Sabtu, 19 Mac 2011

Kesempatan taubat tanda kasih Allah


Kesempatan  taubat  tanda  kasih  Allah


Manusia  sememangnya  tidak  akan  terlepas  daripada  melakukan  kesilapan.  Ini  kerana  manusia  turut  dikurniakan  dengan  nafsu  selain  diberikan  akal  untuk  menilai dan berfikir  baik  serta  buruk sesuatu  perkara. 

Kisah  antara  akal  dan  nafsu  dapat dilihat menerusi hadis riwayat Muslim yang menerangkan bagaimana Allah SWT mencipta kedua-duanya dan berfirman kepada  akal dan  nafsu.  Firman Allah SWT : “Wahai akal! Mengadaplah engkau.” Maka akal pun datang mengadap ke depan Allah SWT yang kemudiannya berfirman : “Wahai akal! Siapakah aku dan siapa pula  engkau?” Lalu akal berkata : “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”Lantas Allah SWT berfirman yang bermaksud : “wahai akal! Tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada  engkau.”




Setelah itu, Allah SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT  berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah aku?” lalu nafsu berkata :”Aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Kerana  jawapannya itu, Allah SWT mencampakkan nafsu ke dalam neraka Jahim dan mengeluarkannya selepas 100 tahun diseksa lalu Allah berfirman : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Dijawab oleh nafsu : “Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.” Lalu Allah SWT menyeksa nafsu dalam neraka Juu’ (lapar) selama 100 tahun tanpa makanan dan minuman. Setelah dikeluarkan, Allah SWT berfirman : ”Siapakah engkau dan siapakah Aku?” akhirnya nafsu mengakui dengan berkata : “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.”




Kita dituntut berpuasa kerana ia satu-satunya cara untuk mengekang nafsu daripada menguasai diri kita. Bagaimanapun jelas di sini, nafsu memang banyak memainkan peranan dalam perbuatan tetapi selagi roh tidak berpisah daripada badan, manusia diberi peluang untuk bertaubat sebagai tanda betapa kasihnya Allah pada hamba-Nya. Atas sebab itu juga, syarat utama taubat adalah memohon keampunan daripada dosa yang dilakukan, yakni meninggalkan segala dosa, berazam tidak mengulangi dosa itu lagi dan menyesali segala dosa silam.




Jika ada dosa berhubung dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada orang tersebut. Jika hak orang diambil, hendaklah ia dikembalikan. Seandainya sukar melakurkan demikian, hendaklah didoakan orang yang dianiayai itu dengan memohon ampun ampun baginya. Sebagai orang islam, apabila melakukan dosa besar, menjadi kewajipan bagi untuknya bertaubat. Hukum bertaubat adalah wajib, iaitu berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat sebenarnya.”   (Surah An-Nur , ayat  31 )



Bagi orang yang bertaubat nasuha menurutsyarat yang ditetapkan, taubatnya akan diterima Allah SWT selagi kesempatan bertaubat masih diberikan kepadanya , selagi pintu taubat terbuka. Sesungguhnya Allah SWT cinta kepada orang yang bertaubat dan segala dosanya akan diampunkan, seperti mana firman-Nya : “Allah cintakan orang bertaubat dan cintakan orang bersuci.”    ( Surah Al-Baqarah, ayat 22)




Rasulullah SAW turut menekankan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud : ”Orang yang bertaubat daripada dosanya samalah seperti orang yang tidak berdosa.”


Jumaat, 18 Mac 2011

Solat Sunnat Istikharah

 


Solat Sunnat Istikharah




Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.





Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.





Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.




Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.





Tata Cara Shalat Istikharah



Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.



Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”




Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir



Ertinya:-


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



Selasa, 15 Mac 2011

Sense Of Urgent / Pantas Bertindak 2




Sense Of Urgent / Pantas Bertindak



Dalam hidup ini, kita haruslah peka dengan suasana sekeliling. Kita kena sedar apa yang sedang berlaku dalam keliling kita. Jangan biarkan kita hidup dalam kera sumbang dan bagaikan katak di bawah tempurung. Kita hidup dalam komuniti awam yang normal. Jesteru, sebaiknya kita bergaul dengan mereka, bertanya khabar, ziarah- menziarahi, dan memupuk semangat kejiranan yang jitu. 



Peka dengan keadaan sekeliling merupakan satu perkara penting, bagi memastikan kita dapat bebas daripada zon selesa. Kita sudah lama terlena dengan asyikan mimpi yang penuh khayalan. Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bangkit semula daripada mimpi panjang. Dalam diri kita haruslah bersegera dalam bertindak iaitu sense of urgent / pantas bertindak.



Mengapa kita harus datang lambat ke sesuatu tempat sedangkan kita boleh merancang untuk datang awal? Apakah kita sudah berfikir kita memang lambat atau ada sesuatu yang tidak kena? Yang pertama, kita kenalah peka dengan keadaaan sekeliling. Dalam kata mudah, melihat arus perubahan di sekeliling kita. Kalau orang di sebelah kita berjalan laju, mengapa kita harus berjalan perlahan? Kalau kawan kita sudah bersiap sedia ke tempat kerja, mengapa kita masih lagi berbaring di atas katil. Sedarlah sekarang. Mengapa kita harus ketinggalan jauh kalau semua orang sudah maju ke hadapan? MENGAPA???



Ianya sesuatu tidak betul kalau kita mengikuti bulat-bulat apa orang di sekeliling kita buat. Tapi ianya sesuatu yang bernilai kalau kita maju sedikit daripada mereka. 


Sebagai contoh : 



1. kalau kawan kita bangun pada pukul 6 pagi, usahakanlah diri kita untuk bangun pada pukul 5.30 pagi. Dengan ini kita dapat mandi dengan lebih awal. Maka tubuh badan kita lebih segar untuk menunaikan solat tahajud dan solat subuh berjemaah.




2. kalau orang di sekeliling berjalan ke tempat kerja, usahakanlah di ri kita untuk menandingi dirinya dengan berlari. Jadi kita akan sampai lebih awal daripada dia dan kita lebih bersedia untuk bekerja seterusnya bersemangat untuk melakukan kerja-kerja lain.



3. kalau teman sepejabat sudah menyiapkan tugasan pada hari ini, usahakanlah diri untuk menyiapkannya pada semalam hari lagi. Dengan ini, kita akan mempunyai masa yang berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga dan kawan-kawan. Tak lupa juga masa bersama dengan tuhan iaitu beribadat.

 


Nampaknya ianya sesuatu yang penting untuk memiliki perasaan peka terhadap suasana sekeliling. Ianya bukan mudah untuk dicapai tapi tak susah untuk diusahakan. Hanya orang yang bersungguh-sungguh sahaja dapat membulatkan matlamatnya. Bak kata orang, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 




Peka dengan keadaan sekeliling dapat diperlihatkan dengan memerhati perubahan di sekeliling, tindakan orang di sekeliling, matlamat yang hendak dicapai, dan apa tindakan yang perlu kita ambil.




Sesuatu yang susah lama-lama akan menjadi senang jika kita terbiasa dengannya.