Khamis, 13 Jun 2013

Nak couple ke tak?


   Siapa yang tak pernah couple, sila angkat tangan. Secara jujurnya aku tak pernah pun terjebak dalam masalah couple ni. Kalau menyimpan perasaan atau ada crush itu normallah. Perasaan tu suatu fitrah.


   Adakah couple ni suatu masalah? Cikgu larang couple, siap pasang nota dilarang berdua-duaan. Keluarga pula tak suka tengok anak kesayangannya asyik memadu kasih. Masyarakat lagilah rimas tengok pasangan macam belangkas. Kalau mereka yang couple terdiri daripada budak-budak sekolah, itu memang satu masalah besar.


   Kenapa pula perlu ada diskriminasi dengan budak sekolah? Sebab mereka masih belum cukup matang dan tak sedar dengan hakikat kehidupan sebenar. Mereka ke sekolah untuk belajar, mencari kawan sebanyak mungkin, bina hubungan baik dengan cikgu dan melatih diri dengan asas kepimpinan. Tak pernah lagi aku dengar ada ikrar sekolah yang kami nak couple tapi itulah perkara yang mereka kejar.


   Sedarlah, hubungan couple dalam peringkat sekolah tak dapat bertahan lama. Betul ni. Paling lama pun setahun dua. Dah sampai enam bulan perhubungan dah ada tanda-tanda retak. Aku tahu ni pun sebab tengok kawan-kawan aku yang suka couple. Tahun ni dengan awek sama kelas. Tahun depan pula dengan awek kelas sebelas pula. Payah nak kekal hubungan couple di peringkat sekolah sampai ke jinjing pelamin. Tapi kalau ada kes mengandung luar nikah atau ditangkap basah, padan muka!


   Senang je nak tau mengapa hubungan couple antara budak sekolah tak tahan lama. Mereka tak serius langsung pun dengan hubungan ni. Mereka tiada komited nak berjanji apa pun kecuali palsu dan manis. Mereka anggap hubungan ni sekadar main-main dan suka-suka untuk puaskan hati. Kalau dapat awek cantik, mereka juga untung sebab hebat boleh pikat ‘bunga’ idaman.


   Berbeza pula dengan pasangan couple yang terdiri daripada orang dewasa yang sudah bekerja. Mereka couple untuk mencari pasangan hidup. Mereka ada tujuan untuk berkahwin. Mereka berkenalan untuk mengenali hati budi masing-masing. Mereka cuba untuk mencari keserasian agar rumah tangga yang bakal dibina boleh kekal berpanjangan.


   Habis tu budak sekolah atau yang masih belajar di universiti, apa yang mereka harapkan dalam hubungan cinta ni? Kahwin? Pekerjaan tiada, macam mana nak sara keluarga. Mentaliti mereka masih belum cukup masak nak menangani masalah dalaman keluarga. Ilmu rumah tangga belum cukup mantap nak didik isteri atau anak-anak. Kahwin bukan soal nak hidup cinta sejati tapi berkait rapat juga dengan pembinaan ummah.


   Mereka couple sebab mereka terlalu mengikuti perasaan. Mereka seperti rasa suka dengan seseorang. Mereka jadi angau dan mahu bercinta. Di sinilah lemahnya mereka sebab tak dapat mengawal perasaan. Kawal hati ni daripada mudah terikut perasaan. Kita tak boleh kawal diri untuk pilih siapa orang harus kita cinta. Tapi kita masih ada kekuatan untuk tahan sampai masa yang sesuai.


   Dah kata cinta tu sejati, sanggup buat apa saja dan berani untuk menegakkan cinta. Kalau begitu, lamar saja dia. Pinang terus biar dia jadi jaminan kita sampai masa nak berkahwin? Masalahnya, betul-betul berani ke dik? Dalam mesej bolehlah main sayang-sayang, cinta-cintun tapi realiti hidup masih ditanggung keluarga.


   Tak payah nak berangan couple dengan siapa-siapa pun. Jarang orang couple dapat fokus dalam pelajaran. Kawan pun malas masuk campur nak ganggu hubungan yang ‘suci’ sangat tu. Masa bahagia senang hati sampai tak nak belajar. Rela kena marah dengan cikgu asalkan boleh tengok muka si dia. Masa dah putus cinta, rasa sakit hati sekali. Nak tengok buku rasa geram bercampur sedih. Mulalah hidup rasa putus asa.



   Tak payahlah nak susahkan keluarga, cikgu atau kawan-kawan. Kata dah besar panjang. Maknanya dah boleh fikir mana yang baik atau buruk. Tak payah susah-susah nak kenyitkan mata dan muncungkan bibir. Rasanya awal sangat nak test siapa empunya tulang rusuk kiri kita. Lebih baik cari dulu tuhan yang maha esa agar hidup ni sentiasa berkat.


Tiada ulasan: