Masalahnya macam
mana tayangan bermula pada pukul 7 pm? Sesebuah cerita biasanya mengambil
durasi selama satu sejam lebih. Sudah tentu cerita itu akan habis pada pukul
8.15 pm atau 8.30 pm. Sudah tentu orang islam yang sedang tengok wayang masa ni
takkan sempat nak tunaikan sembahyang Maghrib.
Mereka ni kisah tak
boleh sembahyang atau sebaliknya? Kalau dah duduk dalam pawagam, mana sempat
dah nak patah balik nak pergi ke mana-mana. Lagipun tayangan tu takde iklan
atau rehat sekejap. Memang pasti takde masa untuk sembahyang sekejap. Lagi
bagus kalau tak tengok tayangan waktu perdana bagi umat islam.
Yang hairannya
mengapa isu seperti tayangan pawagam semasa Maghrib jarang dibincangkan?
Sepatutnya isu ni merupakan satu sensitiviti oleh umat islam yang peka dengan
tanggungjawab dalam menunaikan solat. Nasib baik seorang penerbit filem negara
kita, Ahmad Idham bertanyakan mengenai isu ni dalam twitternya.
Kita tahu orang
yang tak wajib untuk sembahyang adalah orang perempuan datang haid, kanak-kanak
yang belum baligh atau orang tengah musafir. Perempuan datang haid memang
takleh solat dalam masa beberapa hari. Mereka boleh tengok wayang pada
bila-bila masa tanpa risau nak solat. Tapi kita tak tahu mereka betul-betul
tengah haid ataupun menipu.
Kanak-kanak pun
boleh tengok wayang tanpa usah waktu solat. Tapi mereka perlukan bimbingan ibu
bapa. Kalau tak, habis riuh pawagam jadi taman permainan dek kenakalan
kanak-kanak. Orang musafir? Mereka tengah sibuk pandu kereta. Kalau nak berehat
pun, mereka akan cari kedai makan atau berhenti di RNR. Tak pernah lagi aku
berhenti di shopping compleks untuk tengok wayang. Orang musafir pun sensitif
nak pergi sembahyang dulu.
Kalau betul-betul
Malaysia negara islam, sepatutnya pemerintah negara ada hak untuk masuk campur
dalam hal ini. tindakan perlu diambil untuk melarang mana-mana pusat pawagam
membuka tayangan ketika Maghrib atau waktu yang dikira munasabah. Kalau hendak
dibuka juga, tayangan ketika Maghrib perlu diberi izin kepada orang bukan
islam. Orang islam dilarang beli tiket ketika waktu ni. Bagi tindakan tegas
kepada siapa-siapa yang ingkar.
Sampai bila lagi
kita nak tengok surau kosong waktu Maghrib sedangkan anak muda penuh berhimpun
berjemaah dalam pawagam? Bukan sahaja di pawagam, malah di rumah pun menjadi
penyebab orang kita ada alasan malas ke surau. Tepat pukul 7 pm, ada jer cerita
Melayu dimainkan. Sedangkan kebanyakkan orang Melayu beragama islam, patut
penuhkan diri di surau. Tapi dek terpengaruh dengan cerita mengarut, surau
diketepikan.
Kalau boleh, majlis
agama kena masuk campur juga dalam hal ni. Mengapa sedang muazzin sedang
mengalunkan azan, orang kita masih bermalas-malasan di rumah untuk menonton
cerita orang kita sendiri. Bila pula masa sesuai untuk memenuhi keperluan rohani
kalau bukan ketika Maghrib dan Isyak. Dengan kuasa yang ada, rasanya dah boleh
bagi tegasan untuk tidak menayangkan cerita Melayu ketika itu. Lebih baik kalau
dipindakan ke waktu perdana lain seperti selepas habis siaran berita. Aku tengok
pun banyak cerita mengarut juga lepas pukul 9 pm.
Jangan marah. Jangan
pula geram sebab tak boleh tengok cerita Teduhan Kasih pada pukul 7 pm pula. Aku
bukan kata batalkan. Aku cuma kata nak tangguhkan waktunya selepas siaran
berita. Ini bukan sebab tak suka dengan cerita itu. Aku nak orang kita
menghormati waktu beribadat dan ada waktu untuk berkunjung ke rumah Allah.
Cerita orang Melayu
sememangnya khas untuk orang Melayu. Takkan nak suruh K. Rajagopal pula pergi
tengok drama Melayu pula. Rasa tak kena kalau suruh orang Melayu suruh pergi
tengok movie di pawagam atau drama pada waktu Maghrib. Sudah-sudah kita kena
racun oleh propaganda asing untuk menyesatkan kita. Sudah tiba masa untuk kita
menyucikan diri supaya menjadi sebersih-bersihnya.
2 ulasan:
kadang2 terpikir gak asal mufti2 tak bising2 hal ni?...lagi satu rase cam sekarang punye drama cam da tak kisah nak buat aksi kissing laki pompuan & aksi 18 thn ke atas...sedih kan tgk saudara sesama islam jd cam tu... pasal drama kul tujuh tu aku rase mmg tak patot gak r...coz berdasarkan pengalaman time zaman jahililliah aku sendiri ,aku akui yg time maghrib mesti semayang nak cepat n tak khusyuk....moga allah membuka pintu hidayah buat semua
cerita kita sekrang bukan ada kualiti mcm filem2 P Ramlee. Dia buat filem utk masyarakat, bkn utk wang.. tapi penerbit skrg pntingkn rating n keuntungan.. slh kite gak sbb demand perkara mcm ni.. siapa lagi yg tgk cerita ni kalau bukan kita?
Catat Ulasan