Sabtu, 25 Februari 2012

Kenapa Kau Sering Mengangguku?




Kenapa Kau Sering Mengangguku?


Kenapa kau sering mengangguku
Ketika kutidur
Di kala ku terjaga daripada tidur
Hadirmu menyebabkan hatiku sering tersentap
Lidah ku terkelu
Mulutku seakan dikunci
Sudah teragak-agak untuk bersuara
Kerana kau
Ku sering termenung di atas meja
Selera ku membuak-buak tapi kaulah penghalang
Bayang keputihanmu sudah membuatku was-was
Kehadiranmu bukan satu, tapi dua
ARGH, nyah kau dari sini, ULSER MULUT!!!!






Ceh, ulser mulut datang lagi melawat aku. Tahun lepas dia datang dah. Takkan nak buat lawatan tahunan kot. Memang masalah ini memang remeh. Aku nak buat kerja pun dah jadi malas.
Tau tak apa itu ulser mulut? Nak tahu, baca artikel di bawah ini.

………………………………………………………………………..

Kenapa kerap kena ulser mulut



Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.

Simptom-simptom ulser mulut

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur.



Mengapa ulser mulut boleh terjadi?

  • ·         Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • ·         Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • ·         Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • ·         Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • ·         Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • ·         Sistem imuniti badan yang lemah
  • ·         Alahan
  • ·         Radioterapi
  • ·         Kimioterapi
  • ·         Sebab-sebab yang tidak diketahui.




Kaedah menangani ulser mulut

Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:

  • ·         Pemeriksaan gigi berkala
  • ·         Gigi yang bersih
  • ·         Amalkan makan secara sihat
  • ·         Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.



Petua merawat ulser di mulut

·         Gunakan pencuci antiseptik mulut
·         Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
·         Makan makanan lembut
·         Elakkan makan makanan panas dan pedas
·         Banyakkan minum air

Jika sakit ulser berterusan melebihi 14 hari,dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor

Khamis, 23 Februari 2012

Jiwa Lara

Kosong
Aku bagaikan kosong
Bagai melukut di tepi gantang
Tiada apa yang dapat kulakukan
Jika ribut melanda
Ombak mengganas
Gempa berlaku

Aku masih keliru siapa diriku yang sebenarnya
Aku masih tak dapat memahami isi hati diriku sendiri
Adakah aku punya hati untuk merasa
Kehadiran naluri seorang manusia
Maafkanku jika ada hati terguris
Kerana kumasih takut dengan perasaan sendiri

Kenapa aku jadi seteruk ini
Diriku bukan satu kejujuran yang nyata
Apa yang tengok tak sama
Apa yang dengar tak sama
Apa yang rasa tak sama

Aku seakan menyesal dengan hidup ini
Tapi kumasih di lembah kesesatan
Di tepi hutan paya yang keasingan
Di manakah orang-orang yang ku tak pernah cari???

Memoriku tak pernah bersatu dengan masa depan
Masaku sekarang menafikan keinginanku akan masa depan
Masaku terus terbuang
Tanpa ada penyesalan
Dengan kehidupan yang penuh lara
Masihkah ada masa buatku???

Rabu, 22 Februari 2012

Internet itu apa???




Internet itu untuk apa sebenarnya?





Aku sekarang ini sudah dilanda perasaan bosan sangat. Dah tak tahu nak buat apa. Tadi, aku ada keluar rumah sekejap nak pergi jalan-jalan sebentar. Tapi aku patah balik semula sebab tak ada lesen motor lagi. 





Tapi pukul 9 malam aku keluar lagi dengan berniat yang sama juga. Akhirnya aku memberanikan diri jua untuk keluar dari kawasan perumahan ini. Fuh, baru teringat aku tak bawa topi keledar. Macam mana ni??? Aku pun balik semula ke kawasan perumahan aku. Sempat juga aku beli dua bungkus mee segera, top-up Maxis lima ringgit, dan burger ayam satu.





Aku ingatkan kalau ada internet ni, boleh buat aku jadi gembira semula tapi terfikir semula aku, aku nak buat apa sebenarnya??? Aku nak cari maklumat apa??? Main Facebook?? Argh, tak nak, dah fed up giler asyik layan benda tu!!!





Kalau dulu masa aku dalam alam SPM, ada juga benda aku nak searh ni. Tapi sejak aku dah jadi penanam anggur ni, otak dah jadi blank kalau tengok skrin komputer. Otak aku bagaikan kosong, tiada lagi benda menarik yang boleh mendatangkan keinginan untuk aku tahu. Semua rasa intuiti dalam hati ini bagaikan sudah terkubur.


Alahai, internet!!! Buat apa ayah aku bayar RM60 sebulan kalau aku tak tahu guna internet!!! Ni yang gomen tak suka!!!



Aku masih ingin bertanya?? Macam mana orang lain boleh menghadap komputer dan internet berjam-jam tanpa ada rasa bosan serta was-was??? Macam mana ada orang sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit untuk menjadi pelanggan setia di kafe siber?? Macam mana??? Apakah alasan mereka????

Aku masih keliru dengan internet sebenarnya!!!!!!!!!!!


Yang sebenar-benarnya,
Budak yang tiada hala tuju

Jumaat, 17 Februari 2012

Saidina Ali Pakar Matematik





Saidina Ali Pakar Matematik


Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW. Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa beliau juga merupakan seorang pakar matematik.


Kisah Pertama
Pernah seorang Yahudi yang berniat ingin memalukan Saidina Ali di hadapan orang-orang Arab bertanya kepadanya satu soalan.

"Wahai Imam Ali, berikan aku satu nombor bulat yang apabila dibahagi dengan nombor satu hingga sepuluh, jawapannya akan tetap nombor bulat dan bukan nombor pecahan," tanya lelaki Yahudi itu.
Saidina Ali menjawab, "Hitunglah bilangan hari dalam seminggu didarab dengan bilangan hari dalam setahun."

Yahudi itu pun mengira.

Kemudian, Yahudi itu menemukan hasilnya sebagai berikut:
- Jumlah hari dalam 1 Tahun = 360 (kalender Arab)
- Jumlah hari dalam 1 Minggu = 7
- Hasil darab dua angka diatas = 360×7 = 2520


Sekarang buktinya ...
2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10 = 252






Kisah Kedua


Dua pengembara sedang duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan roti. Pengembara pertama mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.

Kemudian datang seorang pengembara lagi, lalu diajaklah pengembara itu untuk makan bersama. Maka seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian yang sama besar (8×3=24). Oleh itu, seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti (24/3=8).

Selesai menikmati hidangan roti tadi, pengembara ketiga itu meninggalkan mereka dan memberikan 8 dirham.
Pengembara pertama ingin membahagikan 8 dirham itu. Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti, maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.

Tetapi, pengembara kedua tidak berpuas hati. Baginya, sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara mereka. 4 dirham seorang. Lalu mereka pun bertengkar.

Akhirnya, masalah ini dibawa ke hadapan Saidina Ali. Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima pembahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi bilangan kepingan roti yang lebih. Namun pengembara kedua masih tidak mahu mengalah.

Maka setelah itu, Saidina Ali pun berkata, "Sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu dirham sahaja. 5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8.


Kemudian anda potong setiap roti kepada 3 bahagian. Maka ada 24 keping roti (8×3). Jadi 3 roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian, dan anda telah makan 8 bahagian. Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara ketiga.


Tetapi pengembara pertama, 5 rotinya dipotong tiga setiap satu menjadi 15 bahagian, dan dia telah makan 8 bahagian. Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan pengembara ketiga itu.

Jadi sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut mendapat 1 dirham sahaja."



Kisah Ketiga


Sebelum meninggal, seseorang telah membuat wasiat:

"Saya ada 17 ekor unta. Jika saya meninggal dunia, bahagilah unta-unta itu antara 3 orang anak saya. Anak sulung saya, berilah dia 1/2 daripada bilangan unta saya. Anak kedua pula, beri dia 1/3 daripada bilangan unta saya. Anak ketiga saya, berilah dia 1/9 daripada bilangan unta saya."

Setelah beberapa ketika, si pembuat wasiat itu pun meninggal dan apabila anak-anaknya membaca wasiat yang ditinggalkan, mereka menjadi bingung. Macam mana nak bahagi 17 ekor unta tadi. Maka mereka pun berjumpa dengan Saidina Ali.

Saidina Ali setelah meneliti isi kandungan wasiat, berkata:

"Aku akan pinjamkan kamu seekor unta saya. Maka bilangan unta sekarang ada 18 ekor.
-Anak sulung dapat 1/2 daripada 18 ekor unta = 9 ekor
-Anak kedua dapat 1/3 daripada 18 ekor unta = 6 ekor
-Anak ketiga dapat 1/9 daripada 18 ekor unta = 2 ekor (9+6+2=17)
Dan sekarang aku ambil balik unta aku."


Ada sesiapa boleh jawab sebelum tengok jawapannya????????????

Rabu, 15 Februari 2012

Adab-adab memberi salam


Adab-adab memberi salam




1. Ucapkanlah salam sebanyak tiga kali jika berada di khayalak supaya semua dapat mendengarnya. Anas r.a. menyebut, “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila mengucapkan suatu kalimat, baginda mengulanginya tiga kali. Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum, baginda memberi salam kepada mereka tiga kali.” (HR Al-Bukhari)




2. Sunah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki. Manakala orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk. Sementara orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Hendaklah yang muda terlebih dahulu memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat lain menyebut,”dan yang berkenderaan kepada yang berjalan.” (Bukhari 6231, 6234 dan Mualim 2160).





3. Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di swkitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah ‘menjawab salam dalam hati’ kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut. Di dalam hadis Miqdad bin Al-Aswad disebutkan, “dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bahagian minum dari kami, dan kami sediakan bahagian untuk Nabi s.a.w. Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang yang sedang tidur, namun dapat didengar oleh orang yang bangun.” (HR Muslim)





4. Disunatkan memberi salam ketika masuk dan meninggalkan majlis. Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut, “ Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua.” (HR Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani)





5. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah sekalipun rumah tersebut kosong. Hal demikian ditegaskan oleh Allah melalui firmanNya di dalam Surah An-Nur ayat 61, “…Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang mengerti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik…” Sementara itu, Ibnu Umar a.a. menjelaskan, “Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah dia mengucapkan, Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahis solihin.” (HR Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan disahihkan oleh Al-Albani).





6. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat. Ibnu Umar r.a. menyatakan, “Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah s.a.w. sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya.” (HR Muslim).





7. Disunatkan memberi salam kepada kanak-kanak. Dari Anas r.a. berkata, “Bahawasanya ketika ia melalui sekumpulan kanak-kanak dia memberi salam, dan dia mengatakan, ‘Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.” (Muttafaq’alaih).





8. tidak memulakan memberikan salam kepada Ahli Ktab. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani..” (HR Muslim). Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan dengan mengucapkan ‘wa ‘alaikum’ saja. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila kamu diberi salam oleh Ahli Kitab, jawablah ‘wa alaikum.”





9. Disunatkan memberi salam kepada orang yang dikenali ataupun tidak dikenali. Abdullah bin Umar r.a. menyebut, ada seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi, “Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal.” (Muttafaq’alaih).





10. Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain. Hal tersebut dinyatakan melalui sebuah hadis, “Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab, “alaika wa ‘ala abikas salam.” (HR Abu Dawud dan dihasankan Al-Albani).





11. Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali wujud keuzuran atau keadaan yang tidak mengizinkan. Antaranya, sedang solat, bisu, atau orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Di dalam hadis Jabir bin Abdillah r.a. diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan.” (HR Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani).