Khamis, 11 September 2014

Mak, soalan adik dah bocor!

Bayangkan korang ada ambil exam english esok pagi. Kemudian, masa tengah menjawab, korang dah buat bahagian essay sampai ke perenggan kelima (gigih betul), tiba-tiba cikgu pegang mikrofon dan cakap ujian ditangguhkan. Bengang tak korang?

Aku tak tahu situasi sebenar yang berlaku pagi tadi selepas soalan Inggeris UPSR disahkan bocor takleh nak ditampung lagi. Boleh cakap UPSR tahun ni paling kecoh berbanding tahun-tahun sebelum ni. Itulah, kejar sangat gred A sampai tak reti nak jaga rahsia.

Mungkin sistem pendidikan negara dah boleh kurangkan kebergantungan dengan penilaian penuh terhadap gred peperiksaan. Pembelajaran berorientasikan kertas peperiksaan perlu dikurangkan untuk menjaga kualiti pendidikan.

Aku sokong dengan sistem PBS yang di mana hanya guru yang tahu prestasi sebenar anak murid. Cuma sistem yang hendak diperbaharui ni perlu dibuat dengan teliti dengan menfokuskan terhadap sasaran pendidikan negara agar tak pincang langkah tenaga pengajar.

Contohnya macam pembelajaran bahasa. Pelajar ditekankan cara belajar untuk menjawab exam, selalunya tentang menulis essay dan grammar. Bahagian speaking dan listening selalu diambil lewa sebab kekangan masa. Jadi tubuhkan makmal bahasa beserta dengan guru makmal bahasa yang monfokuskan bahagian speaking dan listening.

Kalau subjek sains boleh ada pembantu makmal untuk kelas eksperimen, kenapa tidak dengan subjek bahasa sekali? Umumnya orang belajar bahasa dengan mulut (speaking) dan telinga (listening) terlebih dulu, baru boleh pergi jauh dengan menulis.

Tak tahulah pula bayi zaman sekarang belajar dengan menulis karangan dulu baru belajar nak menyebut perkataan mama dan papa. Kalau ada orang boleh pandai belajar bahasa asing bermula dengan essay/grammar dulu, maka terpulanglah pada keupayaan diri masing-masing.

Rabu, 10 September 2014

Iphone 6 dan perfomance

Apple dah keluarkan iphone 6 beserta dengan iphone 6 plus. Satu bersaiz 4.7" dan satu lagi lebih kurang bersaiz 5.5". Seronoklah budak-budak ni sebab Apple dah buat smartphone bersaiz besar. Tapi yang paling tak best harga tu, mahal sangat.

Aku rasa tak nak beli lagi iphone sebab kekangan duit. Barangan mewah tak perlu dibeli kalau tak ada keperluan (dan poket kosong). Tolonglah, jangan bazirkan duit PTPTN, elaun, dll semata-mata nak beli gadget. Kita bukan hamba gadget dan keutamaan isi poket bukan untuk gadget.

Ada yang beli smartphone sebab perfomance bagus. Ada juga yang beli sebab spesifikasi bagus. Ikut korang nak beli smartphone berdasarkan citarasa masing-masing. Kalau spec tinggi, kamera power berpuluh-puluh MP, kalau perfomance ke laut, membazir juga.

Khamis, 21 Ogos 2014

Cabaran baldi ais



"Mengapa saya perlu menderma duit ke dalam tabung yayasan jika saya hanya perlu 'bermandi' ais sebagai konon untuk memberi inspirasi dan tanggapan positif kepada penonton yang dahagakan hiburan 'prank'???"

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ice_Bucket_Challenge

..........................................................................

Dan aku di sini sanggup 'bermandi ais' untuk menjernihkan kembali keputusan A-Level


posted from Bloggeroid

Selasa, 12 Ogos 2014

Budak baru balik BTN

Minggu lepas aku ada pergi kursus BTN (Biro Tata Negara) dekat Ulu Kenas di Kuala Kangsar bandar diraja Perak. Bermula hari isnin sampai ke jumaat, aku berkursus selama lima hari dengan penuh bersemangat. Sejujurnya inilah kursus/kem yang memberi makna mendalam bagi aku. Haha, macamlah aku ada pergi banyak kem aktiviti sebelum ni.

Perkara yang menarik di kem Ulu Kenas adalah sungainya tapi tak adalah jernih sangat. Airnya agak keruh dan keadaan sungai boleh dilihat berbahaya dengan batu-batuan besar. Perkara yang tak seronok di sini adalah tiada liputan. Celcom, Maxis hatta Digi sekalipun tak boleh tembus kawasan perhutanan sini. Kem sini bersambung dengan kawasan jabatan perhutanan.

Selama lima hari kami 'disibukkan' dengan aktiviti ceramah, nama manjanya ialah 'wacana minda'. Semasa wacana minda juga aku akhirnya boleh juga menonton filem 1957: Hati Malaya. Aku sebelum ni tak pernah tengok filem itu sebab fikir membosankan dan anggap sekadar perfileman cerita bagai melepaskan batok di tangga. Hanya penambah kemeriahan di bulan merdeka. Rupanya filem ni taklah bosan sangat dan mudah untuk memahami jalan cerita. Cuma rasanya banyak elemen jalan cerita yang hilang dan garapan suasana masyarakat kurang didedahkan.

Kemudian kami ada aktiviti diskusi dalam kumpulan. Kami 'berbual' mengenai topik perlembagaan negara. Kami belajar perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan definisinya. Perlembagaan lebih menekankan keadilan sosial berbanding hak sama rata dalam semua kaum. Jadi kau akan faham sedikit hak orang melayu di semenanjung dan hak anak bumiputra di Sabah dan Sarawak. Dalam diskusi kami yang ada 'sembilan slot', ada juga topik panas yang aku terkejut tapi masih boleh kawal diri apabila abang facilitator tiba-tiba jadi bersemangat dan bersungguh-sungguh menerangkannya. Maklumlah, mungkin dia tak nak tengok kami menyertai perhimpunan haram.

Sayangnya kami tiada aktiviti fizikal yang lasak. Aktiviti yang memenatkan tu adalah iaitu kawat kaki dan gerak wira. Setiap petang kami berlatih gerak wira disebabkan ada pertandingan. Yang paling aku tak percaya adalah kumpulan aku menang. Iyalah, berlatih sekali jer, itupun dalam kelas. Mungkin sebab kami buat line up double V. Kumpulan apa? Kumpulan lima! Yeah, Saddip 5!

Balik dari BTN tak semestinya korang akan jadi 'macai'. Tahu tak apa itu macai? Diringkaskan mengikut pemahaman aku macai adalah orang yang malas berfikir, tak mahu terima pandangan orang lain, hanya dirinya saja betul dan menyokong sesuatu tanpa membuat usul periksa. Itulah macai mengikut kamus definisi aku.

Kesan pertama dari kem BTN adalah semangat patriotik mula 'mencanak naik'. Bukannya maksud patriotik tu aku dah jadi penyokong parti politik dan akan undi depa untuk teruskan tradisi kemenangan. Maksud aku dah mula sayangkan negara dan tanggapan buruk mengenai negara. Bab parti politik aku belum jelas lagi dari kedua-dua pihak jadi aku tak nak jadi penyokong tanpa sebab atau hanya sekadar ikut kawan. Iyelah negara luar pun ada buruknya. Tapi kebaikan negara luar kita hebahkan dan keburukan negara sendiri kita jajakan.

Kesan patriotik tu sangat berkesan aku rasa sebab ada member dah start beli kad sim Altel. Haha, kuat gila penangan BTN. Aku bab membeli tengok kualiti dulu baru ada kepercayaan. Aku tak kisah kalau ada orang beli sesuatu produk sebab patriotik tapi jangan terlalu taksub perkauman melampau.

"Jadilah pokok yang berbuah lebat, dilemparnya batu, dibalas pula dengan buahan manis."

posted from Bloggeroid

Ahad, 27 Julai 2014

Raya tak meriah



Mengapa bila tiba bulan ramadan orang asyik fikir pasal raya? Jualan raya, promosi raya, biskut raya, baju raya, dan roh ramadannya entah leana.

Mungkin inilah sebabnya kenapa raya kita semakin meningkat tahun, semakin kurang terasa meriah. Isi penghayatan ramadan kurang difahami dan diamalkan.

Kita lebih suka cakap tentang pembaharuan hari raya berbanding pembaharuan ramadan. Cakap pasal hari raya, nak baju baru, perabut baru, stok mercun nak gegar satu kampung. Jarang kita cakap pasal kuliah ilmu, iktiqaf di masjid, perkembangan mengenai isu semasa.

Muhasabahlah diri. Anda tahu apa yang kurang dalam diri masing-masing.

posted from Bloggeroid

Isnin, 14 Julai 2014

Terbatas menaip

Saya pernah teringin nak tulis cerpen. Walaupun hanya cerita pendek, hakikatnya ia payah bagi orang yang baru memegang mata pena. Rasanya nak letak cerpen dalam blog ni tapi sayang ada masalah teknikal.

Laptop saya dah rosak, tak boleh nak baiki kecuali dengan kos tinggi. Lagi bagus kalau beli baru. Kalau macam tu, hujung tahun baru boleh beli. Itu pun kalau ada duit.

Update post guna smartphone rasa kurang selesa sebab terbatas dan tiada feeling menulis. Tulis dua tiga perenggan pun dah rasa jemu. Ini nak tulis satu cerpen. Tak kuasalah nak betulkan typo berjela!

Malam ni ada match bola, final world cup 2014. German versus Argentina. Saya lebih suka sokong German sejak 2004 lagi. Argentina? Urgh, permainan mereka bosan dan hambar, hanya bergantung kepada one man match. Entah macam mana mereka boleh layak sampai ke final.

Jadi pukul 3 pagi ni kita layan siapa juara world cup baru. Lepas tu kita sahur dengan kenduri gol.

posted from Bloggeroid

Ahad, 6 Julai 2014

Memanjangkan cerita ke cerita pendek

Sejujurnya aku tak tahu nak menulis mengenai apa-apa pun. Mungkin kekurangan pembaca atau kebejatan idea, menyumbang faktor pada kemalasan aku menulis.

Pada bulan Ramadan ini, aku cuba untuk berubah, paling kurang menghasilkan sesuatu benda/perkara berfaedah. Apabila aku fikirkan, kenapa tak tulis cerpen? Entahlah. Nafsu pada bidang seni kreatif pemikiran ni sudah lama aku tinggalkan.

Kali terakhir aku buat cerpen adalah masa aku tingkatan dua. Niat membara nak jadi penulis. Kesudahannya, semangat menurun dan cerpen hilang entah ke mana.

Sejak akhir-akhir ni, aku terasa nak update cerpen pula ke dalam blog. Sekarang masa banyak terluang setelah bebas dari penjara A-Level. Okay, aku akan cuba sedaya mungkin nak menulis cerpen. Kalau bukan yang terbaik, asalkan orang faham dan dapat mesej cerita, itu dah cukup bagus.

posted from Bloggeroid

Khamis, 3 Julai 2014

Culas di garisan penamat

Aku rasa penulisan semalam agak emosi sikit. Biasalah kalau update post tengah malam. Feelingnya agak jujur dan mendalam. Tapi taklah sampai aku rasa betul-betul down. Siapa yang tak kecewa kalau takde offer dari mana-mana universiti.

Lagi satu aku betul-betul culas masa final exam haritu. Rasanya tak sampai separuh kekuatan dan kesungguhan dalam exam yang begitu penting sekali. Dahlah soalan payah dan tak sempat nak revise semua chapter. Apa yang lecturer ajar dalam kelas pun masih aku bingung nak memahaminya.

Pokoknya aku tak begitu menaruh harapan tinggi pada keputusan final exam kali ni. Apa yang aku bimbang adalah bagaimana aku nak sambung belajar lepas ni. Impian menuju ke USA dah hancur. Status aku sebagai pelajar tajaan JPA pun tergugat jika aku dapat pointer rendah daripada yang dikehendaki.

Erm, masalah sebegini tak akan pernah selesai. Kadang-kadang aku jadi takut nak berdepan dengan kenyataan. Aku takde keberanian nak menghadapi dugaan hidup walaupun sekecil semut. Aku cepat berputus asa daripada mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.

Sebab tu aku berazam nak berubah bila melangkah ke alam kolej baru pula. Kolej mana, itu bergantung pada result A-Level nanti. Angan-angan nak pergi ke UKM tapi tak kisah jika dapat kolej lain pun. Asalkan,jangan Intec lagi. Hahaha.

posted from Bloggeroid

Aku dan mood

Mood study: Deactivated
Mood kerja part-time: Searching, not available
Mood Ramadhan: Charging 01%, take long time to achieve a title 'good muslim'

Kiranya hampir dua minggu aku meninggalkan Intec selepas tamat final exam. Perasaan aku, langsung takde feeling apa-apa. Takde rasa sedih atau sayu nak tinggalkan Intec buat selama-lamanya. (Eh, tak sanggup aku nak sambung balik A-Level, buang masa jer).

Boleh dikatakan tiada kenangan manis untuk aku sepanjang berasa di Intec. Tapi takde pula pengalaman buruk atau pahit pula. Cuma hambar, macam takde apa-apa istimewa yang boleh aku nikmati di sini. Aku lalui kehidupan sebagai seorang pelajar yang hanya sekadar datang ke kelas dan ambil ujian akhir semester. Bosan dan memenatkan.

Kadang-kadang aku cemburu tengok kawan lain yang nampak macam happy gila ada dekat Intec. Mereka penuh life. Mereka enjoy masa bersama. Mereka ada semua memori indah di sini. Aku pula langsung tak tahu cara nak menghampiri mereka, apatah lagi nak berkawan rapat.

Kehidupan aku dan mereka hanya bersambung melalui media sosial. Aku baca tweet dan status mereka. Seolah-olah mereka dah macam fly ke USA. Penuh happening dan kegilaan.

Aku pasif. Aku tak tahu cara nak berkawan. Aku hanya kenal classmate dan roomate. Aku nak kenal diorang dengan lebih rapat dan mesra. Tapi aku takde keyakinan dan keberanian. Aku hanya berada dalam dunia sendiri yang langsung tak menarik untuk diterokai.

Aku harap Ramadan kali ni berjaya ubah sedikit sebanyak sikap negatif aku. Aku takut tak boleh survive dalam dunia selepas alam universiti ini. Kalau boleh aku tak nak takut lagi semata-mata tak kenal diorang. Sikap tak matang dn kebudak-budakkan.

Ramadan bulan mulia kerana diberkati Allah swt.

posted from Bloggeroid

Khamis, 17 April 2014

Alumni dah

   Alhamdulillah sebab sekarang sudah menjadi alumni INTEC (padahal final exam tak ambil lagi). Pagi tadi ada majlis penyampaian sijil INTEC bagi program yang akan menamatkan pembelajaran di INTEC pada semester ini. Program ALUK10 (program aku), ADFP/ACTP (budak-budak Amerika), ALMC13 (program medic ke UK) dan ALEG (budak-budak Jerman).

   Seawal pagi lagi aku bangun dan bersiap dengan baju kemeja gelap berjalur. Kawan-kawan yang lain ada yang pakai baju melayu beserta songkok dan samping. Aku tak boleh nak pakai baju melayu sebab tak ada yang sepasang. Budak lelaki boleh pilih nak pakai baju kemeja atau baju melayu. Budak perempuan hanya baju kurung atau kebaya. Kebaya ke kurung, semua aku tengok macam pergi nak audition pemilihan pelakon dalam filem.

   Mula-mula aku rasa seronok sebab dah nak jadi alumni. Lepas tu bila sampai giliran untuk naik ke pentas masa ambil sijil, tiba-tiba aku rasa gementar. Badan terketar-ketar, sakit perut, dan berpeluh-peluh. Sampai ke tuan pengarah aku cuba senyum jer masa kena tangkap kamera bersama beliau dan sijil (palsu) di tangan. Melangkah turun jer dari pentas, rasa ketakutan aku dah hilang dan tak sabar-sabar nak keluar dewan awal (pelajar yang nak terima sijil ada 400 orang lebih, mahu lama kena tunggu!).

   Gambar alumni? Maaflah aku tak ada kamera atau smartphone dengan kamera power. Sekarang ni pun aku tengah cari pilihan gadget yang sesuai. Kalau ada kawan-kawan cuba bertangkap gambar, aku akan lari dari mereka. Aku suka tangkap gambar orang lain tapi tak suka orang tangkap gambar aku. Maklumlah muka tak macho.

Selasa, 15 April 2014

Masa terhad

    Selepas ni masa aku dengan blog adalah sangat terhad. Tiga minggu akan datang aku ada peperiksaan penting A-Level yang terakhir dan paling penting. Aku rasa lepas habis peperiksaan A-Level aku masih ada masalah untuk menguruskan blog ini. Sebenarnya laptop aku dah rosak. Setakat ni aku hanya guna laptop kawan dan komputer di perpustakaan INTEC.

   Dekat rumah aku tiada komputer. Hanya aku yang guna laptop untuk kegunaan 'kolej'. Macam mana laptop aku rosak, aku tak mahu cerita sebab sedih sangat. Rasanya kalau baiki mahu dekat RM1000. Skrin rosak (pecah) dan storan dalaman (internal hardisk) rosak. Dah dekat sebulan laptop aku rosak dan aku masih tak beritahu keluarga tentang masalah ni.

   Aku tak tahu bila masa pula aku akan ada laptop baru. Rasanya paling awal pun masa aku masuk degree nanti. Setakat ni aku tiada apa-apa gadget smartphone dan berasa sunggguh-sungguh menyesal sebab tak beli masa ada duit dulu. Masalahnya aku terlalu memilih dan akibatnya aku langsung tak buat apa-apa kehidupan. Lepas ni kalau ada masa, peluang dan (laptop), blog ni akan ter'udpate' dengan post baru.

Selasa, 8 April 2014

Menanti harapan mati

   Aku rasa permohonan aku ke Universiti Purdue dah kena tolak. Paling lewat tahu keputusan pun pada bulan April. Sekarang dah masuk 8hb April. Konklusinya harapan aku nak sambung belajar dekat USA hanya tinggal impian semata-mata. Pilihan aku sekarang hanya tinggal satu sahaja iaitu memohon UCAS.

   Sama ada pergi ke USA atau UK, aku tak kisah sangat. Aku lebih suka pergi ke USA sebab nak melancong satu negara Amerika yang luas gila. Niat aku pergi belajar di luar negara lebih kepada nak menikmati kehidupan di sana dan merasai serta merai perbezaan apa yang ada di Malaysia. Lagipun suasana pembelajaran di USA atau UK lebih ‘effisien‘ berbanding di di sini.


Aku rasa lagi bagus untuk dapat keputusan cemerlang dalam final A-Level nanti. Pada bulan Ogos nanti, kalau aku dapat 12 point ke atas, aku akan minta UCAS balik dan akan buat permohonan ke satu atau dua univeristi di USA. Rasanya pokai duit aku kalau minta banyak-banyak university di USA. Yuran aplikasi dah 75 dollar (±RM200).

Selasa, 1 April 2014

Permulaan



Salah satu perkara yang susah untuk diamalkan dalam hidup adalah permulaan kepada setiap aktiviti atau perkara. Macam mana kita nak mengekalkan sesuatu momentum jika perkara itu belum bermula lagi? Contohnya aku sebagai seorang pelajar, tak boleh terus belajar empat jam beterusan kalau sebelum ni aku memang seorang pemalas.


   Biasanya jadual hidup aku jarang ada masa untuk belajar. Pagi, petang atau malam, memang tiada masa istimewa digunakan untuk belajar. Kalau buka buku pun, sempat baca satu atau dua halaman buku jer. Lepas tu mula rasa mengantuk dan bosan. Otak yang sepatutnya aktif untuk mengumpul dan menganalisi data daripada buku tiba-tiba jadi aktif berimaginasi.

   Maknanya aku sekarang belajar hanya ketika musim exam saja. Kadang-kadang aku baca tak sampai sejam pun sebab terlalu banyak maklumat nak kena diproses dalam masa satu malam. Otak jadi tepu, bekalan oksigen tak sampai ke otak, akhir sekali layu di atas meja. Aku ada tengok kawan aku rilek jer study sampai berjam-jam masa malam exam.

   Mungkin sebab diorang dah biasa study dalam masa lama. Orang yang dah biasa dengan kelajuan tak ada masalah nak merempit di jalan sibuk. Sebab tu diorang boleh mengekalkan momentum untuk terus belajar dan menanam kefahaman secukup mungkin. Sekarang ni aku baru tengah menyusun balik jadual supaya paling kurang ada masa belajar dalam sehari. Setidaknya sejam dah cukup. Lepas tu baru boleh tambah masa jadi dua jam.

   Sebab tu aku kata permulaan untuk sesuatu perkara adalah payah. Kita kena biasakan diri dengan benda yang tak pernah dibuat sebelum ni untuk menyesuaikan diri dengan momentum baru. Alah bisa tegal biasa. Kita tak boleh buat sesuatu perkara sebab kita belum biasa dengan benda tu dan bukannya kita tiada kemampuan. Percayalah kita ada kemampuan untu jadi orang hebat.

Jumaat, 14 Mac 2014

Mengapa lari ketika dipanggil?

   Aku tak tahu macam mana Malaysia boleh kena jerebu. Tiba-tiba jerebu dah serang satu Malaysia. Nak kata ada pembakaran di Indonesia, tak ada. Rasanya musim kemarau banyak memainkan faktor jerebu kali ni. Hujan kurang, asap kenderaan dan kilang banyak, lama-lama terus jadi jerebu.

   Yang paling sadis sekali adalah ketiadaan air. Masa jerebu kita digalakkan minum air banyak untuk meningkatkan tahap kesihatan tetapi macam mana nak minum air kalau kena catu? Dulu heboh kata Selangor tiada air, Syabas tak buat kerja, projek empangan tak nak jalan, tengok-tengok satu Selangor tiada air.

   Jerebu ni amat bahaya pada kesihatan kita. Kulit boleh jadi lemah, paru-paru boleh tercemar dengan partikel kotor, bekalan air tercemar, mata pedih, penglihatan terganggu dan banyak lagi. Sepatutnya dah banyak sekolah dan "kolej" ditutup buat sementara waktu. Mungkin kita sangat sibuk dengan isu pesawat dan bomoh sampai lupa masalah dalam negara.

   Aku baru perasan yang matahari dah tak menyinar kekuningan seperti biasa. Pagi sampailah ke petang, korang boleh nampak matahari berwarna merah. Dah macam tengok planet Marikh pula. Awan dan langit biru dah lama hilang dari pandangan. Tengok atas sikit, nampak kelabu. Penuh asap sampai bangunan depan samar-samar jer.

   Aku mungkin tak tahu cara nak mengatasi jerebu dengan cepat. Tanam benih air hujan, kurangkan penggunaan kenderaan pada masa/tempat tertentu, arahkan kilang yang banyak mengeluarkan asap ditutup sementara waktu, bekalkan air mineral percuma kepada penduduk terjejas jerebu, kawal pembakaran dengan meletakkan ahli bomba di semua tempat berisiko dan sebagainya antara langkah-langkah yang boleh aku fikir kalau ada keluar soalan essay pasal jerebu. Rasanya dah lama aku tinggalkan karangan bahasa Melayu lepas habis SPM. Tulis dalam blog tak sama dalam karangan peperiksaan.

   Sejak minggu lepas lagi Malaysia terbabit dengan cerita baru yang kebanyakkan berbaur negatif. Dari hiburan, politik sampailah ke peringkat antarabangsa. Kalau difikirkan, inilah peringatan dari Allah untuk kita supaya insaf balik. Masalahnya semakin hidup kita ditekan masalah, semakin jauh kita dari Allah. Pelik kan?

Sebelum ke terminal terakhir

    Lega sebab hari ni dah habis exam trial. Tekanan exam dah hilang untuk sementara waktu. Bolehlah nak belajar dengan senang tanpa perlu fikir nak rush habiskan semua tajuk dalam satu malam. Aku agak exam kali ni agak teruk berbanding yang lepas tapi harap point mata lebih bagus daripada semester lepas.

   Hari isnin ni ada program academic session untuk budak-budak yang tak beberapa cemerlang pencapaian "akademik". Aku lagilah teruk, terus dikategorikan sebagai gagal. Aku harap tiada brainwash atau sesi mengutuk. Lebih bagus letak kaunselor untuk membakar semangat dan menyusun strategi pembelajaran berkesan. Kalau ada lecturer meeting, paling kurang kita tahu topik mana kita lemah dan topik mana perlu diberikan perhatian.

   Yang paling merisaukan adalah perjumpaan dengan sponsor. Yalah, diorang mungkin tak berpuas hati dengan result pelajar dan akan cari alternatif lain untuk kepentingan mereka daripada meneruskan pelaburan ke dalam saham tidak menguntungkan. Aku masih lagi nak pergi ke oversea walaupun sampai sekarang tiada offer diterima. Sedih la kalau kau seorang jer melambai-lambai dari airport bukan dari dalam pesawat.

   Aku kira rasanya ada sebulan lagi sebelum final exam A-Level. Hajat nak dapat 3A dan aku akan cuba polish sebaik mungkin untuk peroleh A* dalam physics serta mathematics. Aku tengok semua offer untuk budak engineering terutamanya yang memilih mechanical engineering perlu mendapat semua A. Lagi teruk kalau nak semua A*. Nak dapat A pun payah, apatah lagi semua subjek killer nak A*.

   Kalau tak dapat fly sekalipun, dapat 3A dapat menolong aku mendapatkan universiti terbaik di Malaysia dengan talian hayat sponsor yang masih bersambung. Jangan sebab nak belajar dekat Malaysia, malas nak belajar dan target rendah jer. Kalau camtu kita macam pandang rendah jer tahap pendidikan Malaysia. Walaupun pendidikan Malaysia tak setanding dengan negara maju, tapi kita harus berusaha dan mendapatkan hasil seperti pelajar cemerlang seantero dunia.

Di mana keretapinya kalau tak berasap?
Di mana resultnya kalau malas berusaha?

Ahad, 9 Mac 2014

Menjadi orang hebat

   Orang yang hebat tak perlu memegang jawatan tinggi untuk berkuasa, cukup sekadar mempengaruhi orang lain untuk menjadi lebih hebat daripadanya. Biasanya orang yang hebat lebih suka dirujuk kepada orang yang ada duit banyak, kuasa besar, atau populariti tinggi.

Sukarno

   Sebenarnya orang yang hebat ini membawa pengaruh dan boleh mengubah keadaan semasa. Orang yang hebat boleh datang dari pelbagai jenis latar masyarakat merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Orang yang hebat tidak menjadi boneka untuk menjadi orang suruhan demi menjayakan agenda masing-masing. apa guna dikenali ramai dan ada duit banyak jika tiada kebebasan untuk membuat pilihan.

   Selalunya orang yang hebat tidak terperangkap dengan keadaan semasa. Mereka tak perlu menjadi pak turut semata-mata nak meraih perhatian dan publisiti murahan. Bagi mereka, untuk mengubah dunia menjadi lebih baik tak hanya bergantung kepada kuasa di tangan dan kekayaan di dalam akaun bank.

   Aku pun nak juga menjadi orang yang hebat. Aku sukakan bidang pendidikan tapi tak suka jadi cikgu sebab tak tahu nak mengajar budak-budak dengan betul. Sistem pendidikan kita memang kurang menepati objektif asal kerana lebih mementingkan pencapaian berbanding kelebihan yang ada dalam diri pelajar.

   Hanya budak dapat 8A+ disanjung. Hanya budak aliran sains dipuji. Hanya budak SBP menjadi harapan negara. Ini semua tak kena dan perlu dibetulkan. Mereka harus dibentuk mengikut kelebihan masing-masing dan sama-sama menjadi tonggak kejayaan negara. Bidang muzik, seni, sukan, dan lain-lain harus sama-sama diberi perhatian kerana turut menyumbang peranan dalam negara.


Martin Luther King Jr

   Pembentukan PBS lebih bersifat teori daripada praktikal. Tak apa sebab ini mungkin kali pertama kerajaan cuba menjalankan dasar sebegitu untuk mengubah pandangan jumud terhadap pendidikan negara. Kalau perlaksanaan pertama gagal, cuba pelan kedua untuk jayakan misi memartabatkan pendidikan di Malaysia. Dapatkan input pandangan cikgu dan pelajar tentang kelebihan dan kelemahan, bukannya hanya sekadar duduk dalam pejabat sambil tunggu keputusan keberhasilan sesuatu sistem.

   Aku tak pasti sama ada nak menjadi menteri pendidikan atau tenaga pengajar untuk memperbaiki sistem pendidikan negara. Rasanya semua generasi muda nak ubah sistem kita menjadi lebih baik dan bukannya nak mencemuh sistem lama. Kami tak nak generasi akan datang dipanggil pelajar 'lab rat' untuk menguji sesuatu dasar tanpa berfikir panjang, seperti yang pernah berlaku pada sistem PPSMI.

Tun Dr Mahathir

   Yang pasti arah perjalanan aku menuju ke bandar mekanikal. Hidup aku lepas ni akan dipenuhi mesin dan peralatan canggih. Menjadi engineer bukan cita-cita asal aku tapi tak bermakna pula aku harus mengalah untuk melihat dunia kita mengecapi sesuatu perkara yang mudah.

   Kalau boleh aku menjadi orang hebat untuk mempengaruhi orang lain untuk menjadi lebih superior daripada aku. Aku bangga dengan para cikgu sebab mereka ada ciri-ciri orang hebat. kecekalan mereka berjaya membentuk anak-anak muda menjadi orang lebih hebat daripada mereka tanpa meminta apa-apa balasan.

Sabtu, 8 Mac 2014

Selamat atau terhempas?

                                    

   Perkara yang paling kita benci mengenai sesuatu perkara adalah cerita palsu lagi salah. Sebetulnya cerita hanyalah sebesar biji benih tapi mula membesar menjadi pokok dan dahan. Padahal isi cerita langsung tak jelas pangkal asal usul.

   Hari ni kita kecoh dengan cerita pesawat MAS hilang dari radar dan tak dapat dikesan. Mula-mula keluar berita pesawat terbabit selamat mendarat di lapangan terbang di China. Kemudian timbul pula berita pesawat tu terhempas di kawasan perairan Vietnam. Tak lama lepas tu tukang yang bagitahu berita tu tarik balik post tentang pesawat terhempas. Panik satu Malaysia!

   Sedangkan pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat tak dapat nak mengesahkan status sebenar pesawat MAS MH370. Yang pasti berita pesawat tu terhempas atau selamat mendarat di China tak benar. Pesawat masih dilaporkan hilang dan pelbagai spekulasi timbul daripada kes ni. Berlaku rampasan pesawat oleh pengganas atau kerosakan pada peralata pesawat sehingga tak dapat dikesan?

   Yang pasti keadaan sebenar pada pesawat terbabit masih dalam misteri. Kita cuma berharap agar semua krew dan penumpang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tiada apa-apa kecelakaan berlaku. Operasi menyelamat sedang dijalankan. Berita pesawat hilang ni dah kecoh sampai satu dunia sebab kehilangan pesawat boleh menimbulkan panik kepada banyak pihak.

   Kita harapkan lepas ni tiada berita palsu atau andaian mengarut. Setiap berita tu mesti berpaksikan pada bukti sahih atau sumber yang boleh dipercayai. Kalau tak tahu, senyap dan ambil tahu. Jangan sebab nak kejar rating dan view penonton, sanggup keluarkan pelbagai jenis berita untuk meraih berita. Yang pasti, kisah misteri Villa Nabila dah berjaya dibongkar.


                                   

Merangkap di trek larian

   Minggu pertama exam dah habis. Sekarang aku tengah bersiap untuk minggu kedua pula. Physics, Chemistry, Mechanics, dan Statistics rasanya dah tak sabar-sabar nak 'bunuh' aku dalam exam nanti. Nasiblah diri sebab pemalas sangat. Memang dah tak boleh buat apa.

   Nasi dah jadi bubur. Tapi kalau tak makan bubur tu lagi rasa menyesal. Kalau tak sedap, tambahlah sup ayam dan perencah sayur. Erm, aku dah tak nak fikir pasal tawaran pergi ke luar negara. Lagi fikir lagi menyesal gila aku. Yang penting cara kita menjalani hidup sekarang yang bakal menentukan masa depan.

   Secara puratanya aku boleh jawab kebanyakkan soalan dalam peperiksaan minggu pertama ni. Kalau dulu ada soalan langsung tak boleh jawab, sekarang ni dah boleh sentuh sikit-sikit. Kertas fizik unit 1, statistik 1, Pure Mathematics C12, aku ada keyakinan nak dapat markah lebih. Kertas lain hancur dan berkecai, rasanya dapat separuh markah dikira cukup-cukup makan.

   Exam ni aku nak skor fizik untuk dapat A. Subjek lain mungkin sekadar B atau C. Orang lain tengah pecut pada saat-saat akhir, aku baru nak merangkap-rangkap memulakan rentak larian. Tak apa, janji sampai ke garisan penamat bersama kawan-kawan daripada keseorangan jatuh tersungkur atau dibiarkan terkebelakang.

   Dalam hati aku nak bersiap nak pergi ke BTN walau exam tak habis. Biar lulus ujian BTN supaya fly walaupun aku tak dapat offer apa-apa pun. Hahahaha.


Ready to kill Physics, Chemistry, Statistics and Mechanics?

Khamis, 6 Mac 2014

mengundurkan perahu rosak

   Perkara yang menyakitkan hati adalah kau bazirkan masa dua tahun belajar dua tahun tapi masih tak dapat offer daripada mana-mana universiti. Tambah menyakitkan apabila hampir semua kawan sekelas dah dapat offer letter walaupun berbentuk conditionally sementara kau masih menunggu jawapan sunyi untuk tawaran sebegitu.

   Entah di mana silapnya aku boleh tergelincir landasan yang sepatutnya aku berjalan. Dulu aku lebih minat pergi ke negara Eropah berbanding Amerika. Alasannya aku lebih kenal negara EU dari segi aspek sejarah, geografi, dan sukan (oh yeah football!). Masa tu langsung tak terlintas nak pergi Amerika sebab bimbang dengan isu perkauman dan keagamaan di sana.

   Tiba-tiba masa semester ketiga, entah di mana silapnya, aku terpilih Amerika sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan ijazah sarjana muda di sana. Aku betul-betul panik sebab perkara itu di luar kawalan. Dulu kuat sembang nak pergi UK tapi beralih angin ke USA pula. Aku macam dah hilang kepercayaan pada keputusan diri sendiri. Aku andaikan diri ini masih belum matang untuk berdikari dan membuat keputusan secara bebas.

   Lain kata, aku hanyalah seorang remaja berperangai budak kecil kurang matang yang boleh belajar sains advanced. Oleh sebab itulah kawan aku selalu bertanya bila aku nak beli smartphone. Pilihan ada banyak cuma aku takut buat keputusan. Aku bimbang jika aku silap melabur duit dengan pilihan smartphone yang salah. Aku jadi paranoid dengan perasaan sendiri.

   Mula-mula, aku tak rasa apa-apa pelik atau janggal dalam diri. Betapa salahnya pilihan aku ke negara Uncle Hussein bermula dengan ujian TOEFL dan SAT. Sebagai pelajar bound USA, kami tiada kelas TOEFL secara praktikalnya dan hanya ada latihan menjawab SAT pada setiap minggu. Inilah kelemahan aku kerana USA lebih menitikberatkan kelebihan penguasaan inggeris berbanding dengan result A-Level itu sendiri.

   Tanpa menyedari aku amat lemah dalam bahasa inggeris dan secara bodoh cuba mengambil exam inggeris tahap tinggi. Sedangkan orang USA sendiri rasa susah dengan soalan SAT, apatah lagi aku yang bukan secara natural bercakap inggeris. Akhirnya, markah TOEFL dan SAT aku langsung tak melepasi keperluan minimum daripada penaja dan universiti.

   Sejak itu semangat aku nak belajar hilang serta merta. Assignment tak pernah disiapkan. Tutor dibiarkan putih suci kertasnya. Revision tak pernah dibuka. Waktu belajar dihabiskan dengan perkara sia-sia. Aku amat menyesal sebab tak boleh perform untuk dapat markah tinggi. Aku terus jatuh dan jatuh. Rasanya sekarang aku baru nak merangkap dan sekadar melihat kejayaan kawan-kawan dari bawah.

   Alangkah bagusnya jika aku boleh menyambut bersama-sama mereka. Paling kurang lepas ni aku hanya perlu berada di landasan sama tanpa perlu berpindah jika tiada apa-apa keperluan.


Rabu, 5 Mac 2014

Laptop rosak

   Aku benci betul bila laptop ni buat masalah. Masa aku nak ambil final exam ni lah dia buat hal meragam. Nak baca nota slide payah, apatah lagi nak skroll soalan dalam adobe. Sejak akhir tahun lepas lagi laptop ni jadi bangang sikit.

   Masalah laptop aku ni ialah perfomance speed. Laptop aku ni suka sangat hang dan freeze. Buka movie crash. Buka internet crash. Buka lagu pun crash. Main PES13 laju pula tu. Hairan aku dengan Aspire ni. Apa aku nak buat dengan laptop ni pun tak tahu.

   Format laptop dah buat. Update window ke ultimate dah buat. Hantar ke kedai pun dah buat. Tapi masalah tak selesai pun. Melayang duit aku hantar kedai tapi masalah tetap ada. Inilah dunia perniagaan sekarang. Caj harga atas sebab servis bukan sebab tolong repair masalah sampai baik.

   Inilah semester terakhir aku dan rasa tak berbaloi nak beli laptop baru. Mungkin aku akan tunggu sampai masuk degree nanti. Yang pasti aku takkan cari produk Acer. Sudah tiba masa kita beralih ke produk terbaik buat masa sekarang. Erm, orang kata Asus tip top sekarang ni? Betul ke?

tak mampu

   Kesedihan itu apabila kita bermula perjalanan dengan hebat tapi berakhir dengan teruk sekali.

   Kesedihan itu adalah melihat orang lain gembira atas satu perkara mereka dapat tapi pada mas sama kita tak memiliki perkara itu.

   Kesedihan itu adalah kita tak mampu lagi membuat sesuatu perkara hebat yang pernah dilakukan dulu.

   Kesedihan itu adalah apabila orang ramai meletakkan terlalu harapan pada diri kita yang sebenarnya langsung tak mampu memotivasikan diri kita.

   Kesedihan itu adalah kita tak sanggup mengambil risiko sesuatu perkara walaupun kita mampu.


Sabtu, 1 Mac 2014

Trial pada lusa




   Lusa aku ada trial exam A-Level selama dua minggu. Lepas tu menyusul pula BTN (Biro Tata Negara). Aku tak kisah tentang BTN. Sekarang ni aku tengah berserabut kepala tentang exam. Sedangkan SPM rasa dah susah hati, apatah lagi dengan taraf sixth grade. A-Level ni sama taraf dengan tingkatan enam tapi tak sama pula kos yuran dan popularitinya.

   Cut-off point adalah 12 point dan itulah apa yang aku target. Aku bukan cuba jadi pesimis. Result semester lepas aku adalah 6 point jer daripada 15 point. Rasanya kalau dapat 12 point itu dah cukup beri semangat motivasi untuk terus berusaha dalam exam external A-Level.

   Kalau ikut kemampuan kesungguhan, aku rasa dapat grad B untuk semua subjek teras adalah okay. Lagi bagus kalau aku dapat A dalam math atau fizik. Erm, kimia terlalu payah dan bukannya perkara yang aku minat. Sebab tu aku ambil bidang mechanical engineering walaupun masih kurang was-was tentang bidang tu. Pendidikan dekat Malaysia memang kurang menekankan perkara sebegitu tentang hala tuju pelajar pada masa depan. Yang penting dapat straight A's.

   Seminar skor A ada untuk semua subjek killer tapi seminar kerjaya atau hala tuju kurang ditekankan dan hanya dapat input masa di karnival Jom Masuk U. Aku lebih suka kalau kita belajar ikut minat dan kemampuan diri. Kalau peranan pihak kaunseling diperluaskan lagi dengan mempertekankan bakat dan kecenderungan pelajar, kemungkinan besar wawasan pendidikan akan ada produk berkualiti untuk negara.

   Berbalik pada exam lusa nanti, aku tak yakin untuk dapat 12 point. Kalau dapat balik 6 point pun aku tak yakin lagi. Tapi aku akan cuba yang terbaik dan tak nak cepat sangat menyerah kalah. Walaupun nasib aku tak bernasib baik seperti kawan-kawan lain yang dah dapat placement ke UK dan USA, tak bermakna aku kena berhenti mencuba. Dapat pergi ke sana, itu cerita lain.

   Tak semestinya aku mesti pilih jalan sebagai pelajar merosot dan dibuang ke negara sendiri. Paling kurang, aku adalah bakal pelajar 15 point yang belajar di Malaysia dan bukannya jenis bermasalah. Mutiara kalau dicampak ke dalam lembah berduri, tetap akan bersinar jika ada sinar cahaya. Maknanya aku boleh berjaya jika ada sinar harapan walaupun tipis.

   Apa pun, teringin jug nak fly dan belajar dekat sana bersama kawan yang pernah ku kenali di INTEC. Crush tak tahu pergi universiti mana.

Ganbatte yoo!!

Khamis, 27 Februari 2014

Education UK Exhibitions 2014

   I want to go there but sadly i have trial exam at that time. Even though 8-9th are weekend days but i can not risk my time to go hanging around. I must study and cover all unit that i have not master it yet.

Education UK 2014 exhibitions are back!

Aku inginkan jua

   Ni dah masuk semester keempat. Harapan aku nak beli smartphone tak pernah lagi nak tercapai. Erm, entahlah apa sebab aku tak beli sampai sekarang. Terlalu memilih atau kekurangan modal. Aku nak sangat semester terakhir aku di INTEC dapat juga merasai kehebatan Android walaupun bukan kitkat. Maaflah kalau aku tak nak cuba IOS iphone tapi agaklah, mahal harga untuk sebuah smartphone.

   Target aku dah ada dan aku betul-betul suka dengan design dan spesifikasi. Walaupun brand Lenovo, harganya murah buat aku tertarik nak beli. Haha, aku ni dalam kalangan budget users, bukannya high end users yang suka 'update' smartphone setiap kali ada release baru daripada brand yang diorang suka. Apa kejadah Samsung keluarkan Galaxy S5 yang hampir sama specs dan design dengan Galaxy sebelumnya? Langsung tiada penambahbaikkan.

   Lenovo S650, itulah brand smartphone yang tengah aku kejar. Kalau dalam website, ia lebih dikenali sebagai Lenovo Vibe X mini. Spec power, design lagi okay dari A, S, P series lain, dan harga murah. Kalau beli dekat kedai DirectD, harga lebih kurang RM590 sahaja. Aku nak beli sekarang juga tapi lepas tengok duit dalam akaun bank, terpaksa lupakan hajat tu.

   Aku terfikir nak beli gak Lenovo S650 sebelum final exam A-Level. Rasanya itu masa berbaloi sebab boleh buat revision dengan mudah melalui smartphone. Tak perlu payah nak nak guna laptop aku yang dah semakin slow perfomance. Bukan Adobe pun ambil masa. Nak scroll pun kadang-kadang boleh jadi crash. Nampaknya masa degree nanti nak beli laptop baru.



...and you says Premier League is the best league

Arsenal 0 - 2 Bayer Munich
Man City 0 - 2 Barcalona FC
Man United 0 - 2 Olymphiakos
Chelsea 1 -1 Galatasaray

   Mungkin zaman kegemilangan Liga Premier Inggeris sudah hampir terngadah dan hampir serupa dengan skuad England yang gagal mendapat kemenangan dalam World Cup.

The early sign of disobedient child



   Well, i should call my parent but my father just recently call me last few hours. When i read this advice, i'm feel really bad for not call nearly two weeks. I want to call but habit of procrastination always got me. My father asks me about last semester result, which is really bad. I try to hide that result but college send directly the result to house. Well, my father not to angry but support me to be more encouraging in study. He worry if i can't get any placement for university after finish A-Level. I admit the placement in local universities is always guarantee but not for oversea universities.

Sabtu, 22 Februari 2014

Kami nak BR1M!!

   Semalam kecoh yang duit BR1M dah masuk dalam akaun. Baguslah kalau masuk dalam akaun terus, tak payah nak beratur panjang. Orang muda bolehlah nak tunggu sampai luar dewan tapi orang tu nak berjalan pun payah. Nampaknya kerajaan dah belajar sikit-sikit yang pemberian tak perlu buat program dan ceramah semata-mata nak suruh orang kenang pemberian itu. Kalau menyusahkan tentu orang akan ungkit benda yang melecehkan.

   Aku pun check la baki akaun dalam bank. Ceh, takde tambahan RM500 la. Em, tahulah umur aku baru 20 tahun. Jangan ingat orang berumur 20 tahun tak kerja atau belajar senang-lenang tinggal di kolej. Budak baru habis SPM pun dah reti kahwin awal dan cari nafkah halal. Lagi bagus kalau ada BR1M untuk pelajar. BB1M (Baucer Buku 1Malaysia) memang menyenangkan pelajar nak beli buku tapi lagi bagus kalau bagi cash. Hidup jadi pelajar bukan nak beli buku jer.

   Soal buku, kami sebagai pelajar lebih suka pergi kedai dan photostat terus satu buku. Kalau beli mahu dekat RM200 tapi kalau photostat (cetak rompak berhemah sebab nak belajar) setakat RM40/50 jer. Sebab tu lebih bagus kalau bagi cash berbanding kupon/baucer. Kalau baucer tu bernilai RM250, kami boleh 'mencetak rompak' lima atau enam buah  buku. Tapi kalau diberi juga dalam bentuk baucer, kami terpaksa beli yang original. Sebuah buku Physics A-Level mungkin bernilai RM100.

   Kami main cetak rompak bukan apa tapi harga buku mahal sangat. Buku pelajaran kami bukan macam buku Fixie atau Hlovate. Buku yang kami belajar ditulis oleh professor atau professional dalam bidang tertentu. Kami bukan tak nak menghargai ilmu yang mereka tulis cuma tiada duit. Sedangkan library kolej tak mampu nak beli buku diorang sebab high class sangat apatah lagi kami yang sengkek.

   Apa-apa pun aku nak duit RM500 automatik masuk dalam akaun aku. Tak kisahla siapa nak bagi. AKu tengah pokai sekarang ni. Nak beli itu ini, bukan nak membazir, tapi keperluan hidup dekat kolej juga. Duit elaun pun macam tak cukup. Haha, aku ni macam demand lebih-lebih, belajarnya entah ke mana.

Khamis, 20 Februari 2014

Aku yang tersedar

   Selasa lepas aku pernah post status dekat Facebook tentang arah pengajian aku. Aku bimbang kalau tak dapat nak teruskan lagi dengan biasiswa yang ada. Kalau ada biasiswa, boleh jimat kos dan tak payah bayar hutang PTPTN. Aku tengok peluang nak pergi ke USA semakin tipis pencapaian TOEFL dan SAT tak beberapa memberangsangkan. Lebih-lebih lagi universiti di USA hanya tengok skor TOEFL dan SAT, dan bukannya skor final A-Level berbeza dengan UK.

   Aku fikir lama-lama yang boleh sambung belajar lagi bagus daripada duduk termangu menantikan peluang terbang di langit biru. Maksud aku, macam mana aku nak hidup dekat negara luar kalau dalam negara sendiri pun dah kelam kabut? Hajat tu memang tinggi nak pergi belajar di universiti terbaik dunia tapi apabila mengenangkan nasib euthiusm kurang menebal terhadap engineering. Aku rasa lebih baik biarkan budak betul-betul minat dengan sesuatu bidang dan mahu berusaha layak belajar dekat tempat terbaik berbanding aku yang dah hilang minat nak terokai benda baru.

   Dalam kelas ada juga yang bertanya aku nak pergi belajar selepas habis A-Level. Aku tak tertekan pun dan tiada perasaan marah. Cuma kesal dengan sikap diri sendiri yang tak sedar diri. Rasanya aku akan terus kekal di sini. Mungkin keyakinan dan semangat aku akan luntur apabila tengok classmate dan roomate boleh fly ke negara impian dan aku pula menunggu surat belajar di universiti tertentu di sini. Tapi itulah pengajaran terbaik bagi aku yang memilih arah hidup disebabkan biasiswa dan bukannya minat atau kemahiran.

   Ada orang mampu berjaya dalam bidang yang dia minat dan tak minat sebab dia ada usaha tinggi untuk cemerlang. Ada juga orang hanya mampu berada dalam aliran yang dia percaya dia boleh buat. Orang sebegini tak perlu paksa buat kerja di luar bidangnya. Nanti jadi ibarat tikus membaiki labu. Kini, aku baru sedar yang aku berada dalam kelompok kedua.


Woho, crop sana, crop sini

Arsenal 0 - 2 Bayern Munich

Semalam ada dua perlawanan Champions League yang penting.

Pertama Arsenal lawan Bayern Munich. Perlawanan memang sudah diramal yang Arsenal akan kalah. Bayern Munich berjaya meledak dua gol pada separuh masa kedua dengan jaringan Toni Kroos dan Thomas Muller. Sayangnya penalti Mesut Ozil pada minit 9' gagal dimanfaatkan dan begitu juga dengan penalti David Alaba pada minit 40'.

Apa-apa pun geng Arsenal kena terima hakikat yang diorang dah flop untuk separuh musim kedua. Permulaan musim mereka bagus tapi melangkah saja tahun baru, mereka terus dihambat kekalahan padaperlawanan penting. Harap Wenger boleh bagi kursus disiplin pada Szczesny yang dilayangkan kad merah.

Kedua pula perlawanan antara AC Milan dengan Atletico Madrid. Aku memang sokong habis AC Milan kali ni tapi sayang mereka tewas 0 - 1. Diego Costa menjaring gol pada minit 83' sebelum perlawanan hampir tamat. Baloteli dan Kaka nampaknya gagal untuk menyerlah lagi. Rasanya untuk second Leg diorang boleh buat comeback bergaya.

Diramalkan Arsenal bakal kalah sekali lagi kepada Bayern Munich pada second League. Hahaha. 

Rabu, 19 Februari 2014

Man City 0 - 2 Barcalona

Sedih.

Bangun pagi tadi dan buka laman LiveScore.

Tengok Man City kalah 2-0 dengan Barcalona.

Lagi menyedihkan apabila Barcalona menguasai seluruh permainan pada game first leg ni.

Messi pula sudah boleh menjaringkan gol tapi penalti la. Main penalti bolehlah. Cuba kalau yang jaga gawang tu Peter Cesch. Mahu tak skor langsung.

Dan mereka kata Messi adalah pemain terbaik dunia.

Pellegrini pula sibuk merancang pelan untuk menewaskan Barcalona pula di Nou Camp.

Selasa, 18 Februari 2014

Pagi ini

   Ketika ada yang mengulang semula peperiksaan TOEFL untuk menempah tiket selamat ke Amerika, aku masih di sini, di tempat sama, mengenangkan kejatuhan aku. Aku pun nak repeat juga TOEFL tapi sekali bayar habis melayang RM610. Lagipun aku tak yakin boleh skor 100 dan ke atas. Aku dengan bahasa Inggeris memang macam anjing dengan kucing sejak sekolah rendah lagi.

   Tak tahu apa sebabnya. Dah berbelas tahun belajar bahasa bekas penjajah ni, tapi tak mahir-mahir sampai ke sekarang. Salah cikgu mendidik, silibus yang mementingkan exam daripada skill kemahiran atau sikap diri yang pemalas? Entah, rasanya kalau ada kekurangan pada diri dan kita tak cuba nak mengatasinya, maka itu semua salah sendiri. Semua faktor penghalang dari luar bukan penyebab kegagalan kita tapi lebih dianggap sebagai cabaran. Masa itulah kita nak uji yang kita ni kuat atau sebaliknya.

   Apa pun, malam ni akan jadi lebih indah jika Barcalona kalah terhadap Manchester City. Aku bukan peminat City cuma aku lebih suka tengok gergasi Spain tersungkur lebih awal berbanding sempat melangkah ke separuh akhir. Bayangkan peminat Barca yang kempunan melihat mereka gagal meraih piala Liga-liga Juara sekali lagi dan lagi. Tapi Manchester City baru jer layak masuk ke pusingan Liga-liga Juara buat julung kali. Pemain power tapi entahlah, barakah itu kurang menyinar.

   Aku ada quiz kimia tengahari nanti tapi aku tak faham dengan konsep lanjutan redox. Mungkin masa nak dekat final exam dengan secara ajaibnya aku boleh memahami segalanya. InsyaAllah.

Hala tuju

    Aku akui yang aku ni agak sikit pemalas. Sepanjang empat semester aku dekat sini, rasanya belum ada masa yang betul-betul aku ulangkaji walau final exam dah dating. Aku cuma baca nota sikit dan terus give up lepas ada topic yang tak faham. Aku tak cari kawan untuk menyelesaikan masalah tu. Aku ni jenis cepat putus asa. Sekali terjatuh aku rasa macam dah malas nak bangun balik.

   Semester lepas rasanya paling teruk bagi aku. Aku amat terganggu dengan exam special untuk second language yang tiada kelas untuk kami. Lagi satu aku tersilap memilih tempat belajar selepas A-Level. Aku fikirkan Amerika adalah tempat sesuai untuk pelajar A-Level tapi bukannya untuk aku. Aku amat tertekan dengan urusan meminta universiti di Amerika yang penuh dengan segala boring, format dan birokrasi.

   Aku tak kuat nak bertanya dan cari penyelesaian. Akhirnya aku hanya terhanyut dibuai kegagalan akan dating. Kesannya result semester ketiga aku adalah paling teruk setakat ni dan hampir-hampir kena tendang penaja. Kadang-kadang aku pelik macam mana aku masih boleh survive belajar dekat sini. Ya, aku banyak meniru assignment daripada kawan dan kalau malas, langsung tak siap. Perangai kerajinan masa semester pertama terus jatuh merudum hanya disebabkan aku tiada minat dalam engineering.


   Sekarang ni aku terfikir, lepas exam A-Level, ke manakah hala tuju aku? USA, rasanya peluang tu dah malap sebab skor SAT dan TOEFL aku sangat rendah. UK, aku dah tolak dan rasa amat menyesal sekali. Akhir sekali destinasi aku adalah Malaysia. Harap-harap penaja masih lagi ingin menaja aku di tanah air walaupun dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak beberapa ‘sihat’.

Sabtu, 8 Februari 2014

Banyak betul pembelanjaan nak minta belajar di USA


   Aku pelajar A-Level tapi memilih US bound sebagai landasan masa depan. Aku nak cerita yang pembelanjaan untuk membuat pemilihan university di USA sangat mahal, belum lagi nak bayar yuran dekat sana. Kebanyakkan university di USA mementingkan skor TOEFL dan SAT berbanding dengan result A-Level itu sendiri.

   Kita mula dulu dengar SAT. markah penuh 2400. Minimum point patut lepas adalah 1400. Tapi paling bagus kena lepas 2000 kalau nak masuk university Ivy League. Pendaftaran SAT ini adalah lebih kurang 75 atau 90 dolar. Kalau ditukar ke dalam Malaysia adalah RM320/330. Sudahlah exam SAT bapak payah sebab kita kena jawab berdasarkan pemahaman ‘citizen USA’ memahami negara sendiri. Aku ni BTN tak lepas lagi.

   Lepas tu exam TOEFL. Kalau nak tahu, TOEFL ni sama dengan exam IELTS dan MUET. IELTS untuk negara macam UK, Australia dan lain-lain. MUET untuk dalam Malaysia. TOEFL pula untuk USA. Aku tak ingat berapa kos TOEFL dalam dollar tapi kalau bayar guna duit Malaysia, hah, RM610! Memang mahal. Padahal tak pakai kertas pun. Kita jawab exam TOEFL iBT guna computer je. Mungkin sebab nak bayar caj bayaran professor yang akan menyemak jawapan kita kot.

   Satu lagi, kalau korang nak minta mana-mana university di USA, pun kena bayar juga yuran permohonan masuk atau application fee. Paling murah ada 40/50 dollar. Setakat ni yang paling mahal aku tahu dalam 60/70/75 dollar. Tapi ada juga universiti yang bagi percuma untuk application fee. Baru ni aku bayar application fee untuk satu university sebanyak 60 dollar. Kalau ditukar nilai matawang, ia akan menjadi RM225. Pergh, aku nak masuk university je pun, bukan nak beli gadget. Itu baru satu university. Kami boleh minta sampai lima university yang diterhadkan oleh penaja kami. Nak minta lebih lagi tak ada masalah tapi yang selebihnya tak boleh nak claim duit daripada penaja.


   Tapi nasib baik bayaran dekat atas boleh tuntut balik dengan penaja. Kalau tak, memang pokai sebelum melangkah ke KLIA. Entah dapat ke tak university dekat USA. Tapi harapan memang besar nak belajar dekat sana.

Hidayah itu umpama….


“Bukannya saya tak mahu pakai tudung tapi hidayah itu belum ada lagi. Saya pun belum bersedia untuk berubah. Biarlah keikhlasan itu datang dengan sendiri.”

   Selalunya kita akan terdengar jawapan klise sebijik macam ni kalau diajukan soalan ‘hidayah’ kepada selebriti di Malaysia. Rata-ratanya seolah menyalahkan hidayah dengan sebab mereka belum berhijrah lagi. Mereka lupa hidayah itu benda atau perkara ghaib. Mereka tak dapat melihat hidayah, mendengar bunyi hidayah atau menyentuh seinci pun kulit hidayah. Hidayah itu ghaib dan macam mana mereka begitu pasti dan yakin yang hidayah itu belum ada lagi.

   Hati, gunalah hati dan perasaan untuk merasai kehadiran hidayah dalam diri. Hidayah itu dilontar atau dicampak ke dalam hati, tempat yang paling berperanan besar untuk mempengaruhi baik buruk diri seseorang. Hidayah itu membuatkan kita ingin kembali pada tuhan, rasa dekat dengan masjid, rindu dengan al-Qur’an, takut nak membuat maksiat dan teruja nak mempelajari islam dengan lebih mendalam.

   Hidayah itu membuatkan hati terdetik untuk lebih beribadat, rasa ingin tahu tentang ilmu, dan tertarik untuk menghadirkan diri dalam majlis ilmu. Bukannya hidayah itu tiba-tiba akan menjelma dalam bentuk fizikal lalu mengheret kita ke masjid untuk bersolat. Itu namanya orang mengusung jenazah ke masjid untuk dibuat solat jenazah. Semuanya tentang kepekaan hati untuk mengesan wujudnya hidayah dalam hati.

   Anggaplah hidayah itu seperti buah segar yang baru gugur dari pohon. Betapa harum bau dan ranum isinya. Nak dikatakan bertuah, buah itu jatuh betul-betul di depan mata kita. Kita hanya perlu kutip dan bawa balik ke rumah untuk makan.

   Tapi kita tak nak ambil buah itu. Kita tak Nampak buah itu jatuh ke mana. Bunyi buah jatuh berdebuk pun kita tak dengar. Apatah lagi nak mencium bau kesegaran buah. Ruginya jika kita tak dapat mengutip buah itu hanya disebabkan mata tak nampak, hidung tak membau dan telinga tak mendengar.


   Begitu juga dengan hidayah. Sampai bila-bila pun kita tak akan dapat berubah jika kita membutakan mata dan mempekakkan telinga di depan anugerah hidayah. Kalau nak berubah, masanya adalah sekarang.

Jumaat, 7 Februari 2014

Berlawanan arus

    Dalam hidup ini, kita harus mengikut atau menentang arus? Sebenarnya tiada jawapan khusus untuk soalan itu. Seperlunya kita perlu menjalani kehidupan sesuai dengan keupayaan. Apa yang ada pada kita seperti rupa paras, bakat, kemahiran dan kekuatan, itulah yang patut menjadi tunjang asas untuk terus ‘berjuang’ dalam hidup.

   Mengapa perlu bersusah payah menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti jika jiwa kita adalah seorang penyelamat? Hiduplah dengan kemampuan yang ada. Kemampuan itu yang menguatkan kita untuk menempuh ujian hidup, direka khas sesuai dengan keupayaan diri.

Jangan timun bergolek kepada durian


   Nasib si timun agak malang. Ada si durian suka membuli si timun. Apalah sangat si timun mampu buat. Menentang tindakan pembuli, dirinya akan sakit dek ditimpa duri tajam si durian. Kalau dibiarkan, merana jua diri dengan keangkuhan si durian apabila menunjuk duri-durinya.


   Dalam situasi begini, apa yang patut si timun buat? Elok saja si timun keluar dari kawasan si durian. Duduk bergaul dengan sesama jenis atau species. Di dapur, si timun boleh berjumpa balik dengan si durian. Waktu itu, si durian sudah terbelah dua dengan haruman segar isi menguning emas. Si timun? Menjadi aksesori dalam nasi lemak.

Khamis, 30 Januari 2014

Goodbye is not forever

Sumber Nine Muses


It has been unexpectedly announced that 'Nine Muses' Lee Sem and Eunji will be graduating from the group.

Their agency Star Empire announced on the 29th, "Ahead of the Lunar New Year holiday, Lee Sem (real name: Lee Hyun Joo) and Eunji (real name: Park Eun Ji) have decided to graduate from the group Nine Muses, which they've been a part of for the past four years... Out of respect for their wishes to focus on their individual activities in various aspects, we decided for the graduation of Nine Muses' members Lee Sem and Eunji... The two of them will continue under the same agency even after their graduation."

"We think it is our agency's duty to respect the individual wishes of the Nine Muses members who have been with us for a long time since their trainee days... You'll be able to see Eunji and Lee Sem active in a variety of fields like variety shows and as MCs... Nine Muses will continue as seven members and will discuss the specifics of their activities afterwards."

So although the two members will no longer be under the name of Nine Muses, fans can expect to see them remain close with the members as they will stay on with the agency for individual activities. 

We wish Lee Sem and Eunji the best of luck with their individual activities!
Source here
............................................................................................................
   Ia satu perkara menyedihkan apabila Nine Muses yang sudah sempurna dengan bilangan ahli sebanyak sembilan orang tiba-tiba kehilangan dua orang lagi ahli selepas kemasukan Sungah yang telah genap setahun ketika comeback "Dolls". Tak sangka Nine Muses yang berjaya membuat empat comeback pada tahun lepas dan melonjak untuk mendapat perhatian orang ramai tiba-tiba mengumumkan berita sebegini.
Lee Sem

   Walaupun Nine Muses pernah melepaskan tiga orang ahli sebelum ini kerana kontroversi tersendiri, namun perkara ini tak sama dengan berita 'graduasi' Lee Sem dan Park Eunji. Mereka telah bersama selama empat tahun menempuh dugaan bersama Nine Muses yang masih mendaki puncak populariti.
   Lee Sem sebelum ni pernah mengambil cuti lama pada beberapa tahun lepas bersama Erin menyebabkan dia digosipkan ingin keluar daripada Nine Muses tapi kembali semula untuk meneruskan aktiviti bersama Nine Muses. Bagi Eunji pula, dia telah beritahu dalam rancangan dokumentari Nine Muses ingin meneruskan aktiviti secara solo selepas berjaya dalam Nine Muses.
   Namun selepas empat tahun, Eunji mengambil keputusan untuk keluar daripada Nine Muses setelah mengalami spekulasi masalah kesihatan dan kepenatan ketika aktif promosi pada tahun lepas. Sebelum ni, peminat sering melihat kesedihan pada diri Eunji yang biasanya dikenali sebagai ahli paling aktif dan ceria.
Park Eunji

   Lee Sem dan Eunji membuat persembahan bersama Nine Muses buat kali terakhir pada akhit tahun lepas di Singapura sempat menyambut tahun baru di sana. Selain itu, Erin juga dikaitkan dengan 'proses' graduasi daripada Nine Muses selepas pernah meninggalkan Nine Muses selama enam bulan di Japan tapi kembali semula bersama Nine Muses. Tapi harapnya tiada ahli lain lagi yang ingin keluar kecuali mereka betul-betul yakin dengan keputusan mereka.
   Lee Sem dan Eunji masih bersama syarikat Star Empire cuma tidak lagi bergerak bersama Nine Muses. Sebaliknya mereka akan meneruskan aktiviti karier masing-masing secara solo.
   Nine Muses is never ending.
P/S: All these pictures is credited to ninemyujiseu.tumblr and  9muses.tumblr because i take it from there.


Sabtu, 25 Januari 2014

What your life's goal?

   Every footballer has target in each game, whether they must protect their defend or do counter attack to achieve their ultimate score. Even they are 11 eleven for one team, it is not necessary to them score 11 goals! What is important they must have captain as a leader and everyone plays their position such as striker, midfielder, defender or goalkeeper.

   Once again I want to ask myself, "What your life's goal?". Obviously my sight is slightly different from any player. They see chance, they know their enemy, they can plan how to score dramatically. But me, I can't see or smell any obstacle in front of me. Worst, I still crawl to seek what I need in life. 13 years survive at school and college is still not enough to teach me how to dream a dream. But thanks god, I know how to draw a bar graph.

  To dream a dream, sleep is not a great answer to that. In reality, action make you see more clearly about yourself. Eagle is not eagle as long it do not fly through the sky. Lion is not lion as long it do not prey its victim. You're human and human is mean evolution (revolution is a correct term). I do not want to say about some disgusting theory but human always evolve or change. This process is very important to adapt their new civilisation. Each of empire is different from others.

   Human is not a tool or puppet that can't feel anything. They are users, very smart users. My life is miserable because i'm forced to think about my future job or slave worker, not how to smooth our civilisation. Then, i will just follow stream as engineering student and when the right time, i will comeback from my weak point.

Isnin, 20 Januari 2014

Kamen Rider is..








   Kamen Rider is the monsters but they choose being hero and save people to save themselves as their path.

Ahad, 19 Januari 2014

#wordleness 18th Saturday

   Tengahari tadi aku ada pegi Aeon dekat Bandar Baru Klang. Kami pergi bertiga, naik kereta roomate. Sebelum tu kami breakfast dulu di kedai pecal lele di Kampung Jawa. Makanan dekat situ memang sedap, agak murah berbanding tempat lain. Aku makan kat situ untuk kali kedua, pun rasa makanannya sungguh umph.

   Di Aeon, aku pergi window shopping jer. Duit takde. Elaun belum masuk lagi. Kalau tak aku dah rembat satu dua pasang baju dek murah pada hari promosi Chinese New Year. Aku jalan-jalan satu shopping kompleks sambil mencari Sony Centre atau Samsung Centre. Sony Centre tak jumpa tapi Samsung Centre ada dekat bahagian tengah hujung. Aku pun cuba berlagak tengak buat review sambil melihat harganya yang agak mahal.

   Kedai Apple ada juga dekat sini. Aku tengok dekat dia punyai senarai jualan iphone. Semua jenis iphone 5S dah kena lelong. Hanya tinggal iphone 5C yang tak laku-laku sebab murah sangat, barang Apple kenalah mahal, baru ada standard ifaggot. Aku join dekat kedai sebelah pula. Aku tengok ada smartphone Lenovo A850. Agak besarlah dengan saiz skrin 5.5" inch. Performance okay dengan spesifikasi terkini. Kamera jer kurang power. Harga asal RM650++ tapi dekat kedai DirectD, cuma dalam lingkungan harga RM499. Beza RM50 jer dengan Lumia 525.

   Aku tak tahu pun nak cerita apa. Aku jadi speechless dan tiada idea. Oh, satu lagi, aku belum beli tiket untuk balik rumah masa Chinese New Year nanti.

Jumaat, 17 Januari 2014

Business atau engineering?

   Aku pernah akui yang aku tak minat engineering. Tapi itu tak bermakna aku benci pula dengan engineering. Aku cuma tak minat nak belajar dan mendalami bersungguh-sungguh dengan engineering. Nak faham tentang engineering itu boleh cuma minat tu belum dibentuk lagi walaupun aku hampir dua tahun membazir masa di sini.

   Business, ada apa pula dengan business? Pagi tadi aku baru terima panggilan daripada Hult International Business School. Terkejut juga macam mana diorang boleh menelefon aku. Padahal kolej diorang ada di USA. Diorang call untuk tawarkan bidang business kepada aku. Tapi aku cakap tak minat pada business dan lebih tertumpu pada engineering. Diorang terus ucap terima kasih dan letak telefon.

   Sejak terima panggila daripada diorang, aku terfikir, patutkah aku ambil business pula lepas ni? Engineering tak minat, business lagilah aku tak minat. Kedua-dua bidang bukan dalam kelompok kegemaran aku. Kiranya aku tetap begini jika pilih mana-mana bidang. Beza antara dua bidang ni ialah aku lebih faham tentang fakta sains daripada cerita-cerita dalam dunia business. Fakta business rasanya lebih bosan daripada dunia sains.

   Aku tak pasti jika boleh lebih faham dengan konsep business. Aku tak tahu apa-apa tentang ekonomi. Aku cuba memahami permasalahan ekonomi yang berlaku dalam Malaysia tapi aku masih tak faham. Apa itu perancangan pelan ekonomi masa depan? Aku bimbang jika menjadi pengurus ekonomi yang teruk dan membebankan semua orang.

   Aku rasa tak perlu nak ambil business semata-mata nak pergi USA. Kang balik kang. Mungkin pada masa depan aku akan berfikir balik peluang aku dalam bidang business jika talian hayat aku dalam bidang engineering sudah habis. Tak kisah pun sebab pekerjaan bukan berfokus pada minat semata-mata tapi lebih kepada skill dan kemahiran bekerja. Minat masih boleh menjadi hobi.

P/S: Aku masih lagi berasa menyesal sebab tolak mentah-mentah tawaran Hult International Business School walaupun diorang menawarkan bidang business kepada aku.

Khamis, 16 Januari 2014

Bila Moto G nak keluar di Malaysia?

   Menurut maklumat daripada AMANZ, Motorola akan melancarkan Moto G untuk pasaran Malaysia pada esok hari, 16 Januari 2014. Aku taklah berkenan sangat dengan smartphone Motorola yang semakin malap dalam persaingan sengit sekarang ni. Dulu waktu aku bersekolah menengah, ramai budak pakai mobile phone Motorola. Paling chikai pun harga RM200/300.

   Lepas Samsung datang melanda pasaran smartphone dengan android dan gadjet murah (berbanding iphone), Motorola terus jadi underdog. Kebelakangan ni baru nampak Motorola dah jadi pesaing hebat dalam industri smartphone. Persoalannya Moto G ni bagus ke tak? Motorola yang sekarang bukan Motorola yang dulu. Dengar kata Moto G dah jadi anak emas Google. Siap ada update untuk android Kit Kat.

   Moto G Google Play edition ni memang tak lain dapat perhatian Google untuk mendapat sambutan hebat. Tapi apa yang aku tak suka pasal smartphone ni ialah bateri tak dapat dibuang. Nasib baik kuasa bateri Moto G power sikit iaitu ada 2070 mAh. Satu lagi tiada slot kad untuk external memory card. Tak best la kalau nak letak data banyak-banyak. Moto G yang ada dua edisi iaitu 8 GB dan 16 GB rasanya tak cukup banyak memori nak menampung bagi heavier user.

  Walaupun kamera Moto G hanyalah pada terhad 5 Mp namun keupayaan belum diketahui. Standardlah untuk smartphone murah macam ni. Perkara yang aku suka tentang Moto G ni adalah design dan saiz. Aku tak tahu apa komen orang lain tapi aku anggap design Moto G ada unsur elegan, bukan main chikai-chikai dan fabulous. Sekali nampak macam HTC. Satu lagi saiz 4.5 inci itu cukup sepadan. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Rimas gak pakai smartphone saiz 5.3 inci.


Rabu, 15 Januari 2014

Shit happen!

   Semalam, aku betul-betul tak puas hati apa yangdah terjadi dengan laptop aku. Kerosakan yang menyebabkan aku kehilangan banyak data penting dalam hardisk internal ni. Tengah seronok aku main internet, pang, dia jadi hang! Lama gila aku tunggu. Last-last aku pun shutdown laptop ni.

   Lepas tu terus tak boleh buka. Sampai dekat starting window, dia jadi frozen untuk beberapa minit sebelum starter repair muncul tiba-tiba. Masalahnya starter repair pun tak dapat baiki masalah yang terjadi dengan laptop ni secara automatik. Erm, nampak gaya ada tiga solusi saja nak memperhidupkan balik laptop aku.

   Mula-mula nak guna common promt sebab nak guna window dalam safe mode. Manual gila betul! Tapi sayangnya window tak dapat masuk dalam safe mode juga. Lepas tu cuba guna solusi kedua iaitu restore balik hardisk aku. Sedihnya tak dapat buat restore sebab ada masalah yang tak dapat difahami. Point restore ada jer berlambak tapi tiada satu pun boleh pakai.

   Akhirnya terpaksa juga format laptop ni. Mula-mula nak buat backup dekat data E. Alih-alih, dia tak boleh buat backup. Jadi, memang kena format ikut factory reset. Habis segala data C hilang. Nasib baik maklumat dalam data E tak hilang. Tapi segalam jenis maklumat penting dan kesayangan aku ada dalam data C. Tension betul. Lepas habis reset ikut factory reset yang memakan masa selama 30 minit, kena tunggu pula sejam untuk buat first use register setting. Ah, lantak la. Pukul 2 pagi baru semua proses tu habis.

   Aku tengok balik laptop aku. Kosong. Licin. Bersih. Tinggal apps wajib jer dalam laptop. Segala jenis cerita, video MV, slide A-Level, maklumat peribadi, gambar peribadi, semuanya hilang macam kena tiup angin. Semangat aku nak download filem banyak terus hilang gak. Aku pun rasa dah malas nak main game macam PES dan FIFA. Lagipun aku sekarang ni tengah berada dalam semester terakhir. Mungkin aku patut luangkan banyak masa untuk belajar.

   Sambung degree nanti aku nak beli laptop baru. Jenama apa tak tahu tapi yang penting bukan Acer ni lagi.

Selasa, 14 Januari 2014

Ada apa dengan hari ini?

   Ada apa dengan kangkung? Rasanya lebih baik kalau kita sendiri baca tentang sebab yang menjadi kegilaan kangkung di laman sosial. Aku tak beberapa ghairah nak panaskan isu kangkung kerana aku sedar siapa diri aku yang sebenar. Lebih bagus kalau dapat tengok video ucapan atau baca berita portal secara online daripada melulu tweet atau post pasal kangkung. Bak kata orang, mainan budak-budak tu.

   Bangun bagi  aku terus terkejut dengan berita kangkung yang sudah menjadi trending di Twitter, Facebook dan bahan gelak di  gags. Sampai kolej baru aku tersedar yang esok cuti sebab hari Maulidur Rasul. Kehangatan di laman sosial pula lebih berkipas pasal kangkung. Alangkah mudahnya kita dialihkan isu sehingga kurang ghairah nak sambut tentang hari Maulidur Rasul. Kangkung tinggalkan dulu ceritanya. Lama-lama basilah sama seperti isu-isu sebelum ni.

   Kalau kita tak tahu nak buat apa untuk cuti hari esok, paling kurang kita boleh memeriksa diri kita sendiri. Bermuhasabah diri dan jujurlah. Kenalkah kita dengan Rasulullah SAW lebih daripada kita mengenali ahli keluarga. Seharusnya kita lebih mengetahui tentang ciri-ciri Rasulullah SAW lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal makin bertambah cinta. Jadi mengenali biografi nabi dari awal kelahiran hingga saat kewafatan adalah salah satu langkah untuk mengenali baginda Rasulullah SAW untuk menyuburkan rasa cinta.

   Apabila cinta dah bersemi terhadap Rasulullah, baru jiwa bersemangat nak mengikuti sunnahnya. Kita jadikan akhlak nabi sebagai contoh untuk diamalkan dalam hubungan kita dengan semua orang. Tak  lupa pula untuk sentiasa berzikir dan berselawat untuk melembutkan hati dengan kesucian. Dunia hari ni semakin banyak dengan radiasi maksiat yang melebihi kemampuan gamma ray malah lebih berbahaya lagi.

   Alang-alang kangkung dah jadi sayuran popular hari ni, apa kata kita buat kempen makan sayur untuk ubah gaya hidup sihat? Rasanya tu lebih baik dan bermanfaat untuk diri sendiri daripada sekadar memperli di laman sosial yang lambat laun akan dilupakan. Aku juga berharap nanti Kamen Rider Gaim nanti akan ada lock seed untuk kangkung pula, edisi istimewa untuk rakyat Malaysia.

Isnin, 13 Januari 2014

Fighting for future!

   Ketika di semester terakhir, baru aku terfikir tentang hala tuju aku. Maksud aku, universiti manakah yang akan menjadi destinasi untuk meraih sijil degree? Aku tak beberapa serius nak belajar. Bukannya tak ikhlas cuma aku tak beberapa berbakat dalam engineering. InsyaAllah kalau aku ada beberapa skill yang baru muncul masa tengah belajar engineering, keikhlasan dalam diri akan datang.

    Sebagai pelajar di sebuah kolej yang majoriti bakal pemegang tiket ke luar negara, tentu rasa sebak juga kalau tak dapat belajar di luar negara. Aku nak juga merasai nikmar hidup di negara empat musim. Namun tak pula aku pasti yang aku nak main-main dekat sana atau sambung belajar. Cam poyo. Apa yang aku bimbang adalah mampukah aku survive untuk hidup terasing di sana? Kebanyakkan kami akan terpisah jauh dipisahkan jarak berbatu-batu.

   Keluarga aku tak kisah kalau aku tak dapat pergi ke luar negara. Asalka aku mampu terus belajar dengan baik. Tapi perasaan nak juga merasai suasana 'pelik' di luar negara macam terbuak-buak. Ada banyak masalah kenapa aku macam dah berputus asa nak pergi ke USA. Markah TOEFL dan SAT aku rendah. Lagipun yuran permohonan universiti di USA sangat mahal sampai RM270. Lagi satu nak penuhi syarat keperluan daripada pihak penaja pula.

   Haha, aku tak sangka mampu masih bergelak palsu dalam keadaan macam ni. Hari ni dah masuk malam ketujuh aku tak makan dekat luar. Sekadar isi perut dengan roti dan biskut. Paling kurang tu saja cara aku mogok terhadap masalah yang ada. Walaupun masalah tu tak dapat diselesaikan dengan mudah, aku tak ada pula niat nak menyeksa diri sendiri pula. Aku cuma nak meluahkan rasa kesedihan. Nak meluah pada seseorang, aku ni tiada teman rapat yang boleh berkongsi rahsia. Aku dah lama hilang teman sejati. Semua ni kerana silap aku yang tak menghargai nilai persahabatan.

  Nak ketawa lagi? Entah, tapi rasa lebih baik kalau senyum saja. Perasaan gembira boleh membuatkan diri rasa lebih bagus walaupun diukir dengan senyuman palsu. Sekarang ni aku hanya perlu fokus apa yang perlu aku buat sebagai seorang penuntut A-Level. Fighting!!

Ahad, 12 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

   Dah sebulan aku tak buat post dekat blog ni. Rasa malas tu ada juga sebab tak tahu nak tulis apa. Kalau ikutkan masa tu aku ada banyak masa nak menulis. Masa cuti ni baru boleh berfikir dengan tenang untuk mencari ilham. Tapi idea aku pada masa tu selalu berserabut dan kusut. Aku pun malas nak fikir panjang-panjang.

   Bulan lepas kawasan daerah aku ada mengalami banjir teruk. Kiranya lebih teruk selepas banjir di Kuantan. Bayangkan dalam masa semalam air boleh naik setinggi atap rumah. nasib aku baik sebab kawasan perumahan aku terletak di atas bukit. Kawasan bawah semuanya kena 'telan' banjir. Walaupun tak jadi mangsa banjir secara langsung, tapi masalah blackout dan ketiadaan air sepanjang tempoh banjir amat memeritkan juga. Lepas seminggu baru banjir surut sikit. Setakat jip polis nak lalu tu bolehlah.

  Lupa juga nak beritahu yang aku sekarang ni tengah berada dalam semester terakhir di (^$@&. Tak sangka dah hampir dua tahun aku belajar dekat sini. Ingatkan aku boleh bangkit di sini lepas aku hilang semangat di pusat asasi UIAM. Rupanya sikap aku di sini lebih teruk dalam gaya belajar. Kadang-kadang rasa menyesal tu ada juga.

   Orang lain tengah sibuk nak skor berapa point dalam final exam, aku pula masih terkapai-kapai dengan pilihan universiti. Keputusan yang aku dapat dalam exam SAT dan TOEFL benar-benar membuatkan aku hilang semangat dan putus asa. Kawan lain ada dah buat keputusan nak repeat balik pada Februari ni, aku pula masih terfikir-fikir, berbaloi ke kalau aku repeat? Dengan keadaan aku yang dah patah hati, kesukaran untuk dapat placement daripada top 100 universiti, syarat-syarat sponsor yang tinggi, aku jadi bingung dan terus jadi pesimis.

   Masalah ni takkan terjadi kalau aku ubah sikap dari awal lagi. Tapi masa tengah berjalan dan tak mungkin berundur lagi. Rasanya cukup untuk aku lepas pointer dalam final exam nanti. Hal tentang placement universiti, Malaysia kan ada lagi. Mungkin aku tak layak untuk 'fly' bersama mereka yang bekerja keras untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman berharga di luar negara. Harap-harap andai aku ada full point nanti, sponsor akan hantar aku ke mana-mana negara. Haha, angan-angan aku terlalu tinggi untuk ulat beluncas yang masih mengensot pada ranting kayu.

P/S: Selamat Tahun Baru 2014!!!