Selasa, 8 April 2014

Menanti harapan mati

   Aku rasa permohonan aku ke Universiti Purdue dah kena tolak. Paling lewat tahu keputusan pun pada bulan April. Sekarang dah masuk 8hb April. Konklusinya harapan aku nak sambung belajar dekat USA hanya tinggal impian semata-mata. Pilihan aku sekarang hanya tinggal satu sahaja iaitu memohon UCAS.

   Sama ada pergi ke USA atau UK, aku tak kisah sangat. Aku lebih suka pergi ke USA sebab nak melancong satu negara Amerika yang luas gila. Niat aku pergi belajar di luar negara lebih kepada nak menikmati kehidupan di sana dan merasai serta merai perbezaan apa yang ada di Malaysia. Lagipun suasana pembelajaran di USA atau UK lebih ‘effisien‘ berbanding di di sini.


Aku rasa lagi bagus untuk dapat keputusan cemerlang dalam final A-Level nanti. Pada bulan Ogos nanti, kalau aku dapat 12 point ke atas, aku akan minta UCAS balik dan akan buat permohonan ke satu atau dua univeristi di USA. Rasanya pokai duit aku kalau minta banyak-banyak university di USA. Yuran aplikasi dah 75 dollar (±RM200).

Tiada ulasan: