Pengalaman belajar
di luar negara adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kita belajar di luar
negara dan menikmati keindahan tempat di sana. Kita belajar tentang budaya
mereka dan bandingkan dengan budaya kita.
Pelajar tahun akhir
di sana juga ada timbul satu persoalan. Selepas ni nak bekerja di Malaysia atau
bekerja di sini? Bagi aku, kemungkinan besar akan balik semula ke Malaysia.
Bukannya aku tak tertarik dengan gaji lumayan di sana. Cuma aku dah diikat kontrak
oleh penaja, JPA.
Dalam kontrak kata
aku kena kerja dengan kerajaan selama enam atau tujuh tahun. Tapi ramai cakap
yang tu hanya sekadar kontrak di atas kertas. Tak semestinya kita akan bekerja
balik di Malaysia. Semuanya bergantung atas budi bicara mereka.
Katakan JPA
berminat nak ambil kita bekerja dengan mereka, tempoh kontrak tu kadang-kadang
boleh dilanjutkan atau dipendekkan. Kalau JPA tak berminat nak ambil kita
bekerja, maka kita dah jadi bebas memilih mana-mana syarikat di serata dunia.
Untuk kes kedua, tulis surat dulu untuk pelepasan kontrak dan terbanglah ke
negara asing.
Aku rasa bekerja di
Malaysia atau di luar negara masing-masing ada kelebihannya. Ditakdirkan pihak
JPA berminat nak ambil aku kerja dengan mereka, automatiknya akan balik
berkhidmat di tanah air tercinta. Sama ada kontrak dah habis atau tidak, aku
akan terus bekerja di Malaysia. Kalau aku sambung balik untuk bekerja di luar
negara, nampaknya aku terpaksa ambil risiko besar memandangkan ini akan memecah
keselesaan aku bekerja di negara sendiri.
Kalau JPA tak
berminat nak ambil aku bekerja balik, hari pertama tu aku dah hantar surat
pelepasan. Dalam otak ini aku dah berminat nak cari kerja di syarikat luar
negara. Kiranya kalau aku belajar di Amerika, aku akan terus menetap di sana
dan bekerja dengan mereka. Tapi tak lama pun aku kat sana. Cukup sekadar aku
mendapat pengalaman bekerja empat atau lima tahun. Rasanya masa tu gaji dah
cukup berbanding bekerja di Malaysia.
Lepas tu baru aku
balik ke Malaysia. Aku carilah mana-mana syarikat tempatan. Kalau syarikat
tempatan tak berminat, aku cari pula syarikat asing di Malaysia. Kalau mereka
ragu-ragu juga, terpaksa aku terus menetap di Amerika. Kalau syarikat tu ada
cawangan di Malaysia atau Singapura, lepas lima tahun bekerja, aku akan terus
buat permohonan nak bekerja di sana.
Mana boleh tahan
duduk lama-lama di negara luar. Hujan emas di negara luar, hujan batu di negara
sendiri, lebih baik tinggal di negara sendiri. Aku pun terfikir juga apa
kerasionalan hujan batu dan emas. Bukankah emas lebih diminati daripada batu?
Jika difikirkan, perebutan emas boleh menyebabkan pergaduhan sehingga melarat
kepada peperangan. Batu, kalau proses boleh jadi bahan lain macam batu bata. Di
situ kita boleh cari keuntungan secara aman.
Sesiapa yang nak
bekerja di luar negara tanpa balik ke luar negara, tak payah marah sangat pada
mereka. Pengalaman sangat penting. Alang-alang dah tinggal di luar negara,
hubungan dah ada, kerja terus di sana. Bukan apa, bersepah graduan tempatan yang
menganggur mencari kerja di Malaysia. Bimbang kalau graduan luar negara turut
menyumbang kepada statistik tersebut.
Pihak majikan
Malaysia bukannya jaga sangat akta pekerja. Mereka terlalu banyak songeh. Kalau
boleh mereka nak bayar gaji ciput tapi kerja mesti kuat. Overtime paksa setiap
hari tapi lebihan gaji tiada. Sudahlah nak pekerja hebat-hebat. Kalau setakat
graduan baru keluar, terus dia tendang sebab tiada pengalaman. Siapa yang tak
stress bila berjumpa dengan majikan macam ni.
Jadi lebih baik
saja graduan yang ada peluang kerja saja di luar negara. Cari pengalaman dulu.
Kumpul gaji dulu. Bila balik Malaysia, ramai orang kagum. Majikan pun mudah nak
ambil korang bekerja.
Lagipun sama-sama
teruk kalau graduan dari luar negara bersaing dengan graduan tempatan untuk
cari pekerjaan lepas terus keluar daripada universiti. Majikan pun teragak-agak
nak ambil graduan luar negara sebab terpaksa bayar gaji lebih mahal padahal
kemahiran dan pengalaman smaa saja dengan budak tempatan.
Pedulikan saja apa
orang lain kata. Timba dulu ilmu dari luar. Asalkan kita balik semula ke
Malaysia dan curahkan bakti kita yang lebih berpengalaman dan berilmu. Orang
kita kan lebih menghargai kehebatan orang luar daripada orang sendiri. Mereka
tak tahu demand untuk graduan luar negara lebih tinggi daripada graduan
tempatan. Hihihihi.
P/S: Minta maaflah kalau aku pandang negatif sangat pada majikan. Bukan semua majikan jahat macam yang aku katakan. Cuma kita ni bakal jadi graduan, maka kena beringat sikit tentang tanggapan majikan terhadap kita. Mereka tak mahu ambil kita sebab kita masih mentah tapi minta gaji mahal. Lagipun kita ada taraf pendidikan tinggi. Jadi kalau ada peluang kerja yang lebih berbaloi di mana saja, kerja dengan mereka dulu lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan