Sabtu, 15 Jun 2013

Nak pergi pawagam atau surau?



   Bila masa sesuai untuk menonton pawagam? Malam, pagi atau petang? Biasanya aku pergi beli tiket untuk waktu petang. Cerita habis lebih kurang pukul 6 pm. Tak pernah lagi aku beli tiket untuk waktu malam atau pagi.


   Masalahnya macam mana tayangan bermula pada pukul 7 pm? Sesebuah cerita biasanya mengambil durasi selama satu sejam lebih. Sudah tentu cerita itu akan habis pada pukul 8.15 pm atau 8.30 pm. Sudah tentu orang islam yang sedang tengok wayang masa ni takkan sempat nak tunaikan sembahyang Maghrib.


   Mereka ni kisah tak boleh sembahyang atau sebaliknya? Kalau dah duduk dalam pawagam, mana sempat dah nak patah balik nak pergi ke mana-mana. Lagipun tayangan tu takde iklan atau rehat sekejap. Memang pasti takde masa untuk sembahyang sekejap. Lagi bagus kalau tak tengok tayangan waktu perdana bagi umat islam.


   Yang hairannya mengapa isu seperti tayangan pawagam semasa Maghrib jarang dibincangkan? Sepatutnya isu ni merupakan satu sensitiviti oleh umat islam yang peka dengan tanggungjawab dalam menunaikan solat. Nasib baik seorang penerbit filem negara kita, Ahmad Idham bertanyakan mengenai isu ni dalam twitternya.


   Kita tahu orang yang tak wajib untuk sembahyang adalah orang perempuan datang haid, kanak-kanak yang belum baligh atau orang tengah musafir. Perempuan datang haid memang takleh solat dalam masa beberapa hari. Mereka boleh tengok wayang pada bila-bila masa tanpa risau nak solat. Tapi kita tak tahu mereka betul-betul tengah haid ataupun menipu.


   Kanak-kanak pun boleh tengok wayang tanpa usah waktu solat. Tapi mereka perlukan bimbingan ibu bapa. Kalau tak, habis riuh pawagam jadi taman permainan dek kenakalan kanak-kanak. Orang musafir? Mereka tengah sibuk pandu kereta. Kalau nak berehat pun, mereka akan cari kedai makan atau berhenti di RNR. Tak pernah lagi aku berhenti di shopping compleks untuk tengok wayang. Orang musafir pun sensitif nak pergi sembahyang dulu.


   Kalau betul-betul Malaysia negara islam, sepatutnya pemerintah negara ada hak untuk masuk campur dalam hal ini. tindakan perlu diambil untuk melarang mana-mana pusat pawagam membuka tayangan ketika Maghrib atau waktu yang dikira munasabah. Kalau hendak dibuka juga, tayangan ketika Maghrib perlu diberi izin kepada orang bukan islam. Orang islam dilarang beli tiket ketika waktu ni. Bagi tindakan tegas kepada siapa-siapa yang ingkar.


   Sampai bila lagi kita nak tengok surau kosong waktu Maghrib sedangkan anak muda penuh berhimpun berjemaah dalam pawagam? Bukan sahaja di pawagam, malah di rumah pun menjadi penyebab orang kita ada alasan malas ke surau. Tepat pukul 7 pm, ada jer cerita Melayu dimainkan. Sedangkan kebanyakkan orang Melayu beragama islam, patut penuhkan diri di surau. Tapi dek terpengaruh dengan cerita mengarut, surau diketepikan.


   Kalau boleh, majlis agama kena masuk campur juga dalam hal ni. Mengapa sedang muazzin sedang mengalunkan azan, orang kita masih bermalas-malasan di rumah untuk menonton cerita orang kita sendiri. Bila pula masa sesuai untuk memenuhi keperluan rohani kalau bukan ketika Maghrib dan Isyak. Dengan kuasa yang ada, rasanya dah boleh bagi tegasan untuk tidak menayangkan cerita Melayu ketika itu. Lebih baik kalau dipindakan ke waktu perdana lain seperti selepas habis siaran berita. Aku tengok pun banyak cerita mengarut juga lepas pukul 9 pm.


   Jangan marah. Jangan pula geram sebab tak boleh tengok cerita Teduhan Kasih pada pukul 7 pm pula. Aku bukan kata batalkan. Aku cuma kata nak tangguhkan waktunya selepas siaran berita. Ini bukan sebab tak suka dengan cerita itu. Aku nak orang kita menghormati waktu beribadat dan ada waktu untuk berkunjung ke rumah Allah.



   Cerita orang Melayu sememangnya khas untuk orang Melayu. Takkan nak suruh K. Rajagopal pula pergi tengok drama Melayu pula. Rasa tak kena kalau suruh orang Melayu suruh pergi tengok movie di pawagam atau drama pada waktu Maghrib. Sudah-sudah kita kena racun oleh propaganda asing untuk menyesatkan kita. Sudah tiba masa untuk kita menyucikan diri supaya menjadi sebersih-bersihnya.


2 ulasan:

Unknown berkata...

kadang2 terpikir gak asal mufti2 tak bising2 hal ni?...lagi satu rase cam sekarang punye drama cam da tak kisah nak buat aksi kissing laki pompuan & aksi 18 thn ke atas...sedih kan tgk saudara sesama islam jd cam tu... pasal drama kul tujuh tu aku rase mmg tak patot gak r...coz berdasarkan pengalaman time zaman jahililliah aku sendiri ,aku akui yg time maghrib mesti semayang nak cepat n tak khusyuk....moga allah membuka pintu hidayah buat semua

Amir berkata...

cerita kita sekrang bukan ada kualiti mcm filem2 P Ramlee. Dia buat filem utk masyarakat, bkn utk wang.. tapi penerbit skrg pntingkn rating n keuntungan.. slh kite gak sbb demand perkara mcm ni.. siapa lagi yg tgk cerita ni kalau bukan kita?