Sabtu, 22 Jun 2013

Pedih jerebu antarabangsa






Jerebu bertambah buruk, IPU Singapura cecah 400

·         Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk, Indeks Pencemaran Udara (IPU) cecah tahap berbahaya iaitu 400.

·         Di Johor, 600 buah sekolah ditutup.

·         Semua klinik kesihatan dan hospital bersiap sedia tangani penyakit berkaitan jerebu.

·         Pejabat Perdana Menteri mahu anggota ASEAN bekerjasama menangani masalah bencana itu.


   Aku dah tak ingat bila kali terakhir Malaysia dilanda jerebu. Pada tahun lepas aku rasa masalah ni tiada berbunyi pula. Masa tu aku sibuk tengah belajar di UIAM. Maklmumlah, baru berdaftar jadi ahli asasi CFS IIUM. Yang aku tahu masalah jerebu ni memang dah lama berlaku disebabkan berlaku pembakaran hutan di Indonesia menyebabkan Malaysia dan Singapura jadi ‘bising’.

   Baru minggu lepas isu jerebu timbul balik. Kawasan yang paling teruk terjejas di Malaysia adalah Johor. Di Kemaman pun tahap IPU sudah melebihi paras normal. Patut aku rasa panas jer sejak kebelakangan ni. Malah kalau tengok berita, ada berlaku pembakaran kecil di Klang, Selangor. Bomba berusaha untuk memadamkan api daripada merebak.


pembakaran hutan adalah salah satu faktor jerebu
                                 

   Soalnya mengapa jerebu boleh berlaku? Kita memang tahu jerebu ni datangnya dari kawasan Sumatera. Kebanyakkan kawasan terbakar adalah kawasan pertanian untuk mengembalikan kesuburan tanah balik. 
Mereka bakar kawasan tersebut sebagai langkah paling mudah, senang, cepat dan mudah. Tapi impaknya sangat mempengaruhi hubungan serantau.

   Akibat daripada jerebu, aktiviti seharian kita terjejas. Rasanya dah tak ada orang nak berjogging kalau ada jerebu. Kalau kabus tu lain cerita pula. Jerebu ni menyebabkan kawasan sekitarnya berbalam maka tahap penglihatan kita berkurangan. Mata akan jadi pedih dan sakit. Sebagai langkah keselamatan, pakai topeng muka untuk menapis udara tercemar yang kita hirup.


jerebu di Kuala Lumpur
                            


   Di Riau, lapangan kapal terbang telah ditutup sebagai langkah keselamatan. Kalau bawa juga kapal terbang, habis hancur jadi bersejarahlah kapten kapal terbang. Yang tinggal hanyalah kotak hitam. Jerebu ni buat kawasan sekelilingnya jadi bahang panas. Silap haribulan, habanya boleh membakar hutan lain pula secara semula jadi. Ini menyusahkan bomba nak masuk kawasan hutan. Habis remuk kereta bomba nak masuk redah paya.

                                    

   Budak-budak memang seronok habis sebab sekolah cuti. Tapi mereka kena ingat, kena duduk di rumah sentiasa waktu, dah tak boleh main dekat luar rumah. Nanti dapat penyakit pernafasan. Jaga-jaga nanti kulit jadi gatal. Simpton-simpton lain mungkin akan menyebabkan kepala jadi pening, loya dan muntah. Nak selamat, dapatkan rawatan di hospital segera.


Indeks pencemaran udara (IPU)

0-50
Sihat
51-100
Sederhana
101-200
Tidak sihat
201-300
Sangat tidak sihat
>301
Berbahaya


Tiada ulasan: