Semalam kecoh yang duit BR1M dah masuk dalam akaun. Baguslah kalau masuk dalam akaun terus, tak payah nak beratur panjang. Orang muda bolehlah nak tunggu sampai luar dewan tapi orang tu nak berjalan pun payah. Nampaknya kerajaan dah belajar sikit-sikit yang pemberian tak perlu buat program dan ceramah semata-mata nak suruh orang kenang pemberian itu. Kalau menyusahkan tentu orang akan ungkit benda yang melecehkan.
Aku pun check la baki akaun dalam bank. Ceh, takde tambahan RM500 la. Em, tahulah umur aku baru 20 tahun. Jangan ingat orang berumur 20 tahun tak kerja atau belajar senang-lenang tinggal di kolej. Budak baru habis SPM pun dah reti kahwin awal dan cari nafkah halal. Lagi bagus kalau ada BR1M untuk pelajar. BB1M (Baucer Buku 1Malaysia) memang menyenangkan pelajar nak beli buku tapi lagi bagus kalau bagi cash. Hidup jadi pelajar bukan nak beli buku jer.
Soal buku, kami sebagai pelajar lebih suka pergi kedai dan photostat terus satu buku. Kalau beli mahu dekat RM200 tapi kalau photostat (cetak rompak berhemah sebab nak belajar) setakat RM40/50 jer. Sebab tu lebih bagus kalau bagi cash berbanding kupon/baucer. Kalau baucer tu bernilai RM250, kami boleh 'mencetak rompak' lima atau enam buah buku. Tapi kalau diberi juga dalam bentuk baucer, kami terpaksa beli yang original. Sebuah buku Physics A-Level mungkin bernilai RM100.
Kami main cetak rompak bukan apa tapi harga buku mahal sangat. Buku pelajaran kami bukan macam buku Fixie atau Hlovate. Buku yang kami belajar ditulis oleh professor atau professional dalam bidang tertentu. Kami bukan tak nak menghargai ilmu yang mereka tulis cuma tiada duit. Sedangkan library kolej tak mampu nak beli buku diorang sebab high class sangat apatah lagi kami yang sengkek.
Apa-apa pun aku nak duit RM500 automatik masuk dalam akaun aku. Tak kisahla siapa nak bagi. AKu tengah pokai sekarang ni. Nak beli itu ini, bukan nak membazir, tapi keperluan hidup dekat kolej juga. Duit elaun pun macam tak cukup. Haha, aku ni macam demand lebih-lebih, belajarnya entah ke mana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan