Selasa, 14 Januari 2014

Ada apa dengan hari ini?

   Ada apa dengan kangkung? Rasanya lebih baik kalau kita sendiri baca tentang sebab yang menjadi kegilaan kangkung di laman sosial. Aku tak beberapa ghairah nak panaskan isu kangkung kerana aku sedar siapa diri aku yang sebenar. Lebih bagus kalau dapat tengok video ucapan atau baca berita portal secara online daripada melulu tweet atau post pasal kangkung. Bak kata orang, mainan budak-budak tu.

   Bangun bagi  aku terus terkejut dengan berita kangkung yang sudah menjadi trending di Twitter, Facebook dan bahan gelak di  gags. Sampai kolej baru aku tersedar yang esok cuti sebab hari Maulidur Rasul. Kehangatan di laman sosial pula lebih berkipas pasal kangkung. Alangkah mudahnya kita dialihkan isu sehingga kurang ghairah nak sambut tentang hari Maulidur Rasul. Kangkung tinggalkan dulu ceritanya. Lama-lama basilah sama seperti isu-isu sebelum ni.

   Kalau kita tak tahu nak buat apa untuk cuti hari esok, paling kurang kita boleh memeriksa diri kita sendiri. Bermuhasabah diri dan jujurlah. Kenalkah kita dengan Rasulullah SAW lebih daripada kita mengenali ahli keluarga. Seharusnya kita lebih mengetahui tentang ciri-ciri Rasulullah SAW lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal makin bertambah cinta. Jadi mengenali biografi nabi dari awal kelahiran hingga saat kewafatan adalah salah satu langkah untuk mengenali baginda Rasulullah SAW untuk menyuburkan rasa cinta.

   Apabila cinta dah bersemi terhadap Rasulullah, baru jiwa bersemangat nak mengikuti sunnahnya. Kita jadikan akhlak nabi sebagai contoh untuk diamalkan dalam hubungan kita dengan semua orang. Tak  lupa pula untuk sentiasa berzikir dan berselawat untuk melembutkan hati dengan kesucian. Dunia hari ni semakin banyak dengan radiasi maksiat yang melebihi kemampuan gamma ray malah lebih berbahaya lagi.

   Alang-alang kangkung dah jadi sayuran popular hari ni, apa kata kita buat kempen makan sayur untuk ubah gaya hidup sihat? Rasanya tu lebih baik dan bermanfaat untuk diri sendiri daripada sekadar memperli di laman sosial yang lambat laun akan dilupakan. Aku juga berharap nanti Kamen Rider Gaim nanti akan ada lock seed untuk kangkung pula, edisi istimewa untuk rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: