Sabtu, 17 Disember 2011

SPM dah berlalui membawa kenangan



ASSALAMUALAIKUM WBT



Hahahaa, sudah lama saya tidak menjengah ke laman blog ini. Rasanya sudah separuh bulan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah saya selesaikan. Memang saya sudah berjaya menduduki peperiksaan walaupun bukan dengan begitu baik. Ada sukanya, dan juga ada dukanya. Kini saya tidak lagi memegang status sebagai seorang pelajar tapi bakal menjadi seorang mahasiswa pula selepas ini. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, maka jadilah hasrat saya itu.




Peperiksaan SPM saya kira berlangsung tidak sampai sebulan (bagi penuntut aliran sains tulen dan tidak mengambil subjek EST) iaitu kira-kira dari 14 November hingga 30 November 2011. Jadi ini bermakna selama 17 hari saya dan kawan-kawan berjuang bermati-matian untuk melawan musuh yang terakhir dalam era persekolahan dan amat ketat. Tapi sayang seribu kali sayang, saya tidak lakukan dengan begitu baik, saya merasakan sudah terlambat dan tidak apa-apa jalan pun untuk kembali ke masa lepas. Saya rasa macam hendak beritahu sahaja kepada diri saya pada tahun lepas supaya,”Belajar rajin-rajin, jangan malas-malas, usaha betul-betul untuk SPM akan datang, kalau orang lain boleh, maka kamu pun boleh.” Tapi itu tidak akan menjadi kenyataan.




Tapi apa yang boleh saya lakukan ialah beritahu kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun depan supaya


JANGAN MALAS!! RAJIN-RAJINLAH!! SPM DAH NAK DEKAT TU!!




Saya mengambil sembilan subjek sahaja. Saya rasa subjek pembunuh bagi saya ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Memang bagi orang lain, mereka menganggap subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan sebagai subjek yang boleh membunuh. Tapi itu pandangan orang lainlah. Tapi saya anggap itulah subjek yang paling sukar kerana silibus subjek tersebut terlalu umum dan subjektif. Tiada yang tepat pun, hanya menyinggahi sahaja. Subjek bahasa menjadi sukar kerana melinatkan latihan yang berterusan, bukan pada hari peperiksaan sahaja. Oleh sebab itulah masih ada orang tidak pandai berbahasa inggeris biarpun memperoleh A+ dalam setiap peperiksaan. Ini kerana aspek penggunaan sebenar bahasa bukan di atas kertas tetapi melalui lidahnya. Jangan hairan kalau kita lihat seseorang itu gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi boleh hidup senang, mempunyah pengaruh besar, dan mampu mencorak perubahan iklim dunia. Jadi, janganlah kita bermain-main dengan bahasa kerana bahasa jiwa bangsa.


YANG KURIK KUNDI,
YANG MERAH SAGA,
YANG KERAS TAKAL;
YANG BAIK BUDI,
YANG INDAH BAHASA,
YANG PANTAS AKAL.


Rasanya sampai di sini sahaja saya bercakap mengenai perkara ini. Masa masih ada dan kita patut mempergunakan dengan selok-eloknya supaya masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja.
Sekian, wassalam.

Jumaat, 23 September 2011

BRaInS kluster





BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM










Tahniah buat semua warga BRaInS kerana BRaInS kini dinobatkan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Alhamdulillah.












Nama SBPI Batu Rakit mungkin tidak beberapa gah dalam kalangan sbp tapi kami berjaya menjadi sekolah klusrer kecemerlangan. Ini merupakan salah satu lagi siri kemenangan kami untuk mencapai taraf SBT.












awal-awal tahun lagi BRaInS sudah dibanggakan dengan pencapaian no. 3 dalam Anugerah Asrama Terbilang (AAT). Walaupun kami tidak mendapat tempat pertama tapi itu sudah menjadi petanda kegemilangan BRaInS dalam masa akan datang. Hanya kerana AAT, kami terpaksa bekerja keras dengan memastikan segala peraturan asrama dipatuhi dengan baik. begitu juga dengan sistem pengurusan dalam asrma, dewan makan, dan apa yang paling penting ialah sikap para pelajar itu sendiri. aspek itulah yang menjadi penilaian utama yang menjadi cerminan terhadap asrama terbilang.Hasilnya asrama kami terbilang. Tak percaya boleh berkunjung ke BRaInS dan tengok dengan mata sendiri.












BRaInS juga berjaya menjadi tuan rumah bagi hari nadwah kebangsaan. Sepatutnya proram tersebut bertaraf antarabangsa kerana ada jemputan dari luar negara seperti Brunei, tapi kerana ada beberapa masalah teknikal, hari nadwah tersebut diiktiraf sebagai peringkat kebangsaan sahaja. Berlangsung dari hari isnin sampai khamis, hari nadwah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan hari nadwah tersebut.












Dan sekarang BRaInS telah diisytiharkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan sebagai penanda ia terus maju dalam melaksanakan agenda pendidikan. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, BRaiInS akan menjadi sekolah SBT pula (Sekolah Berprestasi Tinggi). maka, nilai BRaInS akan terus meningkat. akan ku tinggalkan sekolah ini dengan penuh perasaan bangga.












BERILMU, BERAKHLAK DAN BERKUALITI










BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN BRAINS

Jumaat, 2 September 2011

"FEEL" BERAYA





Assalamualaikum w.b.t.





Sudah lama saya tidak menulis di laman ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54. Bahang kemeriahan Syawal masih terasa dan jalur gemilang masih hangat dikibarkan.







Tahun ini memang istimewa kerana kita menyambut hari raya aidilfitiri bersama dengan hari kemerdekaan iaitu 30 Ogos dan 31 Ogos. Malah saya juga telah menghadapi peperiksaan percubaan SBP dan JPNT. Memang bulan Ogos ini banyak aktiviti yang dilakukan. Walaupun puasa, saya masih mampu untuk melakukan yang terbaik tapi saya agak tertekan dengan soalan. Ya, saya memang tertekan menyebabkan saya hilang kawalan sikit saja.






Raya tahun ini bagi saya kurang bermakna kerana tiada rumah kawan saya pergi, tiada rumah jiran dilawati dan rumah saudara tidak dikenali. Tapi kalau dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini nampak lebih bagus daripada tahun lepas. Kalau tahun lepas, saya asyik terperap dalam rumah tapi tahun ini adalah juga rumah-rumah saya pergi (padahal sebuah rumah jiran, tak apalah asalkan singgah). Terus terang saya kata bahang kehangatan Syawal belum saya rasa rasa, bak kata orang “takde feel”. Feel itu sudah lama menghilang sejak saya makin membesar. Sepatutnya semakin meningkat tahun, semakin bersemangat untuk beraya. Kini, saya sudah hilang erti raya. Mungkin saya kurang mendalami erti puasa dalam ramadhan. Permulaan raya ialah Ramadhan dan kemenangannya ialah Syawal. Mana mungkin ada orang sanggup beraya jika tidak berpuasa penuh. Malulah. Puasa dan Syawal saling berkaitan antara satu sama lain. Puasa kita berjaya, maka raya kita akan lebih bermakna. Tapi bulan Ramadhan sudah berlalu. Puasa sudah pun tamat. Raya sudah pun disambut. Jadi, kita perlu mengambil iktibar daripada puasa kita dalam bulan Ramadhan. Kalau baik, bersyukurlah dengan kejayaan ini. Semoga kejayaan ini akan berterusan sehingga ke bulan-bulan lain. Tapi kalau puasa kita buruk, bersabarlah. Mungkin kita ada berbuat kesilapan dan kesilapan ini akan menjadi pengajaran serta keinsafan kepada kita untuk membaik diri ke arah lebih baik.




TIADA USAHA KE ARAH KEBAIKAN TANPA KESUNGGUHAN DAN KEIKHLASAN

Khamis, 9 Jun 2011

MASA SEMAKIN HAMPIR


ASSALAMUALAIKUM W.B.T




Masa semakin hampir



Masa kini hanya tinggal 5 bulan. Peperiksaan SPM semakin dekat. Aku pula? Belajar tak habis lagi. Jadi, aku memang khuatir kalau tidak capai sasaran iaitu 9A+.Aku memang mahukan kejayaan gemilang. Aku tidak boleh kata tak boleh, tapi aku kena usahakan juga. Kini, di bahuku terletak harapan seorang ayah tercinta; harapan seorang ibu penyayang; dan aku masih lagi berdiam.



 Ditambah lagi harapan dari pihak sekolah yang meletakkan aku sebagai  seorang calon STRAIGHT A+. Huh, besar sungguh harapan yang disandarkan. Jadi, aku tak boleh leka. Aku kena fokus dalam pelajaran dalam masa sekarang. Aku tak boleh nak main-main. Masa sekarang sudah gentir.



Aku berjanji pada abah, pada ma, pada cikgu, dan pada rakan-rakan, yang aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran 9A+.




Ya dan itulah sasaran aku buat masa ini.


Aku tinggalkan kepada korang dengan lirik lagu hujan, MENCARI KONKLUSI. Apa lagi, layan!!!





Hujan - Mencari Konklusi

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi




The use of nuclear energy in developing countries (tajuk ULBS aku)


The use of nuclear energy in developing countries



 to supply nuclear technology resources of a country

 • Nuclear energy is obtained by successfully replacing conventional energy sources are not renewable, such as petroleum, natural gas and coal as fuel.
 • nuclear technology to produce electricity is becoming more widely used pliers. For example, in France 65% of the energy used is contributed by the nuclear reactor plant. It is estimated that nearly 17% of world electricity consumption dihasilkanmenerusi nuclear technology. 
• So, the development of the country is heavily dependent on nuclear power. 


The contribution of nuclear technology in agriculture should not be denied

 • Techniques can be used to produce nuclear genes of plants and good quality (such as induced mutation breeding methods). 
• Nuclear Technology can also be used to eradicate pest plants such as beetles, grasshoppers and others. For example, to control the number of insect pests, insect tissue changed so that it is sterile and can not reproduce.
 • The use of radioactive isotopes and radiation techniques, such as ionizing gamma rays and X-ray managed to increase agricultural production and livestock.



 Nuclear technology plays an important role in the medical field

 • radioisotope used as a diagnostic tool in hospitals to detect and determine the various types of diseases such as brain tumors, bone cancer, kidney disease, heart disease dansebagainya.
 • radioisotope iodine-131 is created and used to help doctors determine whether kelenar thyroid function is normal or not.
 • gamma rays from Cobalt-60 used to sterilize medical materials
. • So, nuclear technology will help prevent many diseases and saving lives of modern humans. 



In the era of science and technology, industrial and manufacturing areas in dire need of nuclear technology

 • Techniques nukleoni non destructive testing and measuring tracer technique has a potential to solve the problem of engineering plants.
 • Naterium-24 can be used to detect cracks in metal castings.
 • The mixing of radioactive material into the drain pipe system allows oil or water flow rate and an underground leak is detected.
 • Nuclear techniques that enable product quality and safe for consumers. 


Nuclear technology has also contributed to the military

 • Nuclear technology is often exploited to create nuclear weapons. For example, the atomic bomb, nuclear bombs and nuclear missiles. In addition, nuclear submarines can also be constructed (the first nuclear submarine was launched by Russia in 1954).


Important in developing nuclear technology and advancing the field of education

 • discipline of science and technology, such as chemistry, genetics, physics, biology, biochemistry, engineering, etc., depends on nuclear technology. 
• Research and development of these areas will need nuclear technology


Ini adalah contoh sampel ULBS aku dalam bahasa inggeris. Dua hari aku ambil masa nak menghafal semuanya. Nak tahu berapa markah aku dapat untuk ULBS? 21/30. Kira okeylah tu.

Sabtu, 19 Mac 2011

Kesempatan taubat tanda kasih Allah


Kesempatan  taubat  tanda  kasih  Allah


Manusia  sememangnya  tidak  akan  terlepas  daripada  melakukan  kesilapan.  Ini  kerana  manusia  turut  dikurniakan  dengan  nafsu  selain  diberikan  akal  untuk  menilai dan berfikir  baik  serta  buruk sesuatu  perkara. 

Kisah  antara  akal  dan  nafsu  dapat dilihat menerusi hadis riwayat Muslim yang menerangkan bagaimana Allah SWT mencipta kedua-duanya dan berfirman kepada  akal dan  nafsu.  Firman Allah SWT : “Wahai akal! Mengadaplah engkau.” Maka akal pun datang mengadap ke depan Allah SWT yang kemudiannya berfirman : “Wahai akal! Siapakah aku dan siapa pula  engkau?” Lalu akal berkata : “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”Lantas Allah SWT berfirman yang bermaksud : “wahai akal! Tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada  engkau.”




Setelah itu, Allah SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT  berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah aku?” lalu nafsu berkata :”Aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Kerana  jawapannya itu, Allah SWT mencampakkan nafsu ke dalam neraka Jahim dan mengeluarkannya selepas 100 tahun diseksa lalu Allah berfirman : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Dijawab oleh nafsu : “Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.” Lalu Allah SWT menyeksa nafsu dalam neraka Juu’ (lapar) selama 100 tahun tanpa makanan dan minuman. Setelah dikeluarkan, Allah SWT berfirman : ”Siapakah engkau dan siapakah Aku?” akhirnya nafsu mengakui dengan berkata : “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.”




Kita dituntut berpuasa kerana ia satu-satunya cara untuk mengekang nafsu daripada menguasai diri kita. Bagaimanapun jelas di sini, nafsu memang banyak memainkan peranan dalam perbuatan tetapi selagi roh tidak berpisah daripada badan, manusia diberi peluang untuk bertaubat sebagai tanda betapa kasihnya Allah pada hamba-Nya. Atas sebab itu juga, syarat utama taubat adalah memohon keampunan daripada dosa yang dilakukan, yakni meninggalkan segala dosa, berazam tidak mengulangi dosa itu lagi dan menyesali segala dosa silam.




Jika ada dosa berhubung dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada orang tersebut. Jika hak orang diambil, hendaklah ia dikembalikan. Seandainya sukar melakurkan demikian, hendaklah didoakan orang yang dianiayai itu dengan memohon ampun ampun baginya. Sebagai orang islam, apabila melakukan dosa besar, menjadi kewajipan bagi untuknya bertaubat. Hukum bertaubat adalah wajib, iaitu berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat sebenarnya.”   (Surah An-Nur , ayat  31 )



Bagi orang yang bertaubat nasuha menurutsyarat yang ditetapkan, taubatnya akan diterima Allah SWT selagi kesempatan bertaubat masih diberikan kepadanya , selagi pintu taubat terbuka. Sesungguhnya Allah SWT cinta kepada orang yang bertaubat dan segala dosanya akan diampunkan, seperti mana firman-Nya : “Allah cintakan orang bertaubat dan cintakan orang bersuci.”    ( Surah Al-Baqarah, ayat 22)




Rasulullah SAW turut menekankan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud : ”Orang yang bertaubat daripada dosanya samalah seperti orang yang tidak berdosa.”