Entah di mana silapnya aku boleh tergelincir landasan yang sepatutnya aku berjalan. Dulu aku lebih minat pergi ke negara Eropah berbanding Amerika. Alasannya aku lebih kenal negara EU dari segi aspek sejarah, geografi, dan sukan (oh yeah football!). Masa tu langsung tak terlintas nak pergi Amerika sebab bimbang dengan isu perkauman dan keagamaan di sana.
Tiba-tiba masa semester ketiga, entah di mana silapnya, aku terpilih Amerika sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan ijazah sarjana muda di sana. Aku betul-betul panik sebab perkara itu di luar kawalan. Dulu kuat sembang nak pergi UK tapi beralih angin ke USA pula. Aku macam dah hilang kepercayaan pada keputusan diri sendiri. Aku andaikan diri ini masih belum matang untuk berdikari dan membuat keputusan secara bebas.
Lain kata, aku hanyalah seorang remaja berperangai budak kecil kurang matang yang boleh belajar sains advanced. Oleh sebab itulah kawan aku selalu bertanya bila aku nak beli smartphone. Pilihan ada banyak cuma aku takut buat keputusan. Aku bimbang jika aku silap melabur duit dengan pilihan smartphone yang salah. Aku jadi paranoid dengan perasaan sendiri.
Mula-mula, aku tak rasa apa-apa pelik atau janggal dalam diri. Betapa salahnya pilihan aku ke negara Uncle Hussein bermula dengan ujian TOEFL dan SAT. Sebagai pelajar bound USA, kami tiada kelas TOEFL secara praktikalnya dan hanya ada latihan menjawab SAT pada setiap minggu. Inilah kelemahan aku kerana USA lebih menitikberatkan kelebihan penguasaan inggeris berbanding dengan result A-Level itu sendiri.
Tanpa menyedari aku amat lemah dalam bahasa inggeris dan secara bodoh cuba mengambil exam inggeris tahap tinggi. Sedangkan orang USA sendiri rasa susah dengan soalan SAT, apatah lagi aku yang bukan secara natural bercakap inggeris. Akhirnya, markah TOEFL dan SAT aku langsung tak melepasi keperluan minimum daripada penaja dan universiti.
Sejak itu semangat aku nak belajar hilang serta merta. Assignment tak pernah disiapkan. Tutor dibiarkan putih suci kertasnya. Revision tak pernah dibuka. Waktu belajar dihabiskan dengan perkara sia-sia. Aku amat menyesal sebab tak boleh perform untuk dapat markah tinggi. Aku terus jatuh dan jatuh. Rasanya sekarang aku baru nak merangkap dan sekadar melihat kejayaan kawan-kawan dari bawah.
Alangkah bagusnya jika aku boleh menyambut bersama-sama mereka. Paling kurang lepas ni aku hanya perlu berada di landasan sama tanpa perlu berpindah jika tiada apa-apa keperluan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan