Jumaat, 29 November 2013

Ujian IQ



   Genius tu bukannya tentang dapat markah tinggi dalam setiap ujian atau dapat masuk ke sekolah elit. Genius ni lebih kepada cara kita berfikir, bukannya bergantung pada bertapa rajinnya kita menelaah buku setiap masa. Jadi genius adalah suatu pemberian, kadang-kadang susah dicapai dengan usaha tapi tu semua tak mustahil.

   Berapa markah yang kita dapat dalam ujian lepas atau nilai pointer dalam final exam lalu, semua tu tak boleh menunjukkan nilai paras IQ sebenar kita. Kalau rasa lemah semangat nak belajar, apa kata ambil ujian IQ secara online. Mana tahu kita akan dapat skor lebih tinggi daripada 100. Dengan buat ujian IQ, kita boleh tahu tahap pencapaian sebenar. Mungkin apa yang kita dapat selama ni di sekolah atau kolej hanya sebab kita malas nak berusaha.

   Nak jadi genius tak perlu nak buat latihan banyak atau korban masa dengan study. Genius tu merupakan pemikiran iaitu cara kita berfikir memproses, mencerna, dan memberi output baru tentang sesuatu maklumat. Jadi, banyakkanlah rajin berfikir kalau nak jadi genius. Kebanyakkan ujian peperiksaan lebih kepada menghafal dan merecall balik nota yang ada dalam buku teks.


   Kalau masih dapat rendah dalam skor IQ selain daripada ujian di kelas, mungkin kita masih belum menunjukkan prestasi sebenar kita. IQ rendah tak semestinya sampai ke tua kita masih ada IQ rendah. Mungkin masa tu otak malas berfikir, minda tumpul atau tiada minat nak berfikir tentang keadaan sekeliling. Kalau kita benar-benar cakna dan menjadi orang berfikir tentang yang berlaku di alam, kita akan jadi genius tanpa minum jus genius hasil formula orang genius.

Isnin, 25 November 2013

Biarkan mereka pergi



   Isu perpindahan pemain dalam arena bola sepak bukan satu isu baru. Pemain boleh pergi sesuka hati ke mana-mana kelab selagi mematuhi syarat dalam kontrak atau diikat perjanjian baru. Isu mereka berpindah bukan satu khianat atau pembelotan pada mana-mana kelab.

   Pemain mempunyai banyak sebab kenapa mereka berpindah. Pertamanya kontrak lama mereka ditebus oleh perjanjian baru. Maknanya ada kelab lain ingin membeli mereka semasa mereka bermain untuk kelab lama. Kalau perjanjian antara kelab lama dan baru berlangsung dengan baik diserta dengan bayaran tebus, maka sahlah pemain tu berhijrah ke kelab baru.

Dua bintang muda ke kelab berstatus tinggi di La Liga, perpindahan yang sangat dinanti-nantikan


   Sebab lain pula kerana nak pendapatan lumayan. Gaji seorang pemain di Malaysia boleh mencecah puluhan, malah ratusan ribu ringgit. Kalau di luar negara, silap hari bulan dah boleh jadi jutawan dalam masa beberapa bulan. Semestinya kelab baru akan menawarkan yuran dan bayaran gaji lebih tinggi untuk memikat perhatian pemain pilihan ke kelab mereka.


Mat Yo, menimbulkan kontroversi ketika isu perpindahan dari Kelantan FA ke JDT


   Prestasi mereka yang cemerlang di kelab lama membuatkan kelab baru ingin menarik pemain itu diserap masuk dalam kelab baru. Prestasi pemain cemerlang memang patut dibayar gaji tinggi. Kalau pemain masih berada di kelab lama dengan gaji lama atau rendah, sepastinya akan menganggu tahap persembahan mereka di atas padang. Mana-mana pekerja atau pemain beranggapan mereka patut dibayar mahal jika prestasi mereka bagus. Kalau baguslah. Kalau tak sesetengah daripada mereka akan hilang minat untuk mempamerkan persembahan berkualiti tinggi kerana tiada imbuhan atau faedah menarik.


Mesut Ozil, dikatakan berpindah dari Real Madrid ke Arsenal untuk meningkatkan kemahiran daripada Arsene Wengel


   Mereka ingin juga berpindah sebab ingin meningkatkan tahap permainan ke arah lebih baik. Mereka mahu bakat dan kemahiran yang ada pada mereka diasah dengan betul-betul. Berada di kelab lama tak dapat membantu mereka berkembang dengan lebih baik. Mereka mencapai apa yang jurulatih atau pengurus mereka lakukan. Kalau inginkan prestasi mereka bertambah baru, mereka perlu mencari jurulatih atau pengurus baru, bermakna mereka perlu berpindah.

   Pelajar yang berpindah ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau MRSM sepastinya dapat mengembangkan prestasi dengan lebih tinggi berbanding dengan terus menetap di sekolah lama. Mereka perlukan jurulatih baru untuk meneroka kemahiran baru atau mengembangkan skill yang sudah ada. Dengan ini mereka dapat membandingkan tahap prestasi sebelum dan selepas perpindahan.

   Mood pemain kadang-kadang juga menuntut mereka untuk menyertai aktiviti dalam musim perpindahan. Mungkin mereka tidak berasa selesa dengan kelab lama atau sudah lama menyimpan impian untuk berada di kelab yang mereka minat. Situasi atmosfera dalam sesebuah kelab sukan mempengaruhi mood dan emosi mereka, sama ada ingin terus berada di sana atau mengikut kehendak hati untuk berpindah. Mereka perlukan situasi yang tenang dan sepadan dengan apa yang mereka perlukan.


Hero Manchester United, traitor Arsenal


   Ada pemain tamak untuk mengejar gaji lumayan. Ada pemain terpaksa berpindah kerana sudah mengikat kontrak baru setelah ditebus dengan perjanjian baru. Tak patut pemain yang berhasrat untuk berpindah dilabel pengkhianat atau traitor. Pemain takkan dapat berpindah kecuali dengan kerjasama antara pemain dengan pengurus kelab. Mereka menentukan nasib pemain untuk terus kekal atau melabuhkan diri di kelab lain.

   Pemain yang berpindah kelab bukanlah satu perkara serius kecualilah jika kelab lama kehilangan pemain star. Di sini penyokong lebih kecewa dan marah berbanding dengan pihak pengurusan kelab lama. Tapi pemain yang berpindah status warganegara untuk bermain dengan negara lain, yang tu memang patut dikatakan traitor. Berpindah kelab okay, berpindah status warganegara itu teruk.


Too many clubs in one picture



   Isu setia atau loyalti tak perlu dimain dengan terlalu serius. Mereka berpindah bukan sebab sudah hilang kepercayaan atau kesetiaan pada kelab lama, mereka Cuma ingin lebih berkembang pada tahap maksima. Ada pemain percaya mereka perlu berpindah untuk terus meningkatkan prestasi pada tahap lebih cemerlang. Ada juga yang percaya ingin terus kekal dengan kelab lama untuk mengekalkan prestasi mereka.


Lionel Messi, masih kekal setia di Barcelona dan menjadi pemain terbaik dunia


SAT masih ada



   Final exam à TOEFL à SAT à ???

   Aku harap boleh rilek dan hidup tenang masa cuti. Tapi sayang aku masih ada exam SAT pada bulan depan. Erm, maknanya tinggal seminggu lagi untuk exam paling mahal yang pernah aku bayar dan ambil. Bayar RM330 tu besar nilainya. Kalau ikutkan exam TOEFL/IELTS paling mahal iaitu RM600+.

   Tapi bayaran TOEFL pihak penaja dah bayar. Cuma yang exam SAT aku kena bayar dulu baru boleh minta claim. Masalahnya aku dah daftar SAT sebanyak dua kali. Kiranya aku dah berabis RM600+ untuk SAT. sayangnya aku boleh claim untuk satu exam jer. Kiranya melayang juga duit RM300 aku. Argh!

   Apa boleh buat, exam yang pertama aku hampir-hampir nak capai requirement penaja tapi hampir la. Senang cakap aku gagal. Markah penuh SAT ada 2400. Penaja nak markah minimum 1400. Cuba teka berapa aku dapat? 1390 markah. Ya, celaka sungguh! Aku rasa 10 markah lagi kena tolak sebab kena tol, cukai GST, cukai import, penalti dan sewaktu dengannya. Argh, 10 markah lagi, kalau tak tak payah aku nak bazir duit nak ambil exam sekali lagi.

   Aku takde buku SAT. aku tak pernah belajar cara nak jawab soalan SAT sebelum ni. Aku cuma ambil test practise mingguan dengan budak-budak bond to USA. Ambil test mingguan tak guna juga sebab tak tahu berapa markah untuk setiap test dan bincang pun setakat ala kadar. Rasanya aku dah ambil lima kali test mingguan.

   Aku nak tiru masa SAT, memang tak boleh dari segala jenis segi. Exam SAT ada 10 bahagian dan tiap calon akan jawab bahagian berlainan antara satu sama lain. Kiranya aku jawab bahagian 3, orang sebelah jawab bahagian 5, orang depan jawab bahagian 7. Soalan sama Cuma pembahagian berbeza. Nak tiru? Dipersilakan kalau memang tersilap.

   SAT ni exam di mana kalau jawapan betul dapat markah, jawapan salah kena tolak markah. Kalau yakin betul, tanda jawapan. Kalau ragu-ragu, tak tahu atau main tembak jer, baik tinggal jer soalan tu sebab kalau salah kena tolak markah. Kalau betul 20 markah tapi kena tolak 14 markah tak guna juga. Sia-sia markah kau dapat.

   Apa yang aku boleh buat ialah buat review dan ulangkaji dengan soalan yang pernah aku jawab. Paling kurang aku ada usaha nak baiki markah SAT sebelum ni. Fikir-fikir balik lepas tengok apa yang aku dah buat dengan exam TOEFL dan SAT sebelum ni, buat semangat aku nak pergi USA rasa menurun. Ya, ‘menurun’ lagi. kadang-kadang rasa menyesal tak ambil bond to UK tapi pilihan dah dibuat dan aku tak boleh undur lagi.


   Rasanya peluang masih ada dan bersinar cerah. Ya, peluang tu satu harapan dan semangat baru.

Ahad, 24 November 2013

Boikot rokok haram….. dan rokok halal?



   Apa beza rokok haram dengan rokok halal? Tiada beza. Kedua-duanya sama bahaya dan boleh mengundang maut. Tiap-tiap sesuatu yang berbahaya dan memudaratkan adalah haram sebab boleh mendatangkan masalah kepada kita. Status haram atau halal hanya dilihat pada cara kemasukannya di Malaysia.

   Walaupun rokok tu datang secara seludup atau dijual secara sah, kandungan dalam rokok tetap tidak berubah. Maknanya isi dalam rokok itu membunuh walaupun rokok itu seludup atau sah dijual. Bezanya Cuma ada cukai atau tidak. Asap rokok tetap boleh membunuh orang di sekeliling.




   Rokok tu pembunuh senyap sebab kesannya boleh dilihat dalam masa lima atau 10 tahun lagi. sebab tu ramai orang tak kisah kalau hisap rokok berkotak-kotak. Orang yang menghisap rokok tak dapat menghalang daripada sifat ketagihan. Ini bermakna rokok tu macam sifat buruk tak dapat dikikis walau kita cuba berhenti.


   Perkara yang paling bagus adalah tak pernah merokok. Kalau dah terlanjur menjadi penghisap tegar, cuba berhenti perlahan-lahan. Cuba cari alternatif lain. Rasanya ada klinik yang menyediakan perkhidmatan untuk seseorang berhenti rokok. Kalau sayangkan umur yang masih panjang, sayangkan orang terdekat, berhentilah merokok. Boikotlah rokok haram…. Dan rokok halal.


Biar mati anak, jangan mati adat




   Apa mesej dalam peribahasa ni? Kalau bunuh anak maknanya aliran adat akan terhenti kerana orang tua akan mati dan tiada anak-anak muda akan menjaga adat lama ni. Maknanya peribahasa dilihat tak logik kerana sanggup membiarkan anak mati asalkan adat masih dipelihara.

   Mari kita tengok maksud anak dan adat. Anak merupakan generasi baru. Adat pula adalah cara hidup. Di sini kita dapat katakan anak bukanlah pemegang adat lama. Anak ialah suara baru, gelombang baru, pemikiran baru. Sifat pembaharuan/pemodenan ni sangat bertembung dengan adat.

   Apabila anak berjumpa dengan adat, akan berlaku satu perubahan yang sangat ketara. Apa yang akan berlaku pada anak? Sama ada anak tu akan mampu hidup di dunia penuh pancaroba, itu adalah cerita lain. Apa yang berlaku pada adat, semestinya suatu perkara yang buruk.

   Adat bertembung dengan arus moden akan menyebabkannya terhakis, dibiarkan dan terpinggir. Adat tak lagi diamalkan. Gaya hidup moden diamalkan. Sampai suatu hari, adat akan berkubur, gaya hidup moden akan mengambil alih peranan adat sebagai cara hidup baru bagi generasi baru, anak.

   Secara tak langsung, anak adalah pemusnah, perosak adat. Ini kerana adat lama takkan mampu bertahan lama dengan landskap kehidupan baru. Adat tinggal di rumah kayu beratapkan rumbia takkan mampu bersaing dengan gaya hidup di apartment mewah. Kehendak dan keperluan anak berbeza dengan adat lama. Jadi, terus terang adat lama akan mati.

   Adat akan mati jua, terkubur, menerima nasib dengan tamadun gemilang seperti Inca, Aztec, Rom, Mesir Purba dan Yunanu. Sehebat mana pun tamadun, ia akan terkubur juga. Sehebat mana pun adat lama berpegang pada pantang larang dengan alam, ia akan hilang juga. Adakah adat yang yang bakal terkubur sesuatu yang serius, teruk atau ancaman besar bagi sesuatu bangsa?

   Anak adalah generasi baru, bermakna anak memerlukan pembaharuan untuk survival, tak kira sama ada secara individu atau dalam komuniti. Setiap pembaharuan dan perubahan adalah untuk beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Jadi boleh dikatakan perubahan adat bukanlah sesuatu yang buruk. Ia lebih kepada pembaikian atau modifed untuk terus berjuang dalam hidup.




   Tapi perkara yang buruk adalah kita menukar adat kita dengan adat bangsa lain. Kita tidak merubah atau mencorak pembaharuan dalam adat kita tapi kita tiru adat orang luar. Itu perkara yang sangat tak patut. Adat adalah suatu perkara survival dalam hidup. Adat merupakan manual guide untuk kita terus hidup dan setiap manual guide sesuai untuk satu adat, berbeza dengan adat yang lain. Adat ikan hidup di air takkan sama adat pelanduk hidup di darat. Pelanduk mungkin akan berpindah daripada tanah pamah ke gunung tapi takkan mungkin survive dalam air.

   Kalau sayangkan adat lama atau tak nak adat lama dirobek dengan adat asing (budaya kuning), biarlah anak mati asalkan adat masih terus dipelihara. Ini kerana anak sebagai generasi baru akan menentukan survival bangsa/komuniti dengan merubah adat untuk beradaptasi dengan perubahan alam. Kecualilah jika anak copy paste adat luar dengan sesuka hati, maka survival komuniti berada di hujung tanduk runcing.

Selasa, 19 November 2013

Lupus kereta lama



   Baru-baru ni ada cadangan untuk melupuskan kereta yang berumur 12 tahun ke atas. Kalau ikutkan, cadangan ni pernah dibuat tapi tak dilaksanakan sebab dapat bantahan orang ramai. Come on la, kereta tu satu aset penting dan mahal. Takkan senang jer nak lupus kereta walhal masih boleh jalan atas highway.

   Siapa setuju nak lupuskan kereta kalau ambil masa 9 tahun nak bayar hutang kereta? Kiranya tuan kereta sempat jadi pemilik kereta selama 3 tahun lepas habis bayar hutang. Tup tup dah kena lupus. Kereta bukannya murah. Sesuka hati nak buang atau beli.

   Hutang kereta ambil masa 9 tahun baru boleh selesao. Jadi pihak berkaitan kena pastikan kereta-kereta yang dijual di Malaysia ada kualiti tinggi dan boleh digunakan sampai 15, 20 tahun. Kalau berkeras gak nak lupus kereta berusia 12 tahun, nampaknya sesuatu perlu dilakukan supaya orang ramai hanya ambil masa 5,6 tahun untuk bayar hutang. Mungkin gaji boleh dipertingkatkan atau harga kereta diturunkan selaras dengan gaji mininum di Malaysia.

   Soal keselamatan bukan hanya bergantung atas kereta jer. Banyak lagi faktor yang boleh diambil kira macam keadaan jalan raya, infrastruktur jalan raya, faktor pemandu, keadaan kereta dan cuaca. Kadang-kadang lembu melintas jalan raya boleh buat orang terbabas langgar pembahagi jalan. Maknanya kalau pelan untuk lupuskan kereta berusia 12 tahun gagal atau dapat bantahan, masih banyak lagi cara untuk tingkatkan keselamatan di jalan raya.

   Pasang lampu terutamanya di tempat berisiko kemalangan, tunjuk papan tanda kawasan bahaya, turap jalan berlubang, saman penternak haiwan yang lepaskan ternakan di jalan raya, dan buat pemeriksaan berkala di tempat tertentu. Contoh pasal lampu, masih ada banyak lampu yang tak kena pasang di jalan jauh daripada highway. Kebanyakkan tempat macam tu bas selalu kemalangan sebab pandangan mata terhad.

   Secara peribadinya, cadangan nak lupus kereta berusia 12 tahun memang tak beberapa sesuai di Malaysia. Baru jer 3 tahun habis bayar hutang dah kena lupus. Baru jer beli kereta secondhand, 3 bulan pastu kena tarik. Nanti bidang penjualan kereta secondhand menurun jatuh. Iyalah siapa nak beli kereta untuk 3,4 bulan sebelum kena lupus. Kalau kereta masih okay, kiranya boleh bawa di jalan raya.


   Lagipun lupus kereta berusia 12 tahun mungkin sesuai untuk kereta keluaran lama yang jarang-jarang sekali hantar bengkel dan tak pernah buat pembaharuan. Aku tengok ada jer kereta lama masih boleh bawa dengan selamat siap drift lagi. Apa pun cadangan ni patut diketepikan. Duit orang ramai tak cukup untuk beli kereta baru lepas 12 tahun lalu. Mereka beli kereta untuk boleh guna sampai anak mereka masuk universiti dan bukannya sampai anak mereka baru nak ambil UPSR.

K-Pop vs the rest

Nine Muses


   Kita ada kebebasan untuk memilih genre muzik. Pilih saja muzik selagi tak bawa perubahan negatif pada diri yang boleh menganggu orang lain. Sekarang ni dah banyak genre muzik bercambah. Kadang-kadang ada yang suka follow artis atau group band.

   Dekat sini aku nak cerita pasal K-Pop. Sebenarnya aku tak layan sangat apa-apa dari K-Pop. Running Man pun aku tak tengok satu episod full. Lawak memang lawak tapi memang bukan selera aku. Biasanya budak yang layan K-Pop ramai kena bash atau kutuk. Apa yang membezakan budak K-Pop dengan budak-budak lain?

   Kawan aku ada gak yang layan K-Pop. Dengar lagu, tengok drama, tarian, semuanya berkaitan dengan Korea Selatan. Apa-apa pun bidang hiburan dekat Korea memang hebat sebab mampu tarik peminat dari serata dunia (kau ada tak macam ni AF?). berbalik pada kawan aku yang layan Korea, dia tak ada pula kena bash. Kalau orang terserempak pun tak ada nak mention, “Dia ni minat K-Pop.” Padahal dalam phonenya bersepah lagu, gambar, dan video pasal K-Pop.

   Apasal dia tak kenal bash? Haha, come on la. K-Pop bukan perkara yang buruk. Orang yang layan K-Pop buat industri K-Pop macam cacat. Setakat ni aku kena kawan minat K-Pop tapi masih steady tak kena kutuk sebab mereka tak berubah apa yang diorang minat. Macam tukar gambar profile jadi Yoon Eun Hye ke atau tukar nama dalam FB/Twitter dalam bahasa Korea. Sumpah dowh rasa menyampah nak baca nama kawan dalam bahasa Korea. Diorang masih lagi berperangai Melayu (er, ni bukan rasict).

Yoon Eun Hye


   Apa yang aku tengok dalam FB budak-budak yang kena kutuk sebab mereka terlalu taksub. Diorang minat tanpa ada garis sempadan. Mekap tebal sampai muka jadi putih. Cakap sikit ada bunyi Korea (suara mendesik garau manja-manja). Baju dan stail rambut pun dah tiru artis K-Pop. Senang kata mereka berubah untuk meniru jadi macam artis K-Pop tapi serius, diorang memang fail. Nama IC Melayu, tapi kawan panggil ada bunyi Lee, Ryu, Moon. Apa kejadahnya.





   Orang boleh hormat kau minat muzik apa-apa pun. Kalau layan group macam Avenged Sevenfold atau System Of a Down itu masih lagi okay (layan lagu diorang memang okay dan best). Setakat ni takde lagi sesiapa nak sembelih ayam masa dengar lagu diorang ni. Kepala jer buat head banging tapi otak tengah baca biologi. Tapi sekali muzik tu buat kau berubah jadi orang sombong dan retis, kau dah hilang respect dan tak patut kena respect.

   Muzik tu seni yang di mana mesej dan melodi boleh difahami. Muzik mungkin boleh mengubah hidup kita jadi orang yang bermakna dan mengerti apa yang berlaku di sekeliling kita. Muzik buat kita insaf, sensitif dan perasan tentang perkara lain. Tapi muzik tak sepatutnya buat kau jadi pak turut. Muzik tak patut buat korang jadi artis klon. Muzik bukan pada fanatik tapi lebih pada memahami dan ketenangan jiwa.

Three Days Grace


   Kalau orang macam ni layan lagu metal ke rock ke atau apa-apa genre masih tetap kena bash sebab diorang takde pendirian.diorang ikut trend semasa. Satu hari nanti bila industri K-Pop jatuh dan diganti dengan T-Pop (contoh, bukan betul-betul), diorang akan tinggalkan K-Pop dan ikut T-Pop pula. Senang cerita, layan muzik buat kita mengisi kekosongan jiwa bukannya merosakkan imej diri.


   Jiwa biarlah pada K-Pop, J-Pop, M-Pop (Malaysian Pop), dead metal tapi imej dan pendirian masih lagi pada asal usul.

Isnin, 18 November 2013

Penghabisan semester ketiga



   Final exam dah habis. Dua tiga minggu letih berjuang dengan kertas-kertas soalan yang semakin pelik. Hari ni pula baru habis exam TOEFL dekat Mid Valley. Terus terang untuk semester ni exam TOEFL paling penting sebab penentu kelayakan universiti di USA. Tapi sayang malam sebelum exam TOEFL baru aku tahu format TOEFL. Sebelum ni aku mana ada masuk kelas TOEFL. Bukan bermakna aku ponteng tapi kelas TOEFL memang betul-betul tak wujud untuk program A-Level di kolej aku. Hanya budak ADFP belajar TOEFL dan SAT secara subjek wajib.

   Habis jer exam TOEFL, perkara pertama terfikir dalam minda ni adalah aku patut ulang balik exam ni. Ya, aku rasa aku tak buat dengan sehabis baik exam TOEFL. Exam TOEFL ni sama komponen dengan IELTS, ada reading, listening, speaking dan writing. Tapi TOEFL dikira lebih susah daripada IELTS. Yang pertama sebab kami memang tiada kelas TOEFL. Belajar TOEFL atas inisiatif sendiri. Faham-fahamlah kalau atas inisiatif sendiri, memang tak belajar sampai esok ada exam baru terhegeh-hegeh nak belajar. Kolej ada buat seminar untuk TOEFL tapi tak cukup lengkap sebagai persiapan kami nak ambil exam TOEFL.

   Yang kedua pula exam TOEFL ni memang berbeza format dengan IELTS. Contohnya dalam komponen listening, kau kena dengar lecture pasal academic course yang boleh buat orang tak faham. Apa tu bird migration? Macam mana bangunan Opera House diklasifasikan sebagai bangunan seni? Apa peranan darah dalam badan? Lagi satu komponen speaking kau terhad kepada 45 sampai 60 saat saja. Kau kena jawab dalam masa kurang daripada range itu. Lagipun masa preparation hanya ada 15 atau 20 saat.

   Yang ketiga aku memang tak bersedia nak ambil TOEFL. Aduh, aku baru jer habis final exam. Hari Khamis habis exam, hari Ahad ni kena pergi Mid Valley sebab nak ambil TOEFl pula. Sumpah rasa menyesal sebab tak tukar tarikh TOEFL pada bulan Disember. Baru ada masa nak buat persediaan. Lagipun bulan depan aku ada ambil exam SAT, buat kali kedua. Yeah, aku retake SAT sebab result SAT pertama tak lepas requirement JPA. Jadi untuk SAT kali kedua, terpaksa aku habiskan duit RM320 semata-mata nak ada harapan terbang ke negara Uncle Sam.

   Tapi kebanyakkan universiti di USA pandang SAT sebagai pilihan, bukan wajib. Diorang letak TOEFL sebagai syarat utama nak masuk sana. SAT tu pandang sebelah mata. Hehehe, I’m in deep right now. Perasaan aku kuat mengatakan markah TOEFL aku sangat rendah, kalau lepas requirement JPA rasanya sudah hampir lega dan bersyukur. JPA nak score 79/120. Tapi universiti aku minta paling rendah nak 80 sampai 100. Okay, good bye USA. See you there next year if I have another miracle and magic to do.


   Exam TOEFL ke laut, final exam pun ke lat dalam.ada ke patut exam fizik tak bawa kalkulator. Memang terkalis jari aku nak mengira laju. Tambahan lagi bila jumpa mass or charge of electron. Okay, I’m out from physics.

Jumaat, 8 November 2013

Kau sokong team BPL mana?







Husni: Eh, kau nak pergi ke mana ni? Macam handsome je pakai smart-smart malam ni. Dating?

Izzu: Tak adalah. Aku nak pergi makan kat luar. Ada match malam ni. Kau nak tengok tak?

Husni: Match apa? Kan Kelantan baru jer kalah dengan Pahang haritu. Ada timbal balik ke?

Izzu: Aduh, bukan match tu. Aku maksudkan match BPL. Kelab bola sepak inggeris.

Husni: Oo, team macam Arsenal, Bayern Munich, Real Madrid tu.




Izzu: Arsenal tu dah betul dah. Tapi Bayern Munich kelab Jerman. Real Madrid kelab Sepanyol.
Takkan kau tak tahu kot. Anak jantan mesti tau benda adrenalin macam ni.

Husni: Sorry, bro. aku tak layan sukan bola sepak ni. Tak kisahlah Malaysia punya ke atau liga luar. Aku bukan orang sukan. Buat apa aku minat?

Izzu: Eh, kau ni! Aku ni pun bukan orang atlit. Masa sekolah dulu pun tak pernah pun sekolah pilih aku jadi wakil pergi mana-mana acara sukan. Jadi budak milo tu pernahlah ada pengalaman. Pasal sukan ni tak perlu nak aktif main baru sibuk nak ambil tahu pasal dunia sukan. Minat yang penting bro.

Husni: Minat tak minat, dah memang tabiat aku tak suka benda aktif camni. Nak kejar bola, nak sepak bola lagi. cukuplah aku sekadar dengan buku-buku study ni.

Izzu: Tu silap kau. Jadi peminat tak perlu sampai nak masuk padang sekali dengan player bola sepak tu. Tengoklah setakat mana kau punya minat. Aku ni setakat tengok match, tengok highlight, follow twitter team bola sepak, okaylah. Ada gak orang suka sampai sanggup pergi stadium setiap kali ada match. Aku ni mampu beli jersi ni.




Husni: Oo, jersi HP ni team bola sepak rupanya. Ingatkan kau jadi promoter untuk HP pula. Sorry ar, aku ni memang tak pernah tengok lagi match bola secara live. Waktu kecik dulu pun tengok bola sepak peringkat daerah.

Izzu: Tak sama bola sepak peringkat daerah dengan peringkat liga ni, apatah lagi dengan liga famous ni, BPL. Liga-liga macam ni baru ada feel tengok bola. Semua player ada kemahiran professional dan bakat masing-masing. Gaji sebulan diorang beratus-ratus kali ganda dengan lecturer kita. Kau jangan ingat sepak bola macam tolak awek ke tepi. Ni semangat gila bola, main superb, memang perform tip top habis.

Husni: Camne kau boleh semangat tengok bola? Yang aku tahu pasal bola ni main 90 minit, kejar bola dalam satu padang, lepas tu rampas dan passing sampai boleh gol. Yang mana feelnya?

Izzu: Susah aku nak terangkan sebab kau pun jarang tengok match bola. Bila kau tengok baru boleh rasa feel gila bola. Macam kau main game dota setakat tekan mouse, gerak mouse, tekan keyboard, dengar apa si elf cakap tu. Mana feel seronok main dota tu? Lepas main baru rasa seronok tak terhingga.




Husni: Itu game. Memang kita  100% kawal player. Paling kurang aku aktif sikit masa main game. Gerak sikit-sikit. Ni tengok bola. Kau tengok jer pun. Duduk atas kerusi pastu sorak-sorak masa player favourite kau dapat bola. Aku rasa tengok bola ni benda pasif, main game baru jadi aktif.

Izzu: Lain bai. Kau tengok bukan sekadar tengok. Kau tengok macam kau duduk dekat stadium. Secara jelas kau nampak player through bola dekat kawasan gawang. Saper kata kita orang pasif? Yang orang tengok bola sambil ketuk-ketuk dram, bangun buat wave, sorak kuat-kuat sampai nak runtuh bangunan, yang tu masif pasif lagi?

Husni: Erm, buang masa la tengok bola. Sama jer kau tengok result dekat paper takpun dekat lawan web depa. Lagipun kita perlukan masa nak study kan. Tengok bola bukannya boleh buat team kau tiba-tiba jaring 6-1. Result tetap sama sama ada kau tengok atau tak.

Izzu: Ni yang payah nak cakap dengan kau ni. Senang-senang kau ikutlah aku pergi kedai tom yam depan sana. Baru kau tahu apa rasa feel gila bola lepas kau tengok Tottenham menang nanti.

Husni: Aku nak study wei. Bukan nak berpoya-poya.




Izzu: Ni bukan buang masa berpoya-poya. Kau tu pun hari-hari asyik study, bila masa nak rehat pula. Mari la tengok bola, kita pupuk semangat cintakan sukan. Semarakkan sukan dalam jiwa. Tengok bola baru boleh jadi penyokong takpun ultras sejati.

Husni: Erm, aku nak buat…….

Izzu: Tak payah nak bagi alasan macam-macam. Kau ni memang dah tahap kronik sampai tak kenal mana team, mana liga, mana bola, mana feel gila bola. Aku sebagai kawan memang rasa bertanggungjawab nak tanam feel gila bola dalam jiwa kau yang berkarat pasal sukan. Tak ada tapi-tapi lagi. Meh naik motor sekali dengan aku.

Husni: Ok, aku pergi. Janji wei lepas tengok match kau belanja aku sup ekor.

Izzu: Aik, elaun punya banyak ada hati nak suruh aku belanja. Kau tengok match dulu. Lepas tu kau nak makan apa makanlah. Tapi duit kau.


Husni: Ni yang aku tak suka nak tengok bola sepak ni.

Rabu, 6 November 2013

Tomorrow we’re gonna marching to fight this exam

    Tomorrow will kill me because i’m not preparing enough for exam. Starting from tomorrow until next week, my heartbeat will fastly pounding as the time gone by seconds. More worst, my TOEFL is day after my final exam end. That mean I end up this battle on 17th November.

   Chemistry, physics and mathematics, yeah like I care about these subjects core. I’m never how many score I can achieve but I’m being sponsored by JPA so I should give more concentration. Haha, just give more concentration than usual.

   I can imagine if we’re really put into war situation, I’am more like be the sniper one. It’s like I will not do anything. Just laying myself among the bushes and find the enemies and HEADSHOT! How many enemies can I kill? Just I’m sniper not the main soldier who hold their bayonet straight into enemies’ camp, so I think just enough killing until my bullet run out or until some sniper make headshot to me too.

   I don’t study, I don’t do proper exercises and where is my notes? So I’m should getting lower the cut off point. Haha, going there or not, I’m just end up with my old bad habit. Procrastination and freaking lazy.


   Well, tomorrow is never die. Wait, that tagline is for James Bond, not for me. Okay, tomorrow is exam. So can we go studying together, like an army of soldier go to battlefield with perfect strategic but will it work perfectly too? We’re gonna doing it and see the result, together.

Salam Maal Hijrah 1434H

    Tahun baru hijrah ni ramai orang mengajak untuk melakukan azam baru yang bersesuaian dengan status muslim dan muslimah kita. Bersungguh-sungguh tweet dan post di lama sosial suruh orang berubah jadi baik. Kadang-kadang orang yang tulis peringatan macam ni bukan nak jadi popular tapi untuk kesedaran diri dia juga sambil mengajak orang berbuat baik.

   Azam maal hijrah? Serius aku tak pernah kisah azam tahun baru sekalipun tahun baru masihi atau Cina. Bukan apa sebab aku tak beberapa gemar nak berikrar dan berjanji. Aku tak perlukan tahun baru untuk berazam dan berubah. Kalau niat dah terdetik, hidayah dah masuk dalam hati, tengah jawab exam A-Level pun kita bertaubat dengan perasaan sungguh lega masa jawab exam.

   Kalau korang nak tulis pasal azam korang aku tak pernah kisah. Lagipun aku lagi suka tengok korang memperbaharui azam macam korang semua saling mengapi-apikan semangat nak berubah jadi baik. Aku lebih suka pendam azam dan harapan secara peribadi. Aku bukannya ekstrovert, suka luah benda yang bersifat peribadi kepada semua orang.


  Oh ya terima kasih kepada sesiapa yang ucap salam Maal Hijrah dekat aku. Kalau korang nak aku ucap dekat korang pula, bolehlah tolong komen dekat bawah ni.

Selasa, 5 November 2013

Thor : The Dark World



   Di akhir cerita tukul Thor bertukar menjadi cangkul. Manakala Thor pula menjadi seorang manusia biasa di bumi untuk meneruskan hidup bersama aweknya, Jane Foster. Aik, betul ke? Hehe, gurau jer. Yang tu ending tak betul, tipu je. Yang sebetulnya tukul Thor masih ‘sihat’ dan boleh terbang dengan laju ke mana-mana saja.

   Cerita bermula dengan kisah lagenda di mana dunia berada dalam kegelapan dalam pemerintahan Dark Elf. Malekith sebagai ketua Dark Elf telah mencipta kuasa kegelapan baru iaitu Aethar untuk menghalang kemaraan tentera Asgard pimpinan Odin, datuk Thor. Sayangnya Malekith tak sempat guna kuasa Aethar kerana berjaya dirampas oleh Odin. Malekith bersama geng lain melarikan diri dengan janji akan meneruskan perang ni pada masa depan. Kuasa kegelapan Aethar sangat kuat menyebabkan Odin mengambil keputusan untuk mengurungnya di suatu tempat rahsia.

Tentera Dark ELf


   Loki telah dikurung dalam penjara bawah tanah atas perbuatannya di bumi. Thor pula berusaha mengembalikan kedamaian sembilan alam yang berlaku kekacauan atas sebab rancangan Loki. Thor hampir berjaya memulihkan balik suasana sembilan alam seperti sedia kala tapi dia masih bersedih kerana berjauhan dengan aweknya, Jane Foster.

   Sementara di bumi, Jane dan Daisy beserta pelatihnya, Ian telah menemui satu bacaan aneh di suatu tempat terbiar dekat London. Tarikan graviti di situ berubah dan seperti wujud ruang portal di kawasan situ. Jane menjelajah tempat tu dan tanpa sedar dia dibawa oleh portal ke tempat di mana Aethar dikurung. Jane telah dirasuk oleh kuasa kegelapan Aethar dan telah menghilangkan diri selama lima jam.

   Thor yang masih bersedih cuba bertanyakan penjaga gerbang tentang keadaan Jane di bumi. Penjaga yang mampu melihat sembilan alam dan trillion roh di semesta tu memberitahu yang dia tak dapat mengesan Jane di bumi. Thor yang menyedari perkara buruk telah berlaku segera ke bumi. Manakala Jane telah sedar daripada kerasukan dan kembali ke tempat itu. Dia terkejut bila diberitahu dia telah hilang hampir enam jam. Pihal polis cuba menahan Jane dan Daisy atas alasan menceroboh kawasan larangan.

   Tapi kuasa Aethar bertindak ganas dengan menghalang polis menyebabkan mereka tercampak jauh. Thor menyedari perubahan diri atas Jane cuba membawa dia ke Asgard untuk diubati. Rupa-rupanya Jane telah dirasuki/dijangkiti kuasa kegelapan Aethar dan tiada cara lain selain menjaganya dengan ketat.

   Manakala Dark Elf baru saja tersedar daripada tidur panjang telah menyedari kuasa Aethar berada di Asgard. Malekith mengambil keputusan untuk menyerang Asgard kekuatan kapal terbangnya yang invisible. Asgard gagal menangkis serangan Malekith yang datang tiba-tiba menyebabkan perisai perlindungan Asgard berjaya dipecahkan. Malekith gagal membawa pulang Jane kerana cedera teruk dan mengundur diri untuk melakukan satu lagi serangan. Dalam serangan tu permaisuri Asgard iaitu ibu Thor mati.

   Thor tidak setuju dengan terus menahan Jane di Asgard. Thor tahu Asgard sudah tidak mampu menahan serangan daripada Dark Elf lagi. maka dia merancang satu komplot untuk melarikan Jane ke tempat Malekith untuk membebaskan Aethar daripada Jane dengan bantuan Loki. Maliket yang menyedari kedatangan Aethar telah mendapatkan Jane di tempat mereka. Kuasa Aethar berjaya dilepaskan daripada Jane tetapi Thor gagal menghapuskan Aethar yang telah menyerap masuk dalam badan Malekith.

               

   Thor cuba melawan Malekith tapi gagal. Akhirnya Loki mati ketika berusaha menyelamatkan Thor. Thor dan Jane terkandas di dunia kegelapan itu. Secara tidak sengaja mereka terjumpa satu portal di dalam rekahan bukit yang menghubungkan portal yang berada di London. Mereka pun bergegas mendapatkan Daisy dan Prof Eric. Eric mengatakan tidak lama lagi proses pensejajaran akan berlaku di mana semua dunia akan berhubung antara satu sama lain.

   Mereka pergi ke perpustakaan London di mana dipercayai tempat akan berlaku proses pensejajaran dan portal antara dunia akan berlaku. Mereka perlu mencacak beberapa peralatan untuk menghalang proses pensejajaran berlaku sebelum Malekith datang melalui protal untuk menghancurkan semua dunia yang berhubungan dengan bumi pada masa tu.

   Malangnya Malekith telah muncul dan bersedia untuk membalas dendam bagi kebangkitan kuasa kegelapan. Thor cuba menghalang dengan melawan tentera Malekith. Thor yang berseorangan akhirnya berjaya menewaskan Malekith dan membawanya pulang ke tempat Dark Elf. Semua dunia yang terhubung di bumi dapat melihat kekuatan Thor melawan Malekith.

   Thor pulang semula ke Asgard dan meninggalkan Jane kerana dia sedar dirinya tak dapat hidup bersama dengan manusia yang pendek usianya. Raja Asgard ingin melantik Thor sebagai raja baru. Sebaliknya Thor langsung tak berminat dengan takhta dan hanya ingin membantu sembilan alam mencapai keamanan.

   Pada akhir cerita, terdapat satu kejutan di mana Loki hidup semula dan duduk bertakhta di kerusi raja Asgard.

Rating filem: 3 bintang

Ulasan:

   Filem Thor kalau ikutkan hanya sekadar filem biasa keluaran Marvel. Tiada yang istimewa atau di luar kejutan. Malah cara penceritaan seperti Iron Man 3 di mana penuh dengan elemen lawak. Iya, nanti boleh tengok Loki bertukar menjadi Kapten Amerika dalam filem ni.

   Pada permulaan filem nampak best dan menarik. Cuma bila Thor larikan Jane bersama Loki pergi ke dunia Dark Elf, peringkat klimaks rasa dah mula bergoyah. Padahal ketika tu Malekith mampu membunuh Thor dengan kuasa Aethar tapi dibiarkan hanya pengikutnya yang pergi membunuh Thor dan Loki. Satu lagi kuasa Aethar tak digambarkan suatu senjata yang cukup kuat. Apa yang boleh kita lihat sekadar perubahan sedikit fizikal pada Malekith yang beraura kegelapan Aethar.

   Sedangkan semasa Malekith melawan Thor di bumi, kuasa Aethar nampak lemah. Kiranya kelebihan kuasa Aethar yang sangat digeruni tidak ditonjolkan dengan lebih mendalam. Hal ni membuatkan kuasa Aethar nampak lembik dan lemah.

   Pertarungan di bumi hanya melibatkan Thor dan Malekith beserta tentera. Ia akan nampak lebih aksi dan klise jika disertakan tentera Asgard yang banyak peralatan canggih. Dalam filem ni ditunjukkan pasukan tentera bumi cuba melawan kapal angkasa Malekih tapi gagal kerana peluru berpandu mereka disedut masuk oleh portal dunia lain.

   Senang cerita, filem ni macam santai, umpama Thor pergi makan angin. Elemen serius macam tiada feel. Lagipun payah nak buat filem terbaik daripada tema superhero kerana terikat dengan jalan cerita skeptikal, menang atau kalah. Mungkin pengarah perlu lebih perah otak untuk fikir macam mana nak buat filem yang luar biasa daripada filem superhero lain tapi masih lagi nampak hebat pada aksi.


p/s: kalau tengok cerita Thor di pawagam, jangan balik lepas habis pawagam sebab ada scene tambahan. Padahal scene tu aku tak faham sebab kurang jelas maksudnya. Nak tahu filem tu betul-betul dah habis, lampu pawagam akan menyala. Selagi lampu belum menyala, pawagam masih gelap, cerita masih belum tamat.

Rahsia yang tersembunyi


   Ada banyak perkara dalam dunia yang kita langsung tak tahu. Apa yang kita tahu adalah perkara berkaitan dengan diri kita dan orang terdekat. Di kedai terjual suratkhabar dan majalah untuk mengetahui berita yang berlaku pada masyarakat tempatan. Dengan kelebihan teknologi sekarang, kita memiliki internet untuk mendapatkan maklumat dari serata dunia dengan pantas.





   Senang kata maklumat di hujung jari. Tapi masih ada perkara yang dirahsiakan, disembunyikan jauh daripada kita. Suatu maklumat yang sangat bahaya bukan kerana maklumat cara-cara membuat nuklear tapi disebabkan mengandungi kebenaran yang tak dapat diterima oleh orang ramai. Cuba bayangkan zaman sebelum orang Kelantan naik Firefly pergi ke Subang untuk tengok bola sepak di Shah Alam, sudah wujud era penerbangan pada zaman sebelum masihi. Sama ada perkara ni suatu tahyul atau kebenaran, orang kita lebih-lebih lagi masyarakat bumi tak dapat menerima fakta seperti ini.





   Sebab apa mereka tak dapat terima kenyataan macam ni? Susah ke nak terima yang kemungkinan zaman dulu telah memiliki senjata perang bertaraf nuklear atau laser? Bukti tak cukup? Macam mana nanti kalau ada kajian yang boleh membuktikan perkara mustahil sebegini dengan penerangan lengkap merangkumi bidang arkeologi, sains dan sosiabudaya. Yang pasti orang kita pasti akan menolak mentah-mentah kenyataan mengarut dan tak berpijak pada bumi walaupun diberi bukti kukuh.

   Cuba fikir, siapa mahu percaya sudah ada orang berjaya mencipta perkara moden malah lebih maju daripada zaman millenium sekarang ni. Aku pun pasti akan meragu juga pada permulaannya. Di sini logik akal memberitahu bahawa perkara mustahil macam ni tak boleh berlaku. Logik menyatakan zaman moden sekarang ni lebih maju dan baik daripada zaman kuno di mana pak kaduk masih berkajang kain. Logik juga membuatkan kita ego dan obses dengan kemodenan zaman sekarang.

   Bolehkah logik mengatakan bahawa selepas 2,000 tahun masihi dicampur dengan ribuan tahun merangkumi zaman Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik yang di mana boleh mencecah ratusan atau jutaan tahun baharulah manusia boleh moden? Maknanya kita menempuh zaman-zaman tersebut dengan kebodohan dan tak tahu apa-apa sehinggalah kita tiba zaman perindustrian British, baharulah kita boleh maju. Sedangkan dalam masa lebih 1,000 tahun terkebelakang bermula dari zaman kebangkitan kilang tumbuh macam cendawan selepas hujan, baharulah kita mencapai kemajuan.




    Sedangkan sifat semula jadi otak kita berkembang dan peka dengan keadaan sekeliling. Adakah ini bermaksud otak kita tidak berkembang dalam masa lebih ratusan ribuan tahun? Akal kita langsung tidak digunakan selama itu, logik ke? Sebenarnya kita malu untuk mengakui yang ada sesetengah zaman lebih maju daripada sekarang ni. Contohnya piramid. Sudah ada pengkaji tahu ke macam mana nak buat piramid. Macam mana binaan piramid boleh bertahan dari zaman berzaman sedangkan bangunan moden sekarang ni boleh runtuh dalam masa beberapa ratus tahun sebabkan ada struktur dah mula berkarat.





   Sekarang ni kita masih tak tahu tentang kenyataan di atas sama ada benar atau tidak. Kalau betul apa yang diutarakan, mahukah ada sesiapa yang ingin percaya atau masih terperangkap dengan ego? Jangan hanya bergantung pada logik. Kalau kita terus berfikir pada logik, sepatutnya kita masih menetap dalam gua. Ala, ikut logik la sebab orang nomad dulu-dulu pun hidup dalam gua.

Isnin, 4 November 2013

Pahang juara 1 - 0

   Goll!!!!! Tandukan cantik Martias Conti hasil hantaran Alex. WHAT A AMAZING GOAL!
   Semasa: Kelantan 0 – 1 Pahang






   Inilah detik yang sukar dilupakan untuk musim ni. Akhirnya Pahang menang juga melawan Kelantan, gergasi besar dalam dunia bola sepak sekarang ni. Akhirnya tahyul seperti Kelantan akan menang dengan jersi merah putih dan johan kumpulan akan menang dalam final berjaya dihapuskan oleh Pahang.






   Pahang main biasa jer tetapi kelebihan lebih berpihak pada negeri Makmur sebab jentera serangan Kelantan sudah tumpul oleh hujan lebat. Padang basah ni memang leceh bagi team yang suka main laju-laju atas padang. Pahang rilek jer sebab corak permainannya perlahan dan tenang. Ditakdirkan semalam hujan, memang sesuai dengan ‘ketenangan’ permainan Pahang. Kelantan pula tak dapat nak beraksi buas dan terpaksa pula bermain perlahan yang tak sesuai dengan corak permainan sebelum ni.

   Match ni kira biasa je sebab menang satu goal. Lagipun hujan lebat semalam buat banyak pemain tak dapat nak beraksi cemerlang. Astro Beyond pun tak dapat nak mempamerkan aksi cemerlang walaupun piring mahal dengan caj yang bakal dinaikkan lagi. aku dari semalam lagi kutuk Astro sebab masa hujan jer, terus tak dapat liputan. Angin kuat sikit jer terus skrin televisyen jadi gelap. Padahal Astro ni dibayar mahal. Aku pakai piring biasa dan tak langgan Astro relak jer boleh tengok televisyen masa hujan atau ribut kuat tanpa terganggu.






   Lagipun aku tak kisah siapa-siap menang sebab aku ni orang pantai timur. Sedih gak rasa sebab Terengganu tak masuk final. Aku lebih suka sokong Pahang sebab ayah aku orang Pahang. Aku ni pula orang kelahiran Besut dan lama menetap di sana. Kalau ikut resam orang Besut, memang akan sokong Kelantan biarpun duduk bawah pemerintahan Terengganu. Nak buat macam mana, cakap pun dialek Kelantan. Tak bunyi dah loghat Ganu.

   Tapi tak kisahlah kau nak sokong siapa-siapa. Semangat berpasukan ni merentas darah keturunan dan budaya. Sokong Kelantan boleh, sokong Pahang pun boleh. Jangan jadi macam JDT pula, hahaha. Baru naik liga dah perasan macam menang treble. Jangan pelik la kalau jadi pasukan paling banyak kena kutuk di laman sosial. Contohi team-team lain corak perjalanan diorang dalam mendaki kejayaan untuk berjaya menjadi juara seperti Pahang, juara semalam. Bukannya beli pemain import mahal-mahal dan ambil pemain negeri lain dengan bayaran mahal.


   Tahniah Alex sebab jadi pemain terbaik untuk match semalam.

Jumaat, 1 November 2013

November Rain


   Aku tak pernah tahu setiap bulan ada nama manja tersendiri. Aku baru tahu yang Oktober ni nama manjanya SKY. Selalu gak aku tengok promosi yang dibuat oleh budak-budak ADFP tentang program mereka macam kebajikan, derma darah, karnival, dan lain-lain lagi yang aku tak tahu sebab tak pernah pergi. Haha. Setiap kertas iklan yang ditampal pada dinding bangunan tertulis “Oktober Sky”.

   Apa maksud ‘sky’? Sesuatu yang baik, berbentuk harapan atau sifat yang boleh sebut sebagai ‘a good samarithan’? Aku tak pernah pula terfikir nak tahu pasal perkara remeh temeh ni (betul ke?). yang aku tahu bulan Julai ni dinamakan sempena nama Julius Caesar. Sekarang ni masuk pula bulan November, ramai budak tweet dengan hashtag (#) “November Rain”.

 November Rain, bunyi macam orang tu pernah duduk dekat pantai timur semenanjung Malaysia. Tiap-tiap musim tengkujuh, bermula pada November, segi tiga pantai timur akan dilanda hujan. Terengganu, Kelantan dan Pahang selalu sangat menjadi mangsa bah besar. Kalau hujan turun pada bulan November dan Disember, dah tahu sangat banjir akan turun. Berhari-hari hujan tanpa henti. Yang peliknya cikgu masih rajin buka sekolah nak beri tuisyen dekat anak murid. Bagus cikgu macam ni, sifat mengajar sentiasa membara walau budak-budak dah sejuk mengeletar.


Adakah November Rain ini merupakan sebuah lagu berpuisikan kesedihan?




   Apa signifikan November Rain? Aku selalu baca tweet (bukan stalk, dah ada dekat timeline aku) budak-budak wish pada November Rain. Aku tak faham apa erti November Rain pada diorang. Mungkin pada bulan November diorang dah start couple sampai panggil pakwe sebagai Mr. November. Sweet?

   Aku rasa November kali ni memang “rain” habis. Minggu depan ada final exam untuk semester ketiga ni. Habis jer final, kena ambil exam TOEFL pula. Lepas tu, bulan Disember ni ada retake untuk SAT pula. Banyak masa, tenaga dan DUIT habis untuk situ. Memang “rain” gila aku kali ni. Semester ni layak dipanggil “rain”, bukan khusus untuk November.

   Aku anggap “rain” ni sebagai tanda kesedihan, kepenatan dan penyesalan. Mungkin November Rain sebagai simbol kesedihan. Tapi “rain” (hujan) boleh juga dianggap musim rahmat. Hujan tu kan rahmat. Hujan turun untuk lembapkan tanah, suburkan tanah untuk tanaman, beri bekalan air bersih lagi suci untuk penduduk alam. Hujan juga ni merupakan masa rehat. Bila hujan, orang akan mengantuk cepat dan terus tidur. Bangun jer rasa terus segar.


   Bagi korang, apa maksud November Rain? Tapi aku memang takkan wish November Rain atau Disember ________ (maaf, aku tak tahu lagi tagline untuk bulan ni) dekat twitter dan Facebook. Rasa macam gila dan paranoid ucap benda yang sia-sia. Macam budak-budak yang suka ucap, “Dear exam, please be nice to me”. Rasa cam sakit jiwa.

Rabu, 30 Oktober 2013

11 orang misteri

   Tahu tak cerita pasal 11 orang misteri yang berjubah hitam tengok bola di stadium Stamford Bridge masa Chelsea lawan Manchester City? Dekat dahi diorang ada satu lambang segi hitam terbalik. Konon-konon nak tunjuk diorang ni adalah alien yang tengah cari pemain terbaik dunia.




   Mula-mula tahu pasal ni terkejut juga sebab ingatkan diorang ni geng Illuminati. Pakai jubah macam tengah buat ritual Black Magic. Lepas tu fikir macam mana diorang boleh lepas kawalan keselamatan dalam keadaan yang penuh mencurigakan. Sebelum ni diorang pernah muncul di suatu stadium di mana pasukan Bayern Munich tengah berlawan.

   Aku pun carilah berita pasal 11 orang misteri ni dekat website. Lepas tu aku baru tahu cerita misteri pasal diorang ni. Slogan 'winnertakesearth' (pemenang akan ambil alih bumi) seolah-olah bumi nak berperang dengan alien. Yang lebih lucu, bukan perang pakai senjata terbang tapi guna bola sepak.

   Lepas tu negara-negara yang masuk bahagian dalam Piala Dunia atau World Cup 2014 turut diserang dengan logo aneh iaitu 'winnertakesearth'. Mesej misteri ni nampak macam serius dan menakutkan. Tapi kalau fikir betul-betul, ni adalah konspirasi FIFA untuk promosi World Cup 2014. Iyalah benda ni takkan berlaku kalau tiada komplot dari orang dalam.

   Aku perasaan benda ni merupakan konspirasi FIFA (tak teruk pun kalau dibandingkan dengan konspirasi Freemason) dari logo baju 11 orang misteri tu. Aku tengok lambang kat tengah tu serupa macam bola, manakala benda yang berlingkar di sekeliling adalah stadium. Aku perasaan sebab selalu main PES13. Kalau korang main champione ligue dalam PES13 akan perasaan stadium macam dengan stadium Wembley.

New York City

New York City

Rio, Brazil

Rio, Brazil

UK

UK

   Aku rasa benda ni drama sandiwara dari FIFA je. Sebelum ni takde apa-apa gimik masa World Cup. Idea alien vs human through football nampak macam menarik dan kreatif juga. Mungkin lepas final World Cup, akan ada final of the final di mana 11 pemain terbaik dunia akan lawan alien. Yang aku nak tahu macam mana design jersi baju alien tu. Yang aku nampak Bola Kampung The Movie dah buat cerita manusia lawan alien pakai bola sepak. FIFA tiru idea ni.

Cerita-cerita seram di sini 2.0



   Dulu aku pernah cerita kisah seram yang ada di Pusat Asasi UIAM dekat Petaling Jaya. Sebenarnya dekat sana aku tak pernah pun mengalami pengalaman pelik disebabkan jodoh aku di UIA hanya selama sebulan. Lepas tu aku berpindah pula ke Intec. Persoalannya, adakah di Intec juga mengandungi kisah-kisah hantu?

   Sepanjang tiga semester aku berada di sini, belum lagi aku berjumpa dengan sesuatu yang tak diingini. Lagipun dekat sini jarang orang bercerita tentang hantu. Kalau hantu dekat pawagam tu lain pula cerita. Yang tu cerita dengan kolej Cendana. Tiada bunyi pelik. Tiada penampakan aneh. Tiada bau atau tangisan merengek-rengek di malam hari. Segalanya normal.

   Tapi lain pula cerita bila aku berpindah kolej di Cemara. Mula-mula masuk sini rasa creepy gak sebab kolej ni nampak usang dan buruk. Maklumlah kolej lama tapi bagus sikit daripada kolej Abu Bakar dekat CFS IIUM. Ada pula nak banding kolej dengan UIA. Lama-lama tinggal sini baru aku mendengar cerita hantu.

   Tiap-tiap malam kau boleh dengar bunyi kerusi bergerak sama ada dari bilik kau atau bilik lain. Kalau bilik lain kau boleh anggap diorang study tapi betul ke? Gangguan bunyi perabot bergerak ni hampir setiap penghuni boleh dengar. Aku pun tiap-tiap malam boleh dengar sebab tidur lambat. Aku tahu dekat ruang tamu tu kosong dan semua orang dah tidur tapi kenapa masih ada bunyi kerusi bergerak?

   Cerita hantu semakin bertambah ketakutan dengan wujudnya page INTEC CONFESSION yang bertujuan untuk melafazkan rasa suka pada crush. Tapi aku belum confess lagi pasal tu. Ada juga budak yang confess cerita hantu dekat situ. Mula-mula cerita pasal bunyi kerusi bergerak dari bilik lain padahal bilik tu kosong!

   Lepas tu cerita nampak penampakan lembaga putih dekat ampaian, sebelah ruang tamu dan dapur je. Bayangkan malam-malam kau nampak macam benda putih tu bertenggek dengan ampaian. Kau nak assume apa lagi? Pergi tidurlah cepat. Kan benda tu melekat pula dekat kau. Cerita semakin berkembang dengan bunyi cakaran dari dalam almari, nampak kaki terlunjur di bilik air, nampak perempuan tidak bermuka tengah melambai muka dari kolej lain, mimpi nampak lembaga putih tengah buat gaya solat tapi bukan solat, dan macam-macam lagi cerita confession yang dipost dalam page tu.

Setakat ni tiada cerita-cerita khusus tentang perkara seram ni. Dekat sini tiada pula kem askar zaman dulu atau cerita lagenda budak bunuh diri atau amal ilmu hitam. Cerita seram dekat sini hanya berlaku jer, tanpa sebab atau puncanya. Masalah cerita hantu ni hanya berlegar dalam kolej Cemara dan Akasia. Cemara ni kolej lelaki (dulu ada dua blok untuk perempuan tapi mereka dah berpindah ke Akasia). Akasia ni pula kolej perempuan dan jarak kedua-dua kolej hanya seberang jalan. Hanya kolej Cendana saja terasing jauh di ceruk Seksyen 6.

   Kolej Cendana ni bersih dari cerita hantu, setakat aku tinggal selama dua semester di sana. Aku pernah duduk seorang dekat sana dengan satu laman blok semua gelap gelita tiada orang. Nilah padahnya balik awal sangat lepas cuti hari raya. Tapi alhamdulillah tiada pula berlaku kes dunia ghaib ni.

   Aku dah lama tak baca confession di INTEC CONFESSION sebab internet biru ni lembap sangat. Yang aku tahu cerita-cerita hantu dah berkurangan. Ni mungkin sebab kitaorang ni ada final exam dalam dua tiga minggu ni. Aku tak jamin sama ada cerita hantu ni betul ke tak. Penulisnya kita tak tahu siapa. Hanya orang pernah kena saja yang tahu tentang ‘kekerasan’ kolej ni.

   Kalau tak nak kena ganggu perlu tanya senior lama tentang tip jaga bilik takpun pergi terus tanya ustaz. Kalau dapat bilik baru, jangan terus tidur atas katil. Kibaslah dulu atas katil untuk buang kekotoran walaupun nampak bersih. Masuk bilik bagi salam. Rajin-rajinlah mengaji. Paling kurang cuba solat dalam bilik tu untuk beri petanda bahawa ahli bilik adalah orang islam. Yang paling penting sekali jangan buat maksiat dalam bilik.

   Banyak bangunan jadi berhantu sebab penduduknya banyak buat perkara maksiat. Tak percaya cuba cari cerita tempat berhantu di Malaysia dekat Google. Paling penting sekali kuatkan hati. Jangan jadi lemah semangat. Orang yang lemah memang senang kena buli. Budak kecil pun berani pijak kepala. Kalau jadi orang kuat, orang pun hormat dekat kita.


   Kalau ada sesiapa nak buktikan kesahihan cerita ni, bolehlah datang ke kolej Cemara. Mungkin Uncle Seeker boleh buat kajian paranormal dekat sini. Mana tahu Uncle boleh dapat gambar terbaik dari INTEC. Diorang pun nak bergambar juga. Tapi tak jaminlah sebab pak guard memang tak bagi orang luar masuk tanpa kebenaran. Budak-budak Cemara sendiri nak masuk pintu pagar kena tunjuk ID student. Creepy lagi kan daripada cerita-cerita seram.