Isnin, 20 Disember 2010

SEDIKIT TAZKIRAH

SEDIKIT  TAZKIRAH

   

Rasulullah atau Nabi Muhammad ialah Muhammad bin Abdullah. Beliau merupakan nabi dan utusan Allah. Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan tersebut, digalakkan berselawat (berdoa) untuknya. S.A.W. adalah singkatan daripada ‘shallahu ‘alaihi wasallam’ yang bermaksud Allah berselawat dan memberi salam sejahtera ke atasnya (Nabi Muhammad). Pembaca Muslim disarankan membaca selawat apabila bertemu dengan singkatan ini. Di dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. Wahai orang beriman, berselawat kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, “Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”.

Tiada ulasan: