Contohnya dalam konspirasi Freemason yang hangat
dipopularkan oleh video The Arrival. Siapa yang nak percaya, boleh saja untuk
percaya. Mereka letak fakta daripada hasil kajian mereka selama bertahun-tahun.
Siapa yang tak nak percaya, kamu ada hak untuk itu. Kajian tersebut bukanlah
suatu perkara untuk wajib dipercayai. Maklumat itu masih lagi boleh
diperdebatkan.
Yang ingin saya tekankan adalah apa kesan video itu kepada
masyarakat? Yang jelas, siri popular video The Arrival membuka mata kita
tentang perancangan jahat dari The Hidden Hand. Kita tahu siapa dalang sebenar
dalam misi untuk membuka pemerintahan dunia baru kepada dajal. Sebenarnya, apa
kesan atau perubahan jelas konspirasi jahat ini dalam kehidupan kita?
Adakah kita dah semakin rajin menunaikan ibadat yang
diperuntukkan? Kita semakin memahami makna dan tujuan hidup? Kita semakin
mendekatkan diri dalam majlis ilmu? Masjid penuh dengan jemaah walaupun ketika
solat Subuh? Jelasnya, tiang lebih banyak di masjid daripada jemaah ketika
solat Subuh.
Secara tak langsung video itu dah bawa perubahan negatif
dalam masyarakat kita. Saya tak kata video itu tak bagus. Saya puji hasil
kajian tersebut dan ianya bagus untuk kita. Sayangnya, masyarakat gagal
menafsir makna dan tujuan video itu dibuat. Jelasnya, pengkaji dalam video itu
mahu kita bersatu, bersama dalam menjatuhkan konspirasi itu.
Sebalik itu pula, masyarakat kita jadi paranoid atau taksub
dengan mesej dalam video itu. Mereka jadi tidak keruan bila ternampak lambang
mata, piramid, bintang enam bucu dan sebagainya. Dalam perkara ni, boleh timbul
banyak fitnah dan cerita-cerita palsu disebabkan terlalu obses dengan perkara
ini.
Orang-orang dalam konspirasi ini masih lagi boleh bergembira
kerana perancangan mereka masih berjalan dan hanya menunggu masa sesuai. Mereka
lagi menunggu bilakah kita akan menjadi orang yang taat dalam beragama yang
dikatakan mampu menghancurkan mereka. Terang-terangan mereka masih menjadi ‘bos’
kepada kita pada masa kita sibuk untuk menjatuhkan mereka.
Konspirasi itu, konspirasi ini. orang kita melihat
konspirasi sebagai modal dalam perbualan. Kadang-kadang konspirasi dijadikan
satu subjek untuk menguntungkan diri sendiri seperti penjualan surat khabar
atau membeli tiket mengenai filem Freemason. Saya menulis ini bukannya menyuruh
untuk kita berhenti percaya kajian dalam video itu. Video tersebut tak bersalah
dan bagus untuk kita.
Yang perlu kita lakukan adalah mengubah sikap kita. Bila kita
percaya sesuatu, kita perlu ubah diri agar sesuai dengan apa yang kita percaya.
Kalau kita percaya makan banyak makanan berlemak boleh mendatangkan banyak
pesakit, mengapa harus lebihkan makanan berlemak dalam sajian menu? Dalam hal
ni, kita kena kurangkan makanan berlemak dan bukannya tak makan langsung. Nanti
tenaga untuk badan nak kaut daripada siapa? Hulk The Incredible?
Percayalah perkara yang tak wajib untuk dipercayai dengan
memadai-madai. Tak perlu paksa untuk orang lain percaya. Kawan-kawan mungkin
akan mencebik kalau kita paksa untuk percaya dengan cerita setiap lambang
piramid adalah simbol kejahatan. Kalau boleh ambillah iktibar daripada
konspirasi ni untuk terus kuatkan hati dan minda dalam menghadapi perkara
sebegini. Jangan mudah terjerumus dengan perangkap mereka.
Kalau boleh, kurangkan hal dunia yang tak penting yang
selalunya menjadi kita teruja dengan dunia sementara. Selalu lemas dalam nikmat
dunia boleh buat kita merana dalam akhirat sana. Jadi berhati-hati dengan
perkara yang boleh buat kita jatuh. Jangan paranoid, taksub atau jumud dengan
perkara seperti ini. kita kena buka fikiran, buka minda. Terima idea orang
lain. Baru diri boleh berkembang maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan