Menjadi penyanyi
memang satu idaman dan impian bagi orang yang ada suara yang merdu. Malah ada
juga orang yang bersuara sumbang juga bercita-cita hajat nak menjadi penyanyi.
Perkembangan bidang nyanyian di negara kita sangat aktif dan galak mencari bakat-bakat
baru.
Letusan bidang
nyanyian semakin mantap dengan cetusan rancangan Akademi Fantasia, Mentor,
Vokal: Bukan Sekadar Rupa, dan pertandingan nyanyian di peringkat kampung.
Kewujudan program realiti banyak mencungkil bakat-bakat ke peringkat nasional
dan terkenal di media massa kita. Lambakan penyanyi ini juga banyak membawa
kesan negatif dalam industri seni ini.
Soalnya sanggupkah
anda menyanyi? Dalam usia yang muda, tentu seronok bila dah jadi glamour dan
ada duit banyak. Kerja anda menghibur orang dan berlatih menyanyi di studio. Ke
mana sahaja anda pergi, orang akan kenali anda dan mahu bergambar bersama.
Pakaian anda akan dapat tajaan butik mahal. Pentas anda selalu terdiri daripada
peminat-peminat setia. Sekali menyanyi terus dapat ribuan.
Saya ingin menanya
lagi, sanggupkah anda menyanyi sampai ke tua? Pernahkah anda terfikir untuk
berhenti menyanyi bila dah popular? Sebabnya survival anda dalam bidang yang
penuh persaingan adalah bakat dan popular serta kecantikan. Bakat? Asalkan anda
suara yang sedap didengar. Lagipun bakat kurang dihargai di sini. Asalkan anda
bawa lagu mudah catchy dan ada aset yang cantik, maka anda dapat survive.
Cuba bayangkan,
sanggupkah anda menyanyi dalam usia 40 atau 50 tahun? Tenaga dah berkurang,
bakat-bakat muda semakin berlambak. Anda seolah-olah dah menjadi penyanyi retro
dan lagenda. Lagu-lagu yang dulu meletop kini hanya tinggal kenangan. Lagipun
dengan memutar balik lagu-lagu lama tak dapat nak menyumbang pahala, bukan?
Kecuali jika anda ada memuji Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam lagu tu.
Ala, lagu sekarang
yang popular mana ada unsur ketuhanan. Kebanyakkan mengenai isu cinta, jiwang
dan romantik. Nak lagu ketuhanan sila layan nasyid. Zaman muda bolehlah melaram
cantik, buat gedik-gedik, jadi playboy/playgirl, kerap masuk suratkhabar,
tayang kecantikan anda. Tapi bila anda dah meningkat tua, adakah anda dah
semakin berani atau malu nak buat perangai seperti zaman muda dulu?
Bila kita jadi tu,
kita selalu suka melihat masa silam. Anda rasa bersalah, malu atau seronok bila
tengok masa silam sebagai penyanyi popular? Tak sedar diri menjadi bodoh atau
bijak bila ditanya soalan cepumas daripada wartawan. Ada artis yang bijak
menjaga hubungan dengan sesiapa pun. Malah tahu menjaga diri daripada gosip liar
dan selalu berdisiplin ketika bekerja menyebabkan nama anda disenangi oleh
semua orang.
Tapi jika dulu anda
selalu ponteng kerja, menuduh wartawan, sengaja cari pasal, soalnya sanggupkah
anda melihat diri anda dulu? Anda selalu tertanya-tanya, adakah orang ramai
masih teringat macam buruknya perangai aku ni?
Soalnya aku bukan
nak burukkan orang yang menjadi penyanyi. Aku sekadar nak ajak orang berfikir
untuk berhati-hati. Menjadi orang popular dan digilai tidak mustahil anda boleh
terjebak dalam penyakit gila dunia. Saya tulis saja nak ingatkan supaya selalu
menjaga imej agar tidak tercemar dek perbuatan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan