“Rating tidak
penting…”
Habis tu apa yang
penting? Sekarang, semua peminat bola sepak tempatan prestasi bola sepak dalam
keadaan tidak memuaskan. Setakat lawan Indonesia dan Thailand, bolehlah.
Hampir semua rakyat
Malaysia teringin nak tengok pemain kita bermain dalam liga piala dunia.
Setakat ini kita hanya hantar pengadil ke World Cup sahaja. Pasukan Harimau
Malaya masih menanti bilakah masa nak melangkah ke sana?
Banyak betul
masalah yang berkelemut dalam bola sepak tempatan. Mula-mula sekali pemain yang
menyertai dalam senarai team kebangsaan. Mengapakah ada pemain yang tidak
menunjukkan prestasi memuaskan dan jarang diturunkan dalam liga Malaysia masih
dapat menyertai skuad kebangsaan? Sedangkan pemain yang hebat bermain untuk
team masing-masing diketepikan. Inilah masalahnya jika ada pemain anak emas
disimpan dalam team nasional.
Kemudiannya tentang
soal jurulatih. Siapa yang tak kenal Raja Gopal? Tanyalah Ultras Malaya, bagi
mereka K. Gopal perlu letak jawatan. Skuad kebangsaan kita bermain dengan teruk
di padang masih dibantainya bagus dan memuaskan. Lagi satu, K. Gopal memang
terkenal dengan sifat eksperimen terhadap corak permainan dan pemain.
Sepatutnya eksperimen tu dah membuahkan hasil tapi nampak gaya masih lagi duduk
termanggu di tepi parit.
Soal pengurusan
dalam FAM? Aku pun malas nak hurai pasal. Sepatutnya orang-orang kuat dalam FAM
perlu diterajui oleh orang yang minat dengan bola sepak atau ada pengalaman
luas dalam bidang ni. Bukannya ambil orang luar yang sekadar lihat keuntungan
dalam bola sepak tempatan. Oleh sebab inilah masalah bookie payah ditangani
dalam sukan tempatan.
Tahun depan ada
World Cup di Brazil. Di Malaysia kita sedang menanti pengadil manakah yang akan
dipanggil. Pemain-pemain boleh goyang kaki duduk rumah tengok World Cup. Kalau
bukan 2014, biarlah 2018 kita boleh pergi. Aduh, Piala Asia pun Malaysia dah
goyah jumpa Korea dan Jepun, apatah lagi nak jumpa Torres, Messi dan Ronaldo.
Takut bila jumpa dengan geng kuasa besar ni, kita kena belasah lagi teruk
daripada Tahiti.
Hahahaha. Majulah
sukan Malaysia untuk kebanggaan kita. Entah macam mana sukan Malaysia nak maju.
Subjek Pendidikan Jasmani di sekolah bukan masa berlatih kemahiran sukan tapi
berlatih soalan add math dan kimia. Ini bukti sukan dipinggirkan di peringkat
sekolah. Ramai pengetua anti dengan budak sukan sebab dikatakan gagal dalam
akademik. Menteri Belia dan Sukan, sila ambil tindakan terhadap orang-orang
sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan