
Kenal tak page INTEC Confessions ni? Tak kenal maka anda bukan budak INTEC. Sedangkan budak Kolej Mara Seremban pun boleh kenal page ni. Dekat Facebook dia ada, dekat twitter pun dia nak tweet. Inilah kebanggaan kami dalam menyuarakan suara kami.
INTEC Confessions lebih berperanan dalam menyuarakan pendapat atau isu yang tengah timbul sekarang. Setakat ni, pengakuan atau confessions telah mencapai bilangan ke 907. Dalam confession terakhir, ia membicarakan tentang isu kain pelikat. Pelajar memang suka pakai kain pelikat untuk pergi ke surau atau berjalan di luar.
Masalahnya ada orang tak beberapa selesa tengok cara pemakaian. Bayangkan, nak pakai kain pelikat pergi surau pun dah kena sound dengan pak guard. Apa kes macam ni? Takkan nak suruh pakai baju Melayu selengkap satu set dengan kopiah dan kain samping? Satu lagi, Kolej Cemara dan Akasia memang dekat sangat dengan kedai-kedai yang kecil atau besar.
Rasanya tiada masalah kalau nak pakai kain pelikat nak beli barang-barang keperluan. Tapi tak boleh juga. Mengapa orang kita sendiri tak boleh pakai kain pelikat di negara sendiri? Kalaulah macam ni, anak bangsa kita dah tak ada semangat nak pakai kain pelikat Gajah Duduk atau Mangga masa belajar di luar negara.
Yang tu baru tengok satu confession. Aku dah baca confessions ni sampai yang ke-700 lebih. Rata-ratanya lebih mengaku cinta atau crush terhadap seseorang. Aduh, suara cinta pula! Kadang-kadang aku rasa page INTEC Confessions dah jadi macam radio segmen doktor cinta. Iyelah, budak INTEC kan semuanya pandai-pandai. Dah tak bicara pasal buku atau assignment dah. Terus buka cerita pasal cinta.
Kalau nak tahu INTEC ada banyak program untuk aliran pelajar ke luar negara. Contohnya aku masuk program A-LEVEL. Program ni lebih menjurus kepada negara United Kingdom atau Jerman. Yang pergi ke UK dipanggil budak ALUK dan yang pergi ke Jerman dipanggil budak ALEG. Kiranya aku ni termasuk dalam budak ALUK. Tapi batch aku tahun lepas merupakan batch pertama boleh melanjutkan ke United Kingdom atau United State of America. Kini, budak ALUK dah boleh buat pilihan, nak pergi UK atau USA.
Satu lagi program ADFP, AUSMAT, Korea dan Jepun. Budak ADFP akan pergi melanjutkan pelajaran ke Amerika, manakala AUSMAT akan pergi ke Australia. Ada program lagi ke? Ada program budak Middle-East dan Russia. Tapi mereka tak lama dekat sini. Diorang buat short sem kat sini pastu terus fly.
Berbalik kepada INTEC Confessions. Rupanya ramai juga stalker dan secrect admire kat INTEC. Dia punya keinginan nak meluahkan rasa cinta tu sampai boleh tahu nombor plate kereta, berapa bilangan adik beradik, warna kegemaran! Hei, bila dah sampai tahap angau, budak INTEC boleh jadi penyiasat paling hebat daripada James Bond dan FBI. Tapi sayang, mereka takut nak luahkan cinta. Jadi, mereka gunakan medium page ni untuk sampaikan luahan hati biar si crush tu tak tahu siapa yang meminati mereka.
Semua orang boleh buat confessions dekat page ni. Budak bukan INTEC pun boleh buat bermacam pengakuan dekat sini. Hantar jer berapa banyak confessions yang korang nak. Setakat ni aku belum buat lagi sebarang pengakuan. Aku ni lebih suka memendam rasa daripada meluahkan.
Tak perlu bimbang kalau takde crush. Anda boleh juga buat confessions pasal bilik kotor, roomate kedekut dan pemalas, roomate bising sampai tak boleh tidur, pak guard yang kerek lebih dan lain-lain lagi. Yang penting, admin-admin page tu akan sorokkan identiti diri anda. Cuma kena jaga-jaga takut ada kawan yang bocorkan rahsia. Jangan takut, aku bukan admin page tu. Aku hanya sekadar pembaca confessions.
2 ulasan:
Bodoh la ko. Aku budak intec tapi aku tak puas hati ko cakap page tu tmpat org luahkan pasai hati diorang. Dah terang2 nma pun intec CONFESSION so mmg sah la page tu untuk org share kisah cinta diorang. BONGOK GILA KO !!!!!!
Well, inilah confession aku.. Kau dh confess ke dah confuse ni??
Catat Ulasan