Isnin, 16 Julai 2018

Semester terakhir

   Ini adalah semester terakhir aku dekat UNITEN Muadzam Shah. Kali pertama aku masuk ke sini adalah pada tahun 2015 dan tahun ini, 2018, aku akan meninggalkan Muadzam untuk melangkah masuk ke dunia pekerjaan pula. Malu pula rasa sebab umur 25 tahun baru ada kerja pertama. Kawan-kawan aku yang lain dah lama bekerja. Rasanya lambat lagi pula aku nak kahwin (eh, silap topik!).

   Jujurnya aku tak cukup bersedia untuk masuk ke dalam dunia bekerja. Aku masih lagi fikir nak buat internship dekat mana. Nak buat dekat rumah ke atau jauh ke negeri lain? Sebab kalau intern tempat jauh pakai duit banyak, contoh duit sewa rumah, makan, pengangkutan. Lagipun sekarang ni aku ada sakit kaki sebab sakit sciatica. Masa sihat boleh la nak jalan-jalan tapi kalau dah sakit, berbaring pun rasa nak menjerit sakit.

   Aku tengok kawan-kawan yang belajar dekat UK dan USA yang dah habis dan graduasi rasa gembira sangat, tak sangka walaupun aku lambat masuk universiti daripada korang, paling kurang aku boleh bergraduasi lepas habis internship ni. Dah la aku intern selama 6 bulan, kawan-kawan bidang lain semuanya 3 bulan. Tak apalah pensyarah lain cakap 6 bulan internship pun tak cukup nak cover semua dalam bidang accounting. Lantaklah, siapa dulu suruh ambil akaun?

   Sekarang aku nak fokus pada final year project dulu dengan final exam ni. Mungkin aku akan intern dekat Kemaman juga. Kalau ada mana-mana syarikat nak budak accounting buat intern bagitahu kat aku yer.

Ciaoooo......

Jumaat, 4 Mei 2018

Berpolitik sihat

   Dalam berpolitik, benda yang tak kita tak boleh elak adalah perbezaan. Ya, perbezaan idea, cara, pemikiran, dan persepsi. Puak A nak hidup senang tapi puak B mungkin nak hidup lebih baik. Puak C pula nak hidup dalam keadaan sejahtera. Ketiga-tiga puak ni betul tapi rakyat ada pilihan untuk pilih puak mana yang mereka suka.

   Macam biasa, semakin dekat waktu berkempen semakin banyak cerita sensasi. Skandal dalam kain pun boleh terlepas masuk dekat Facebook dan Twitter. Cerita dari tahun 1980an pun boleh diungkit balik. Benda yang terlepas cakap semasa ceramah boleh dijadikan modal untuk serang balik.

   Aku tak kisah apa-apa strategi orang politik nak guna (asalkan bersih), asalkan kita sebagai rakyat marhaen ni jaga perangai dan tolong hormat orang lain. Orang politik kalau menang dapat duit elaun bulanan RM10,000, kalah hilang duit deposit. Kita pula, rakyat marhaen, dapat apa?

   Jadi, lebih baik kita sentiasa bersederhana semasa berkempen. Jangan galak sangat nak main tuduhan dan persepsi serkap jarang, takut kena kat saudara mara atau kawan sendiri. Kalau dah bergaduh, sampai boleh putus tali silaturrahim. Lagi elok kalau cerita jer apa manifesto parti masing-masing boleh buat.

   Nak berpolitik pun kena bijak, jangan ikut emosi dan hati baran. Kalau silap langkah, kita menang jadi abu, kalah jadi arang. Cakap jangan besar. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Nota kaki: Pesanan ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Khamis, 26 April 2018

Senaman untuk 100+ KG

   Biasanya kita akan bersenam sebagai salah satu cara untuk turun berat badan. Maka, pelbagai jenis senaman yang kita akan buat agar lemak pada sekitar badan akan hilang. Kita akan rujuk video dekat YouTube untuk melihat senaman paling berkesan untuk membakar lemak. Tapi sayang kebanyakkan senaman itu tak sesuai untuk mereka yang berlebihan berat badan, terutamanya kalau berat dah menginjak lebih 100+ KG. Lagi satu, senaman yang coach ajar di YouTube biasanya payah nak ikut sebab kami beginners tak pernah buat senaman macam tu.

   Kat sini aku ada senaraikan beberapa video dari YouTube yang sesuai untuk mereka yang badan mereka sangat berat (bukan aku). Kalau tak boleh ikut satu atau dua senaman, jangan tinggal langsung. Ianya lebih baik buat hanya dua atau tiga senaman dalam seminggu daripada langsung tak buat.

   Senang cerita, korang cari sendiri video dekat YouTube. Aku gunakan kata carian 'low impact exercise'. Sekali tekan berlambak video senaman ringkas tapi senang keluar. Apa lagi, jom kita sama-sama bersenam.






Khamis, 19 April 2018

Aku touch down Final Exam ni

   Aku dah habis final exam semalam lagi. Niat nak update blog semalam juga, tapi sikap punya tangguh tu, sampai ke hari ni baru aku rajin nak tulis. Final exam sem ni takde apa yang payah sangat. Aku ambil subjek pun dua jer, maka final exam aku pun dua paper juga lah. Paper pertama senang, soalan agak direct. Baca nota slide memang boleh jawab. Paper kedua agak susah sebab soalan case study. Kes pasal Volkswagen dan TH Heavy Engineering. Kau kena pikir sendiri apa isu atau masalah syarikat ni, kesan, dan strategi nak menyelamatkan syarikat daripada dua artikel yang panjang. Pikir punya pikir, aku tinggalkan banyak gak soalan dalam masa tiga jam. Takpe, aku tak de rasa pelat sangat. Aku sekarang rasa nak enjoy cuti sebulan pula. Jarang wei UNITEN ni bagi cuti sebulan.

Ahad, 15 April 2018

Aku final exam lagi

   Setelah aku buat kira-kira, ini adalah final exam aku yang ke-9 yang aku ambil sepanjang berada di bumi UNITEN Muadzam Shah. Adakah aku suka? Tidak, memang aku tak suka. Aku rasa semakin banyak aku ambik final exam, semakin aku kurang ambil iktibar. Iyalah, dulu janji nak belajar awal, hari dekat exam tak payah nak kalut-kalut. Tapi janji tinggal janji. Esok exam, hari ni tak habis cover topic lagi. Jadinya aku sibuk sampai hari rabu ni. Aku exam hari isnin dan rabu jer. Iyalah short sem ni aku ambil dua subjek jer. Okay, okay, aku nak pergi sambung belajar ni.