Rabu, 26 Jun 2013

Result dan bil pelajar



   Aku cukup tak suka dengan khabar angin. Berita ura-ura ini yang menyebabkan cerita palsu tersebut. Seolah-olah cerita ini telah memberi gambaran dan harapan palsu kepada aku. Sedih dan merana jiwa aku.

   Sepatutnya, berdasarkan khabar angin, result untuk semester kedua. Tapi bila aku periksa di laman web TOPAZ, hampeh rupanya. Rupa-rupanya aku ditipu begitu saja. Tapi aku tak salahkan sesiapa. Berita yang aku dengar pasal tarikh result keluar bukan bersifat rasmi atau janji. Ia sekadar cakap-cakap kosong daripada pelajar yang dapat pemberitahuan daripada pensyarah atau ketua program.

   Manalah aku akan dapat berita begini. Aku tak beberapa rapat sangat dengan pensyarah dan ketua program. Aku nak jumpa mereka dalam bilik dah rasa gelabah. Apatah lagi nak bermain tweet dan hanat mesej. Adakah aku ni seorang pelajar yang jahat? Haha, rasanya tidak. Cuma aku seorang yang kurang mesra saja.

   Rupa-rupanya tarikh 25 Jun ada agenda lain. Tak sangka ada udang di sebalik batu. Tup tup keluar link dalam Facebook suruh periksa bil pelajar. La, ingatkan bila INTEC dah jadi kolej swasta, dah tak perlu bayar bil tu kepada UiTM lagi. Apa boleh buat, INTEC tu swasta, tapi batch aku ni masih lagi pelajar awam dan swasta. Bercampur jadi pelajar "awasta". Maaf, istilah ni aku cipta sendiri.

   Bil yang perlu aku bayar adalah RM150. Kalau semester lepas aku kena bayar RM105. Amboi, dah naik harga nampak. Tak apa sebab yuran-yuran yang lebih dalam jumlah RM8,000 penaja dah tolong bayar. Cuma aku ni pelupa sikit. Aku dah tak ingat cara nak bayar bil pelajar. Rasanya dah dua kali aku buat bayaran ini sendiri. Teruk betul ingatan aku ni.

  Apa lah nasib badan ni. Result tak keluar lagi. Yang keluar bil pelajar. Aduh, kena pakai duit lagi. Nampak gaya JPA kena bayar elaun yang lebih tinggi lagi untuk semester ketiga ni. Lagipun aku dah agak result lambat keluar sebab ketua program kami dah bertukar. Jadi mungkin ada proses tertunda dan lambat untuk disiapkan.

   Harap-harap kami boleh tahu result sebelum balik berdaftar di INTEC pada 8 Julai ni. Kalau betul lah INTEC nak buat suprise nak bagi result masa kami daftar, teruk kami mengamuk. Tolong lah jangan buat gaya macam tengah agih result SPM. Kan ada budak pengsan dalam dewan ber'air-cond' tu.

Tiada ulasan: