Apa tajuk lagu
kegemaran anda? Sekali dapat download lagu favourite, terus main berulang-ulang
kali. Kawan roomate aku masa tengah study final exam, asyik main lagu Heart
Attack dari pagi sampai malam.
Patut jer aku rasa
pelik dengar bunyi lagu macam sama jer. Aku pun suka dengar juga lagu tu. Tapi bila
lagu Demi Lovato tu main masa tengah malam, meremang bulu roma. Tak kenapa
tiba-tiba rasa macam pontianak tengah nyanyi lagu Heart Attack. Kuat juga aura
lagu ni.
Bagi aku minat lagu
So Far Away, Never Too Late, Hypnotize dan The Ghost of You. Aduh, semuanya
lagu orang puteh. Minta maaflah. Aku jarang buka radio Malaysia. Apatah lagi
nak buka radio bukan Malaysia. Lagu-lagu ni pun aku jumpa di youtube dan kawan
aku mainkan dalam bilik.
Lagu yang bersifat
evergreen biasanya dapat bertahan selama beberapa dekad. Macam orang tua kata,
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Di Malaysia lagu evergreen selalu
dikaitkan dengan rock zaman dulu-dulu, 70an, 80an dan 90an. Tapi halwa telinga
aku tak boleh mesra dengan lagu camtu. Tak serasi dengan jiwa ni.
Aku tak pasti lagu
yang aku tengah dengar ni bersifat evergreen atau tak. Setakat ni, aku dah rasa
bosan dengar lagu tu. Nak cari lagu baru, internet slow, tak dapat nak tengok
video youtube. Radio kat rumah aku pun dah usang dan rosak. Dulu dengar rasa
nak play banyak kali. Sekarang ni macam tak nak dengar terus.
Nanti bila aku
sampai kolej ada lah tu lagu baru untuk aku. Aku jumpa lagu-lagu camni pun masa
tengah duduk di kolej. Lepas ni aku dengar lagu Inggeris sajalah. Nak harapkan
kawan aku pasang lagu Melayu, jauh panggang daripada api. Bila dapat elaun sem
3 ni, aku nak beli radio. Boleh dengar lagu baru.
Kita dengar lagu
yang kita suka. Bila main berulang-ulang, kita pun rasa bosan dan benci. Tapi bila
kita ulang baca Al-Qur’an, kita semakin sayang dan rindu Al-Qur’an. Inilah bukti
Al-Qur’an tak pernah jemu untuk dibaca dan panduan umat manusia merentasi ruang
dan masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan