“Bukannya saya tak mahu pakai tudung tapi hidayah itu
belum ada lagi. Saya pun belum bersedia untuk berubah. Biarlah keikhlasan itu
datang dengan sendiri.”
Selalunya kita
akan terdengar jawapan klise sebijik macam ni kalau diajukan soalan ‘hidayah’
kepada selebriti di Malaysia. Rata-ratanya seolah menyalahkan hidayah dengan
sebab mereka belum berhijrah lagi. Mereka lupa hidayah itu benda atau perkara
ghaib. Mereka tak dapat melihat hidayah, mendengar bunyi hidayah atau menyentuh
seinci pun kulit hidayah. Hidayah itu ghaib dan macam mana mereka begitu pasti
dan yakin yang hidayah itu belum ada lagi.
Hati, gunalah
hati dan perasaan untuk merasai kehadiran hidayah dalam diri. Hidayah itu
dilontar atau dicampak ke dalam hati, tempat yang paling berperanan besar untuk
mempengaruhi baik buruk diri seseorang. Hidayah itu membuatkan kita ingin
kembali pada tuhan, rasa dekat dengan masjid, rindu dengan al-Qur’an, takut nak
membuat maksiat dan teruja nak mempelajari islam dengan lebih mendalam.
Hidayah itu
membuatkan hati terdetik untuk lebih beribadat, rasa ingin tahu tentang ilmu,
dan tertarik untuk menghadirkan diri dalam majlis ilmu. Bukannya hidayah itu
tiba-tiba akan menjelma dalam bentuk fizikal lalu mengheret kita ke masjid
untuk bersolat. Itu namanya orang mengusung jenazah ke masjid untuk dibuat
solat jenazah. Semuanya tentang kepekaan hati untuk mengesan wujudnya hidayah
dalam hati.
Anggaplah hidayah
itu seperti buah segar yang baru gugur dari pohon. Betapa harum bau dan ranum
isinya. Nak dikatakan bertuah, buah itu jatuh betul-betul di depan mata kita. Kita
hanya perlu kutip dan bawa balik ke rumah untuk makan.
Tapi kita tak
nak ambil buah itu. Kita tak Nampak buah itu jatuh ke mana. Bunyi buah jatuh
berdebuk pun kita tak dengar. Apatah lagi nak mencium bau kesegaran buah. Ruginya
jika kita tak dapat mengutip buah itu hanya disebabkan mata tak nampak, hidung
tak membau dan telinga tak mendengar.
Begitu juga
dengan hidayah. Sampai bila-bila pun kita tak akan dapat berubah jika kita
membutakan mata dan mempekakkan telinga di depan anugerah hidayah. Kalau nak
berubah, masanya adalah sekarang.
4 ulasan:
mmmmm~ aisya dtg menerjah!
pergh, buat ambush mengejut!
lama dah tak menerjah sini
nampak macam lama gak r tu.. busy kan?
Catat Ulasan