Ahad, 4 Mac 2012

Apa yang anda akan buat?

Apa yang anda akan buat?





Katakan, anda seorang pemuda/pemudi yang baharu berhijrah ke daerah baru untuk mencari pekerjaan yang bergaji lumayan. Maka anda telah menyewa sebuah rumah sewa yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal untuk menjimatkan kos pengangkutan(minyak naik boh!!!). anda memang suka menyewa tinggal di situ kerana sewa rumah murah(susah nak cari yang murah boh!!!), duduk seorang diri sahaja(maknanya bebas sebebasnya), dan ramai awek cun.





 Tapi masalah mula muncul apabila jiran sebelah rumah memelihara kucing-kucing yang begitu banyak. Memang sikapnya bagus sebab ada jiwa sayangkan binatang tapi kalau pelihara tak pandai jaga itu yang menyusahkan semua orang. Kucing-kucing jiran itu mula berkeliaran dan membuat kotor di tempat tinggal anda. Tahi kucing bersepah-sepah di halaman rumah. Malah, kucing-kucing ini mula menjadi agresif dengan mencuri makanan daripada jiran-jiran yang lain apabila tuannya membuat skill lupa memberi makan. Kucing-kucing ini mula membiak dengan banyak menyebabkan taman perumahan anda dipenuhi kucing-kucing. Tapi tuannya tak endah malah semakin membiarkan kucing-kucing berkeliaran tanpa dijaga dengan rapi menyebabkan binatang tersebut dihinggapi penyakit kurap dan macam-macamlah.





Anda mula hilang sabar dengan kerenah luar biasa tuan empunya kucing. Anda menegur dan menasihati jiran anda tapi anda diherdik pula dengan alasan cuba menjaga tepi kain orang. Bau busuk dari rumah jiran anda menyebabkan anda tidak senang duduk di rumah sewa sendiri. Kawan-kawan sekerja mula tidak menziarahi rumah anda dengan alasan kotor dan busuk. Malah awek-awek cun yang mula-mula berkumpul di tempat tinggal anda sudah lari berjauhan.


Kalaulah anda berada di tempat atau situasi sebegitu, apa yang anda akan buat???





1. Membuat laporan terhadap Jabatan Veterinar





2. Mengupah geng gengster untuk membelasah jiran tersebut





3. Panggil polis





4. Membuat demostrasi




5. Mempulau jiran tersebut




6. Ajak jiran pergi dengar kuliah maghrib supaya hati mudah lembut




7. Lu pikirlah sendiri!!!




8. Cadangan lain


Dalam banyak-banyak jawapan, yang mana mungkin tidak mustahil untuk anda lakukan???

Kenapa dan mengapa???

Ke anda ada candangan lain?????????