang kehidupan seharian. Aku berpendapat blog ni lebih kepada pendapat peribadi atau senang kata, catatan mindaku.

   Kadang-kadang ada juga aku buat post pasal diri aku tapi itu lebih kepada bentuk umum. Macam aku pernah tulis sebelum ni. Aku ceritakan macam mana perasaan menghadapi peperiksaan dan kelegaan lepas peperiksaan habis. Kalau aku dah tak ada idea nak tulis tentang apa, aku selitkan peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Rasanya setakat ni belum ada lagi sebarang post yang berbaur diari sulit dan peribadi dalam blog ni.

   Aku memang tak minat nak berkongsi hidup aku dengan orang lain. Jika boleh, aku akan cuba sembunyikan sedalam-dalamnya daripada sesiapa pun. Aku akan berasa berat hati nak menulis post pasal diri aku walaupun mengenai pengalaman temuduga nak pohon biasiswa JPA atau peristiwa ketika mengambil ujian IELTS. Namun yang itu lebih berbentuk perkongsian bermanfaat. Kalau ada elemen hati atau perasaan, yang tu memang aku akan jauhkan daripada dikongsi dalam blog ni.

   Bukan semua post dalam blog ni aku ambil copy dan paste. Kebanyakkan post dalam blog ni aku reka sendiri. Ada juga aku ambil rujukan dalam majalah dan surat khabar untuk dijadikan isu dalam post aku. Kalau aku copy paste pun, aku akan buat konklusi aku sendiri seperti yang aku buat dalam post ‘Mengapa Mereka Bijak’. Kalau boleh, aku nak jadi penulis yang original. Kalau aku tak boleh menulis, aku akan buat huraian dan kesimpulan.

   Aku sentiasa teruja nak menulis. Idea kadang-kadang masuk tapi semuanya tentang perkara peribadi. Perasaan keterujaan aku nak menulis semakin tumpul apabila aku tengok views blog ni semakin berkurangan. Jumlah penonton dalam satu-satu post tak sampai 10 orang pun. Post yang paling cemerlang dalam blog ni adalah ‘Asasi ini yang kupilih’ dan pengalaman ketika temuduga bersama JPA. Hem, post ni berdasarkan pengalaman aku.

   Aku akui, tak banyak pengalaman menarik dalam hidup aku. Aku baru saja umur 19 tahun. Aku punya tak ramai kawan. Pengalaman yang biasanya kawan sekelas aku cerita tu tak banyak yang dapat aku alami sendiri. Teringin juga nak pergi ke tidur ke rumah kawan. Tapi dua bulan lepas aku ada juga pernah tidur dalam rumah kawan sekelas aku, dalam satu daerah yang sama. Itu pun sebab bas yang kami naiki tak berhenti di tempat kawasan rumah aku seperti biasa.

   Sedar-sedar aku dah terlepas kawasan rumah aku. Mahu tak mahu, aku kena tidur dekat rumah dia. Esoknya dia tolong hantar dekat rumah aku. Sekejap jer, dalam lebih kurang 30,40 minit macam tu. Terima kasih kawan dan kereta Myvinya.


   Aku memang nak berkawan dengan orang lain lagi tapi aku sangat kekok dalam hubungan sosial. Kadang-kadang aku rasa menyampah dan ‘takut’ apabila berada dalam kelompok orang ramai. Diri aku bukan emosional tapi aku macam tak selesa dan kalau boleh nak lari jauh dari komuniti masyarakat. Aku pernah juga terfikir, normalkah aku ni?

2 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum amir :) blog yg kau buat ni banyak manfaat nye tau. banyak jugak input baru aku dapat bila baca blog kau ni . and keep.it up ! teruskan menulis :)

Amir berkata...

thanks Fatin.. hope i can be more productive in writing