Sabtu, 29 Jun 2013

Rahsia di sebalik nama karakter Dragon Ball


                                  

   Dragon Ball adalah berdasarkan kisah lagenda dari China iaitu His Yu Chi ( Shee Yo Ji) atau The Record of the Journey West (Catatan Pengemberaan ke Barat). Kisah Dragon Ball memiliki pelbagai jenis karakter yang menarik dengan pilihan nama yang aneh. Penciptanya iaitu Akira Toriyama memang terkenal kerana banyak menghasilkan manga komedi dan Dragon Ball dihasilkan dengan begitu baik. Tetapi tahukah anda terdapat rahsia di sebalik nama karakter di dalamnya? Jadi kali ni saya akan membongkar rahsia tersebut.

                                          


   1.       Goku – Nama sebenarnya adalah Kakarot yang membawa maksud lobak (Carrot).

   2.       Gohan – Nasi yang sesuai untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam yang mengandungi sayur.

   3.       Goten – Disebut sebagai Goteyn, yang bermaksud langit dan kayangan.

   4.       Bulma – Seluar dalam labuh yang dipakai gadis pada zaman 1880an.

   5.       Dr. Briefs – Seluar dalam lelaki.

   6.       Trunks – Seluar tinju lelaki.

   7.       Bra- Pakaian dalam wanita.

   8.       Chi Chi – Bahagian dada wanita.

   9.       Teshinhan – Nasi goreng.

   10.   Chiaotzu – Kuih pau.

   11.   Krillin – Buah berangan dan Toriyama sindir tentang kepalanya yang botak.

   12.   Yamcha – Sejenis kuih kukus Cina.

   13.   Master Roshi – Si kura-kura yang bijaksana.

   14.   Pilaf – Hidangan nasi dari Turki yang digoreng dengan mentega.

   15.   Frieza – Peti ais.

   16.   Brolly – Sayur brokoli.

   17.   Vegeta – Dari perkataan Inggeris, Vegetable yang bermaksud sayur.

   18.   Zarbon – Buah limau bali.