Isnin, 24 Jun 2013

Jangan salah guna page


   Cuba bayangkan kita dapat board di kawasan tertentu dalam kolej. Kita sebagai orang besar dalam sesuatu persatuan, akan guna board tersebut sebagai saluran menyampaikan informasi. Tujuan persatuan, objektif, aktiviti tahunan, carta organisasi dan notis-notis semasa akan ditampal di board berkenaan.

   Bagaimana jika kita tengok di board tersebut ada orang tampal notis mengenai sesuatu perkara yang tiada kaitan dengan kepentingan persatuan. Bermacam-macam iklan dia letak dekat papan board sehinggakan hilang maklumat asal tentang persatuan. Sudah tentu kita akan marah walaupun orang itu adalah ahli persatuan kita juga.

   Begitu juga apa yang terjadi dalam page-page di Facebook. Penggunaan board di kolej ambil masa untuk disiapkan dan kos untuk membeli bahan. Tapi dengan menggunakan aplikasi page di Facebook, kita sudah boleh mencipta satu laman khusus untuk kegunaan persatuan. Mudah, senang dan percuma. Rasanya semua orang dah tahu cara cipta laman page ini. kalau tak tahu, noob dan nerd tahu cara nak buat.

   Kehidupan di sekolah dengan kolej sudah jauh berbeza. Jika ada apa-apa event di sekolah, kita jerit saja di speaker. Tapi di universiti semuanya bersifat kendiri. Jadi kita guna kemudahan board di kolej atau page di Facebook. Tulis saja apa sahaja yang berlaku dalam page dan update status tu. Segala notis dan pengumuman boleh saja dimuat dalam page tu. Maka semua ahli yang berdaftar dalam persatuan dan menjadi ahli dalam page tu akan dapat berita terkini.

   Masalahnya ada segelintir ahli yang suka update status bukan-bukan. Maklumlah, semua ahli dalam page tu ada hak nak tulis apa saja. Ada yang tulis kata-kata nasihat, cerita dakwah, promosi barang atau apa-apa sahaja. Ingatlah perbuatan macam ini umpama spam kerana tiada maklumat penting mengenai persatuan.

   Perbuatan spam ini sangat menyusahkan ahli lain. Mereka terpaksa scroll sampai ke bawah untuk cari berita terkini pasal persatuan. Sekarang page persatuan dah penuh dengan notis yang mengarut dan tiada kaitan dengan persatuan. Hal-hal sebegini menyebabkan banyak ahli tak dapat terima maklumat terkini.

   Malah ada ahli yang terpaksa keluar daripada group page tu semata-mata tak nak terima notification yang mengarut. Orang nak tahu apa isu semasa dalam group. Ada event apa hujung bulan ni. Sekali periksa dalam group page, penuh dengan kata-kata nasihat, link video lucu, ayat jiwang, status mengarut, dan boleh tengok paling bawah sekali, baru tahu ada ahli persatuan jual broadband celcom RM25. Penat-penat scroll, baru jumpa status pasal persatuan, hujung minggu ada perjumpaan.

   Memenatkan bukan? Nak tulis kata-kata nasihat  boleh, apatah lagi nak masukkan unsur dakwah. Tapi kita kena tahu peraturan dalam group page tu. Page tu untuk kepentingan persatuan, tak boleh campur aduk dengan perkara yang tak ada kaitan dengan persatuan. Kalau nak update status jiwang atau dakwah ni, post saja dalam timeline sendiri, bukan dalam page tu. Apa guna ada Facebook kalau tak reti beza mana tempat update status pasal diri.


   Jangan biarkan diri kita jadi pesalah guna kemudahan ni. Jangan menyusahkan orang lain sebab kita kemaruk nak like dan comment. Kalau ada post mengarut dalam mana-mana page, lebih baik delete balik nak cover kesalahan kita. Kalau gila sangat update jiwang, cari jer page jiwang. Kalau nak berniaga, cari page berniaga.

Tiada ulasan: