Grafiti, perlu atau tidak?
Grafiti merupakan
satu ekspresi seni yang kreatif dan indah. Seni grafiti ni nampak mudah dan
ringkas. Hanya perlu beli spray cat bermacam warna dan terus sembur ke dinding.
Bunyi macam senang tapi rupanya susah bagi yang tiada bakat besar dalam menghargai
keindahan.
Orang yang
professional atau sudah mahir dalam seni grafiti, bagi mereka kerja ni amat
memerlukan dedikasi. Paling penting sekali adalah mesej yang cuba disampaikan
dalam setiap semburannya. Mereka tidak pernah gagal dalam mengecewakan orang
ramai dalam menghiasi dinding dengan hiasan yang cantik dan indah.
Bagi pihak majlis
daerah atau negeri, bakat mereka sangat menganggu mereka untuk membasmi gejala
vandalisme. Tanpa disedari, mereka juga mengagumi bakat para professional dengan
kehadiran hiasan yang menarik dengan corak yang pelbagai. Kalau kita tengok
lama-lama ke arah lukisan itu, kita boleh baca bahawa lukisan itu merupakan
satu ekspresi mereka terhadap dunia.
Sayangnya aktiviti
grafiti turut diganggu oleh langau-langau yang tak berbakat. Siapakah langau-langau
ni? Mereka juga turut ada spray cat dan bangga untuk bawa ke dinding sebagai
mangsa. Langau-langau nakal ni menjadikan grafiti suatu luahan kemarahan
terhadap sesuatu. Mereka bukan mengindahkan atmosfera dinding tapi menconteng
dan merosakkannya.
Perbezaan mereka
sangat ketara. Mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang grafiti
menggunakan seni ni sebagai cara untuk bersuara kepada dunia. Isu-isu
kemanusiaan, keindahan alam semulajadi, kecantikan manusia, dan kejayaan umat
manusia. Mata kita secara mudahnya tak sakit dengan pemandangan ni malah
semakin senang.
Contohnya macam di
Kuala Lumpur. Biasanya kalau aku naik moneral di KL Sentral, aku boleh tengok
hiasan grafiti di dinding yang menjadi tembok tebing sungai. Cantik dan indah tapi sayangnya kehebatan
seni ni masih berada di peringkat bawah. Masih belum diangkat sepenuhnya
sebagai salah satu cabang seni yang sahih. Sepatutnya bakat mereka juga harus
dipuji kerana berperanan dalam mengindahkan dinding yang usang dan boleh
menarik kedatangan pelancong.
Langau-langau dalam
seni grafiti pula kebanyakkannya langung tak pandai mengunakan alat penyembur. Mereka
sekadar suka-suka dan mencuba untuk eksprimentasi diri. Hasilnya, keindahan
yang diharapkan, ‘keunikan’ grafiti yang langsung tak berguna. Sudahlah tiada
mesej yang bernilai, malah seni mereka amat menyakitkan mata.
Jangan pinggirkan
mereka yang berjasa dalam grafiti ni. Kalau mereka tak menceburi bidang ni,
cuba bayangkan apa yang mereka boleh buat? Lagi payah kalau mereka terjebak
dalam aktiviti sosial parah. Kepada pihak berkenan, cuba tolong cari mana-mana
dinding yang nampak hodoh dan buruk. Jangan robohkan dinding tu. Sebaliknya cuba
minta bantuan mereka untuk hiasi dinding dengan daya kreatif mereka.
Kalau kita pandai
kawal aktiviti untuk mengembangkannya dengan betul, isyaAllah masyarakat dah
takkan pandang buruk dengan seni ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan