Usrah tu merupakan
satu perkara yang baik. Dalam usrah ni adalah masa kita belajar hukum-hakam,
isu semasa, dan permasalahan yang berlaku dalam diri kita. Masa yang ada kita
dapat manfaatkan daripada membazir dengan online dan bermain game sahaja.
Usrah ni adalah
salah satu langkah diri kita untuk mendekatkan diri terhadap agama. Bukan buat
jenayah atau aktiviti tak bermoral hendak kita takutkan. Dalam usrah, kita
berbincang dan bertukar idea mengenai ilmu agama. Masa inilah kita hendak lebih
faham mengenai soal agama.
Tapi bukan semua
orang minat nak pergi sertai usrah. Aku ni pun jarang-jarang masuk usrah. Di
UIAM aku sempat sekali jer sertai usrah. Lepas tu aku dapat tawaran pergi ke
INTEC. Di INTEC pun ada juga usrah tapi lebih berbentuk pergerakan persatuan
dan bukannya aktiviti wajib untuk dapat apa-apa point/mata. Disebabkan kekangan
jarak dan waktu, aku memalaskan diri nak pergi usrah.
Masuk semester
ketiga ni aku ada berazam juga paling kurang hadiri usrah kerana aku akan
berpindah kolej yang di mana suraunya lebih besar dan mudah pergi
beramai-ramai. Kolej yang dulu pun ada juga usrah, di bawah blok bangunan aku,
tapi apakan daya, aku sangat malas nak menuntut ilmu ke syurga.
Berbalik kepada isu
mengapa ada sesetengah orang malas pergi usrah, mari kita sertakan satu contoh.
Jogging dan aktiviti riadah lain merupakan perkara yang berfaedah untuk
kesihatan diri. Ada juga orang yang malas turun padang sebab malu dengan
penampilan diri. Mereka berbadan besar, gemuk dan baru nak mula jogging. Mereka
bimbang jika diejek dan malu dengan kelemahan diri.
Sebab itulah
kebanyakkan mereka tak nak turun ke padang. Mereka dalam hati memang nak
turunkan berat badan. Tapi mereka takut jika ada mata yang memandang serong
kepada mereka. Begitu juga dengan aktiviti usrah. Bukan sahaja budak yang rajin
ke surau dan minat agama sahaja nak join usrah.
Malah orang yang
jauh daripada sinar cahaya agama pun berminat nak sertai usrah. Tak keterlaluan
dikatakan jika kawan-kawan kita yang bukan islam pun ada tertarik untuk sertai
perbincangan dalam usrah. Tapi kebanyakkan mereka malu nak masuk. Mereka tengok
diri sendiri dan bandingkan dengan budak-budak yang rajin ke surau.
Mereka ‘free hair’.
Mereka ada dye colour kat rambut. Mekap mereka pun tebal. Mereka tengok banyak
baju mereka seksi, ketat dan sangat daring. Mereka tak sanggup nak masuk usrah
dalam keadaan yang orang lain katakan jauh daripada hidayah. Orang lelaki pun
sama juga. Ada yang dye rambut dan pakai seluar pendek di khayalak ramai.
Lebih memburukkan
lagi, ada segelintir budak usrah anggap diri mereka terlalu bagus. Inilah sikap
buruk ego dan meninggi diri dengan ilmu yang ada di dada. Perwatakan mereka
yang terlalu bersih dan suci buat orang lain kadang kala menyampah. Maka
berlakulah perpecahan dalam kalangan orang kita sendiri. Orang yang berlagak
bagus dan alim dengan orang yang dikatakan tak nak hipokrit diri.
Hidayah Allah SWT
sudah turun sejak 1400 tahun lagi. sudah tak ada alasan mengapa belum tiba masa
lagi nak amalkan agama. Orang-orang dalam usrah kena pandai dan bijak. Jangan
memperkecilkan skop perbincangan agama dalam usrah saja. Mereka kena berani
berdakwah dengan mengembangkan kepada kawan-kawan lain.
Usrah ni biasanya
berbentuk formal di surau yang selalu kita buat masa di sekolah dulu. Jadi,
bila dah masuk ke kolej, kita dah pandai buat usrah santai yang tak berbentuk
formal dalam bilik. Tak perlu buka kitab atau ajak kawan pergi surau
semata-mata nak buat surau. Duduk dalam bilik dan berhimpun dalam satu tempat.
Ajukan soalan
berbentuk kehidupan seharian kita. Soalan tu biarlah mudah dan ringkas supaya
setiap ahli boleh jawab dan bincang. Contohnya, “macam mana solat boleh tolong
seseorang daripada lakukan dosa?”. Kembangkan soalan seperti kalau solat dapat
dihayati, maka kita takut nak buat perkara mungkar. Kita kena galakkan banduan
dalam penjara sembahyang seperti yang disuruh dalam agama supaya hati mereka
bersih dan tak buat jenayah lagi bila bebas kelak.
Apabila usrah dah
berkembang, baru boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi dan serius. Cakap
sahaja perkara yang berlaku di seluruh dunia. Mengapa Syria membunuh penduduk?
Perbezaan antara Syiah dan Sunni, mengapa ‘pengganas-pengganas’ di Timur Tengah
lahir dan apa perjuangan mereka? Kenapa Amerika menyerang Iraq, Afghanistan, Palestin
dan lain-lain? Bincangkan lagi supaya maklumat dunia islam dapat diketahui
dengan lebih lanjut.
Dengan perubahan
usrah yang lebih ke arah maju dalam diri kita, orang-orang yang dulu malu dan
takut pergi usrah dah dapat menikmati kemanisan usrah. Mereka tak dapat merasai
keenakan usrah ketika di surau. Jadi, kita bawa ‘manisan’ usrah ke bilik kita
supaya mereka tertarik dan ada kekuatan nak pergi ke surau. Mereka sebenarnya
dah tahu kesan buruk tak amal agama. Cuma mereka kurang penghayatan dan cuma
kekuatan jiwa.
Maka, bukan saja
‘manisan’ usrah kita bawa balik, tapi kita juga beri mereka kekuatan untuk
berubah. Mereka perlukan dorongan dan bimbingan. Mereka seperti ada kereta yang
penuh dengan minyak di tangki. Kunci sudah ada di tangan tapi mereka tak berani
nak hidupkan enjin. Jadi kita tolong mereka untuk hidupkan enjin. Selepas ni
mereka dah berani nak hidupkan enjin dan boleh pergi ke mana saja mereka mahu.
Di sini merupakan tanggungjawab kita untuk pandu mereka ke tempat yang baik dan
berfaedah.
Lagi situ, beritahu
mereka tentang hipokrit. Mereka sudah tak dapat bersifat pura-pura dengan hidup
dalam jahil. Mereka sudah belajar agama ketika di sekolah. Mereka tahu rukun
islam dan iman. Jadi hipokritlah mereka yang sudah tahu tentang ilmu agama tapi
tak nak lakukan semata-mata takut bersifat munafik.
Maka, anda sudah
bersedia untuk sertai usrah? Maka hidupkanlah kecerahan dalam hati kita dengan
lampu usrah.
Aku harap tiada siapa-siapa marah dengan apa yang aku tulis ni. Nak marah boleh tapi biarlah jangan bersikap kurang ajar dan melampau batas. Cukup dengan tegur dan marah pada bahagian yang buat mereka marah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan