Jumaat, 5 Julai 2013

Tips semasa temuduga

                                

   Jujurnya aku belum pernah lagi masuk temuduga belajar. A-Level ni pun tak habis lagi. rasanya aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan dekat INTEC sebab dapat markah teruk kali ni. Temuduga yang pernah aku masuk pun ketika memohon biasiswa.

   Aku rasa tak salah aku nak berkongsi juga tips temuduga untuk sesiapa yang berminat nak baca. Lagipun persiapan nak melangkah ke alam pekerjaan bermula dari zaman kolej lagi. bila aku tulis mengenai tips, aku boleh tahu apa patut aku buat supaya yakin di depan mata penemuduga.


   1.       Yang pertama, kita kena betul-betul ready bila nak minta kerja. Persiapan kena ada. Jangan terpinga-pinga masa interview. Keyakinan itu dipupuk daripada persediaan.

   2.       Kita kena sedar persaingan dalam bidang pekerjaan semakin kuat ditambahkan lagi peluang pekerjaan tak banyak. Market kita tak beberapa besar nak tampung jumlah pekerja ramai tapi yang hairannya, ramai pula orang asing datang bekerja dekat sini.

   3.       Dari zaman kolej lagi kita kena aktif. Bukan sahaja aktif main bola atau DOTA, kita kena melibatkan diri dalam pengurusan program. Pangkat atau jawatan dalam program tu tak penting. Kita boleh menjadi pengarah projek atau ahli jawatankuasa. Penglibatan kita dalam program tersebut banyak membantu dalam segi pengalaman.

   4.       Tak kisahlah program apa yang anda masuk. Segala program dan aktiviti yang pernah dimasuki penting untuk menjadi bekalan keyakinan semasa temuduga nanti. Majikan mahukan pekerja yang produktif dan sentiasa aktif.

   5.       Sijil dan CGPA hanyalah nilai di atas kertas. Kertas tak dapat bercakap apa yang kita sumbangkan. Jadi, majikan memang mahu kita menerangkan apa yang kita lakukan di kampus. Cerita tu janganlah suci sangat. Perasan jadi budak noob/nerd tapi orang tengok dah tahu dia budak poyo. Hahaha.

   6.       Berapa nilai pointer tu sangat penting. Tapi kalau dapat 4.00 pun, peluang nak dapat kerja tu masih samar-samar. CGPA tu hanya syarat nak masuk pintu bilik temuduga jer. Dalam bilik tu baru kita diuji sekali lagi mengenai sikap, pengalaman, kemahiran dan kesesuaian bidang. Jadi jangan ingat dapat pointer tinggi dah boleh terus dapat kerja. Pointer kita memang patut target tinggi untuk dijadikan ‘kunci’ ke bilik temuduga.

   7.       Pelajar bukan sahaja kena menela’ah pelajaran 24 jam. Kita kena juga aktif dalam kampus. Carilah apa sahaja aktiviti dalam kampus. Usrah, karnival jualan, sukan, program talk, fasilitator MDS dan macam-macam lagi. jawatan bukan soal ukuran tapi penglibatan yang mejadi asas utama.

   8.       Jangan setiap kali buat aktiviti join perkara yang sama. Dari dulu zaman sekarang jadi AJK pegang duit jer. Kita kena berani mencuba pelbagai jenis program. Kita variasikan pilihan program dari segi tujuan dan peringkat. Kalau ada peluang, cuba rebut jawatan lain pula. Dulu setiausaha, sekarang bendahari pula. Biasanya join peringkat universiti dah boleh pengalaman menyeronokkan. Tapi jika ada peluang, join pula program peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kita kena cakna setiap maklumat dalam kolej untuk sentiasa aktif dalam program tanpa mengabaikan akademik.


                                        

   9.       Jika anda join dalam program tu, agak-agak anda masih boleh ingat apa yang anda lakukan? Paling kurang strategi program atau tindakan rancangan. Payah nak ingat benda yang dah lama lepas. Jadi kita kena sediakan satu laporan untuk setiap program. Laporan tu paling bagus jika dikumpul dalam satu fail. Laporan ni mudah jer dibuat sendiri dan simple jer. Masukkan data seperti nama program, objektif program, gambar semasa program, pegang jawatan apa. Terangkan kepada penemuduga apa fungsi kita dalam program tu. Jadi tunggul kayu atau daya penggerak.

   10.   Kalau boleh jangan selalu cerita benda baik-baik atau manis sahaja kepada mereka. Takut mereka tak percaya. Bukannya mereka tak tahu yang budak-budak sanggup lakukan apa saja nak dapatkan kerja sampai menipu padahal dia paling malas. Selitkan sekali masalah semasa program. Masa ni kita ceritakan peranan diri menjadi hero untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.


Tips ni umum jer, sekadar bersifat sediakan payung sebelum hujan.


Tiada ulasan: