1.
“Kita ada
MBM dan MBI. Tak pernah pula saya dengar ada MBA. Jadi tak payah susah-susah
nak belajar bahasa Arab.”
Bahasa Korea pun takde MBK tapi ada jer
budak-budak belajar bersungguh-sungguh. Padahal tengok Running Man pakai sub
Melayu.
2.
“Saya tak
suka masuk sekolah agama. Lecehlah dengan peraturan sana sini.”
Tak perlu masuk sekolah agama pun kalau nak
belajar Arab. Carilah tusyen belajar bahasa ni. Sekolah agama banyak peraturan?
Apa, sekolah lain takde peraturan ke? Aku rasa peraturan sekolah agama sama jer
ikut peraturan sekolah dan peraturan asrama. Cuma dia tambah sikit hal yang
bertepatan dengan syariat islam macam tudung labuh. Takde pula budak maut pakai
pakaian tutup aurat. Memang hati tu jenis nak berhibur 24 jam.
3.
“Bahasa
Arab ni bukannya penentu baik buruknya amalan kita di dunia fana ini.”
Paling bagus kalau kita belajar Arab ni.
Mudah sikit nak faham tentang soal agama. Nanti dengar ceramah ulama’ dalam
Arab mudah faham. Mudah sikit ilmu mereka nak masuk. Kan dapat pahala tu.
4.
“Saya
pening sangat belajar bahasa Arab. Payah. Sebab tu saya keluar dari sekolah
agama.”
Tiada yang mudah dalam belajar bahasa.
Rasanya bahasa Mandarin lagi payah daripada bahasa Arab. Tapi takde pula yang
nak komplen lebih-lebih. Diri tu memang malas. Ubah sikit perangai. Kalau dah
rajin, baru nampak senang belajar bahasa ni.
5.
“Saya tak
nampak kepentingan belajar Arab dekat Malaysia.”
Demo (kamu) ni kena gi negara Arab baru
reti baso (bahasa/sesuatu perkara) sikit.kalau nak tahu, negara Arab salah satu
bahasa top ten yang paling popular dan banyak digunakan di atas muka bumi.
Dalam carta top ten bahasa Arab dalam nombor empat. Malaysia kan banyak
berurusan dengan UAE (United Arab Emeriah). Orang dari sana pun banyak datang
ke sini. Masih tak nampak kepentingan bahasa Arab kat Malaysia.
6.
“Bahasa
Inggeris saya dah teruk sangat. Ni nak tambah pula bahasa Arab. Chooiii.”
Itu bukan alasan konkrit tak nak belajar
bahasa Arab. Belajar dulu bahasa Inggeris sampai pandai. Lepas tu masuk pula
tuisyen bahasa Arab. Rasanya tak beri tekanan sangat kalau belajar bahasa Arab
sambil belajar bahasa Inggeris. Belajar yang asas dulu. Baru boleh masuk tahap
dewa sastera pula.
7.
“Saya tak
beberapa suka dengan awek Arab la. Putih sangat.”
Lol, orang belajar bahasa bukan sebab nak
pikat awek. Kalau gitu berapa orang sangat yang pandai belajar bahasa Melayu
nanti. Oopps, silap cakap. Kan Jamal Abdillah dah cakap, ‘siapa bilang gadis
Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat?’. Percayalah, awek Arab
adalah salah satu ‘produk’ kecantikan semula jadi yang paling menakjubkan di
atas muka bumi ni.
8.
“Saya tak
pernah dengar pun lagu dari UAE yang sedap.”
Itu sebab radio Malaysia tak pernah pasang
pun. Lagu apa yang tengah top dan paling banyak dimainkan di Malaysia? Lagu
Melayu, Indonesia, Inggeris, dan Korea. insyaAllah kita akan jatuh hati dengan
bahasa Arab jika radio Malaysia banyak putar lagu Arab pua. Ala, berlambak lagu
Arab dalam youtube. Nak paling murah, layan jer radio nasyid macam IKIM fm.
Sejuk hati dengan alunan zikrullah.
9.
“Saya tak
berasa pula nak pergi melancong atau belajar di negeri Arab.”
Budak ni ada tak cita-cita nak pergi umrah
atau haji? Haji ni salah satu rukun islam dan wajib dikerjakan jika
berkemampuan. Kena pergi tanah suci Mekah jika tak tak dapat buat haji. Kalau
dah belajar bahasa Arab, mudah sikit urusan di sana. Jiwa pun tenang sebab
dapat memahami dengan jelas setiap ceramah di sana.
10.
“Masa
depan apa dengan bahasa Arab??”
Setiap bahasa ada masa depan tersendiri.
Cuma perkara itu bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk menentukannya.
Tak ada guna pandai belajar bahasa Arab tapi tak nak guna langsung dalam
kehidupan seharian. Kalau orang tu pandai dalam banyak bahasa, tapi pemalas dan
bodoh sombong, hidup merana juga. Jadi masa depan ni kita yang perlu usaha
banyak.
11.
“Ustaz/ulama’
jer layak belajar bahasa Arab nak tafsir kitab. Kita orang biasa tak payah
pandai-pandai nak belajar Arab pula.”
Apa guna jadi orang Islam jika malas nak
mengaji kitab-kitab yang dikarang ulama’ hebat? Tak pernah pula ada suruhan
hanya ustaz/ulama’ saja ada kebenaran belajar bahasa Arab. Jangan cipta banyak
alasan kurang cerdik sebab malas nak maju. Banyak kitab hebat dikarang dalam
bahasa Arab. Rugi tak boleh baca semata-mata tak faham. Lagipun kita boleh erat
perpaduan antara umat islam sendiri. Satu lagi,kita boleh rapatkan diri dengan
para ulama’.
12.
“Ala, tak
stylo la cakap Arab, tak glamour langsung.”
Tak glamour? Aku rasa ramai jer orang
belajar bahasa Arab. Orang islam belajar bahasa Arab. Orang bukan islam sendiri
pun dah pandai menguasai Bahasa Arab. Belajar bahasa Arab bukan hanya sekadar
tuntutan keperluan dalam agama tetapi untuk memudahkan proses komunikasi dengan
orang luar. Kalau tak nak kena tipu dengan sesuatu bangsa, kita kena belajar
bahasa bangsa tersebut.
13.
“Eh, saya
tak pernah nampak pula kempen mari belajar bahasa Arab dekat TV3!”
Ya, aku pun tak pernah nampak. Nasib baik
dalam Utusan Malaysia ada satu sisipan khas belajar bahasa Arab. Eloklah
kerajaan labur sedikit duit supaya orang kita ni ada kesedaran sikit nak
belajar bahasa Arab. Ini tak, hiburan 24 jam. Dahlah berita tu banyak yang tak
betul.
14.
“Cikgu
yang ajar bahasa Arab tu garang sangat. Masuk kelas sikit jer nak marah-marah.”
Cikgu garang tu bersebab. Dah kau malas
buat kerja, cikgu mana tak panas hati. Kalau kau rajin dan dengar setiap
suruhannya, cikgu tu dah jadi sejuk hati. Dia dah tak nak marah dah kat kau.
Ini tak, dah lah malas, kurang cerdik, kutuk belakang dan tak ikut arahannya.
Cikgu tu setiap kali tengok muka kau pasti akan meletup seakan letusan gunung
berapi. Nasihat aku, berubahlah jadi baik demi keberkatan ilmu supaya sentiasa
dirahmati.
15.
“Keluarga
saya cakap tak payah nak bersusah belajar bahasa Arab.”
Dah memang keluarga kau tak pandai belajar
bahasa Arab. Keluarga kau suruh pergi sekolah rajin-rajin belajar,
pandai-pandai pula kau pergi cari awek. Perkara ni pandai pula kau protes
dengan mak bapak. Keluarga kau suruh tak payah belajar bahasa Arab sebab tak
nak kau tertekan dengan bebanan yang sedia ada. Tapi jika kau memang cerdik,
pandai urus masa, tak ada masalah nak cari masa tambahan belajar bahasa Arab.
Keluarga kau mesti bangga sebab kau pandai dalam bahasa Melayu, Inggeris dan
Arab. Bukannya hanya sekadar tukar awek tiap setahun sekali.
16.
“Apa?
Tenang juga jiwa saya baca Al-Qur’an tanpa tengok makna pun!”
Oh, jadi jiwa kau pun tenang saat baca ayat
Al-Qur’an mengenai azab kubur dan neraka? Mereka yang memahami bahasa Al-Qur’an
dan syurga ni akan berasa tenang dengan ayat-ayat mengenai nikmat dan ganjaran
daripada Allah SWT. Tapi hati mereka akan bergeletar dan takut apabila
mendengar ayat menceritakan perihal azab neraka dan balasan jahat buat yang
menderhaka. Mereka akan menangis dan segera bertaubat. Kalau nak jiwa yang lagi
bersih dan suci, cepat-cepatlah belajar bahasa Arab.
17.
“Saya ni
sibuk dengan kerja, takde masa nak belajar bahasa Arab.”
Masa yang paling terluang banyak adalah
ketika remaja. Tapi waktu ni yang kita paling banyak bazirkan masa dengan
perkara-perkara tidak berfaedah. Beruntunglah kepada orang yang pandai
memanfaatkan masa ketika ini. ketika dah besar, kita sibuk dengan tuntutan masa
dan keluarga. Kalau ada masa, belajarlah. Kita kena pandai urus masa dengan
betul. Biarlah kita belajar bahasa Arab selama lima tahun atau 10 tahun,
asalkan ada usaha ke arah itu. Kalau kita dah pandai menguasai bahasa Arab,
kepuasan hati tu tak dapat digambarkan dengan hanya menjerit kegembiraan.


.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan