Rabu, 12 Jun 2013

harga kereta turun dan perlu turun lagi

Penurunan pertama secara berperingkat hingga 2017

·            Kerajaan memenuhi janjinya untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat kenderan pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

·            Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

·            Penurunan fasa pertama harga kenderaan tu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2017.

·           Menurut Institut automotif Malaysia, penurunan harga kereta secara mendadak tidak dapat dilakukan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap harga kereta terpakai, pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank, pengusaha industri kereta terpakai dan institusi perbankan yang memberi pinjaman.


Jenama

Harga asal / RM
(Harga Januari 2013)
Peratusan / %
Pengurangan / RM
Harga baru / RM (Harga Mei 2013)

Peugeot 308


115,663

11


12,775

102,888

Volkswagen Golf


169,888

7.1


12,000

157,888

Perodua Viva


37,174

5.4

2,000

35,174

Perodua Myvi EZ


50,424

4.0

2,000

48,424

Proton Persona


53,113

3.8

2,000

51,113

Perodua Alza


59,017

3.4

2,000

57,017

Proton Preve


72,990

3.0

2,095

79,895

Honda Jazz Hibrid


92,187

2.5

2,287

89,900

Proton Saga


41,811

1.1

449

41,362

Proton Exora


67,212

0.7

450

66,762

(Sumber : Utusan Malaysia, Isnin 10.06.13 bersamaan 01 Syaaban 1434)


   Semua orang suka dengan penurunan harga kereta ini. kerajaan pun bangga sebab mampu melaksanakan janji mengikut pelan secara berperingkat. Aku pun suka dengan pengumuman ini. tapi ada yang buat aku tak puas hati.

   Ada harga kereta yang turun tidak mengikut keperluan dan keadaan rakyat kita. Contohnya kereta Peugeot 308. Kita tengok harga asal kereta itu pun dah tahu hanya orang kaya saja yang mampu membelinya. Orang golongan pertengahan tak mampu nak bayar ansuran apatah lagi orang miskin. Tapi pengurangannya paling tinggi antara 10 model lain.

   Kita tahu orang kaya ada banyak duit untuk membeli tak seperti mereka yang masih hutang keliling pinggang. Sayangnya kereta Proton Exora tidak mengalami penurunan harga secara banyak. Sedihnya penurunan sebanyak RM450 seperti tidak menjejaskan langsung harga sebenar kereta Exora.

   Sedangkan kita tahu kereta Exora dicipta untuk golongan keluarga besar untuk menampung ahli rumah yang ramai. Kita perlu meringankan beban ketua keluarga yang sudah terbeban dengan tanggungjawab lain. Sepatutnya kereta seperti Exora dan Alza yang perlu mengalami harga kereta yang banyak agar mampu menjadi milik oleh golongan sederhana dan tak mampu.

   Bayangkan kereta Exora telah turun harga sebanyak RM12,000. Maka kita hanya perlu bayar sebanyak RM55,212. Suka tak? Memang ramai orang suka. Tapi nak buat macam, penurunan harga kereta masih dalam pelan awal. Kita masih ada masa lima tahun untuk melihat penurunan harga sebanyak 20-30% seperti yang dijanjikan oleh pihak kerajaan kita.

   Tapi di laman sosial sekarang kecoh dengan isu penipuan harga kereta tersebut. Ada yang menunjukkan gambar seperti Volkswagen Golf sememangnya harga RM157,888. Mereka mendakwa pihak kerajaan telah menipu untuk memutar belit demi kepentingan sendiri. Bagi aku pun tak tahu mengenai ini. Aku bukannya tahu mengenai soal harga setiap kereta di Malaysia. Kalau nak tahu kena tanya kepada pihak mereka yang telah menurunkan harga ni. Internet ada kan, cuba cari harga kereta mereka sebelum pengumuman harga kereta turun.

   Aku harap pada pelan seterusnya, kerajaan perlu utamakan dulu mereka yang sentiasa menjadi pertaruhan dalam keadaan ekonomi serba kekurangan. Orang bujang bolehlah naik motor pusing ke hulur hilir. Tapi kalau dah berkahwin, takkan nak naik motor lagi? sudah tentu nak merasai naik kereta sendiri pula. Mereka juga mengundi dan ada untuk mengundi siapa-siapa pun untuk mendapatkan kemudahan hidup yang lebih baik.

Tiada ulasan: