![]() |
| Ikan |
![]() |
| Pancing |
Kita dulu pernah
mendengar satu pepatah atau kata-kata motivasi. Kalau kita bagi ikan, orang itu
boleh makan dan kenyang untuk satu hari. Tapi kalau kita bagi pancing, orang
itu boleh mengail dan kenyang untuk masa yang lama. Pengajarannya, untuk hidup berterusan,
kita kena berdikari tanpa perlu mengharapkan belas ihsan orang lain.
‘Ikan’ itu mungkin
boleh diibaratkan seperti duit atau sesuatu benda yang tak boleh bertahan lama.
Contohnya seorang pengemis. Hidupnya hanya sekadar meraih simpati. Setiap duit
dilambung amat bernilai baginya. Jika pada hari ini banyak duit dia dapat, maka
dia boleh beli makanan dan makan sampai kenyang. Tapi belum tentu dia akan
kenyang untuk keesokkannya pula.
Jadi lebih baik
kalau kita berikan ‘pancing’ kepada seseorang. ‘Pancing’ di sini merupakan
sesuatu alat atau material untuk digunakan selama mana ia bermanfaat. Contohnya
ilmu atau kemahiran diri. Pengemis yang berilmu tak akan lagi duduk di tepi
jalan. Dia pasti ada kesedaran untuk cari kerja supaya hidupnya terjamin. Kerja
mengemis ni berapa lama boleh bertahan selagi pihak kebajikan tak mari tangkap?
Hidup orang yang
diberi ‘ikan’ mesti nampak menyedihkan. Dia merayu-rayu dan meminta bantuan
agar dihulurkan pertolongan. Tapi kita semua tahu bantuan yang dia terima hanya
sekadar cukup untuk masa pendek. Padahal dia
masih ada banyak lagi tanggungan.
Jadi kita mesti
berubah ke arah orang yang diberi ‘pancing’. Dia sudah tak perlu rayu nak minta
bantuan. Dia hanya perlukan usaha dan nasib untuk dapat ‘ikan’ yang diidamkan.
Dia boleh pancing berapa banyak ikan yang dia nak. Malah tiap-tiap hari dia
boleh pancing ikan selagi mana alat pancing itu elok. Kalau ikan berlebihan,
dia boleh jual dan dapat keuntungan sampingan.
Tapi berapa ramai
antara kita yang dapat ‘pancing’ bertuah. Hidup kita selama ni banyak diberikan
‘ikan’. Sebab apa? Ini kerana diri kita dipergunakan untuk memberi pengaruh
kuat pada seseorang. Jika kita tiada ‘pancing’, tentu kita akan sentiasa
meminta-minta ‘ikan’. Maka di sini ada orang memberi ikan agar dirinya selalu
disanjung. Kononnya dia dipuji atas sikap baik.
Semakin banyak ‘ikan’
dia bagi, semakin banyak pengaruh dia dapat. Maruah kita pun turut tiada tempat
sebab selalu mengetepikan perasaan malu dengan pergi mengemis terhadapnya.
Percayalah, mereka mereka takkan pernah bagi kita ‘pancing’. ‘Ikan’ yang dia
ada itulah yang buat dia ada pengaruh, dihormati masyarakat dan ada kuasa. Kita
kena, ingat kuasa itu tak boleh dikongsi bagi orang yang ego kuat.
Mereka sanggup
membelanjakan berapa banyak ‘ikan’ agar tiada orang pun yang dapat ‘pancing’.
Bagi mereka, satu sungai satu pancing. Nak ‘ikan’, minta pada mereka, mengemis
pada mereka dan memujuk pada mereka. Sebagai balasan, mereka kena disanjungi,
dihormati, ditakuti, dan kenang budi mereka. Siapa-siapa yang tak sanjung, maka
tiada ‘ikan’ bagi orang yang melawan mereka.
Macam mana kita
hendak atasi masalah ini? dapatkan ‘pancing’ sendiri. Beli ‘pancing’ baru atau
buat sendiri. Pada permulaan, hidup kita banyak diganggu sebab bimbang rezeki
mereka terganggu. InsyaAllah kita boleh berjaya atas usaha diri sendiri. Mereka
yang melutut pada orang lain itulah orang gagal. Mereka kuli kepada kuli lain.
Erm, faham tak?
Ada ‘pancing’ ni
baru bersemangat nak berusaha. Rasa pergi kerja naik motor Ducati. Ingat,
‘pancing’ ni baru permulaan saja. Kalau dah rasa selesa dan yakin, baru boleh
tingkatkan diri lagi dengan beli ‘jaring’ atau ‘bot’ terus. Ingat, kena beli
bukan curi. Orang yang dah pandai ilmu tahap SPM, mesti kena pergi kolej pula.
Takkan nak tinggal dalam kelas level SPM sampai bila-bila.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan