Jumaat, 14 Mac 2014

Mengapa lari ketika dipanggil?

   Aku tak tahu macam mana Malaysia boleh kena jerebu. Tiba-tiba jerebu dah serang satu Malaysia. Nak kata ada pembakaran di Indonesia, tak ada. Rasanya musim kemarau banyak memainkan faktor jerebu kali ni. Hujan kurang, asap kenderaan dan kilang banyak, lama-lama terus jadi jerebu.

   Yang paling sadis sekali adalah ketiadaan air. Masa jerebu kita digalakkan minum air banyak untuk meningkatkan tahap kesihatan tetapi macam mana nak minum air kalau kena catu? Dulu heboh kata Selangor tiada air, Syabas tak buat kerja, projek empangan tak nak jalan, tengok-tengok satu Selangor tiada air.

   Jerebu ni amat bahaya pada kesihatan kita. Kulit boleh jadi lemah, paru-paru boleh tercemar dengan partikel kotor, bekalan air tercemar, mata pedih, penglihatan terganggu dan banyak lagi. Sepatutnya dah banyak sekolah dan "kolej" ditutup buat sementara waktu. Mungkin kita sangat sibuk dengan isu pesawat dan bomoh sampai lupa masalah dalam negara.

   Aku baru perasan yang matahari dah tak menyinar kekuningan seperti biasa. Pagi sampailah ke petang, korang boleh nampak matahari berwarna merah. Dah macam tengok planet Marikh pula. Awan dan langit biru dah lama hilang dari pandangan. Tengok atas sikit, nampak kelabu. Penuh asap sampai bangunan depan samar-samar jer.

   Aku mungkin tak tahu cara nak mengatasi jerebu dengan cepat. Tanam benih air hujan, kurangkan penggunaan kenderaan pada masa/tempat tertentu, arahkan kilang yang banyak mengeluarkan asap ditutup sementara waktu, bekalkan air mineral percuma kepada penduduk terjejas jerebu, kawal pembakaran dengan meletakkan ahli bomba di semua tempat berisiko dan sebagainya antara langkah-langkah yang boleh aku fikir kalau ada keluar soalan essay pasal jerebu. Rasanya dah lama aku tinggalkan karangan bahasa Melayu lepas habis SPM. Tulis dalam blog tak sama dalam karangan peperiksaan.

   Sejak minggu lepas lagi Malaysia terbabit dengan cerita baru yang kebanyakkan berbaur negatif. Dari hiburan, politik sampailah ke peringkat antarabangsa. Kalau difikirkan, inilah peringatan dari Allah untuk kita supaya insaf balik. Masalahnya semakin hidup kita ditekan masalah, semakin jauh kita dari Allah. Pelik kan?

Sebelum ke terminal terakhir

    Lega sebab hari ni dah habis exam trial. Tekanan exam dah hilang untuk sementara waktu. Bolehlah nak belajar dengan senang tanpa perlu fikir nak rush habiskan semua tajuk dalam satu malam. Aku agak exam kali ni agak teruk berbanding yang lepas tapi harap point mata lebih bagus daripada semester lepas.

   Hari isnin ni ada program academic session untuk budak-budak yang tak beberapa cemerlang pencapaian "akademik". Aku lagilah teruk, terus dikategorikan sebagai gagal. Aku harap tiada brainwash atau sesi mengutuk. Lebih bagus letak kaunselor untuk membakar semangat dan menyusun strategi pembelajaran berkesan. Kalau ada lecturer meeting, paling kurang kita tahu topik mana kita lemah dan topik mana perlu diberikan perhatian.

   Yang paling merisaukan adalah perjumpaan dengan sponsor. Yalah, diorang mungkin tak berpuas hati dengan result pelajar dan akan cari alternatif lain untuk kepentingan mereka daripada meneruskan pelaburan ke dalam saham tidak menguntungkan. Aku masih lagi nak pergi ke oversea walaupun sampai sekarang tiada offer diterima. Sedih la kalau kau seorang jer melambai-lambai dari airport bukan dari dalam pesawat.

   Aku kira rasanya ada sebulan lagi sebelum final exam A-Level. Hajat nak dapat 3A dan aku akan cuba polish sebaik mungkin untuk peroleh A* dalam physics serta mathematics. Aku tengok semua offer untuk budak engineering terutamanya yang memilih mechanical engineering perlu mendapat semua A. Lagi teruk kalau nak semua A*. Nak dapat A pun payah, apatah lagi semua subjek killer nak A*.

   Kalau tak dapat fly sekalipun, dapat 3A dapat menolong aku mendapatkan universiti terbaik di Malaysia dengan talian hayat sponsor yang masih bersambung. Jangan sebab nak belajar dekat Malaysia, malas nak belajar dan target rendah jer. Kalau camtu kita macam pandang rendah jer tahap pendidikan Malaysia. Walaupun pendidikan Malaysia tak setanding dengan negara maju, tapi kita harus berusaha dan mendapatkan hasil seperti pelajar cemerlang seantero dunia.

Di mana keretapinya kalau tak berasap?
Di mana resultnya kalau malas berusaha?

Ahad, 9 Mac 2014

Menjadi orang hebat

   Orang yang hebat tak perlu memegang jawatan tinggi untuk berkuasa, cukup sekadar mempengaruhi orang lain untuk menjadi lebih hebat daripadanya. Biasanya orang yang hebat lebih suka dirujuk kepada orang yang ada duit banyak, kuasa besar, atau populariti tinggi.

Sukarno

   Sebenarnya orang yang hebat ini membawa pengaruh dan boleh mengubah keadaan semasa. Orang yang hebat boleh datang dari pelbagai jenis latar masyarakat merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Orang yang hebat tidak menjadi boneka untuk menjadi orang suruhan demi menjayakan agenda masing-masing. apa guna dikenali ramai dan ada duit banyak jika tiada kebebasan untuk membuat pilihan.

   Selalunya orang yang hebat tidak terperangkap dengan keadaan semasa. Mereka tak perlu menjadi pak turut semata-mata nak meraih perhatian dan publisiti murahan. Bagi mereka, untuk mengubah dunia menjadi lebih baik tak hanya bergantung kepada kuasa di tangan dan kekayaan di dalam akaun bank.

   Aku pun nak juga menjadi orang yang hebat. Aku sukakan bidang pendidikan tapi tak suka jadi cikgu sebab tak tahu nak mengajar budak-budak dengan betul. Sistem pendidikan kita memang kurang menepati objektif asal kerana lebih mementingkan pencapaian berbanding kelebihan yang ada dalam diri pelajar.

   Hanya budak dapat 8A+ disanjung. Hanya budak aliran sains dipuji. Hanya budak SBP menjadi harapan negara. Ini semua tak kena dan perlu dibetulkan. Mereka harus dibentuk mengikut kelebihan masing-masing dan sama-sama menjadi tonggak kejayaan negara. Bidang muzik, seni, sukan, dan lain-lain harus sama-sama diberi perhatian kerana turut menyumbang peranan dalam negara.


Martin Luther King Jr

   Pembentukan PBS lebih bersifat teori daripada praktikal. Tak apa sebab ini mungkin kali pertama kerajaan cuba menjalankan dasar sebegitu untuk mengubah pandangan jumud terhadap pendidikan negara. Kalau perlaksanaan pertama gagal, cuba pelan kedua untuk jayakan misi memartabatkan pendidikan di Malaysia. Dapatkan input pandangan cikgu dan pelajar tentang kelebihan dan kelemahan, bukannya hanya sekadar duduk dalam pejabat sambil tunggu keputusan keberhasilan sesuatu sistem.

   Aku tak pasti sama ada nak menjadi menteri pendidikan atau tenaga pengajar untuk memperbaiki sistem pendidikan negara. Rasanya semua generasi muda nak ubah sistem kita menjadi lebih baik dan bukannya nak mencemuh sistem lama. Kami tak nak generasi akan datang dipanggil pelajar 'lab rat' untuk menguji sesuatu dasar tanpa berfikir panjang, seperti yang pernah berlaku pada sistem PPSMI.

Tun Dr Mahathir

   Yang pasti arah perjalanan aku menuju ke bandar mekanikal. Hidup aku lepas ni akan dipenuhi mesin dan peralatan canggih. Menjadi engineer bukan cita-cita asal aku tapi tak bermakna pula aku harus mengalah untuk melihat dunia kita mengecapi sesuatu perkara yang mudah.

   Kalau boleh aku menjadi orang hebat untuk mempengaruhi orang lain untuk menjadi lebih superior daripada aku. Aku bangga dengan para cikgu sebab mereka ada ciri-ciri orang hebat. kecekalan mereka berjaya membentuk anak-anak muda menjadi orang lebih hebat daripada mereka tanpa meminta apa-apa balasan.

Sabtu, 8 Mac 2014

Selamat atau terhempas?

                                    

   Perkara yang paling kita benci mengenai sesuatu perkara adalah cerita palsu lagi salah. Sebetulnya cerita hanyalah sebesar biji benih tapi mula membesar menjadi pokok dan dahan. Padahal isi cerita langsung tak jelas pangkal asal usul.

   Hari ni kita kecoh dengan cerita pesawat MAS hilang dari radar dan tak dapat dikesan. Mula-mula keluar berita pesawat terbabit selamat mendarat di lapangan terbang di China. Kemudian timbul pula berita pesawat tu terhempas di kawasan perairan Vietnam. Tak lama lepas tu tukang yang bagitahu berita tu tarik balik post tentang pesawat terhempas. Panik satu Malaysia!

   Sedangkan pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat tak dapat nak mengesahkan status sebenar pesawat MAS MH370. Yang pasti berita pesawat tu terhempas atau selamat mendarat di China tak benar. Pesawat masih dilaporkan hilang dan pelbagai spekulasi timbul daripada kes ni. Berlaku rampasan pesawat oleh pengganas atau kerosakan pada peralata pesawat sehingga tak dapat dikesan?

   Yang pasti keadaan sebenar pada pesawat terbabit masih dalam misteri. Kita cuma berharap agar semua krew dan penumpang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tiada apa-apa kecelakaan berlaku. Operasi menyelamat sedang dijalankan. Berita pesawat hilang ni dah kecoh sampai satu dunia sebab kehilangan pesawat boleh menimbulkan panik kepada banyak pihak.

   Kita harapkan lepas ni tiada berita palsu atau andaian mengarut. Setiap berita tu mesti berpaksikan pada bukti sahih atau sumber yang boleh dipercayai. Kalau tak tahu, senyap dan ambil tahu. Jangan sebab nak kejar rating dan view penonton, sanggup keluarkan pelbagai jenis berita untuk meraih berita. Yang pasti, kisah misteri Villa Nabila dah berjaya dibongkar.


                                   

Merangkap di trek larian

   Minggu pertama exam dah habis. Sekarang aku tengah bersiap untuk minggu kedua pula. Physics, Chemistry, Mechanics, dan Statistics rasanya dah tak sabar-sabar nak 'bunuh' aku dalam exam nanti. Nasiblah diri sebab pemalas sangat. Memang dah tak boleh buat apa.

   Nasi dah jadi bubur. Tapi kalau tak makan bubur tu lagi rasa menyesal. Kalau tak sedap, tambahlah sup ayam dan perencah sayur. Erm, aku dah tak nak fikir pasal tawaran pergi ke luar negara. Lagi fikir lagi menyesal gila aku. Yang penting cara kita menjalani hidup sekarang yang bakal menentukan masa depan.

   Secara puratanya aku boleh jawab kebanyakkan soalan dalam peperiksaan minggu pertama ni. Kalau dulu ada soalan langsung tak boleh jawab, sekarang ni dah boleh sentuh sikit-sikit. Kertas fizik unit 1, statistik 1, Pure Mathematics C12, aku ada keyakinan nak dapat markah lebih. Kertas lain hancur dan berkecai, rasanya dapat separuh markah dikira cukup-cukup makan.

   Exam ni aku nak skor fizik untuk dapat A. Subjek lain mungkin sekadar B atau C. Orang lain tengah pecut pada saat-saat akhir, aku baru nak merangkap-rangkap memulakan rentak larian. Tak apa, janji sampai ke garisan penamat bersama kawan-kawan daripada keseorangan jatuh tersungkur atau dibiarkan terkebelakang.

   Dalam hati aku nak bersiap nak pergi ke BTN walau exam tak habis. Biar lulus ujian BTN supaya fly walaupun aku tak dapat offer apa-apa pun. Hahahaha.


Ready to kill Physics, Chemistry, Statistics and Mechanics?

Khamis, 6 Mac 2014

mengundurkan perahu rosak

   Perkara yang menyakitkan hati adalah kau bazirkan masa dua tahun belajar dua tahun tapi masih tak dapat offer daripada mana-mana universiti. Tambah menyakitkan apabila hampir semua kawan sekelas dah dapat offer letter walaupun berbentuk conditionally sementara kau masih menunggu jawapan sunyi untuk tawaran sebegitu.

   Entah di mana silapnya aku boleh tergelincir landasan yang sepatutnya aku berjalan. Dulu aku lebih minat pergi ke negara Eropah berbanding Amerika. Alasannya aku lebih kenal negara EU dari segi aspek sejarah, geografi, dan sukan (oh yeah football!). Masa tu langsung tak terlintas nak pergi Amerika sebab bimbang dengan isu perkauman dan keagamaan di sana.

   Tiba-tiba masa semester ketiga, entah di mana silapnya, aku terpilih Amerika sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan ijazah sarjana muda di sana. Aku betul-betul panik sebab perkara itu di luar kawalan. Dulu kuat sembang nak pergi UK tapi beralih angin ke USA pula. Aku macam dah hilang kepercayaan pada keputusan diri sendiri. Aku andaikan diri ini masih belum matang untuk berdikari dan membuat keputusan secara bebas.

   Lain kata, aku hanyalah seorang remaja berperangai budak kecil kurang matang yang boleh belajar sains advanced. Oleh sebab itulah kawan aku selalu bertanya bila aku nak beli smartphone. Pilihan ada banyak cuma aku takut buat keputusan. Aku bimbang jika aku silap melabur duit dengan pilihan smartphone yang salah. Aku jadi paranoid dengan perasaan sendiri.

   Mula-mula, aku tak rasa apa-apa pelik atau janggal dalam diri. Betapa salahnya pilihan aku ke negara Uncle Hussein bermula dengan ujian TOEFL dan SAT. Sebagai pelajar bound USA, kami tiada kelas TOEFL secara praktikalnya dan hanya ada latihan menjawab SAT pada setiap minggu. Inilah kelemahan aku kerana USA lebih menitikberatkan kelebihan penguasaan inggeris berbanding dengan result A-Level itu sendiri.

   Tanpa menyedari aku amat lemah dalam bahasa inggeris dan secara bodoh cuba mengambil exam inggeris tahap tinggi. Sedangkan orang USA sendiri rasa susah dengan soalan SAT, apatah lagi aku yang bukan secara natural bercakap inggeris. Akhirnya, markah TOEFL dan SAT aku langsung tak melepasi keperluan minimum daripada penaja dan universiti.

   Sejak itu semangat aku nak belajar hilang serta merta. Assignment tak pernah disiapkan. Tutor dibiarkan putih suci kertasnya. Revision tak pernah dibuka. Waktu belajar dihabiskan dengan perkara sia-sia. Aku amat menyesal sebab tak boleh perform untuk dapat markah tinggi. Aku terus jatuh dan jatuh. Rasanya sekarang aku baru nak merangkap dan sekadar melihat kejayaan kawan-kawan dari bawah.

   Alangkah bagusnya jika aku boleh menyambut bersama-sama mereka. Paling kurang lepas ni aku hanya perlu berada di landasan sama tanpa perlu berpindah jika tiada apa-apa keperluan.


Rabu, 5 Mac 2014

Laptop rosak

   Aku benci betul bila laptop ni buat masalah. Masa aku nak ambil final exam ni lah dia buat hal meragam. Nak baca nota slide payah, apatah lagi nak skroll soalan dalam adobe. Sejak akhir tahun lepas lagi laptop ni jadi bangang sikit.

   Masalah laptop aku ni ialah perfomance speed. Laptop aku ni suka sangat hang dan freeze. Buka movie crash. Buka internet crash. Buka lagu pun crash. Main PES13 laju pula tu. Hairan aku dengan Aspire ni. Apa aku nak buat dengan laptop ni pun tak tahu.

   Format laptop dah buat. Update window ke ultimate dah buat. Hantar ke kedai pun dah buat. Tapi masalah tak selesai pun. Melayang duit aku hantar kedai tapi masalah tetap ada. Inilah dunia perniagaan sekarang. Caj harga atas sebab servis bukan sebab tolong repair masalah sampai baik.

   Inilah semester terakhir aku dan rasa tak berbaloi nak beli laptop baru. Mungkin aku akan tunggu sampai masuk degree nanti. Yang pasti aku takkan cari produk Acer. Sudah tiba masa kita beralih ke produk terbaik buat masa sekarang. Erm, orang kata Asus tip top sekarang ni? Betul ke?

tak mampu

   Kesedihan itu apabila kita bermula perjalanan dengan hebat tapi berakhir dengan teruk sekali.

   Kesedihan itu adalah melihat orang lain gembira atas satu perkara mereka dapat tapi pada mas sama kita tak memiliki perkara itu.

   Kesedihan itu adalah kita tak mampu lagi membuat sesuatu perkara hebat yang pernah dilakukan dulu.

   Kesedihan itu adalah apabila orang ramai meletakkan terlalu harapan pada diri kita yang sebenarnya langsung tak mampu memotivasikan diri kita.

   Kesedihan itu adalah kita tak sanggup mengambil risiko sesuatu perkara walaupun kita mampu.


Sabtu, 1 Mac 2014

Trial pada lusa




   Lusa aku ada trial exam A-Level selama dua minggu. Lepas tu menyusul pula BTN (Biro Tata Negara). Aku tak kisah tentang BTN. Sekarang ni aku tengah berserabut kepala tentang exam. Sedangkan SPM rasa dah susah hati, apatah lagi dengan taraf sixth grade. A-Level ni sama taraf dengan tingkatan enam tapi tak sama pula kos yuran dan popularitinya.

   Cut-off point adalah 12 point dan itulah apa yang aku target. Aku bukan cuba jadi pesimis. Result semester lepas aku adalah 6 point jer daripada 15 point. Rasanya kalau dapat 12 point itu dah cukup beri semangat motivasi untuk terus berusaha dalam exam external A-Level.

   Kalau ikut kemampuan kesungguhan, aku rasa dapat grad B untuk semua subjek teras adalah okay. Lagi bagus kalau aku dapat A dalam math atau fizik. Erm, kimia terlalu payah dan bukannya perkara yang aku minat. Sebab tu aku ambil bidang mechanical engineering walaupun masih kurang was-was tentang bidang tu. Pendidikan dekat Malaysia memang kurang menekankan perkara sebegitu tentang hala tuju pelajar pada masa depan. Yang penting dapat straight A's.

   Seminar skor A ada untuk semua subjek killer tapi seminar kerjaya atau hala tuju kurang ditekankan dan hanya dapat input masa di karnival Jom Masuk U. Aku lebih suka kalau kita belajar ikut minat dan kemampuan diri. Kalau peranan pihak kaunseling diperluaskan lagi dengan mempertekankan bakat dan kecenderungan pelajar, kemungkinan besar wawasan pendidikan akan ada produk berkualiti untuk negara.

   Berbalik pada exam lusa nanti, aku tak yakin untuk dapat 12 point. Kalau dapat balik 6 point pun aku tak yakin lagi. Tapi aku akan cuba yang terbaik dan tak nak cepat sangat menyerah kalah. Walaupun nasib aku tak bernasib baik seperti kawan-kawan lain yang dah dapat placement ke UK dan USA, tak bermakna aku kena berhenti mencuba. Dapat pergi ke sana, itu cerita lain.

   Tak semestinya aku mesti pilih jalan sebagai pelajar merosot dan dibuang ke negara sendiri. Paling kurang, aku adalah bakal pelajar 15 point yang belajar di Malaysia dan bukannya jenis bermasalah. Mutiara kalau dicampak ke dalam lembah berduri, tetap akan bersinar jika ada sinar cahaya. Maknanya aku boleh berjaya jika ada sinar harapan walaupun tipis.

   Apa pun, teringin jug nak fly dan belajar dekat sana bersama kawan yang pernah ku kenali di INTEC. Crush tak tahu pergi universiti mana.

Ganbatte yoo!!