Selasa, 22 Januari 2013

Do you know Marry Poppins?


   I had english class this evening. We had played one game. I think it's shrewd. I don't know how to spell or write it but never mind. About this game, we will choose one representative from our group. The teacher will give he or she one letter. So, he or she must describe the word in general term. You can't tell your group the word in directly way. You're encouraged to describe the word but never mention the name of the word. You're just given one minute to do that game. You're also will be disqualified if you cheat.

  As an example, you're given the word "Taj Mahal". So, you must describe the word so your friend can guess that word. You can say about Taj Mahal like "in one word", "one of the seven wonder in world", "situated in Asian", "very big in white colour" and others. If you directly say that word to your group, you will be disqualified.

  In my class, we are divided into three big group. I'm entering Ali's group. My group is the first team to do this game. Well, Campbell is doing his good job because we can guess what he try to describe it. You know what? Mickey Mouse!! And this game is continuously around the others until the turns pass to me. What, me??

  In trample i walk to in front of class. The teacher give me the word "Marry Poppins". Who, Marry Poppins??? I don't who's she? Does she's artist or public figure? Oh no, i'm dead now. I'm pushed myself to asked the teacher to change the word. She asked me whether i'm know that person. Honestly i'm never hear that name until that time. So, the teacher asked the class whether to change the word, invite other presentative or just let me to try that word. Well my friends seem too kind because let the teacher to change the word.

  She give me another word that's "stardust". Stardust, what's that? I don't know whether the word about movie, atrist, place or something living thing. So i'm just try my best to deliver my best role. I describe stardust such as above the sky, shining, at the night, and very big. I hope my friends can guess it's as "star". Then i say at the desert. Well this refer to dust. If we combine we can get "stardust". My friend Covey can guess that a few second before my role is finished. What a relieved heart!!!

  After the game finished, my teacher say Marry Poppins is an old movie. I'm very hate about that.





Sabtu, 19 Januari 2013

Anda percaya pada sejarah buku teks?


Anda percaya pada sejarah buku teks?



  Berasa bosan apabila membaca buku sejarah? Tak nak ambil subjek sejarah dalam PMR dan SPM? Lemah dan malu dengan sejarah sendiri? Mengagumi sejarah bangsa lain yang kelihatan lebih “superior”? memperlekehkan orang lain yang cuba mengembalikan kegemilangan bangsa sendiri? Malah anda mula meninggalkan warisan dan budi bangsa sendiri? Sudah mula terikut-terikut dengan budaya bangsa penjajah?




  Anda mungkin mengalami penyakit “malu tak bertempat”. Ya, anda malu dengan diri sendiri. Anda malu apabila dilihat ketinggalan, kuno dan kekampungan. Anda mula lemah dan percaya kata-kata mereka. Hati anda sudah tergugah dengan keyakinan diri sendiri. Anda merasakan malu dan ego untuk meletakkan kelemahan pada diri sendiri. Anda tidak akan pernah menyalahkan diri sendiri. Anda merasakan diri sendiri yang betul. Maka, jalan yang paling mudah ialah meletakkan semua kekurangan diri pada sejarah bangsa sendiri.




  Anda kata bangsa kita tidak kuat. Bangsa kita dulu berperang guna senjata kuno semasa menentang penjajah barat. Anda malu apabila melihat rumah-rumah tradisional lama. Teknologi pembinaan bangsa kita di takuk lama dan tidak ikut perkembangan. Anda berasa segan untuk mengenakan pakaian warisan bangsa sendiri. Pakaian lapuk sedemikian tidak layak untuk dipakai. Lihat muka anda di cermin. Ada iras-iras perempuan melayu. Tapi, anda segan untuk mengakuinya. Maka, segala solekan tebal dikenakan untuk menutup “kecacatan” tersebut. Anda juga sudah merancang pergi ke negara luar untuk satu pembedahan muka.





  Sungguh malu! Sungguh tidak sedar diri! Kamu malu dengan bangsa sendiri? Kenapa harus malu dengan kelemahan bangsa sendiri? Bangsa kita tidak lemah, hampir sebahagian nusantara pernah kita kuasai. Kita dulu pernah mempunyai satu perlabuhan terkenal. Berapa banyak kerajaan agung pernah dibina di nusantara? Kekuatan kita pernah mengentarkan bangsa-bangsa luar. Bangsa kita bukannya tinggal dalam gua atau rumah pokok. Kita ada kota yang besar, sama taraf hebatnya dengan metropolis kerajaan di sebelah barat. Bangsa kita ada tulisan sendiri. Malah bahasa kita sendiri pernah menjadi bahasa terpenting di dunia.




  Kelemahan diri kamu terletak pada diri kamu sendiri. Kamu yang buat diri sendiri lemah. Kamu lemah kerana mudah tertipu dengan perkara muslihat. Kamu lemah kerana mempercayai fitnah bulat-bulat tanpa ada unsur periksa. Kamu lemah kerana tidak pernah berusaha untuk menjadikan diri kamu kuat. Kamu malas dan hanya mengharapkan keajaiban datang. Jin Aladdin tidak akan membuat kamu jadi kaya. Sihir Harry Potter hanya imaginasi kanak-kanak riang. Percayalah, kamu lemah kerana minda kamu sudah lemah.




  Kenapa kamu tidak pernah melihat bangsa sendiri daripada sudut positif. Apabila pandangan kamu positif, maka kamu akan melihat cahaya yang akan memimpin kamu ke arah kekuatan. Bangsa kita dijajah selama beberapa ratus tahun (ikut fakta dalam buku teks). Cuba bayangkan dalam masa yang begitu lama, apa pihak penjajah boleh lakukan? Sudah tentu pemikiran kita akan diracun. Kita selama ini telah dicuci yang bangsa penjajah merupakan bangsa terhebat manakala bangsa kita adalah bangsa yang kuno.




  Kita semakin lemah apabila melihat bahan tinggalan sejarah di negara kita. Apa yang telah ditinggalkan selama ini? Istana-istana kegemilangan Melaka hanya tinggal dalam ukiran buku sejarah. Kehebatan ahli pendekar Melayu hanya dicoretkan dalam buku hikayat. Kubur-kubur ahli kerabat diraja lama kadang-kadang ada, kadang-kadang hanya tinggal khabar angin. Kita tengok sekeliling kita. Apa yang ada untuk dibanggakan? Akhirnya, kita lemah untuk bangkit. Kita tidak upaya untuk menghadapi muka bangsa penjajah.



  Bangunan yang tinggi dan kukuh lama-lama akan roboh jua. Kehebatan seni pecak manusia akan luntur dek usia. Akar jua akan mengelilingi kota-kota lama. Tapi perkataan dalam buku akan tetap sama tanpa berubah sedikit patah pun. Kalau hendak dicari kegemilangan sejarah kita, jangan cari kota-kota lama. Mungkin ia sudah pupus ditelan zaman atau dibom oleh penjajah. Jangan dipusing-pusing mengenai tapak perkuburan, mayat juga akan reput. Batu nisan mungkin akan dikebas orang. Tapi carilah buku. Rujuklah hikayat. Tenunglah diari-diari lama. Di dalamnya ada cerita yang kita tidak pernah tahu.




  Jangan kata hikayat itu suatu dongeng. Jangan anggap cerita itu hanya imaginasi penulis. Konsepnya mudah saja. Setiap cerita dalam hikayat itu pasti mencerminkan cara kehidupan masyarakat lampau. Contoh yang paling mudah ialah novel Ombak Rindu. Adakah watak-watak dalam Ombak Rindu benar-benar wujud dalam masyarakat kita? Sepastinya novel itu hanya satu cerita rekaan mengenai cinta romantik. Tapi adakah kisah jiwang itu boleh wujud dalam masyarakat kita? Ya, sudah pasti kisah itu berdasarkan inspirasi yang berlaku dalam masyarakat kita. Watak-watak itu hanya sekadar rekaan tapi inspirasi penceritaan mesti wujud, kalau tidak macam mana penulis itu mahu mengarang. Sepastinya pengarang akan mengarang cerita yang berlaku dalam kehidupannya.Jadi, gunalah perasaan hati yang sensitif untuk menjumpai perkara tersirat dalam sesebuah penceritaan.




  Adakah kita masih perlu percaya dengan sejarah buku teks? Saya tidak ingin memaksa kerana sebuah perjalanan sejarah tidak akan sempurna. Pasti ada lubang-lubang yang menghalang jalan cerita daripada lengkap. Sebenarnya sejarah buku teks masih belum lengkap. Sebab itulah keyakinan terhadapnya disangsikannya. Rasanya sudah tiba masa untuk kita melengkap perjalanan sejarah kita.

Jumaat, 18 Januari 2013

Kita dikelilingi orang-orang sombong


  Dah tengok video Listen Listen Listen???



  Seorang pelajar bertanya mengenai sesuatu kepada penceramah mengenai isu Bersih dan pinjaman PTPTN. Tapi malangnya pertanyaannya dijawab dengan kata-kata Listen 11x, "when i speak, listen", dan "let me speak". Malah pelajar terbabit diminta berambus keluar dari Malaysia dan pergi ke negara ke mana saja dia suka. Malah isu yang dibangkitnya diputar-belitkan dengan isu animal right. Apa, animal right???? Forum tengah berbicara tentang politik, macam mana hak asasi haiwan boleh keluar tiba-tiba. Pelajar itu bertanya tentang isu semasa politik, dan animal right menjadi hujah si penceramah. Apa ni?

  Adakah penceramah itu seorang aktivis hak asasi haiwan?? Tidak, penceramah itu merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia. Pelajar itu diherdik dan dimarahi apabila membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang memberi pendidikan percuma. Malah dia juga memberikan cadangan cara untuk memberi pendidikan percuma di Malaysia iaitu memperuntukkan RM10 billion agar rakyat Malaysia mendapat taraf pendidikan yang tinggi.

  Apa yang paling dikesali ialah sikap pendengar ceramah forum dalam dewan terbabit (yakni pelajar UUM). Pemikiran mereka masih belum terbuka luas kerana memberi sorakan kepada penceramah yang tidak beradab sopan terhadap pelajar malah pelajar tersebut telah dibooooo sebagai tanda boikot. Aku ingatkan Fasha Sandha saja kena booo masa hari anugerah.

 Adakah soalan pelajar tersebut terlalu biadap sehinggakan perlu ditempelak sebegitu rupa?? Sebagai penceramah yang memiliki jawatan presiden, emosi perlu diketepikan. Perasaan amarah perlu dilapiskan. Kalau tak mahu jawab, jangan berputar-belit sampai ke isu animal right. Malaysian does not eat jaws, they eat kerepok lelelekor. It's just jaws who eat Malaysian. Orang berilmu perlu mengatasi hujah dengan bijaksana. Jangan pula kita mahu beradu dengan orang yang dianggap tiada ilmu, kita perlu yang menurunkan taraf kita serendah-rendah haiwan. Mungkin sebab itulah penceramah itu minta haiwan ada hak asasi.

  Ada orang kata pelajar itu memang bersalah sebab bertanyakan soalan mengarut dan tiada kaitan dalam kamus mahasiswa. Okey, apa yang pelajar itu tanya? Isu Bersih dan pinjaman PTPTN. Bersih ada isu campuran dengan politik sebab disokong dan didukung oleh ahli politik berhaluan kiri. Manakala isu PTPTN mengenai pergerakan pelajar dalam menuntut pendidikan percuma.Isu ini juga turut diresapi unsur politik disebabkan Pakatan Rakyat juga menuntut pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia. Ini bermakna pelajar terbabit memang sengaja untuk memanaskan seisi dewan dengan isu politik. Soalnya, salahkah untuk mengutarakan soalan politik dalam forum terbabit? Salah? Ada orang kata salah?

  Cuba periksa balik tajuk forum itu. "Mahasiswa seiringkah dengan politik", itulah tajuk forum berkenaan. Jadi tak salah kan kalau ada budak yang bangkit dan bertanya mengenai politik sama ada pelajar perlu terlibat dalam politik atau tak. Tapi kawan aku ada cakap, suratkhabar guna tajuk lain iaitu, "Wanita dan politik". Tak kisahlah yang mana satu betul tapi yang pasti, isu politik menjadi topik perbicaraan utama.

  Aku rasa Malaysia ini dah dikelilingi orang-orang sombong. Mereka sombong untuk menerima pandangan orang lain. Mereka membidas idea yang bakal mengugat kedudukan mereka. segala cadangan yang berlawanan dengan sistem lama akan dibantah. Mereka mencantas orang yang baru naik untuk memakmurkan Malaysia. Sikap sombong inilah yang menyebabkan Malaysia masih lagi tidak menjejak kaki ke mana-mana pun.

  Dalam bidang sukan kita masih ketinggalan. Pingat emas Olimpik sudah kempunan. Hanya pingat emas Paralimpik menjadi ubat kekecewaan kita tapi malangnya, kurang mendapat liputan berita. Dalam bidang industri hiburan kita masih ketinggalan. Lagu-lagu original Malaysia ditindas oleh lagu-lagu luar. Salah siapa? Bukan salah radio, kan, kan, kan? Salah suara artis sumbang kan, kan, kan? Dalam bidang dakwah pun kita masih ketinggalan. Pernah tengok iklan-iklan dakwah di televisyen? Pernah dengar lagu nasyid berada dalam top 10 carta lagu? Pernah tahu ada tapisan yang melarang artis-artis islam membuka aurat?

  Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen,Listen, Listen
  When i speak, listen



  Seronok juga video parody listen listen dekat youtube. Masa tu baru aku perasan, sebenarnya suara artis Hollywood dan Korea taklah sedap sangat, cuma apabila ditambah musik, dan "digoreng-goreng" oleh jurutera bunyi, barulah lagu tu akan jadi top.

Khamis, 17 Januari 2013

Adakah sejarah akan berulang kembali??









   Gambar-gambar di atas merupakan siri perjuangan orang Melayu dalam menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh Britsh untuk menggantikan sistem pemerintahan BMA (British Military Administration). Malayan Union ditentang oleh kebanyakkan Orang Melayu kerana akan mengugat kedudukan sultan, warisan dan status quo orang Melayu.

   Kongres Melayu telah diadakan sebanyak tiga kali dan pada 1 Mei 1946, UMNO (United Malay National Organisation atau PEKEMBAR) ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Hasil daripada muafakat orang Melayu ketika itu, beberapa siri pembantahan terhadap Malayan Union telah dijalankan. Mereka berdemostrasi, mengadakan rapat umum, ceramah, keliling kawasan pedalaman untuk memberi penerangan mengenai keburukan Malayan Union, Sultan-sultan Melayu diminta memulau persidangan Malyan Union dan lain-lain. Malah kekuatan orang Melayu juga turut mendapat sokongan daripada bekas pengawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu.

  Pihak penjajah merasakan kebimbangan terhadap kebangkitan orang Melayu dan melihat dari jauh tanpa mengambil tindakan drastik untuk mengelakkan penentangan lebih dashyat daripada orang Melayu. Akhirnya Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan pentadbiran Tanah Melayu 1948.


  Persoalannya, adakah tindakan orang Malaysia pada hari ini yang juga turut mengambil insiatif sama daripada orang Melayu ketika menentang Malayan Union akan berulang kembali? Mereka berdemostrasi, berceramah, dan berhimpun untuk menunjukkan satu bantahan dalam menentang kezaliman.






  Ini bukannya mengenai politik, tapi tentang cara-cara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Jangan cakap mengenai sentimen politik, ia akan buat kita jadi berat sebelah. Politik sempit akan buat kita jadi mundur kerana tidak mampu untuk menerima pandangan orang lain.

  Himpunan Kebangkitan Rakyat janganlah dianggap sebagai sebuah agenda politik, kerana ia bukan sahaja disertai ahli-ahli politik tapi juga puluhan ribu rakyat. Berapa ribu rakyat Malaysia yang menyertai himpunan terbabit? Yang pasti, bilangan tersebut lebih ramai untuk mengumpul satu atau dua konsert hiburan mega pada lewat malam. Mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia. Suara mereka patut didengari dan patut diambil langkah penyelesaian.

  Habis tu, kenapa mereka perlu berhimpun? Kenapa tak hanya pergi ke saluran yang berkaitan?

  Sebenarnya, inilah saluran yang paling efektif dalam menyalurkan kebebasan suara. Kalau suatu cadangan mengikut proses biasa, sepastinya cadangan itu akan berlumput kerana sistem kerenah birokrasi.

  mereka nak pertanyaan dalam bentuk formal, dalam format surat, mesti ada sokongan mana2 org berkuasa, akan menjadi perbincangan, dan akan dilaksanakan beberapa tahun kemudian supaya sistem lama tdk menerima kejutan apabila benda baru dijalankan 

  Aku harap isu yang diketengahkan tidak menyebabkan aku dilabel dengan pelbagai gelaran yang tidak senonoh. Aku bukannya nak main politik, cuma ingin menjadi mahasiswa yang matang dalam isu semasa politik. Jadi seharusnya wujud perbezaan dalam pandangan seseorang kerana tiap-tiap orang memiliki pemikiran yang berlainan. Perbezaan yang wujud bukan untuk menjadi perbalahan atau permusuhan tapi agar kita saling kenal- mengenali antara satu sama lain. Solusi yang paling bagus ialah bertolak-ansur dan sedia untuk menerima pandangan orang lain tanpa perasaan sombong.



Ahad, 13 Januari 2013

Apabila hukum islam sendiri dipertikaikan




  Hukum hudud sudah termaktub dalam islam. Hukum hudud perlu dilaksanakan oleh pemerintah islam sama ada cepat atau lambat. Hudud ni bukannya milik sesiapa pun, tapi ia sudah diwahyukan oleh Allah swt untuk dilaksanakan dalam kalangan orang islam terutamanya. Jadi, hudud sudah menjadi hak eksklusif oleh orang islam dan perlu dilaksanakan untuk menjamin ketaatan yang berpanjangan kepada Allah swt.




  Dulu Malaysia sebelum dijajah, apa jenis pemerintahan yang dijalankan? Sebelum Portugis, Belanda, dan British datang menyerang seluruh Nusantara ini, hukum apa yang dilakukan untuk mengawal tabiat laku manusia? Kita sedia maklum yang Tanah Melayu dulu dipegang oleh sultan yang beragama islam, golongan pemerintahan yang beragama islam, kerabat yang beragama islam, dan rakyat beragama islam. Jadi sudah tentunya pelaksanaan undang-undang islam dilakukan untuk memerintah negara. Pelaksanaan undang-undang  islam dapat diterjemahkan sebagai hukum hudud.







  Adakah Tanah Melayu huru-hara kerana hukum hudud? Adakah ekonomi Tanah Melayu akan merosot disebabkan hudud? Adakah orang Tanah Melayu akan berperangai macam orang gasar dan biadap? Adakah kebanyakan orang Tanah Melayu akan kudung tangan sebab dijatuhkan hukum hudud? Sudah tentu tidak. Kenyataannya hudud tidak menyebabkan sesuatu negara menjadi mundur.




  Pelabuhan di Tanah Melayu berkembang maju. Melaka menjadi sangat popular sehinggakan selat yang paling panjang di dunia digelar sebagai Selat Melaka. Pernah dengar mana-mana cerita dongeng Tanah Melayu yang rakyatnya kudung tangan? Jarang bukan. Kebanyakkan cerita rakyat banyak memperihalkan pengajaran mengenai nilai-nilai murni masyarakatnya yang penyayang, baik hati, lemah lembut, peramah dan lain-lain. Kerajaan yang bernaung di Tanah Melayu adalah aman sentosa dan makmur sejahtera kecuali kalau ada raja yang tidak ikut sistem pemerintahan islam. Raja yang menyalahi undang-undang islam akan menyebabkan kerajaannya menjadi rosak dan ditimpa bencana.





  Hakikatnya hudud tidak menyebabkan perkara negatif. Kalau orang bukan islam memandang serong, itu tidak pelik kerana mereka tidak memahami perkara keperluan dalam islam. Sudah semestinya mereka tidak menyokong hudud sebab bertentangan dengan kepercayaan mereka. Tapi kalau orang islam sendiri yang menolak hukum islam, mempersendakannya, menyokong orang yang mengutuk islam, adakah orang itu masih islam? Orang islam yang mengutuk agama sendiri, membenci orang yang melakukan suruhan dalam islam, menjauhi cara hidup islam, menghina golongan ulama' tapi masih mengaku sebagai islam. Syurga dituntut tapi amalannya tiada.





   Malaysia sudah pun merdeka. Penjajah telah pulang ke negara asal. Bangsa Melayu telah mengambil alih semula pemerintahan bersama-sama bangsa lain untuk mewujudkan perpaduan. Jadi kenapa Malaysia dikekang untuk melaksanakan undang-undang islam? Bukankah undang-undang islam merupakan cara pentadbiran dan pemerintahan tanah air tercinta ini. Kita mengaku merdeka tapi masih guna undang-undang hasil coretan penjajah yang sememangnya banyak mengandungi kemurkaan dan bertentangan dengan hukum syarak. Soal perpaduan bukan alasan untuk menangguhkan hukum yang diwajibkan. Islam tidak menyebabkan kaum lain bergaduh. Islam lebih suka mengambil pendekatan bertolak-ansur untuk mewujudkan persefahaman.





  Mereka yang mengatakan undang-undang islam hanya membawa kemusnahan ialah orang yang jahil. Hati mereka tidak dekat dengan islam dan tidak pernah berusaha untuk mendekatinya. Mereka tidak mahu mendalami islam dengan lebih terperinci, cukup hanya sekadar perkara yang menguntungkan sahaja. Kepentingan diri menjadi keutamaan, wawasan islam diketepikan.




  Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang mempersendakan agama atau berjuang di jalan Allah? Mulut kita boleh berbicara manis tapi hati boleh terdetik sebaliknya.

Khamis, 10 Januari 2013

Bukan kita seorang sahaja


 Rupanya ada orang lain lagi yang lebih sakit daripada aku.

   Dalam dunia ini, kita jangan cakap, 'mengapa aku ditimpa sebegitu?', 'kenapa harus aku bersalah?', 'mengapa aku perlu sakit begini?', 'apa dosa aku?'. Tolong, kurangkan ayat-ayat sedemikian. Segala apa yang terjadi, itu sudah ditakdirkan. Tak ada guna untuk penyesalan. Peristiwa yang berlaku selama ini boleh jadi sebagai peringatan untuk menyedarkan, ujian untuk menilai martabat, hukuman untuk menghapuskan dosa.

  Semua orang akan menghadapi ujian hidup yang mana, bersesuaian dengan kekuatannya untuk melawannya. Tidak ada ujian yang terlalu berat untuk diharungi dan tidak mungkin pula yang terlalu ringan untuk dijalani. Cuma, yang bezanya cara ujian itu berlaku kepada kita. Ada orang kaya-raya tapi ada penyakit kronik. Ada orang paras rupa cantik dan kacak tapi dilanda fitnah berpanjangan. Ada orang bijak dan genius tapi hidupnya tak aman, seringkali dicemuh orang. Setiap orang mempunyai ujian yang berlainan.

  Tiada manusia yang sempurna. Kaya bukan pengukur kebahagiaan. Kacak bukan bererti sentiasa gembira. Bijak tidak selalunya tak akan ditipu. Kelebihan yang ada pada seseorang bukan tiket untuk mempunyai hidup sempurna. Boleh jadi kelebihan tersebut menjadi ujian kepada kita, untuk menguji sama ada kita mampu mensyukuri nikmat penggunaannya dengan baik.

  Hari ini baru aku sedar kesakitan yang kita tanggung, turut ditanggung oleh orang lain. Malah bebanannya lebih teruk dan berpanjangan. Walhal kita yang baru ditimpa kesakitan baru nak mengadu bukan-bukan. Memang hidup nak pentingkan diri sendiri sahaja.

Rabu, 9 Januari 2013

Aku belum bersedia


  SPM? Dah pun berlalu.

  Asasi? Sempat belajar sebulan jer.

  A-Level? Dalam proses mengaji lagi.






  Aku nak belajar tapi perasaan malas begitu kuat menguasai diri ni. Bila nak buka buku, pasti ada jer halangan yang datang. Aku tak mahu sikap lama ketika menghadapi SPM berulang kembali. Aku tahu sikap sedemikian tak mampu beri aku kejayaan apa-apa. Lagipun A-Level begitu berbeza dengan SPM. SPM masih ada harapan walau berapa apa pun yang kau dapat tapi A-Level hanya ada dua pilihan, SUCCESS or FAIL!!!





  Pilihan yang sukar bukan dan amat bergantung dengan diri sendiri. Kelebihan menjadi genius tak dapat memberi apa-apa faedah jika tidak dipupuk. Seumpama pemain bola sepak yang berbakat besar tapi jika tidak diasah betul-betul dan hanya sekadar bermain-main, kita tidak akan ke mana-mana. Kita akan tetap kekal pada tahap bawahan. Taraf kita tak dapat ditabatkan menjadi pemain super star tapi hanya pemain liga bawahan/belasahan.






 Tapi aku belum bersedia. Aku takde semangat nak berlumba dengan kawan-kawan lain. Malah, aku merasakan kebijakan aku mulai hilang. Aku dah tak mampu nak faham apa yang cikgu ajar. Aku takleh nak hadam setiap subjek yang aku cuba nak ulangkaji. Perlahan-lahan perasaan kebodohan menerpa dalam diriku.

  Apa yang dah jadi dengan diri aku ni?

 Aku tak boleh gagal dalam proses pembelajaran kali ni. Berjaya atau gagal, itu sahaja pilihan yang ada. Mungkin aku kena betul-betul bersedia di garisan perlumbaan. Tapi picu pistol telah ditarik. Persoalannya, bilakah aku akan bersedia untuk memulakan larian permulaan?




Ahad, 6 Januari 2013

Didesak oleh azam?


  Dah tiga hari aku belajar dekat INTEC untuk semester kedua. Sumpah aku cakap niat nak belajar tak membara lagi. Rasa nak dapat point penuh tidak berkobar-kobar. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dengan diri aku. Ada yang tak betul dan aku tak pasti apa benda itu.

  Aku tengok dah ada dua atau tiga orang roomates dengan classmates aku dah buat revision. Dalam minggu ni aku tengok dah ada kawan-kawan aku yang buka buku dan baca. Aku? Stakat ni baru susun buku atas meja, baca belum lagi. Takde mood. Mood? Bila mood membaca nak diaktifkan? Entahlah. Tunggu ada exam? Erm, berdasarkan pengalaman sebelum ni, aku hanya membaca sekadar lalu hanya untuk tengok tajuk apa yang masuk dalam exam. Sebab masa tu aku dah pasrah yang aku tak boleh jawab. Aku tak pernah pun buat ulangkaji sebelum ni.

  Perlukah aku ada azam? Azam tahun baru Masihi? Nak nampak ada kesedaran agama, azam tahun baru Hijrah. Tapi tahun baru Hijrah dah lama berlalu. Cuma sambutannya sahaja tak beberapa meriah dan disedari oleh orang ramai berbanding dengan sambutan tahun baru Masihi. Aku terfikir, adakah azam ni hanya dibuat ketika tahun baru atau ada peristiwa-peristiwa penting? Tak boleh ke azam dibuat pada hari-hari biasa dan kalau boleh tak perlu excited sangat nak post dekat laman sosial??

  Azam ini aku rasa bermaksud impian, harapan, dan mimpi yang belum sempurna. Azam umpama senarai untuk memuaskan apa yang kita idamkan dan dambakan di atas dunia. Azam juga untuk mencapai taraf tinggi di akhirat kelak. Ia seperti mesin untuk mengarah manusia melakukan perkara manusia sempurna dan normal perlu buat. Azam perlu ada strategi, pelan, pandang ke depan agar kita tidak kecundang untuk menunaikan azam.

 Sebelum ni aku ada buat azam tapi bukan azam tahun barulah. Aku ni biasanya lambat panas dengan dunia semasa. Jadi perkara baru dan terkini tak dapat buat aku rasa teruja. Aku ada berhajat nak dapat straight A+ dalam SPM. Tapi hampehnya aku tak beberapa didesak oleh azam. Azam tersebut tak buat aku rasa nak berusaha bersungguh-sungguh. Aku lebih suka menghabiskan masa dengan bermain-main. Homework tak buat. Ulangkaji jarang-jarang. Hasilnya aku dapat 8A 1B. Ohhh!!!!

  Sebab tu aku takut nak buat azam lagi. Aku takut tak dapat nak realisasikannya. Aku bimbang akan mungkir janji dengan diri sendiri. Janji itu kota, mungkir janji bermakna runtuhnya kota. Adakah aku akan meruntuhkan kotaku sendiri atau lebih tepat memusnahkan diri sendiri?

  Wallahualam.....

Sabtu, 5 Januari 2013

Aku tiada azam tahun baru

 
 Aku malas nak pasang azam tahun baru. Bagi aku, tiada apa-apa perbezaan apabila melangkah ke tahun baru. Lagipun tahun baru ini mengikut kalendar Masihi, iaitu amat berkait rapat dengn kepercayaan agama lain dan mitos-mitosnya. Kita nak menyambut tahun baru, sebab apa? Kenapa perlu sampai ada konsert mega dan maksiat berleluasa hanya untuk menyambut hari yang bukan kita empunya.

  Cuba kau tanya diri kau. Kenapa perlu terhegeh-hegeh nak sambut tahun baru? Kenapa perlu bersusah payah mengadakan konsert yang terang-terang akan melahirkan golongan akal mundur? Apa siginifikasi tahun baru dengan hidup kau? Apa kaitan tahun Masihi dengan hidup kau? Kau ni islam ke islam celup??

  "Ala, suka-suka jer. Bukan buat jenayah pun."

  "Sambut tahun baru bukan boleh jejas akidah pun. Kita kan percaya lain-lain."

  "Kan dah ada konsert free. Artis popular tu beb. Dah lama aku follow dia."

  "Mufti tak bising pun. Kenapa abang bising-bising, berlagak cam orang baik jer."


  Nak sambut tahun baru mungkin ada beberapa perselisihan sama ada tak boleh atau boleh. Yang itu bukan menjadi masalah utama. Orang lain pun bukannya tahu kenapa tahun baru sambut. Yang penting dapat cuti, boleh relax-relax sambil tengok rancangan hiburan melampau. Yang menjadi masalahnya ialah cara kita menyambut tahun baru. Saban tahun, New Years disambut dengan begitu meriah dengan karnivalnya, konsertnya, hiburannya dan macam-macam lagi. Tahun baru disambut ibarat untuk memuaskan nafsu. Nafsu dipuaskan secukupnya, rohani diri dibiarkan kebuluran. Lihat dan fikir apa yang kerajaan buat bila tahun baru menjelang. Tengok dan renungkan apa yang masyarakat buat bila tahun baru dah nak tiba.

  Ada yang fikir nak pergi masjid? Tengok ceramah? Dengar tazkirah? Buat doa tahun baru? Now way sir. That's not their desire. What they want is fullfil your sastification. Ya, apa yang kita mahu ialah puaskan kepuasan, keinginan, kemahuan dengan secukup-cukupnya. Dan kita tahu biasanya kepuasan manusia akan melanggar perintah tuhan. Akan melanggar adat norma manusia biasa. Akan meruntuhkan nila-nilai kebudayaan timur. Sehingga kita hilang jati diri, jadi manusia lebih teruk daripada binatang.

  Kalau rasa memang ketagih nak sambut tahun baru, pergi tidur sebab nanti esok tak adalah lebam mata nak penuhkan azam tahun baru kau. Kalau boleh tanya orang yang jiwa dia cenderung ke arah akhirat tentang cara nak sambut tahun baru atau acara-acara lain. Sebabnya orang yang selalu memikirkan hal kematian dan akhirat biasanya genius, bijak, berfikiran jauh, dan mampu menghindarkan diri darpada kecelakaan dunia.

  Aku hanya sambut tahun baru dalam bilik kolej sambil menatap mata ke skrin komputer. Ada juga sekali sekala aku pergi streaming video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang bersiaran langsung di Shah Alam. Kolej aku ni memang dekat dengan tempat UAI berceramah. Tapi malangnya kaki aku sakit. Ada beberapa "ketumbuhan nakal" dekat tapak kaki. Kalau nak jalan memang seksa dan menyakitkan. Sedangkan tengah duduk pun terasa pedih bisanya, ni apatah lagi kalau pergi bersiar-siar. Aku terpikir juga kalau kaki aku tak ada apa-apa masalah, adakah aku akan menjejakkan kaki ke tempat ceramah UAI atau pergi tengok konsert?? Maklumlah aku ni bukannya jenis alim sangat. Dua kali lima juga dengan budak yang tak beberapa belajar agama.

 Setiap tahun baru aku memang malas nak buat azam. Aku tak ada keinginan nak laksanakan azam aku. Aku malas nak fikir azam apa untuk tahun ni. Jadi biarkan cabaran hidup datang, kita hadapinya dengan penuh ketaqwaan.