Otak cair itu satu
simpulan bahasa yang merujuk kepada orang bijak pandai. Ilmu yang ada mampu
diserap dan diguna ketika perlu. Kenapa perlu ‘cair’? ini kerana maklumat dalam
otak boleh dikeluarkan dalam situasi yang diperlukan contohnya ketika hari
peperiksaan. Kalau otak ‘cair’, mudah sikit ilmu itu nak keluar mencurah-curah.
Otak beku pula
merujuk kepada orang yang bengap atau kurang bijak. Maklumat yang masuk tak
dapat menembusi kekerasan otak dek ‘beku’nya. Maka maklumat masuk dan terus
keluar. Tiada langsung data penyimpanan maklumat dalam jangka masa lama. Kalau berdepan
dengan situasi cemas, mereka akan ‘beku’ umpama bekunya otak sebab tak dapat
berfikir untuk buat apa-apa langsung.
Nak cairkan otak ni
mudah sahaja tapi perlu makan masa dan usaha. Tak perlu susah payah nak makan
pil cerdas minda atau masuk seminar mengarut. Yang penting, kita ada keazaman
nak jadi pandai. Kalau tak usaha dan malas, memang otak tu akan beku berterusan
sampai kutub utara cair pun, otak masih terus beku.
Pelajar sekolah
atau penuntut universiti, selalu saja menghadapi musim otak beku dan cair. Kalau
musim bersekolah, otak tu cair jer. Homework rajin buat tapi kalau takde
homework, haram nak buka buku. Kecairan otak semakin menjadi-jadi apabila ‘gong’
peperiksaan dibunyikan. Otak memang ligat dengan segala fakta yang tersimpan
dalam buku teks. Kalau bernasib baik, semua fakta tu dapat dicurahkan dalam
kertas jawapan tanpa sebarang kebocoran.
Habis jer
peperiksaan, buku dicampak sana sini. Bekas alat tulis berterabur atas lantai. Segala
nota kaki masuk dalam tong sampah. Jangan nak tipulah. Bilik aku, lepas roomate
habis peperiksaan, bersepah bilik macam tongkang pecah. Buku-buku berselerak. Masa
tu memang dah tak ingat formula dan cara menjawabnya. Segala fakta dicurahkan
habis dalam peperiksaan tanpa tinggal setitik pun dalam otak.
Rasanya kalau masa
tu rujuk balik buku kimia, kosong terus otak jadi tak faham langsung apa benda
yang tengah baca ni. Apabila otak dah kosong, masa ni nak isi balik dengan
cerita-cerita Korea, gosip-gosip hiburan, perang sosial online dan banyak lagi
sumber yang tak berfaedah. Hasilnya otak yang dulu cair sudah jadi beku
disebabkan kurangnya kehangatan untuk berilmu. Haba hilang, diri dah tak
bertenaga nak belajar.
Takut andai nak
masuk persekolahan atau semester seterusnya, otak dah tak mampu nak terima ilmu
yang ada di depan mata. Baca banyak kali pun, masih tak faham. Masa tu diri dah
jadi putus asa dan malas nak berusaha. Seperti yang pernah saya katakan, kalau
nak cairkan balik otak, kena ada usaha dan makan masa lama.
Perkataan ‘cair’
kalau diubahsuai, kita boleh susun jadi perkataan baru iaitu ‘cari’. Ini bermakna
kita kena cari balik ilmu-ilmu yang hilang dulu untuk panaskan otak kita sampai
cair bergeliga. Lagi mudah kalau proses pemanasan otak terus berlaku walaupun
musim peperiksaan dah habis atau ketika musim cuti. Tak semestinya kena
menghadap buku akademik.
Kita boleh panaskan
otak dengan bahan bacaan lain yang jauh daripada genre atau picisan. Kurangkan sumber
bacaan tidak berfaeda seperti majalah Mangga, URTV, Remaja, Yezz!!, Klik dan
lain-lain. Kalau nak murah kena rajin melawat di perpustakaan sekolah atau
daerah. Cari bahan yang sesuai dan kita suka. Kalau boleh biar sesuai dengan
tahap umur kita. Kalau nak lebih maju dan canggih, ambil sumber yang merentasi
batas pemikiran seperti sosialogi, politik, ekonomi, sejarah, tokoh dan
lain-lain. Kurangkan sumber 18SX yang terang-terangan akan menjatuhkan tahap
pemikiran kita.
Jangan fikir otak
cair nak guna masa hari peperiksaan sahaja. Nak jadi pandai biar boleh guna
maklumat dalam kehidupan seharian. Lagi bagus dan elok kalau boleh sumbang
perubahan dalam dunia untuk peredaran yang lebih baik. Jangan jadi golongan ‘tong
sampah’ yang menjadi beban masyarakat malah menyusahkan mereka. Kita budak
pandai kena jadi ‘arkitek’ dan ‘jurutera’ dalam mencorak perubahan paradigma
pemikiran. Kita bukannya biawak hidup kepada mereka.
Otak ni biarlah
selalu cair dan bergeliga. Ilmu ni semakin dicurahkan, semakin berganda
likatnya dalam otak. Bukannya semakin hilang entah ke mana. Jangan tingkah laku
kita jangan sampai otak jadi beku. Beri makanan fizikal dan spiritual kepada
otak agar kita selalu berguna kepada sesiapapun. Kalau nak tahu makanan fizikal
otak, tanyalah cikgu, doktor, atau professor. Kalau nak tahu makanan spiritual
otak, tanyalah kaunsellor, ustaz, ulama, mufti atau orang yang berpengalaman.
Selamat beramal,
biar otak jadi cair selalu. Jangan masuk telinga kanan, keluar telinga kanan. Bekunya
otak, beku juga hati dan perasaan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan