Carta kereta mewah
termahal dan terhebat dunia
Kereta merupakan satu
alat pengangkutan yang amat berguna pada alaf ini. Kereta menjadi satu
keperluan bagi semua orang, khususnya bagi yang sudah berkeluarga untuk
menyenangkan lagi kehidupan mereka. Fungsi asasnya sangat mudah, iaitu menjadi
alat kenderaan untuk membawa penumpangnya ke mana-mana sahaja destinasi yang
ditujuinya.
Bagi golongan orang
berada, kereta itu mestilah menjadi satu alat kemegahan yang menunjukkan taraf
ketinggiannya. Harga bukan menjadi persoalan, asalkan prestasi dan reka ciptanya
dapat memuaskan selera mereka. Kereta mewah sudah menjadi kebiasaan bagi orang
yang terlebih mampu untuk mendapatkannya.
Bagi memenuhi
kemahuan golongan berada dan hartawan, pasaran kereta mewah mula beralih ke
tahap baru dengan menumpukan perhatian terhadap konsep kereta masa depan. Hal
ini telah menjangkaui sempadan kenderaan konvesional di atas jalan raya sebagai
satu eksperimentasi.
Semestinya harga
mencecah jutaan ringgit, namun tidak menghalang mereka daripada memilikinya.
Jenama kereta mewah sudah sepastinya sudah mengungguli carta kereta termahal
dan terhebat dunia. Hanya mereka yang kaya dan tinggi tarafnya mampu membelinya
tanpa banyak soal.
Antara kereta yang
termasuk dalam carta terhebat itu ialah:
1. Pagani Zonda Clinque Roadster
Nilainya hampir dianggarkan sebanyak
AS$1.85 juta (RM5.67 juta). Kereta termahal dan eksotik ini memiliki kemampuan
memecut daripada sifar ke 60 batu sejam (96.54 km/h) dalam masa 3.4 saat.
Kereta buatan Itali ini mampu memecut sehingga mencecah kelajuan maksimum 217
batu sejam (349.153 km/h).
2.
Lamborghini Reventon
Jentera AS$1.6 juta (RM4.91 juta) ini hanya
dikeluarkan 20 buah untuk pasaran global. Revention adalah antara kereta
termahal dan berkuasa pernah dihasilkan oleh Lamborghini hanya mengambil masa
3.3 saat untuk memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dan mampu mencapai
kelajuan maksimum sehingaa 211 batu sejam (339.5 km/h).
3. Koenigsegg Agera R
Agera R keluaran Sweden ini berharga AS$1.6
juta (RM4.91 juta) mampu memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.8
saat sahaja selain mampu mencapai kelajuan maksimum 260 batu sejam (418 km/h).
4.
Maybach Landaulet
Jenama ini menjadi antara pilihan golongan
hartawan terkenal. Keluaran terkini Maybach bernilai AS$1.38 juta (RM4.24 juta)
merupakan sedan paling mahal dalam keupayaan memecut daripada sifar ke 60 batu
sejam dalam masa 5.2 saat.
5. Zenvo STI
Kereta edisi terhad keluaran Denmark ini
hanya dihasilkan sebanyak 15 buah sahaja. Dengan harga AS$1.23 juta (RM3.77
juta), STI mampu memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.9 saat
dan merupaya menuju kelajuan puncaknya sehingga 233 batu sejam (375 km/h).
Jadi, persoalannya, secara jujurnya, kereta mewah mana yang anda ingin bawa pulang ke rumah?? Emm, tak mampu??

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)












